Showing posts with label Bali. Show all posts
Showing posts with label Bali. Show all posts

Sunday, December 1, 2013

day12: lemas di bali

Masa alarm yang aku set berbunyi pukul 2.15 pagi, aku tak sure sama ada aku snooze kan atau aku off terus. Tapi yang pasti lepas tu aku lena diulit mimpi kot. Bila aku terjaga balik tengok dah 2.42 pagi. Gelabah aku, iyalah dengan beg yang belum dikemas, barang2 yang berterabur tak usah ceritalah. Cepat2 aku ketuk bilik sebelah, Dot dah nak siap masa tu. Aku suruh Dot turun dulu dan tunggu aku in case supir dah sampai sebelum aku turun since Zilla dengan Tasya tak join kitorang pagi tu. By the time aku turun bawah dalam pukul 3.15 camtu, supir tak sampai lagi. Legalah jugak sebab dorang tak perlu tunggu aku. Bila call supir, katanya dah dekat tapi tetaplah tak sampai2 jugak.

Around 3.30 am baru muncul. Lepas load barang2, aku ambik tempat kat seat belakang. Naik je kereta, belum bergerak pun lagi mood aku dah swing. Mana tak swing, belum sempat bontot kitorang cecah seat dia dah bising kata tak tidur lagi. What the heck! Dah memang ko dibayar dan awal2 lagi ko dah agreed with the plan, pastu nak komplen ko tak tidur. Masa tu jugak kitorang pesan suruh singgah kat mana2 untuk solat Subuh on the way tu since dia mengaku Muslim, haruslah dia faham dan tak perlu diingatkan pun patutnya. Since mengantuk aku membuta, sesekali terjaga kejap pastu sambung balik.

Kami semua terjaga bila supir kejutkan, ingatkan singgah musolla tapi rupa2nya dah sampai Lovina. Tengok jam, it's nearly to six. Bila kitorang tanya kenapa tak berhenti kat musolla masa on the way ke sini, selamba je dia jawab dia dah berhenti, tapi kitorang tidur. So, dia assume kitorang tak nak turun. Bila mintak dia carikan tempat untuk kitorang solat, dia bising2 sebab katanya dah lewat nak turun ke laut. Akhirnya kitorang tumpang solat kat post guard resort sebelah tu. Terima kasih Dot kerana sudi mengorbankan hampir sebotol air mineral pagi tu, jasamu dihargai.

Kononnya tak menyempat2 nak turun ke laut, tapi lambat jugak kitorang turun. Ingatkan takde dah aktiviti membasahkan pakaian, tapi awal2 kaki seluar dah basah dek kerana mengharung air laut sebelum masuk ke dalam bot. Bot kami pulak punyalah comel, kurus dan panjang. Papan tempat duduk kami pulak disusun melintang dinding ke dinding bot. 


Sebelum kami dibawa dengan bot. Masa ni dah banyak yang dah belayar ke laut lepas.


Pemburu dolphin di lautan.


Matahari mula muncul. Since bot tu amatlah payah dan tak selesa nak pusing ke belakang, ini jelah yang mampu aku capture. Time ni air laut pasang, basah jugaklah kami pagi tu disimbah air laut. 




Terumbang ambing tanpa haluan, pasrah dipukul gelombang.

Lama jugak kami menunggu sebelum tiba2 muncul dolphin di permukaan air. Masing2 menjerit seronok melihat aksi dolphin. Punyalah seronok, satu gambar pun aku tak berjaya capture. Boatman kitorang bagus jugak, berkejar ke sana ke sini memburu dolphin bila mana banyak bot2 lain dah kembali ke daratan. Aku puas sebab kali ni aku berjaya tengok live lepas terkuciwa dua kali sebelum ni.


Dalam perjalanan pulang ke daratan. Laut dah tenang masa ni, Alhamdulillah.

Sepatutnya lepas Lovina kami akan dibawa ke Bedugul, itulah yang dipersetujui sebelum ni. Tapi supir kitorang tetaplah tak nak bawak kitorang pegi Bedugul, macam2 alasan dia bagi. Dia terus je bawak kitorang ke Kintamani. Aku dah fed up, insist pun tak guna sebab dia yang drive. Last2 aku sambung tidur kat seat belakang. Aku bangun bila dah menghampiri Kintamani. 


Gunung Batur yang menjadi tumpuan di Kintamani, juga Gunung Agung yang diselubungi kabus, memang tak nampak apa lah. Gunung Batur ni boleh buat day trip kalau nak trekking. Pun ada danau jugak kat belah kanan tu, tapi aku langsung tak teruja. Sebabnya aku dah tengok yang lebih menarik di Rinjani, jadinya bila tengok yang ni biasa2 ajelah. Keterujaan tu dah takde.

Dari Kintamani kami dibawa ke Tegalalang. Nak masuk ke kawasan ni kena bayar Rp 5000 seorang, tapi resit yang diberi kat kitorang sekeping je, pulak tu tulis untuk parking. Confirm masuk poket sendiri lah tu. 


Paddy terrace yang menjadi tumpuan ramai orang. Bagi aku biasa2 aje. Aku dengan Dot turun ke bawah. Masa turun lajulah, masa naik semput jugak nak panjat anak tangga tu. Jaja dengan Zainur tunggu kat atas.

Dari Tegalalang kami dibawa ke Pasar Seni Sukawati. Kat pasar tu ada banyak kedai makan yang bertanda halal, maka kami pun tanpa was-was pilih kedai yang paling hujung. Tak nak fikir banyak, kang yang halal boleh jadi haram. Lepas makan kitorang bershopping, tak adalah shopping kaw2 punya. Yang penting kena pandai tawar menawar. 

Lepas Pasar Seni Sukawati aku tanya supir boleh tak bawak kitorang ke Tanah Lot sebab aku nak beli lukisan since yang aku jumpa kat pasar tu tak menarik dan mahal yang amat. Tapi bila ayat dia tu annoying giler, aku makin fed up. Last2 aku senyap kat belakang, lantaklah nak bawak ke mana pun. Yang pasti tempat yang dia bawak kitorang tu memang useless, tak bawak pun takpe. 


Akhirnya kami singgah di Masjid Inna Grand untuk bersolat, itu pun jenuh kitorang ingatkan. Ruang solat untuk wanita cuma kat sudut tu aje. Aku ingat nak try bakso yang pak cik tu jual kat depan masjid, tapi perut masih kenyang, so lupakan ajelah.

Masa naik kereta tu kitorang tanyalah kot2 boleh singgah kat tempat lain tak since awal lagi, flight kitorang pun malam karang. Tapi dia kata takes time nak ke airport, kurang2 dua jam kalau tak jam. Malas nak bertekak, aku tido lagi asyik tido je kan keje aku. Belum sempat aku nak bermimpi, Dot kejutkan kata dah sampai airport. Kata 2 jam, tak sampai sejam dah sampai, apa citer nih? Dah jelas dan nyata dia tipu kitorang. Masa nak say good bye dan dia mintak maaf, aku ada kata kalau aku tak nak maafkan macam mana? Memang berubah muka dia dan aku tinggalkan dia macam tu aje. Cuma aku dan Dot yang turun since Jaja dan Zainur still have few days kat sini.

Kitorang jumpa Zilla dan Tasya kat Burger King, melepak kat situ sambil tulis poskad untuk diri sendiri. Mamat sebelah kitorang tu banyak betul tulis poskad, a bundle of it! Nak je aku buat muka tak malu mintak satu, tapi aku tak buat pun, hahaha.

Pukul 8 lebih baru kitorang gerak ke departure hall, flight kitorang pukul 9.20 tapi delay lah pulak. In fact, semua flight delay regardless of the airlines. Sampai kat LCCT nearly 1.30 in the next morning. Tasya hantar aku ke KLIA, ambik kereta and drive back home. 

Well, Bali mungkin bukan untuk orang seperti aku. Atau mungkin jugak aku tak jumpa tempat yang boleh menyebabkan aku tertarik, yang ada wow factor. Aku lemas di Bali, di merata tempat ada bekas berisi bunga yang dorang sembah. Even dalam toilet pun dorang letak. Aku pening dengan baunya. No wonder lah Bali jugak dikenali sebagai Land of the God! Aku rasa kalau takde bekas tu aku tak lah lemas sangat.

Perjalanan selama 12 hari berakhir jua. Banyak yang aku kutip di sepanjang perjalanan. Banyak keindahan yang aku saksikan, sama banyaknya dengan ketakutan yang aku hadapi. Setiap yang berlaku ada hikmah disebaliknya. Allah mempertemukan kami dengan keluarga Mama Dedeh yang ramah dan baik hati. Pak Amin yang istimewa, walaupun bisu tapi kami tetap boleh berkomunikasi. Aku bersyukur kerana diberi peluang olehNya untuk melalui pengalaman ini. Sesekali bila teringat, aku akan sama ada tersengih atau gelak sorang2. Part sakit hati tu aku cuba padam, kalau boleh nak hilangkan terus dari senarai kenangan.


Wednesday, November 27, 2013

day11: harus berpisah

Kononnya kami berpakat nak bangun awal, nak kejar sunrise. Tapi masing2 sambung tidur lepas Subuh. Pukul 7 pagi kami semua dah ready nak keluar. Nama je pukul 7, tapi matahari dah terpacak dah. Turun ke bawah kami terserempak dengan Mas Anton, owner hotel ni. Dia yang layan kitorang breakfast pagi tu.


Donut ni sedap, tambah pulak berteman dengan kopi. Tapi sayang, tak dapat nak makan lebih bila Mas Anton kata itu je lagi yang tinggal. Lepas dah kenyang, kami ke pejabat pos yang tak jauh pun dari hotel tu. 


Pejabat Pos Labuan Bajo sunyi je pagi tu. Mujur ada kami yang memeriahkan suasana. Lepas tampal setem, dorang mintak mas pekerja tu stamping kat poskad dorang kat situ jugak, tanpa perlu dipos ke tanah air. Baik je brader tu layan kerenah kitorang. Tapi aku tetap nak pos macam biasa, sebab feel dia lain bila bukak peti surat ada poskad. Alhamdulillah, lebih kurang 2 minggu lepas tu aku dah terima. 

Lepas tu kami menyinggah ke kedai souvenir kat sebelah kiri dan kanan jalan, mencari kot2 ada yang boleh dijadikan ole2. Apa yang ada tak berjaya menarik aku untuk membeli. Nak beli t-shirt pun aku fikir berkali2, mana taknya mesti terpampang gambar komodo. Nak tengok pun aku dah seram, apa lagi nak pakai. Tidaklah jawabnya.


Anak2 Labuan Bajo, ceria dalam pakaian seragam mereka.


Labuan Bajo yang tenang. Aku rasa jalan ni adalah jalan utama kot, since banyak hotel dan tour offices. Sebelum pukul 10 tu kitorang balik ke hotel, get ready untuk ke airport since kitorang janji dengan Mama Dedeh pukul 10.


Hotel Komodo Indah, sempat stay semalam je. Overall, okay je. Nak naik ke bilik kitorang, kena naik tangga tu ke atas. Kat tingkat bawah ada jugak bilik, dan juga ruangan makan.


Never say maybe...

Masa kami turun kat bawah tu, Mama Dedeh dah ada. Tengah tunggu kereta yang akan hantar kitorang ke airport. Masa nak drop kunci takde orang kat depan, lama tunggu pekerja hotel tu keluar dari kitchen. Since Mama Dedeh tak hantar kitorang ke airport, so kat depan hotel tu lah kitorang berpisah. 

Airport memang sempoi dan koboi, as expected. Semuanya manual. Airport tak Rp 10k each person. Aku rasa bila airport baru siap nanti mesti airport tax naik. Flight delay, tapi tak lama sangat. Sempatlah aku ushar keliling, mostly yang kat boarding hall adalah bule.


MA 60, kapal buatan Xi'an, China. Alhamdulillah, kami selamat walaupun aku cuak jugak during the flight. Nampak pekerja tengah loading baggage dalam cargo compartment manually. Kali ni aku berjaya dapat duduk kat designated seat aku, tepi tingkap. So, cancel lah nak tido. Layan view dari atas lagi menarik.


Pulau kecil dan besar yang tak tahu nama.


Gunung Rinjani dari udara. Rindulah pulak dengan Rinjani. Hahaha, over sungguh!


Shortly before we landed at Bali Airport.

Since lama sangat nak tunggu baggage kitorang sampai, aku dengan Dot pegi solat dulu kat arrival hall tu. Tempat bocor sebelum ni dorang dah tadah dengan bekas, so kuranglah bau hapak dalam surau tu. Lepas dah settle semua urusan tertunggak, kitorang keluar dan supir dah sedia menunggu. Untuk perjalanan di Bali, semuanya Tasya yang uruskan.

Entahlah, awal2 lagi kami dah rasa something wrong dengan supir ni. Semuanya tak boleh dan tak tahu. Kitorang dibawa ke Tanah Lot untuk memburu sunset. Itu pun lepas dah singgah Tune Hotel untuk check in, tinggalkan baggage dan ambik Jaja. Sementara nak ke pantai, kami ushar keliling gerai2 kat situ. Banyak lukisan yang menarik dan aku rasa nak beli time balik nanti. Apa pun, layan sunset dulu.


Awan macam banyak, tapi tetaplah gigih menanti. Kebetulan kami dapat port yang menarik, nampak macam takde orang kan? Tapii....


Tapiii... sebenarnya ramai je umat manusia.




Bila matahari dah betul2 beradu, tak ada apa yang nak ditunggu lagi.

Singgah di gerai2 yang ada di situ. Rupa2nya dah banyak yang dah nak tutup, ada yang tengah berkemas. Lukisan yang aku nak beli pun dah tak sempat. Tak pe lah, since aku ada esok sehari lagi, mungkin adalah rezeki aku nanti. Kalau tak ada, pasrah ajelah. 

Dari Tanah Lot kami dibawa ke Krishna, tak ada apa yang menarik pun bagi aku. Lukisan pun tak cun. On the way balik, supir dropkan kitorang kat simpang McD dan kitorang menapak ke KFC. Oh, KFC di tanah air terchenta lagi sedap!

Lepas makan kami jalan kaki ke hotel. Dah settle mandi semua, bukan nak terus tidur. Sempat lagi bersembang, pillow talk lah lebih kurang. Aku set alarm pukul 2.15 pagi sebab pukul 3.00 akan gerak ke Lovina. By the time aku nak tidur tu dah pukul 1.00 lebih, harap2 aku terjagalah. 


Wednesday, November 20, 2013

day9 part1: labuan bajo, kami datang!

Awal pagi aku terjaga kejap to say good bye to Anhar, he's heading home after 8 days together dan lepas tu aku tumbang lagi sampai ke pagi. Lepas Subuh gajah sebab merata2 cari surau since surau yang kitorang solat kat arrival hall semalam tu tak boleh masuk, kami berlima bergerak ke domestic departure hall untuk flight ke Labuan Bajo. Akhirnya kami tumpang solat sebelah kantor polisi, dorang pun okay, tak banyak soal bila cakap nak tumpang solat. 

Since Bali Airport under construction, kelam kabut jugaklah kitorang mencari kaunter untuk check in. Lepas dah check in, drop baggage dan bayar airport tax, kitorang masuk ke departure hall dan cari makanan untuk breakfast. Flight kitorang delay lama jugaklah. Masa kitorang dibawak dengan bas ke aircraft, aku duk bayangkan mesti tak ramai penumpang. Rupa2nya aku tersilap, Merpati Airlines ni cuma transit kat Bali dan dalam tu dah hampir penuh pun. Seat yang assigned untuk aku kat tepi tingkap, tapi dah diambil oleh mamat yang naik sebelum aku. Okaylah, malas nak gaduh2 aku pasrah ajelah.

Ingatkan bila aku buat tak tau pasal seat, dia pun taklah kacau aku. Mula2 tu dia ajak aku bersembang, layankan aje lah. Bila dah tak tau nak buat apa, aku tengok gelagat orang dalam flight tu. Kejap2 dia cuit aku suruh tengok ke luar tingkap. 

'Mbak, lihat mbak. Cantik di luar sana.' Maka panjanglah leher aku mengalahkan zirafah. Kalau angsa tengok confirm nangis sebab leher aku lagi panjang dari dorang. Tak sampai seminit lepas tu duk cuit lagi. Naik fed up aku jadinya sebabnya masa dia suruh aku tengok, dia pulak duk blocking tingkap tu. Aduyaiii... memang makan hatilah aku dengan dia ni. Malas nak layan, aku buat2 tido walaupun dia duk cuit2 jugak hinggalah aku betul2 tertido. Terjaga je just about before land, itu pun sebab riuh dalam flight sebab dorang bersorak dan bertepuk tangan. 


Tengok tu, dia dah ready tunggu kitorang kat sini. Macam tau2 aje kitorang datang sini nak melawat dia.

Masuk ke dalam arrival hall yang macam dewan sekolah rendah aku zaman dulu2, aku terus ke deretan bangku yang bersebelahan dengan pintu keluar. Kat situ ada sorang mak cik ni, aku agak mungkin dia tunggu sedara mara kot since dia ada pegang helmet. Masa tu aku kelam kabut keluarkan phone nak call Mama Dedeh dengan Zilla. Baru je on kan, tengok2 takde signal dan tup, handphone aku mati. Yang sebenarnya bateri dah nak kong, masa kat Bali aku cuba nak charge tapi takde plug kosong. Since orang yang kerumun nak ambik baggage dah berkurangan, kitorang pun ke kaunter bag. Nanti2 lah fikir camana nak contact Mama Dedeh tu.


Memang koboi giler tempat collect baggage ni, ada bangku dan beg akan diletakkan kat atas tu. Tuan punya beg akan tunjukkan keratan tiket yang ada lekat baggage slip then pekerja akan bagi beg korang. Bagusnya sebab takde orang nak berebut2 tak tentu pasal, masing2 cool aje. 

Dah dapat beg aku kembali ke tempat tadi. Sekali tengok dorang duk gelak2 dengan mak cik yang duduk kat kerusi tu. Rupa2nya itulah Mama Dedeh, tuan punya bot yang kitorang akan LOB kat Labuan Bajo ni. Boleh pulak dia terlupa nak tunjukkan kertas yang tulis nama dia, instead of nama kitorang. Bila semua orang dah settle dengan bag masing2, kami ikut Mama Dedeh ke tempat parking. 


Mama Dedeh yang berhelmet biru, nampak separuh aje badannya. Kitorang tak singgah pun kat gerai tepi2 ni, jeling je. Itu pun sebab nak ambik gambar. Belah kiri gambar ni, atau berdepan dengan gerai2 ni adalah airport baru yang sedang dalam pembinaan. 


Baru beberapa minit kereta bergerak, nampak view ni. Cepat2 mintak mas driver berhenti, masing2 duk excited ambik gambar. Baru je sampai kami dah dihidangkan dengan keindahan ni, Subhanallah. Dari airport ke Pelabuhan Labuan Bajo tak jauh pun, tak sampai 20 minit pun rasanya.


Bot yang paling depan inilah yang akan kitorang naik. Sementara tunggu Mama Dedeh beli barang2 untuk bekalan makanan kitorang dan Tasya dengan Dot pergi sewa peralatan snorkeling, kitorang yang lain duk melepak kat depan pelabuhan. Bila semua urusan dah settle, terus kitorang boarded. Takde tangguh2 lagi dah. 


Laut yang tenang, pulak tu dengan view yang memang amazing, cukup untuk buat aku jatuh cinta. Bayangkan di atas lautan luas dan korang dikelilingi bukit bukau yang membentuk pulau2 kecil yang bermacam bentuk dan saiz. Sempatlah aku berangan nak beli pulau sebijik dan stay je kat situ.


Cantik? Tak cantik? Ni baru sikit. Kalau tengok depan mata baru korang rasa macam tak nak balik. Jujurnya, aku sendiri macam tak yakin yang aku sebenarnya masih di Indonesia. Sebab aku tak pernah imagine keindahan sebegini.


Sambil melayan angan2 tu, kami dihidangkan dengan lunch. Perut pun dah sakan menyanyi, masing2 ambik tempat. Nasi tu warna merah, macam nasi dagang Kelantan tapi rasanya lebih kurang macam nasi biasa jugak.

Bot kami sebenarnya dah menghampiri destinasi pertama kami. Perut dah kenyang, masing2 excited dengan cabaran ni. Okaylah, dah malas nak menaip. So tunggulah next episode erk... hihihi.


Monday, November 18, 2013

day8: menyeberang ke bali

Lebih kurang 9.30 pagi kitorang dah ready nak check out, kemudian ke Lombok Guesthouse untuk ambik baju yang kitorang hantar laundry hari tu. Sebelum tu menyinggah dulu ke Indomaret, beli apa yang patut. Kami tersesat, mujurlah terjumpa sepasang suami isteri yang baik hati di gerai mereka. Diorang tunjukkan jalan dan tahankan kereta kuda untuk kami. Tapi bila pak cik kereta kuda tu charge kitorang Rp 30k, terus pak cik baik hati tu kata tak usah. Selalunya Rp 3k je sorang untuk jarak tu. Sempat lagi nak pow kitorang walaupun pak cik baik hati tu kata kami ni sedara dia. Last2 kitorang menapak ajelah.

Sampai kat Lombok Guesthouse dan ambik baju, kami mintak tolong mas tu call kan teksi. Dari situ kami akan terus ke Pelabuhan Lembar untuk ambik feri ke Bali. Sepanjang perjalanan aku lena kat belakang, Anhar je yang berjaga dengan driver teksi tu. Aku terjaga bila dengar kecoh2. Rupa2nya teksi dah sampai kat entrance Pelabuhan Lembar dan ada 2 lelaki bermotosikal cuba bukak pintu belakang pastu campakkan tiket ke riba Zilla. Aku dah cuak, dah lah masing2 mamai. Then the drama goes, tanpa director, tanpa cameraman. 

Kami tak boleh masuk ke dalam, kena berhenti kat situ jugak but since tiket tu dah dicampakkan kat kitorang, dan2 teksi boleh masuk ke dalam. Masa nak bayar tambang teksi, sekali lagi drama berlaku. Lelaki bermotor 2 orang tadinya sibuk masuk campur masa kitorang hulurkan duit tambang teksi, tak habis2 dengan tambang feri pulak. Aduyaii, memang hanginlah satu badan tapi apa yang kitorang boleh buat selain relakan walau terpaksa. Lepas tu ada pulak yang offer transport kat Padang Bai nanti, sudahnya kitorang buat muka ketat dan blah je.  

Dah naik feri kitorang cuak semacam, feri penuh dengan muka warga tempatan. Risau kot2 kitorang salah naik feri ke apa, tapi bila nampak couple mat saleh kat belah belakang, masing2 tarik nafas lega. Dengan hangin yang ntah apa2, penat dan perut yang lapar, kitorang ke kantin feri mencari sesuatu untuk dimakan. Sebelum tu kitorang dah beli kerepek pisang dan kerepek sukun yang dijual bapak penjaja dalam feri tu. Kerepek pisang tu sedap, tapi tang kerepek sukun tu naik lenguh mengunyah, keras! Nak dibuang sayang, kunyah ajelah sampai lenguh, hahaha. 

   
Pop Mie perasa baso dalam feri. Rasanya dalam trip kali ni baru aku merasa makan mee segera yang betul2 segera, cuma dituang air panas je kat Indonesia ni. Aku bukanlah peminat mee segera pun.


Perjalanan dengan feri dari Pelabuhan Lembar, Lombok ke Pelabuhan Padang Bai, Bali biasanya lebih kurang 4 ke 5 jam bergantung keadaan laut. Kami bertolak dari Lembar lebih kurang 12.30 tengah hari.


Keadaan laut pun cantik, tak bergelora. Tapi aku pening, jadinya tidur ajelah. Masa feri lama berhenti kat tengah laut untuk tunggu turn to berth kat Padang Bai, aku baring je. Dorang ramai2 siap layan dolphin buat show lagi tu. 


Surau yang tersedia dalam feri, bersih dan agak luas. Tempat untuk ambil wuduk kat belakang ruangan ni aje, cuma di ruangan terbuka. Bila berdiri je aku tak boleh nak tegak, rasa nak tumbang je. Ambik gambar tu goyang2, macam mana tu? Sudahnya aku solat sambil duduk.


Feri dah selamat berlabuh, masing2 terus angkut barang dan keluar. Inilah keadaan dalam feri.


Sampai di Pelabuhan Padang Bai dah gelap. Bak kata Anhar, naik feri hari ni cukup pakejnya, dolphin dan sunset. Belum dikira drama hari ini.


Feri yang ditinggalkan.


Banyak speed boat dan boat separa mewah kat pelabuhan ni.

Since takde bas ke Terminal Ubung, kitorang ambik travel dengan 2 lagi penumpang lain. On the way tu kitorang decide untuk dihantar terus ke Bandara dan bapak tu mintak tambah another Rp 40k seorang which goes the total of Rp 100k each. Sebelum sampai ke Terminal Ubung, bapak driver singgah ambik 2 anaknya. Kereta dah sedia sendat bertambah sendatnya. 

Ngeri aku tengok driver ojek kat terminal tu. Kereta belum berhenti lagi, dorang dah serbu siap berpaut kat tingkap dan pintu lagi. Aggressive betul. Kitorang yang tak keluar pun turut terkena tempiasnya. Keje aku cuma tidur je sepanjang perjalanan, sedar2 dah sampai airport Bali. 

Kitorang pergi makan kat McD sebelum kembali lepak depan Restoran Ayam Betutu since dah janji meeting point dengan dorang kat situ. Tasya dan Dot sampai dulu, first time aku jumpa dorang dan tak lama lepas tu Zainur pulak tiba, pun first time jugak jumpa. Kitorang melepak kat Burger King, sempat tido kejap. Bila tak tahan nyamuk, kitorang kembali ke tempat asal. Depan Restoran Ayam Betutu tu ada bangku besar, macam pangkin. Apa lagi, masing2 aku ler tu ambik port untuk tido.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...