Showing posts with label Pattaya. Show all posts
Showing posts with label Pattaya. Show all posts

Thursday, July 3, 2014

day7 | selamat tinggal, pattaya

Entry ini adalah rentetan dari kisah ini: day6 | bermalas-malasan di hari lahir.

Aku bangun pagi tu dengan keputusan untuk tinggalkan Pattaya. Kalau malam tadi aku masih lagi di persimpangan dilema untuk memilih antara Hua Hin atau ke terus ke Bangkok sahaja, pagi ni aku pasti dengan keputusan untuk ke Ayutthaya. Aku sendiri tak tahu kenapa Ayutthaya, sedangkan dalam waktu singkat sewaktu merangka trip ntah-apa-apa-ni, aku langsung tak pandang Ayutthaya. 

Dalam pukul 9.00 pagi aku dah siap turun untuk check out. Aku tanya receptionist cara paling senang dan murah nak ke stesen bas. Antara taxi dan motor taxi, akhirnya aku memilih motor taxi dan lepas bargain dengan pak cik tu, dapatlah THB 100. Bila dah sampai kat stesen bas tu, aku rasa THB 100 tu memang berbaloi2, lenguh jugaklah duk pikul backpack atas motor. 

Pak cik motor taxi berhentikan motor betul2 depan kaunter tiket. Lepas bayar tambang, aku ingat pak cik tu nak terus pergi tapi dia tunggu aku beli tiket. Lepas tunjukkan tiket yang aku dah beli, baru pak cik tu pergi sambil senyum dan anggukkan kepala. Risau kot kalau2 aku tak reti beli tiket. 


Ruang menunggu sebelah kaunter tiket je. Ada kedai jual souvenir dan makanan. Aku ingat nak beli FM Pattaya, tapi tengok harga terus aku letak balik. Mahal bebenor. Kat sini bas akan ke Bangkok tapi ke 3 destinasi berbeza; Southern, Mo Chit dan Ekamai.


Since aku akan ke Ayutthaya, so aku ambik bas ke Mo Chit. Tambangnya THB 133 dan bas akan bergerak pukul 9.40 pagi. Pukul 9.30 pagi, penumpang dah boleh naik bas. Backpack yang gedabak tu aku letak kat bawah, pastu konduktor bagi keratan tiket kecik dalam gambar atas tu dan another keratan distaplekan kat backpack, macam naik flight pulak. 

Walaupun dah naik 10 minit awal, tapi bas gerak dalam pukul 9.50 pagi jugak. On the way tu, banyak kali jugak bas berhenti kat stesen kecik ambik passenger lain. Aku pulak kalau naik kenderaan, macam biasalah. Membuta je kejenya, sesekali aku terjaga, pastu sambung tidur sampai sudah. 


Spotted this masa dalam perjalanan. Masa ni dah menghampiri Bangkok dah rasanya. 

Nearly 2 hours jugaklah perjalanan dari Pattaya ke Bangkok. Masa sampai kat Mo Chit, dah hampir pukul 12 tengahari. Turun dari bas, aku blur kejap. Masa ambik bag, aku tanya akak konduktor tu camner nak ambik bas ke Ayutthaya. Sekali akak tu panggil pak cik teksi suruh aku tanya. Aku tanya macam mana nak ambik bas, pak cik tu duk insist suruh aku naik teksi dia. 

"You take taxi, it's comfortable," gitu cubaan pak cik teksi menggoda aku.

"I don't have money." Gitu aku menolak dengan muka ketat pastinya. Terus muka pak cik tu berubah. Dan2 dia tunjukkan ke arah bangunan terminal belakang sana.


A adalah dari tempat bas aku berhenti dan turunkan penumpang dan B adalah arah yang patut aku ambik untuk beli tiket ke Ayutthaya. 

Jauh jugak nak menapak ke dalam building tu, tambah pulak tengah panas terik. Masuk dalam tu, lega kejap. Tak jumpa signboard yang membantu, aku tanya orang kat kaunter. Masuk2 je memang korang akan nampak kaunter banyak, berderet2. Dorang suruh aku ke kanan lagi. Rupa2nya kaunter mini-bus @ van. Okaylah sebab tambang terus ke terminal bas Ayutthaya pun THB 60 je. Just nice aku dapat tiket pukul 12.00 tengah hari, tapi nan adonya gerak on time. 

Aku ingatkan van ni straight je pegi Ayutthaya, tapi rupa2nya macam prebet sapu pun ada jugak. Setiap kali jumpa bus stop, mesti van ni berhenti. Bila hampir semua yang naik dengan aku dah turun, aku cuak jugak kot2 aku kena kidnap ke apa imaginasi tak boleh blah. Tak lama lepas tu aku nampak signboard arah ke Ayutthaya, lega rasa di hati. 

Aku totally lost bila akak konduktor bagitau dah sampai Ayutthaya. Aku memang tak reti nak imagine macam mana keadaan Ayutthaya ni. Turun dari van, aku melilau berjalan ikut kaki tanpa arah. Nampak 7E, aku singgah beli air dan masa bayar tu aku tanya Tony's Place, siap tunjuk alamat lagi. Tapi hampeh je bila minah tu buat tak tau je. 

Keluar dari 7E, aku lepak depan tu sambil ushar keliling. Toing! Aku terperasan ada signage P.R Guesthouse kat sebelah 7E tadi. Aku tanya bilik kosong, dia bawak aku ke tingkat 3 tapi shared bathroom. Harga THB 300 per night. Aku tanya Tony's Place dan dia tunjukkan kat seberang sana jalan. Lepas tu baru aku perasan signnage Tony's Place sebesar alam!

Lepas tengok bilik, aku setuju ambik untuk 2 malam. Harga THB 350 semalam dan bilik air kat dalam as I wish. 


Bilik aku hujung belah kanan. Sebelah almari tu sharing bathroom untuk mereka2 yang berkongsi. 

Lepas letak bag semua, aku keluar lagi ke tempat van turunkan aku tadi. Ada few stalls yang ownernya Muslim. Aku beli apa yang patut untuk isi perut dan balik ke bilik. Aku settlekan payment untuk bilik, dapatkan password untuk wifi free dan booking boat tour dengan Tony's Place pukul 4.00 petang karang. In the mean while, aku rehat dulu kat bilik dengan aksi bebas menghilangkan lenguh. 


Monday, June 23, 2014

day6 | bermalas-malasan di hari lahir

Bersambung dari sini: day5 | selamat tinggal, battambang.

Hampir seminggu aku asyik berpanas je, tup2 malam tadi dapat aircond, terus malas nak bangkit. Rasa nak lepak je lama2 atas katil tanpa buat apa2. Lagi pun hari ni birthday aku, memang patutlah kalau nak bermalas-malasan. Dah penat buang masa kat bilik, lebih kurang pukul 11.00 pagi baru aku turun ke bawah. Aku extend lagi semalam kat sini, malas nak tukar2 hotel. Yang sebenarnya malas nak packing bag. 

Aku tanya kat reception tu macam mana nak ke Nong Nooch Garden, Pattaya Floating Market dan Mini Siam. Memandangkan Mini Siam dah terpisah jauh ke atas, manakala Nong Nooch dan floating market ikut laluan yang sama, aku decide nak pergi 2 tempat tu ajelah. Lagipun staff hotel tu kata Nong Nooch paling best, so aku nak tengoklah apa yang best sangat tu. 

Pak cik moto taxi bukak harga THB 900 untuk 2 tempat tu, kalau dengan kereta THB 1,500. Giler mahal transport kat sini, bas memang susah nak dapat. Lepas ding dong ding, another brader moto taxi setuju bagi aku THB 750. Sekali bukan dengan motor tapi naik Yaris! Terkujatlah jugak aku tengok driver moto taxi pakai Yaris. Aku pun tak mampu, huhu.

Dari hotel ke Nong Nooch lebih kurang setengah jam jugaklah. Tiket masuk THB 500 per person, which is agak mahal. Lepas drop aku, mamat tu terus blah. Dia suruh aku call dia setengah jam sebelum balik. Nong Nooch merupakan taman botani yang terbesar dan tercantik di Asia Tenggara katanya, turut terkenal dengan elephant show dan jugak Thai cultural show. Nak tahu lebih detail, korang gugel lah sendiri.  


Dari tempat mamat tu drop aku, terus boleh nampak kandang gajah ni. Ada service naik gajah dengan bayaran lain pulak. 

Kat Nong Nooch Garden ni ada banyak section, memang penatlah menapak dari satu section ke section yang lain. Selain penunjuk arah, masa bayar untuk tiket memang dorang akan bagi map dan jugak jadual untuk cultural show. Disebabkan jarak yang jauh, aku skip untuk cultural show sebab malas nak berjalan.


Ada booth tanpa telefon yang glemer nih. 


Taman yang dijaga dengan baik memang nampak cantik.


Kat sini selain pelbagai saiz dan bentuk pasu yang disusun, belah dalam tu ada taman orkid. Kalau korang nak tahu, dekat mamat pakai baju oren yang depan tu ada mamat baju putih bercekak pinggang tu, ada harimau yang dirantai. Sesiapa nak bergambar memang dialu2kan dengan bayaran yang aku dah lupa berapa.


Taman bonsai.


Antara taman yang menarik perhatian aku.


Selain berjalan kaki macam aku buat, ada jugak tram service untuk korang meronda kawasan ni. 

Agak2 dah tak larat nak menapak, aku call mamat Yaris tu mintak pick up. Nong Nooch Garden ni memang luas, tapi kebersihan memang boleh dipuji. Cuma yang aku kurang selesa bila food court letaknya betul2 di antara kandang gajah dan mini zoo. Boleh potong selera dibuatnya, tapi aku tengok ramai je yang duk bersantap. Kat food court ni ada jugak aku nampak gerai halal.

Balik dari Nong Nooch, mamat Yaris sebab aku tak ingat nama dia terus bawak aku ke Pattaya Floating Market. Floating market ni start operasi dari pukul 3.00 petang sampai malam. 


Signage untuk toilet tu memang comellah. Tak perlu risau kat mana nak bersolat sebab surau turut disediakan.


Aku tak reti nak komen lebih2 pasal floating market ni sebab ni adalah pasar terapung pertama yang aku pernah datang. So, tak boleh nak compare dengan yang lain. 

Lebih kurang sejam jugak aku kat sini, semata2 nak killing time. Ada show jugak, tapi sepatah haram aku tak faham. Tapi tak tengok pun tak rugi. Ada few halal stall yang jual air dan aiskrim selain dari 2 buah sampan yang jual makanan halal. Itu yang aku nampak, mungkin ada lagi yang aku tak perasan kot. Tapi yang paling mendapat perhatian adalah satay buaya.

Balik dari floating market tu, aku ingat nak lepak sekejap kat bilik sebelum keluar ke walking street. Tapi bila dah dapat aircond, aku terbabas lagi. Sudahnya lepas Maghrib baru aku keluar tapau makanan untuk dinner. Aku rasa macam nak check out esok, tapi masih tak pasti ke mana hala tuju.  


Sunday, June 15, 2014

day5 | selamat tinggal, battambang

Bersambung dari sini: day4 | exploring battambang part2.

Hari kelima plan aku terpaksa dirombak. Kalau ikutkan plan asal, dari Battambang aku akan ke Pailin untuk cross border kat Psar Pruhm / Ban Pakard sebab lagi dekat. Lepas cross border, kalau sempat aku akan terus ke Chantaburi dan bermalam kat sana, ataupun worst come to worst aku overnight kat Trat bergantung pada keadaan. Disebabkan masalah tak diduga, aku terpaksa ubah laluan dengan berpatah balik ikut laluan popular.

Pukul 7.30 pagi, aku dah siap2 turun ke bawah tunggu pick up. Around 8.00 am jugak baru van sampai, aku orang pertama dipick up. Lepas tu pick up orang lain kat guesthouse / hostel sekitar town sebelum singgah kat kilang air mineral. Masa ni kitorang semua disuruh turun dan dorang loading air mineral berbundle2, even bawah seat pun dorang letak. Dorang kata kat Battambang ni murah, so dorang beli dan jual kat border. 

Lebih kurang 8.30 pagi jugak baru van bergerak, itu pun sempat singgah top up fuel lagi sebelum meneruskan perjalanan. Total penumpang cuma ada 6 orang termasuk aku dan aku satu2nya asian Malaysian. Sepanjang perjalanan aku memang bantai tido je, sesekali terjaga, pastu sambung tido balik. Lagi 46km nak sampai Poipet, barulah aku jaga dari lena. Tetap jugak terlelap sesekali tu. Almost 11.00 am baru sampai kat border. Turun dari van yang berhenti depan tour office, kitorang disuruh tukar tiket dan dorang bagi tag sebagai ganti. 
  

Tour office kat border Poipet / Aranyaprathet. Dorang semua ke Bangkok, aku je ambik haluan berbeza.


Gerai di sepanjang jalan, depan tour office. 

Dah dapat tag, aku berjalan ke immigration. Masa ni aku follow je minah 2 orang yang naik van sekali dengan aku. Mamat yang patut bawak kitorang ke sana cuma layan minah 2 orang tu je, yang lain dia tinggal terkontang kanting. Hampagas betul mamat tu. Nasib baiklah aku takde masalah kalau nak redah sengsorang ni.


Immigration di bahagian Cambodia. Mamat yang pusing belakang tu patut bawak kitorang, tapi dia cuma bawak minah 2 orang tu je. Lepas stamp passport menandakan aku exit Cambodia, aku secara rasminya tak bernegara. 


Berjalan kaki untuk ke Aranyaprathet pulak untuk stamp passport masuk ke Thailand. Jauh jugak nak kena berjalan. Kalau korang boleh nampak pintu gerbang depan tu, lepas tu dah masuk Thailand. 

Masuk immigration Thailand, orang boleh tahan ramai. Lepas fill up form baru aku beratur. Elok je aku beratur, orang dah start datang sorang demi sorang. Lama jugak aku beratur nak menunggu turn, lebih setengah jam jugaklah. Elok je nak sampai turn aku, pusing belakang tengok dah penuh orang duk queue. Patutlah owner hotel aku suggest suruh ambik van instead of bus sebab katanya bas lambat sampai dan bila dah lewat orang ramai. 

Lepas immigration, berjalan keluar ikut direction yang ada. Jalan je dan terus jumpa custom pulak kat depan tu. Lepas keluar dari custom, aku lost sekejap. Masa aku tukar tiket ke tag tadi, pekerja tu kata ada orang tunggu tapi nan hado. Aku ikut instinct aku je, jalan straight belah kiri jalan. Bila nampak ada orang melepak ramai2 tepi jalan tu, aku berhenti tanya dorang. Dorang suruh jalan straight je dan bila nampak tempat van parking banyak2, dia suruh masuk kiri. 


Garis merah tu dari arah aku berjalan lepas settle urusan kat border kedua negara. Aku sampai sini dah pukul 12.00 lebih. Sampai kat sini, aku tunjuk tag. Lepas ambik tag aku, dorang suruh aku tunggu kat bilik aircond, mereka2 yang nak ke Bangkok tunggu depan kaunter tu je. 

Nearly 12.30 noon, dorang panggil naik van. Lepas semua orang dah naik, driver bagitau van akan berhenti kat Big C, South Pattaya. Honestly, aku memang takde idea pasal tempat yang aku nak tuju. Aku tak study pun. Macam biasa, konsep redah sampai sudah aku apply bila travel sengsorang. Tiap kali van berhenti dekat security inspection, aku rasa bangga jadi rakyat Malaysia. Mana taknya, bila aku hulur je passport, dorang terus je cakap 'Malaysia? No!'. Dengan erti kata lain, dorang tak nak check pun passport aku. 

Dalam pukul 2.30 petang, van berhenti top up fuel dan semua orang disuruh turun. Kami semua lepak kat 7E situ sementara nak tunggu 20 minit tu habis. Sempatlah aku beli air. Perjalanan kembali disambung dan hampir pukul 6.00 petang, sorang demi sorang turun. Masa van berhenti kat hentian tu, cuma aku dengan another mat saleh tu je yang tinggal. Driver van tu tanya aku nak ke mana dan dia tunjukkan tempat motor taxi belah sana jalan. 

Aku pegi kat tempat motor taxi tu dan suruh dorang bawak aku ke hotel / hostel / guesthouse yang murah. Aku hop on dan mamat tu bawak aku ke mana2 ntah, yang pasti aku memang blank. Tiba2 dia berhenti kat depan sebuah hotel, aku dah risau takut mahal dan over budget pulak. Bila tanya receptionist, bilik THB 500 semalam. So, aku booking untuk semalam je dulu.


Bilik aku besar, luas dan selesa. Tapi tv tu cuma ada channel Siam je, sudahnya aku langsung tak tengok sebab tak faham. Aku godek2 cari subtitles tak jumpa lah pulak. 

Lepas rehat, aku keluar untuk cari makanan. Masa on the way ke hotel tadi, aku nampak ada masjid. That's mean, mesti ada tempat aku boleh dapatkan makanan halal. Worst come to worst, aku boleh singgah 7E je. Receptionist bagi direction ke pasar malam, tapi aku tersilap ambik simpang. Jenuh berjalan tapi aku tak jumpa restoran halal. Akhirnya aku singgah 7E, beli cha yen dan simkad. On the way balik, aku ambik laluan lain dan tadaa! Aku nampak ada pasar malam. Aku berjalan masuk dan ushar gerai satu persatu sebelum aku nampak satu gerai tu ada tanda halal. Asalnya aku nak tapau je, tapi aku tukar fikiran untuk makan je kat situ. 


Nasi goreng seafood yang kurang garam bagi lidah aku. Lepas makan aku bersembang dengan ownernya. Owner tu mamat Indonesian yang dah lama berhijrah ke Thailand dan berniaga dengan isterinya yang memang warga Thailand. 

Balik ke hotel aku tanya pasal internet. Inilah masalahnya bila stay kat hotel, internet pun nak kena bayar. Kalau kat hostel / guesthouse, internet free je. Laju pulak tu. Aku bayarlah THB 30.00 untuk 24 jam internet, unlimited usage. Malam tu aku tido lewat jugak, masih takde plan nak ke mana esoknya. 


Sunday, April 27, 2014

perancangan bertukar

Idea untuk trip ni aku dapat masa tengah stress sebab dah lama tak terbang walaupun hari2 tengok kapal terbang. Tup2 aku dah create satu route dan lepas godek sana sini, tak banyak info yang aku dapat sebab so far aku tak jumpa ada blogger tulis pasal lalu ikut route tu. Tapi takpe, being me yang degil dan keras kepala, aku tetap jugak nak buat. Bila aku bentangkan kat ahli jemaah geng berjimba, semua tak dapat nak jadi gila macam aku. Bila tengok tiket tak berapa nak mahal, aku terus rembat. Maklumlah, beli last minute memang gitu. Tapi tak adalah mencanak mahalnya.


Inilah initial plan aku. Terbang dari Kuala Lumpur ke Siem Reap dan kembali ke Kuala Lumpur dari Bangkok. Route aku lebih kurang KL - Siem Reap - Battambang - Pailin (cross border) - Chanthaburi - Pattaya - Bangkok - KL. In between aku akan guna jalan darat dan menyinggah kat tempat2 tu.

Memang nyata perancangan aku tak dapat nak diteruskan. Baru kejap tadi aku diberitahu border Pailin dah tak boleh lalu. Owner hotel aku bagi tau, last 2 days sorang guest dia patah balik sebab tak boleh cross ke Thailand ikut Pailin. Jadinya, plan bertukar! Memang sebelum aku terbang meninggalkan Kuala Lumpur pun aku ada baca pasal ramai orang tak sure whether boleh cross border kat Pailin lagi ke tak sebab ada isu. Kalau dari Thailand nak masuk Cambodia aku tak sure.

Since untuk trip kali ni aku tak book hotel, guesthouse dan yang sewaktu dengannya, tak perlu lah aku nak risau nak kena contact diorang. Aku pun tak sure lagi macam mana dengan perjalanan aku, tengoklah macam mana. Lagi pun aku tak study apa pun selain dari buat route ntah apa2 tu. Hari ni aku nak rehat je kat bilik, esok baru nak kembali membakar lemak. Wish me luck!


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...