Pagi yang damai, aku terjaga bila dikejutkan oleh mereka. Dorang sumer dah standby dengan senjata masing2. Merakamkan keindahan pagi sewaktu matahari muncul di Teluk Kalong ni. Again, I do not know how to describe with the words. Everything looks amazing, awesome! Since korang takde dengan aku, jangan kecewa sebab tak boleh tengok. Aku dah ambik gambar untuk share dengan korang. Tapi yang pasti tengok live lagi menakjubkan.
Malam tadi aku rasa position bot tu kat tempat lain, pagi ni dah berubah tempat pulak. Matahari belum muncul lagi ni.
Matahari pagi dah muncul.
Matahari semakin tinggi, sinarnya semakin menerangi alam.
Sambil duk layan sunrise, ntah macam mana aku boleh tertidur lagi. Biasanya kalau nak kejar sunrise harus keluar dari rumah atau bilik. Tapi kali ni sambil baring pun boleh tengok sunrise tanpa halangan. Bila bangun itu pun setelah dikejutkan dorang tengah breakfast pisang goreng. Sedap pisang goreng tu, macam pisang nangka pun ye jugak. Sambil2 makan tu, sauh bot telah dinaikkan dan perjalanan diteruskan. Rupa2nya masa aku tidur lepas tengok sunrise tu, dorang layan dolphin yang tetiba muncul tak jauh dari bot kami. Tak ada rezeki aku nak tengok dolphin pagi tu. Haruskah aku repeat lagi ke sini?
Melewati Kampung Komodo sewaktu kami dalam perjalanan ke Pulau Komodo. Majoriti penduduk adalah Muslim dan dari dalam bot aku nampak ada masjid. Kisah komodo adalah berkait rapat dengan penduduk di sini dan dorang masih percaya sehingga ke hari ini. Kalau korang nak tahu tanyalah cik gugel, aku malas nak cerita.
Jeti lama ke Taman Nasional Pulau Komodo, jarang digunakan sekarang ni.
Bot kami berlabuh di jeti baru ni. Waktu kitorang sampai ni, dah ada bot2 lain yang sampai awal dari kami. Di sini cuma kami berempat je yang naik atas sebab2 tertentu. Macam biasa, Ben yang temankan kitorang naik ke atas. Lepas dah pass kitorang kat ranger, dia akan tunggu dekat bot.
Rasa macam autumn pulak... apakah?
Since kat depan office ranger tu ramai yang menunggu, kitorang ke tandas yang tak jauh dari situ. Bila kitorang kembali ke waiting area tu, group mat saleh kat situ dah bising2 sebab dorang tunggu dah sejam lebih. Tak lama lepas dorang dapat ranger, it's our turn plak. Sempatlah bersembang dengan bapak officer tu sementara tunggu ranger kami ready.
Kitorang pilih short trail je, ketakutan semalam tak hilang lagi. Sambil berjalan tu macam2 lah yang kitorang sembangkan dengan bapak renjer. Tengah syok bersembang, tetiba aku rasa macam nampak something kat depan. Bila aku bagi tau bapak renjer tu, laju je dia berjalan ke depan. Jenuhlah kami kat belakang ni suruh dia perlahan, kami takut.
Inilah yang berjalan depan kitorang tu.
Dekat sikit. Nak dekat lagi aku tak berani. Masa bapak tu bunyikan daun kering nak bagi komodo ni berhenti pun, kitorang dah gelabah.
Dia punya lenggang, boleh kalah mak jemah ratu kampung. Ni edisi jalan bersantai, kalau berlari tak terkejar kitorang agaknya. Kami follow komodo tu dari belakang, dengan penuh hati2. Menurut bapak renjer, komodo tu nak ke tempat mata air. Selain nak hilangkan dahaga, kat situ jugak jadi tumpuan komodo untuk mengendap mangsa.
Kitorang nampak lagi seekor komodo yang lalu kat tempat mata air tu. Tengok tu, siap ada signage komodo lagi tu.
Masa komodo yang kitorang follow tadi berhenti minum air, bapak renjer offer nak ambik gambar kitorang. Aku dengan Tasya memberanikan diri, tapi rasa macam lama giler kitorang duk pose depan komodo tu.
"Bapak, cepat pak. Kami takut..." berulang kali kitorang mintak bapak tu cepat2 ambik gambar kitorang.
"Ngak papa, saya lihat dari sini. Ngak papa..." itulah jugak yang bapak renjer tu duk ulang. Bila dah settle tu, fuhh rasa macam terlepas beban beratus kilo! Lega yang amat.
Hasil buangan komodo. Menurut ranger, kalau warnanya coklat atau perang dan ada bulu, maknanya komodo tu makan rusa. Yang putih2 tu adalah tulang. Kalau hasil buangan tu warna hitam, komodo tu dah makan babi.
Dari tempat mata air tadi, kami dibawa ikut laluan lain dan mendaki Fregata Hill. Kalau kitorang ambik medium trail, kitorang akan daki bukit lain. Fregata Hill tu tak tinggi mana pun, tak perlu nak susah payah sebab dah ada anak tangga. View dari atas bukit tu pun stunning jugak.
View dari Fregata Hill. Boleh nampak bot yang berlabuh di jeti lama dan jeti baru. Menurut bapak renjer tu lagi, musim tengkujuh hanya kapal2 besar yang boleh masuk ke sini, bot2 kecil memang tak kuat untuk melawan angin dan arus kencang. Dari Fregata Hill kami dibawa balik ke pejabat renjer. On the way tu nampak lagi banyak komodo yang berehat bawah pokok.
Rusa memang banyak di sini berbanding di Pulau Rinca dan agak jinak pulak tu. Menurut renjer kami, sesiapa yang ditangkap kerana memburu rusa akan dikenakan hukuman sehingga 15 tahun penjara dan denda. Semuanya kerana nak protect sumber makanan bagi komodo. Sebab itulah komodo kat Pulau Komodo ni kurang agresif dan gemuk2 berbanding dengan di Pulau Rinca, sebab sumber makanan banyak. Bila dah habis pusing short trail tadi, kitorang menyinggah ke gerai jualan tak jauh dari pintu masuk/keluar sebelum kembali ke bot kami. Peniaga kat sini adalah penduduk dari Pulau Komodo itu sendiri.
Sewaktu dalam perjalanan tadi tu, sempatlah aku tanya bapak renjer tu pasal mangsa komodo kat pulau tu. Katanya mangsa pertama bule dari France. Dia seronok sangat ambik gambar dan terpisah dari kumpulan tanpa disedari. Hanya jamnya sahaja yang ditemui dekat sarang komodo. Mangsa kedua adalah kanak2 dari Kampung Komodo. Budak tu sakit perut waktu sedang bermain, dia pergi ke arah semak dan membuang. Komodo ngap dari belakang. Menurut renjer lagi, ramai yang menjadi mangsa adalah di Pulau Rinca.
Berikut adalah beberapa fakta menarik mengenai komodo yang aku ingat. Semuanya based on the info yang bapak ranger tu bagitau. Info yang aku dah share dalam post sebelum ni aku tak masukkan, pandai2lah korang cari sendiri. Here it goes:
- Saiz komodo betina lagi kecil berbanding komodo jantan.
- Komodo betina lebih rajin memburu dan komodo jantan pulak rajin curik hasil buruan komodo betina.
- Komodo boleh menghidu bau darah dari 5 ke 7 km jaraknya dan amat sensitif dengan bau darah. Sebab tu wanita yang keuzuran adalah dinasihatkan supaya tak naik ke darat.
- Awal pagi, banyak komodo akan ke pantai untuk berjemur. Once matahari dah naik, dorang akan kembali ke darat.
- Komodo suka berjalan ikut laluan yang terang dan clear, tak suka lalu ikut semak samun sebab nanti dia akan tersangkut. Itu sebab kitorang jumpa komodo tu lalu ikut laluan kitorang.
- Andai kata korang dikejar komodo, larilah lintang pukang. Komodo tak suka dan itu akan melambatkannya.
- Komodo memang pandai berpura2. Mangsa komodo selalunya tertipu dengan lakonan komodo yang berpura2 tidur dan lemah.
- Komodo boleh berlari sehingga 20 km sejam, berenang sehingga 50 meter.
- Komodo tak akan tinggal di kawasan tanah tinggi melebihi 1000 meter.
- Komodo tak ganggu penduduk Komodo yang tinggal berdekatan since Komodo ni dikatakan berasal dari manusia dan keturunannya dari masyarakat Pulau Komodo.
Itu je yang aku ingat. Ada banyak lagi info yang aku tak ingat dan malas nak cari. Kalau korang rajin, gugel je. Termasuklah mitos pasal komodo yang dilahirkan kembar Indonesia memang terkenal dengan mitosnya. Terpulanglah pada penilaian korang. Tapi dekat pejabat renjer di Pulau Komodo ni memang ada dorang pamerkan kisah tersebut.
bapak la besar..... btol ke makan org benda alah ni?
ReplyDeleteyg lagi besar dari ni ada je... panjangnya boleh cecah 3 meter.
ReplyDeletedia makan apa saja.. kalau nak try offer diri boleh je... =)
aku pernah tgk komodo mcm nie kat pulau sapi, sabah..:)
ReplyDeleteaku ada baca yg kat pulau sapi tu bukan komodo, tapi still family biawak. saiznya agak kecik compared to komodo nih. btw, color lidah pun berbeza lah
ReplyDelete