Wednesday, November 13, 2013

day7 part1: sumbawa - segalanya tak dirancang

Aku terjaga bila konduktor bas kejutkan aku. Dia tanya aku kat mana kitorang nak turun dan aku jawab di kantor Damri aje. Aku tengok dalam bas, penumpang dah berkurangan. Selain dari kami bertiga, driver dan konduktor bas, hanyalah beberapa orang yang lain aje lagi tinggal. Sebaik bas berhenti di office yang terletak di deretan rumah kedai, jam menunjukkan pukul 3.00 pagi. Dalam mamai selepas bangun, ambik backpack dari tempat simpanan barang di belakang bas, kami bertanya kalau2 kami boleh menumpang di pejabat dorang sementara menunggu siang. Bila dorang kata office dorang tak sesuai untuk rehat, ding dong ding dan akhirnya kitorang decide cari masjid ajelah. 

Walaupun banyak ojek yang bersedia berkhidmat pagi2 buta ni, kami tetap memilih untuk berjalan kaki. Masjid pertama yang kitorang jumpa under construction dan pagarnya dikunci. Lepas bertanya kat brader bermotor, kami terus meredah kedinginan pagi. Salakan anjing yang tiba2 membuatkan aku dan Zilla cepat2 jalan ke depan. Cuak weh! Tak lama lepas tu kami nampak pagar masjid. Alhamdulillah, lega rasanya bila ada tempat untuk tumpang berehat. Masjid Kampung Pasir Putih menerima tetamu jauh dinihari tu. 

Sempatlah aku tidur sementara tunggu Subuh. Aku tak pasti sama ada aku bermimpi atau benar2 terjadi, aku dengar bunyi riuh rendah dan meriah sekali. Tapi tak lama lepas tu Zilla kejutkan sebab waktu Subuh dah nak masuk dan jemaah dah mula datang. Bila dah dapat keizinan daripada Pak Imam, kami turut menumpang mandi di masjid tersebut. Bagusnya masjid tu, bilik air untuk wanita agak luas dan boleh digunakan sebagai bilik mandi. Tapi satu ajelah yang ada. 

Masa kitorang lepak kat luar sementara tunggu hujan renyai2 berhenti, datang 2 orang pak cik ni yang nak sambung keje dorang betulkan tangga masjid. Sempatlah borak2 sekejap. Salah seorang pak cik tu pernah kerja kat Malaysia. Aku perasan ada duit Malaysia not seringgit kat dalam tabung derma Masjid. Sama ada daripada orang kampung tu yang pernah bekerja di Malaysia atau ada orang Malaysia lain yang pernah sampai ke situ sebelum kami. Kami berjalan kaki ke Pantai Maluk berpandukan direction yang Pak Imam dan pak cik tadi berikan. On the way tu, sempat jugak kami bertanya bila berselisih dengan penduduk kampung. 


Pantai Maluk yang cantik dengan awan tebal. Tapi sayang, banyak anjing liar dan sampah di sini. Kami ke food court yang sunyi tak jauh di pantai tersebut. Lepas breakfast, aku tanya brother kedai makan tu macam mana caranya nak ke tempat lain. Lepas berbincang kitorang setuju untuk hire dia rather than ojek, sebab costnya sama je. Kebetulan dia off hari tu dan dia kat situ pun sebab tolong jaga kedai mak cik dia aje. 


Pantai Sekongkang atau turut dikenali sebagai Pantai Tropical ni lebih kepada private beach, paling ke utara kalau dari Pantai Maluk dan berada di jalur yang sama. Bukit tu boleh dipanjat kalau rajin. Nampak tak rumah api kat atas tu? Ralit kitorang tengok mat saleh sorang tu. Gigih dia berenang cari ombak kat tengah lautan sana. Menurut Mas Agus, brother yang bawak kitorang tu ombak kat sini boleh mencecah setinggi 7 meter dan sering menjadi tumpuan kaki surfing bila musim ombak tinggi.


Kami ke Pantai Rantung kemudiannya. Kat sini pun ombak datang dari pelbagai arah, korang boleh tengok dalam gambar kat atas tu. Kebetulan masa kami sampai kat sini ada 2 orang penduduk tempatan kat tepi pantai ni. Mencari ketenangan di pagi hari, mungkin.


Menariknya lagi tentang pantai ni, di bahagian kiri pantai dipenuhi dengan batu2 hitam, macam batu sungai ni. Banyak pulak tu, macam tak logiklah kalau ada orang tolong taburkan. Subhanallah, indahnya ciptaan Yang Maha Esa untuk kita nikmati. Dah habis bergambar, kami ke pantai seterusnya. 


Sebelum pulang, Mas Agus bawak kami ke pantai ni. Pantai yang ni berbeza dengan Pantai Rantung, agak tersorok ke dalam. Kalau tak silap namanya Pantai Yoyo. Baru je kami bersemangat nak bergambar dan berlama di sini, hujan turun dengan agak kasar dan semakin lebat. Berlari2 kami berempat ke kereta. Walaupun tak sempat nak rakamkan dengan lensa kamera, cukuplah aku rakamkan dalam memori. Mudah2an keindahannya tak akan luput buat selamanya.

Sewaktu perjalanan ke Pelabuhan Benate, ntah macam mana aku boleh tertidur. Tak sedar pun bila masanya aku terlelap dan terbang, walhal sebelum tu kitorang bersembang. Sedar2 je bila dah sampai dan dorang kejutkan. Dengan mamai2, keluar dari kereta. Pastu pening tak tau nak buat apa.


Kat pelabuhan ni ada penambang. Oh, bukan. Bukan bot penambang macam kat Ganu tu. Penambang kat sini maksudnya tempat pemprosesan emas. Mas Agus tu kerja kat sinilah, tapi hari ni dia cuti. Raw gold yang bercampur dengan segala macam pasir dan batu dibawa ke sini untuk diproses. 


Sebelah pelabuhan tu ada perkampungan nelayan. Pasir kat sini warnanya agak kehitaman, halus dan macam bersilica. Ada gerai2 yang berniaga di sini. Sempatlah aku hilangkan dahaga dengan air kelapa muda sambil makan pisang goreng. Seronoknya kat sini, tak ada orang ganggu pun. Masing2 buat hal sendiri, tak ada orang nak push beli barang ke, apa ke. Aman dan nyaman.

Since kami nak ke Pelabuhan Poto Tano dan kemungkinan bas terakhir dari terminal ke sana dah pun berlepas, Mas Agus bersetuju untuk hantar kitorang ke sana. Itu pun selepas dah confirm dengan bibiknya di sini mak cik dipanggil bibik. Baru beberapa minit kitorang bergerak meninggalkan Maluk, bibik Mas Agus telefon dan dia perlukan kereta. So, planning dah bertukar. Kebetulan ada bas nak ke pelabuhan kat tepi jalan, Mas Agus dropkan kat situ lepas dah confirmkan dengan driver bas. 

Since dah nampak ramai orang kat dalam bas tu, cepat2 je kitorang melintas jalan dan boarded the bus. Tak nak lah bagi dorang tunggu kitorang lama2. Tapi hampeh je, terkuciwa kami di situ. Driver bus tu buat derk je. Sempat dia tidur lagi lepas dah habis hisap rokok. Dah lah bas tu sempit, barang2 tak usah cerita lah, bau asap rokok lagi, memang lemaslah. Basnya lebih kurang macam bas mini, tapi seat macam rapat2 je. Kitorang bertiga siap tidur, terjaga, bergosip, sambung tidur balik, terjaga lagi, bus tetap tak gerak2. Rimas, penat, semua ada. Last2 adalah mamat ojek datang suruh driver bas tunggu, ada 3 orang nak naik katanya. Masa tu kitorang berdoa mudah2an bas ni geraklah. Alhamdulillah, lepas mamat 3 orang tu naik, bas pun gerak. 2 jam kitorang tunggu dalam tu, orang yang dah ada masa kitorang naik tu tak tahulah berapa lama dorang tunggu.

Punyalah slow bas ni gerak. Apa lagi boleh buat selain dari tidur. Nak tengok view memang tak clear sangat. Jenuh duk dalam bas tu, kematu dah rasanya. Kalau menunggu dalam bas dah 2 jam, dalam perjalanan pun lebih kurang je lamanya. Bila aku nampak signboard besar belah kanan, cepat2 aku bagitau konduktor bus suruh stop. Masa turun baru bayar tambang.  

Aku dah penat nak menaip, so akan bersambung...


2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...