Monday, November 25, 2013

day10 part2: belayar ke daratan

Dari Pulau Komodo kami dibawa belayar ke Pink Beach untuk snorkeling. Alhamdulillah, keadaan laut yang tenang membolehkan aku menikmati keindahan tanpa rasa takut. Bukanlah tak takut langsung, tapi kuranglah ketakutan tu.


Dinamakan Pink Beach sebab pasir pantai ni warna pink. Warna tu ketara bila basah. Bule 2 orang kat pantai tu gigih tulis 'KOMODO' kat pasir sebelum disapu ombak. Kat sini bot dan kapal tak boleh rapat ke pantai sebab nak jaga batu karang. Dot dan Tasya je yang turun untuk snorkeling ditemani Pak Amin. Kami yang lain duk layan view kat atas bot.

Sementara tunggu dorang tu menjadi puteri duyung, sempatlah aku tengok urusan jual beli minyak dari bot ke bot. Bila dorang dah naik, lunch terakhir kami atas bot dihidangkan. Bila dah settle semuanya, bot kami bergerak menuju ke Pulau Kanawa, bukan Pulau Kenawa ye. Dua pulau ni punya nama yang hampir sama tapi kedudukannya jauh antara satu sama lain.


Pulau Kanawa yang indah. Kat pulau ni ada resort, memang sesuailah kalau ada yang plan nak honeymoon. Kat sini Dot aje yang snorkeling. Kami kat atas bot pun boleh nampak kumpulan ikan cantik bewarna warni berenang bebas. Lepas Dot naik atas bot, Ben hidangkan kami dengan kerepek pisang segera. Bila Pak Amin bagitau itu adalah hidangan terakhir kitorang, barulah aku realized yang pelayaran ini akan berakhir. 


Semakin menghampri daratan, semakin sayang nak ditinggalkan. Kiri kanan, depan dan belakang, semuanya indah. Mungkin kalau kitorang datang bukan time kemarau, bukit bukau yang membentuk pulau2 tu bewarna hijau kot. Dan panorama mungkin berbeza. 


Sewaktu daratan ni semakin kelihatan, perasaan aku jadi sayu. Ini bermakna aku dah tak berpeluang untuk menikmati keindahan macam ni lagi. Aku dah tak boleh melihat sunset dan bulan dalam waktu yang sama. Since barang2 aku belum berkemas, aku tinggalkan dorang yang tengah bersembang tu untuk packing barang2 aku. Tak nak lah bila dah sampai baru kelam kabut nak kemaskan.


Bilik kecil dalam lower deck. Kat sinilah kitorang simpan barang dan kat sini jugaklah tempat aku tidur.


Upper deck, tempat kitorang melepak di siang hari. Juga merangkap tempat tidur mereka bertiga.


Toilet yang basic. Erk, jangan tanya ke mana hasil pelaburan tu pergi. 


Bila melihat ini, aku tertanya2 adakah aku sebenarnya berada di Indonesia? Kalau tidak kerana bendera Indonesia yang megah berkibar tu, tentu aku rasa aku berada nun jauh di benua lain.


Deretan bot pelbagai bentuk dan saiz di sepanjang berthing quay Pelabuhan Labuan Bajo. 


Sebaik tiba di pelabuhan, kitorang ikut Pak Amin balik ke rumahnya. Sebenarnya, Pak Amin ni suami kepada Mama Dedeh. Rumah mereka mengadap laut, sebaris dengan deretan rumah kat atas tu. Masa kami sampai, cuma ada bapak Mama Dedeh dan cucu2nya. Bila Mama Dedeh balik tak lama lepas tu, dibawaknya kuih untuk kami. Wajik dan onde-onde. Rupa2nya di Labuan Bajo juga dipanggil sama seperti kita di Malaysia.

Kitorang mintak bantuan Mama untuk carikan tempat untuk kami bermalam. Mula2 kami ke Matahari yang cuma bersebelahan dengan rumah Mama, tapi harga yang diberikan kepada kami agak tinggi. Kemudian Mama bawak kitorang ke Hotel Komodo Indah, since bilik okay dan harga pun berpatutan, kitorang agreed.


Bilik yang dikongsi berdua lengkap dengan bilik air. Selesa jugak cuma airnya yang sekejap ada sekejap tak ada. Pandai2lah tadah dalam bekas yang tersedia. Lepas dah mandi, badan dah kembali segar maklumlah last mandi sewaktu di Lombok few days ago kitorang bersiap untuk keluar dinner. 

On the way ke lesehan tu kami singgah rumah Mama Dedeh, ajak dia join kitorang untuk dinner. So, kami berlima dengan ditemani Mama dan anak lelakinya ke lesehan yang berhampiran dengan pasar basah. Tapi bila tanya harga yang mahal bebenor, Mama suruh kitorang beli bahan mentah kat pasar dan masak kat rumah dia aje. Aku, Tasya dan Zainur follow Mama Dedeh dan uruskan pasal seafood manakala Zilla dan Dodot settle kan pasal makanan sampingan. 


Ikan2 di lesehan yang mahal bebenor. Cumi seekor tu harganya Rp 50k! Padahal kat pasar tu harga untuk sekilo. Sebenarnya mahal jugak sebab masa aku tanya nelayan yang berniaga dari bot ke bot semalam, katanya dia jual dalam Rp 15k sekilo. 

Dah settle urusan membeli belah di malam hari, kitorang kembali ke rumah Mama Dedeh. Kalau ikutkan kami memang tak nak susahkan Mama, tapi since dia yang insist kitorang dah tak boleh nak tolak dah. 


Sampai aje kat rumah, Mama terus kerahkan Pak Amin untuk nyalakan api kat laman. Sementara tunggu api bertukar menjadi bara, Mama Dedeh sediakan bahan2 dengan bantuan Mama Yayang dan Pak Amin. Bila Pak Amin dah start membakar, kami duk berkumpul depan Mama Yayang untuk dengar cerita pasal mitos komodo. Macam anak2 dengar cerita daripada si ibu di malam hari. Memang meriah depan rumah Mama Dedeh, kebetulan pulak tak jauh dari rumah Mama Dedeh ada wayang pacak malam tu. Tapi takde siapa pun yang peduli pasal wayang pacak tu.

Bila anak buah Mama Dedeh yang tinggal di Kampung Komodo datang, makin panjanglah cerita kami malam tu. Bila dah kenyang, mata semakin memberat, kami pun mintak diri. Sudahlah tak tolong masak, bila nak tolong basuh pinggan terus kitorang kena marah dengan Mama Dedeh. Tetiba mama speaking omputih dengan kitorang, hahaha. Bila ingat balik nak tergelak pun ada.


2 comments:

  1. Bahagia betul kan datang makan sedap pastu dimarah lagi nak tolong basuh pinggan. Memang sudah nak host macam tu..

    ReplyDelete
  2. kitorang pulak yang segan... huhuhu.
    tapi mmg bahagia, family dorang cukup baik dan ramah...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...