Turun dari bas dan kami ditinggalkan kat tepi jalan tu aje. Berdiri sambil absorb keadaan sekeliling sebelum kami akhirnya sepakat mencari bekalan untuk mengisi perut. Dah tapau nasi dan air, kitorang melintas ke seberang jalan ke arah pintu gerbang.
Ya, kami ke sini untuk mengambil bot ke Pulau Kenawa. Kebetulan sewaktu nak ke jeti, kami terserempak dengan Pak Tedy, salah seorang pemilik bot di situ. Beliau bersetuju untuk membawa kami ke sana dengan harga Rp 450k untuk kami bertiga! Sedangkan sewaktu aku search kat internet paling mahal pun Rp 300k untuk sebuah bot. Malas nak argue, plus kami dah kepenatan, pasrah ajelah.
Rumah penduduk kampung dengan view yang indah dan mendamaikan.
Itulah Pak Tedy dan kami harus ke hujung jeti sana untuk mengambil bot ke Pulau Kenawa. Masa ni air tengah surut, punyalah seksa aku nak turun ke dalam bot, terkial2 dibuatnya. Bila dah sampai dalam bot, lega rasanya. Kat sini banyak pulau2 kecil yang cantik tapi tak berpenghuni.
Jeti di Pulau Kenawa yang dah uzur. Disebabkan angin kuat masa kitorang sampai, Pak Tedy turunkan kitorang ke sebelah kiri gambar ni. Agak terlindung sedikit dari angin. Sebaik sampai, kami bukak bekalan makanan dan kemudiannya menunaikan kewajipan di pondok tepi pantai tu. Perlu diingat, bekalan air bersih memang tak ada di pulau ini. Hanya air laut sahaja yang ada.
Bot Pak Tedy yang dah hilang bumbung kat bahagian belakang akibat angin kencang beberapa hati sebelum kami datang.
Bukit kecil yang merupakan puncak tertinggi di Pulau Kenawa yang berukuran lebih kurang 13 hektar persegi. Hajat nak mendaki bukit tu dan menunggu sunset tak kesampaian dek capek. Lagi pun aku takde keberanian nak panjat sengsorang.
Pondok kecil memang banyak didirikan di pulau ini. Turut kelihatan bangunan putih kat belakang tu adalah tandas yang tak terjaga, tak sanggup aku nak mengintai ke dalam dan jugak menara yang dah berkarat. Gigih Anhar panjat ke puncak menara tu dan kitorang tak habis2 dengan 'hati2 Anhar', berulang kali.
Cantik, memang cantik dengan hamparan rumput yang perang dek musim kemarau. Kat hujung sana ada group yang sedang memancing.
Sunset yang malu2 menyorok belakang awan yang tebal. Menara, puncak Rinjani dan tandas tak terjaga. Perancangan asal sebelum ke mari adalah nak bermalam di pulau ini. Tapi disebabkan beberapa faktor, kami decide untuk balik lepas sunset dan terus ambil feri ke Lombok malam tu jugak.
Pulau Kenawa sewaktu kami tinggalkan. Masa balik ni air pasang dan laut sedikit bergelora. Cuaknya hati kami bila Pak Tedy gigih nak selamatkan bot dari feri yang terlepas. Dalam hati macam2 yang aku doakan, risaunya hanya Allah yang tahu. Tapi kegigihan Pak Tedy berakhir bila ada bot yang datang dengan misi yang sama. Aku tarik nafas lega, tambah lega bila jeti dah dekat.
Aku akui Pulau Kenawa memang menawan dengan caranya. Tapi sayang, ramai pengunjung yang datang seolah2 tak menghargai apa yang sepatutnya mereka hargai. Buktinya, korang tengoklah gambar kat bawah.
Ini baru sikit, setiap kali kaki melangkah, mata mesti nampak sampah yang dibuang. Alangkah bagusnya kalau sampah2 ni dikumpul dan dibawa pulang bersama. Aku takut kalau2 suatu masa nanti pulau ni akan menjadi pulau sampah. By the way, aku rasa pulau kat seberang sana pun menarik jugak. Even Pak Tedy pun kata pulau yang tu lagi cantik, cuma aku lupa namanya. Aku menyimpan hasrat untuk kembali lagi ke Sumbawa dan mengunjungi pulau2 kecil di sini. Bila? Aku tak punya jawapan yang pasti.
Sebaik tiba di jeti, hari dah gelap. Pak Tedy pelawa kitorang singgah di rumahnya untuk berehat dan solat. Tapi kami menolak dengan baik. Dari jeti kami berjalan kaki ke Pelabuhan Poto Tano yang jaraknya lebih kurang 1.5 km.
Pintu masuk pelabuhan. Kami harus melalui gate yang macam kat toll tu, dan tiket untuk feri pun kitorang beli kat situ. Kebetulan feri dah ready, laju je kitorang berjalan ke terminal. Masuk ke dalam feri, orang tak ramai. Apa lagi, masing2 conquer sorang sebaris dan terus hanyut.
Aku terjaga bila feri dah hampir sampai di Pelabuhan Kayangan, Lombok, itu pun bila bunyi siren feri. Kami sampai hampir jam 9.00 malam. Dalam confuse mencari transport ke kota Mataram, kami akhirnya memilih travel dengan bayaran Rp 60k seorang, berkongsi dengan 2 orang yang lain. Kami mintak dihantarkan ke Wisma Nusantara II, harap2 adalah bilik untuk kami.
Naik je kereta, aku sambung tidur yang tertunda dari feri. Terjaga bila dah hampir sampai ke destinasi. Bilik yang murah dah habis, so kami ambil bilik yang agak mahal. Bolehlah sekadar nak berehat malam tu. Lepas dah selesaikan apa yang patut, masa untuk tidur dengan selesa. Aku dah tak sedar apa lepas letak kepala atas bantal.
perghh..sakan jejalan..:)
ReplyDeletekenawa yang mempesonakan...rindulah nak travel lama2, anne hehhee...ne pun dah rasa 'terkepuk' kepala otak huhuhu
ReplyDeletenormi,
ReplyDeletetak lah sakan pun.. sesekali je.. =)
Zilla,
itulah pasal, rasa macam nak ambik cuti lelama dan redah je, takde fixed plan..
awak ada jugak terbang lepas balik aritu, saya yg terperuk kat sini tak ke mana2.. hihihi
we should go there again together next time, and i'll show u more small islands like that :D
ReplyDeletePujia,
ReplyDeleteHow I wish to be there again and explore more. Probably we should make a plan in advance..
=D
Dr lombok airport ke sumbawa naik van/bus budget brp sorang? And brp lama perjalanan nk ke sana?
ReplyDeletekalau dari airport saya tak tau. hari tu kitorang ambik bas dari mataram ke sumbawa. perjalanan dalam 6 - 7 jam jugaklah. kos dah lupa, lama sangat dah. mungkin sekarang tambang dah berubah
Delete