Friday, May 11, 2012

kundasang - kk: day3 part1

Hari ke tiga aku keluar agak lewat. Sebabnya pagi tu baru aku packing bag, lepas ni aku terus check out dan angkut semua barang2 sebelum proceed to Kota Kinabalu. Sebelum tu aku nak menyinggah dulu kat tempat yang patut disinggah since I don't know when I will come back to this place. Aku tinggalkan kunci, say thank you and good bye, sempat tu aku tanya direction ke Desa Cattle Farm, hehehe.


Inilah Mountain Resthouse, rumah yang depan ni owner tu tinggal dengan family dia. Yang belakang dalam bulatan merah itulah dijadikan dorm. Besar dan ada banyak bilik sebenarnya, walaupun nampak macam kecik aje. 

Aku teruskan perjalanan ke Ranau dengan hajat nak top up fuel dan breakfast. Dalam perjalanan aku nampak signage Sabah Tea Farm, so kalau dekat aku nak menyinggah lah sekejap. Tapi masa aku tanya kat petrol pump, brother tu kata lebih kurang 40 minit drive untuk sampai ke sana. Kalau kat depan aku ada kereta yang macam siput, memang confirm boleh lebih sejam. So, aku batalkan niat dan teruskan hasrat untuk breakfast sahaja. 


Masa aku tengah melilau cari kedai yang sesuai untuk breakfast, aku nampak pasar ni di pekan Ranau. Singgah, pusing2 dan ambik gambar. Pastu blah. Macam pasar lain jugak, ada macam2 terutamanya keperluan harian. Lastly, aku singgah di restoran yang aku lupa apa namanya. Pekena teh tarik dan roti canai kosong. Roti canainya garing, aku suka!


Dah habis breakfast aku patah balik dan singgah di pekan Kundasang ni. Macam2 ada dijual kat sini. Disebabkan aku ada banyak destinasi lain lagi sebelum balik, so aku abaikan sahaja niat untuk membeli belah. Kat sini pun kejap je, pastu teruskan perjalanan ke Mesilau.


Laluan berliku dan berbukit bukau inilah harus dilalui sebelum aku akhirnya berjaya sampai ke destinasi. Ini pun aku main redah je sebab aku tak nampak pun sebarang papan tanda. Bila dah masuk ke dalam sikit barulah ada signage. 


Akhirnya setelah bersusah payah mendaki bukit, menuruni cerun punyalah drama je lebih pemandangan ni terhampar di depan mata. Desa Cattle Farm yang berlatar belakangkan gunung Kinabalu. Sayang, masa aku sampai sini, gunung2 tu semua masih berselimut lagi... :(


  1. Kat situlah tempat operasi diorang. Dibuka dari jam 3 hingga 6 petang kalau korang nak tengok camana lembu2 tu diperah susunya. Produk susu jualan pun ada kat situ. Entah macam mana aku boleh langsung tak terfikir nak ke sana, sebab dalam kepala duk fikir nak kena cepat sampai KK. Bangunan tu besar lagi sebenarnya. 
  2. Batu selamat datang ni on the way nak ke tempat operasi tu lah. Kebetulan ada couple ambik gambar wedding kat sini. Konon2 dah sampai NZ lah tu, hehehe...
  3. Anak panah merah tu adalah dari simpang nak masuk ke sini, jauhhh...... Sebelum korang boleh masuk dalam ni, kena bayar dulu entrance fee's, adult RM 3.00 per person. Child aku tak pasti plak sebab aku tak bawak child
  4. Lembu2 yang tak berapa nak bebas duk meragut rumput. Bebas jugaklah kot sebabnya kawasan ni luas, tak terasa sangat terkurung. Eh, tetiba plak fikirkan pasal lembu ni bebas ke tidak... tak ada kena mengena langsunglah.


Lepas dah habis sesi photoshoot syok sendiri, tak sempat pun nak beramah mesra dengan lembu2 tu semua, aku dah susun langkah dari situ. Perjalanan masih jauh dan masih banyak destinasi nak disinggah. Dalam pada driving turun ke Nabalu, asyiklah mata aku duk kerling Kinabalu kat sebelah kanan, kot2 lah tetiba dia nak muncul depan aku. Tapi hampa belaka, time kita betul2 nak memang tak dapatnya.


Aku singgah di Pekan Nabalu, naik ke menara tinjau. Itulah gunung Kinabalu, yang masih lena berselimut awan putih. Kecewa sungguh, nak tunggu lagi lama memang tak dapatlah. Perjalanan masih jauh untuk ditempuh. 


Barisan gerai jualan di pekan Nabalu. Masa ni dah lebih 11.30 pagi, tapi masih banyak lagi kedai yang tutup. Tak lama pun aku kat sini, perjalanan yang tergendala diteruskan.


Jambatan gantung Tamparuli yang terkenal dengan lagunya. Jambatan ni masih lagi digunakan oleh pejalan kaki untuk menyeberang ke sebelah sana. Jambatan kecil yang bersambung dengan jalan raya digunakan untuk kenderaan bermotor. Jambatan tu muat untuk satu perjalanan sehala je korang faham tak maksud aku? untuk satu2 masa. Kalau kereta dari sebelah sini guna, pemandu dari sebelah sana akan menepi dan bagi laluan. Bagusnya di sini, semua pemandu bertimbang rasa dan tiada lampu isyarat disediakan.


Destinasi terakhir sebelum kembali ke pangkal jalan KK adalah Upside Down House. Asalnya aku ingatkan rumah di kawasan yang luas, area kampung ala2 resort atau resthouse gitu, tapi rupa2nya kat tepi main road. Pada perkiraan aku, ianya terletak di atas tanah lot. Masa aku nak singgah tu parking penuh! Yang berderet menunggu kat tepi untuk parking pun banyak. Sudahnya aku buat U-turn, berhenti di seberang jalan betul2 setentang dengan rumah tu dan bukak tingkap kereta. Dan gambar kat atas inilah hasilnya. 

Seterusnya aku memecut pecutlah sangat menuju ke bandar Kota Kinabalu. Dalam perjalanan sempat aku call owner kereta untuk inform yang aku agak lambat dari waktu yang dijanjikan. Lagipun owner kereta bagitahu boleh pulangkan maksimum 4 jam lewat tanpa charge. Separuh hari pertama penuh dengan aksi kejar mengejar masa dan touch and go!


4 comments:

  1. "tak sempat pun nak beramah mesra dengan lembu2 tu semua, aku dah susun langkah dari situ ..." - - - > ehhh, jangan nanti tak sempat kejar masa kang hehehehe ...

    "Jambatan gantung Tamparuli yang terkenal dengan lagunya. Jambatan ni masih lagi digunakan oleh pejalan kaki untuk menyeberang ke sebelah sana. Jambatan kecil yang bersambung dengan jalan raya digunakan untuk kenderaan bermotor" - - - > saya kesana sewa van, lalu situ dua kali, dua2 kali saya tertidur sebab kepenatan huhuhu ...

    ReplyDelete
  2. haha.... kalau bermesra dgn lembu2 tu, alamaknya tak ke mana lah saya hari tu, hikhikhik...

    Lepas ni wakjan boleh lagi ke sana, make sure jadi driver, baru tak tertidur... :)
    saya lalu kat jambatan tu 3 kali. tiga2 saya jaga, kalau tido mau dah berenang dlm sungai tu, hehehe...

    ReplyDelete
  3. Kat pekan ranau tu ada 1 kedai jual pelbagai sup...mmg sedap...kedai dia kalau masuk dari jalan utama sebelah kanan simpang pertama belah kiri... kat blakang petronas tu pun ada hotel murah tp x igt brapa rege...

    ReplyDelete
  4. O ye ke? i mmg nak cepat, sebab tu touch n go aje. maybe lepas ni boleh ripit dan try mkn kat situ.... =)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...