Pagi2 lagi semua dah bangun dan bersiap2. Maklumlah bilik air yang terover transparent dan limited membuatkan kitorang kena bersiap cepat. Lepas breakfast kami semua akan check out. So, kitorang cuma bermalam sahaja kat Wira Cafe & Guesthouse ni sebelum proceed ke next destination. Pukul 9.00 pagi, masa kitorang tengah breakfast Mas Aziz dah sampai untuk pick up kitorang.
Menyinggah untuk bergambar masa on the way ke Teluk Kode.
Pantai Lombok yang masih alami. Aku berangan nak beli tanah tepi pantai tu, tapi angan2 je lah sebab tahu diri ni tak mampu.
Teluk Kode, dari sini kami akan ambil fast boat ke Gili Trawangan. Kat sini tak ramai orang sebab mostly boat transfer dari sini ada chartered boat. Kalau untuk public boat kena ambik kat another jetty, pun namanya Teluk Kode jugak. Erk, itu bukan boat yang kami naik. Macam mana boleh tak ingat nak ambik gambar boat.
Masa awal2 perjalanan, kitorang semua masih okay since laut tenang je. Tapi bila dah separuh perjalanan, tetiba gelombang kuat. Bot mula terumbang ambing, aku dah cuak. Kalau ikutkan rasa nak je aku duduk bersila kat lantai bot sebab rasa macam nak terlambung keluar dari bot pun ada. Dalam pada tu aku berdoa mudah2an cepatlah kami sampai ke darat, sambil2 cuba tenangkan hati to stay calm and relax. Bila bot dah menghampiri pantai, aku tarik nafas lega. Hanya Allah yang tahu betapa kencangnya jantung aku bekerja.
Dah settle deal dengan Pak Haji untuk pick up kami pagi esok, kami ke Dream Divers untuk check in. Since masih awal, kitorang tinggalkan bag dan jalan2 sambil survey package untuk snorkeling. Public boat yang bawak untuk snorkeling paling lewat bertolak pukul 10.30 pagi kalau tak silap dan each person will be charged Rp 100k. Lepas tanya sana sini kitorang berjaya dapat sebuah boat dengan harga Rp 850k, mostly the price range between Rp 850k to Rp 100k++, depends on how you bargain.
Bakso di lesehan. Sedap! Lepas kenyang kami kembali ke hostel.
Bilik kami, siap berkelambu bagai. Nampak dinding kaca tepi tu? dari situ boleh nampak terus ke bilik air kalau tirai antara bilik air dan taman mini kat luar tu tak diturunkan. Erk, kelambu tu sebab bilik kami banyak nyamuk.
Kitorang tak adalah nak berehat2 pun dalam bilik tu. Lepas tunaikan apa yang patut, kitorang bergegas keluar untuk snorkeling plak. Kami janji dengan brader bot tu pukul 1.30 tengah hari. Aku memang sah2 tak nak turun dalam air. Mula2 dibawaknya kitorang ke Gili Meno, arus kuat sangat. Lagi lah aku layan angin laut je dari dalam bot. Lepas dorang naik dorang kata tak cantik pun, banyak corals yang mati kami dibawak pulak ke Gili Air.
Gili Air yang tak seramai di Gili Trawangan kalau dibandingkan dengan jumlah manusia berjemur kat tepi pantai. Kat sini dorang lama sikit, sebab seronok layan ikan. Aku? Layan bayu laut ajelah. Lepas tu kitorang mintak hantar balik ajelah, masing2 dah kepenatan. On the way balik tu, laut bergelombang jugaklah. Dari kering aku terus basah kena simbah air laut, aduyaiii.
Kami keluar lagi petang tu lepas semua dah wangi2. Kali ni kitorang sewa basikal untuk ke ombak sunset. Aku yang tak pandai bawak basikal ni haruslah kena bonceng dorang. Mujurlah dorang ni sanggup nak bawak aku, kalau tak mahu aku jalan kaki je ke sana.
Masa ni macam ada harapan nak tengok sunset yang cun. Tapi tak lama lepas tu langit berawan lah pulak.
Bersembunyi di sebalik awan dan Gunung Agung. Kalau diizinkanNya, mungkin lepas ni aku ke Gunung Agung pulak. Bila? Tak dapat dipastikan.
Langit yang bertukar warna, walaupun tak seperti diharapkan tapi sudah memadai. Ramai bule yang melepak menunggu sunset di sini.
Dinner kitorang kat pasar malam depan jeti. Penuh ruangan pasar tu dengan bule.
Lepas dah kenyang, kitorang berjalan tanpa tujuan. Terserempak dengan brader yang kitorang deal untuk snorkeling siangnya. Nampak je muka aku terus dia tanya 'gimana snorkeling nya mbak?'. Terus aku jawab tak okay. Bila dia tanya lagi kenapa, aku kata coralnya ngak cantik padahal aku tak turun pun. Lepas tu terus dia diam, tak cakap apa dah. Anhar yang kebetulan dengar conversation kitorang kata aku terlalu jujur. Sebenarnya aku bengang sebab janji manis, tapi sudahnya lain.
Dream Divers di waktu malam. Lepak kejap kat tepi pool sambil melayan perasaan sebelum masing2 balik ke bilik, one after another.
Dh lama JM tsk jengah sini rupanya ada entri baru ehhh masih ingat pd JM lg tak.
ReplyDeleteBakso dorang mmg guna megi ehh coz pernah mkn d airport bandung.
Klau pegi snorkeling tp coral dh mati JM pun x puas hati akan jawab spt anne jgk :-)
Sebelum ni bizi memanjang, tak sempat nak update.. lately baru ada kelapangan.
ReplyDeletemee dorang sumer bentuk gitu (setakat yang saya jumpalah) tapi tak kembang macam megi.
itulah pasal, tak perlu lah nak jaga hati dorang sgt, jujur je lah.
*rasanya ni first time kita bertegur sapa kot... ke dah pernah... maklumlah lately ni pelupa yang amat.. pape pun thanks JM sebab sudi jengah ke mari.. :)