Lebih kurang 9.30 pagi kitorang dah ready nak check out, kemudian ke Lombok Guesthouse untuk ambik baju yang kitorang hantar laundry hari tu. Sebelum tu menyinggah dulu ke Indomaret, beli apa yang patut. Kami tersesat, mujurlah terjumpa sepasang suami isteri yang baik hati di gerai mereka. Diorang tunjukkan jalan dan tahankan kereta kuda untuk kami. Tapi bila pak cik kereta kuda tu charge kitorang Rp 30k, terus pak cik baik hati tu kata tak usah. Selalunya Rp 3k je sorang untuk jarak tu. Sempat lagi nak pow kitorang walaupun pak cik baik hati tu kata kami ni sedara dia. Last2 kitorang menapak ajelah.
Sampai kat Lombok Guesthouse dan ambik baju, kami mintak tolong mas tu call kan teksi. Dari situ kami akan terus ke Pelabuhan Lembar untuk ambik feri ke Bali. Sepanjang perjalanan aku lena kat belakang, Anhar je yang berjaga dengan driver teksi tu. Aku terjaga bila dengar kecoh2. Rupa2nya teksi dah sampai kat entrance Pelabuhan Lembar dan ada 2 lelaki bermotosikal cuba bukak pintu belakang pastu campakkan tiket ke riba Zilla. Aku dah cuak, dah lah masing2 mamai. Then the drama goes, tanpa director, tanpa cameraman.
Kami tak boleh masuk ke dalam, kena berhenti kat situ jugak but since tiket tu dah dicampakkan kat kitorang, dan2 teksi boleh masuk ke dalam. Masa nak bayar tambang teksi, sekali lagi drama berlaku. Lelaki bermotor 2 orang tadinya sibuk masuk campur masa kitorang hulurkan duit tambang teksi, tak habis2 dengan tambang feri pulak. Aduyaii, memang hanginlah satu badan tapi apa yang kitorang boleh buat selain relakan walau terpaksa. Lepas tu ada pulak yang offer transport kat Padang Bai nanti, sudahnya kitorang buat muka ketat dan blah je.
Dah naik feri kitorang cuak semacam, feri penuh dengan muka warga tempatan. Risau kot2 kitorang salah naik feri ke apa, tapi bila nampak couple mat saleh kat belah belakang, masing2 tarik nafas lega. Dengan hangin yang ntah apa2, penat dan perut yang lapar, kitorang ke kantin feri mencari sesuatu untuk dimakan. Sebelum tu kitorang dah beli kerepek pisang dan kerepek sukun yang dijual bapak penjaja dalam feri tu. Kerepek pisang tu sedap, tapi tang kerepek sukun tu naik lenguh mengunyah, keras! Nak dibuang sayang, kunyah ajelah sampai lenguh, hahaha.
Pop Mie perasa baso dalam feri. Rasanya dalam trip kali ni baru aku merasa makan mee segera yang betul2 segera, cuma dituang air panas je kat Indonesia ni. Aku bukanlah peminat mee segera pun.
Perjalanan dengan feri dari Pelabuhan Lembar, Lombok ke Pelabuhan Padang Bai, Bali biasanya lebih kurang 4 ke 5 jam bergantung keadaan laut. Kami bertolak dari Lembar lebih kurang 12.30 tengah hari.
Keadaan laut pun cantik, tak bergelora. Tapi aku pening, jadinya tidur ajelah. Masa feri lama berhenti kat tengah laut untuk tunggu turn to berth kat Padang Bai, aku baring je. Dorang ramai2 siap layan dolphin buat show lagi tu.
Surau yang tersedia dalam feri, bersih dan agak luas. Tempat untuk ambil wuduk kat belakang ruangan ni aje, cuma di ruangan terbuka. Bila berdiri je aku tak boleh nak tegak, rasa nak tumbang je. Ambik gambar tu goyang2, macam mana tu? Sudahnya aku solat sambil duduk.
Feri dah selamat berlabuh, masing2 terus angkut barang dan keluar. Inilah keadaan dalam feri.
Sampai di Pelabuhan Padang Bai dah gelap. Bak kata Anhar, naik feri hari ni cukup pakejnya, dolphin dan sunset. Belum dikira drama hari ini.
Feri yang ditinggalkan.
Banyak speed boat dan boat separa mewah kat pelabuhan ni.
Since takde bas ke Terminal Ubung, kitorang ambik travel dengan 2 lagi penumpang lain. On the way tu kitorang decide untuk dihantar terus ke Bandara dan bapak tu mintak tambah another Rp 40k seorang which goes the total of Rp 100k each. Sebelum sampai ke Terminal Ubung, bapak driver singgah ambik 2 anaknya. Kereta dah sedia sendat bertambah sendatnya.
Ngeri aku tengok driver ojek kat terminal tu. Kereta belum berhenti lagi, dorang dah serbu siap berpaut kat tingkap dan pintu lagi. Aggressive betul. Kitorang yang tak keluar pun turut terkena tempiasnya. Keje aku cuma tidur je sepanjang perjalanan, sedar2 dah sampai airport Bali.
Kitorang pergi makan kat McD sebelum kembali lepak depan Restoran Ayam Betutu since dah janji meeting point dengan dorang kat situ. Tasya dan Dot sampai dulu, first time aku jumpa dorang dan tak lama lepas tu Zainur pulak tiba, pun first time jugak jumpa. Kitorang melepak kat Burger King, sempat tido kejap. Bila tak tahan nyamuk, kitorang kembali ke tempat asal. Depan Restoran Ayam Betutu tu ada bangku besar, macam pangkin. Apa lagi, masing2 aku ler tu ambik port untuk tido.
weh..ko tak hantar pon poskad utk aku dari bali..hehe
ReplyDeleteposkad kat bali mahal, aku beli untuk diri sendiri je....
ReplyDeletealahai, aku terlupa nak pos dari LOB, ada satu kat umah, kalau nak nanti aku poskan.. kikiki..
assalammulaikum...nak tanya...ferry dari lombok ke bali setaip satu jam ada ke?or sehari sekali je?thanks.....^_^
ReplyDeletewsalam...
Deletekalau dari pelabuhan Lembar, every one hour ada ferry, tapi tengok weather jugak. kalau laut bergelora, xde lah ferry nya..
most welcome