Selepas dah kenyang, kami akan dibawa ke tempat impian aku. Sebenarnya macam mimpi pun ada, masa awal2 dulu aku nekad je nak datang sorang2 since dah ada kat Lombok dan aku pun lambat lagi nak balik ke Tanah Malaya. Tapi bila Zilla pun setuju nak ke sini, lagilah aku bersemangat dan excited.
Loh Buaya di Pulau Rinca adalah satu dari kumpulan Taman Nasional yang mempunyai populasi biawak komodo. Kat entrance ni kami disambut oleh renjer bertugas. Dari sini kami dibawa ke pejabat renjer.
Sebelum ke sini, kawan baik aku berkali2 suruh aku fikir panjang dan cancel trip. Macam2 kisah dia sogokkan. Aku tahu niat baiknya. But being me, who is full of desire, passion and stubborn, I won't call it off before putting an effort to it. Inilah masanya untuk aku mencabar diri sendiri.
Dari pintu gerbang selepas kami disambut 2 komodo, kitorang kena menapak ke office. Melalui laluan seperti di padang pasir yang tandus dan kering memang terasa kepanasan membahang. Gambar ni tak diedit, inilah keindahan yang kitorang lihat dan nikmati.
Antara peninggalan mangsa komodo yang dorang gantung kat depan pejabat renjer. Yang tak bersisa pun banyak jugak. Nasib baik takde tengkorak manusia yang digantung kat sini, kalau tak.... huhuhu. Lepas bayar entrance fees, yang dicampur dengan bayaran untuk ranger, camera sorang satu, semuanya berjumlah Rp 680k untuk kami berlima.
Sedang elok kitorang lalu kat kawasan rumah pekerja, kitorang nampak sekumpulan biawak komodo yang sedang bersantai bawah rumah. Menurut ranger, rumah ni berfungsi sebagai dapur diorang. Jadinya biawak komodo ni melepak kat situ sebab bau makanan yang dimasak di situ. Aku tak berani nak ambik gambar dekat2, cuak weh.
Tak lama lepas tu ada another group yang sampai kat tempat kitorang berdiri. Masa tengah duk bergosip pasal komodo bawah rumah tu, lalu lah seekor anak komodo depan kitorang. Ntah apa masalahnya, masa anak komodo ni lalu depan group yang datang lepas kitorang tu, mamat yang pegang kayu bercabang stopkan anak komodo tu dari bergerak. Meronta2 lah anak komodo tu dibuatnya dan tak semena2 seekor komodo yang konon2nya tengah tidur dan lemah tak berdaya kat bawah rumah tu bangun sepantas kilat menuju ke arah kitorang. Masing2 berterabur lari dan menjerit ketakutan. Mana taknya, satu gigitan komodo mempunyai lebih 60 bakteria dan jika tidak dirawat dengan segera boleh membawa maut!
Mujurlah bapak komodo yang tetiba agresif tu stop tak jauh dari kitorang. Masa tu tak usah cakaplah, gigil lutut aku dibuatnya. Rasa macam nak tumbang kat situ jugak. Jantung tak usah ceritalah, rasa macam tercampak keluar terus. Mujurlah aku takde penyakit berkaitan jantung, kalau tidak harus dah tinggal nama je.
Anak komodo yang menimbulkan huru hara. Walaupun cuma sebentar, tapi cukup membuatkan semua orang ketakutan. Saiznya lebih kurang bapak biawak kat tempat kita.
Bapak komodo yang tetiba bertukar agresif, masa ni dia dah cool down. Menurut ranger, bapak komodo ni nak makan anak komodo tadi tu. Bila anak komodo tu meronta, ianya dah menarik perhatian si bapak untuk terkam. Komodo adalah spesies haruan makan anak, tak boleh jadi mak bapak contoh ni.
Bila masing2 dah regain semangat yang hilang berterabur kejap tadi, kami dibawa oleh ranger ke sarang komodo. In fact, semangat aku dah semakin berkurangan. On the way tu, masing2 alert je, bila dengar bunyi semua muka cuak. Nampak rusa pun macam tak berapa nak excited sangat sebab takut.
Masa sampai kat sarang ni, ada 2 ekor mak komodo sedang jaga telur dorang. Komodo ni bertelur dalam lubang tu, tempoh untuk menetas aku dah lupa sebab tak pay attention sangat masa ranger tu explain, sibuk ushar sekeliling. Berjaga2 kalau2 muncul komodo. Si mak komodo ni berjaga kat sarang ni bukan sebab nak protect telur ke apa, tapi yang sebenarnya bila menetas dia nilah yang akan ngap anak komodo ni. So, anak komodo yang berjaya melarikan diri akan stay kat atas pokok sehinggalah umur dorang 3 bulan lebih. Lepas tu baru anak komodo ni akan turun ke tanah dan cari makanan kat tanah plak. Masa kat atas pokok, biasanya burung, cicak dan serangga yang jadi makanan dorang.
Komodo dewasa tak panjat pokok dah sebab badan dorang dah berat. Tu sebab anak2 komodo tadi selamat sepanjang dorang tinggal kat atas pokok tu. Masa kitorang kat tempat tu, datanglah group yang kacau anak komodo tadinya. Terus kitorang ajak ranger tu balik, tak nak pisang berbuah 2 kali. Sebenarnya ada track yang ranger akan bawak kitorang, sama ada short, medium atau long track depends pada pelawat. But in our case, asalnya mintak short track, lepas dah berlaku insiden tadi tu terus kitorang mintak shorten kan aje track tu, terus patah balik. In fact, ranger kitorang pun goyang gak, tapi tetaplah bercakap besar.
"Nasib baik kuda2 I kuat, dapat protect you all," itulah yang dia duk ulang cakap. Padahal masa bapak komodo tu nak terkam anak komodo tadi, dia yang lari dulu walaupun sepatutnya dia kena protect kitorang. Masa aku tanya pasal 2 renjer yang kena serang kat office dorang awal tahun hari tu, dia tak nak pulak cakap.
Dari depan office yang kitorang register tadi, teruslah dia suruh kitorang balik sendiri ke jeti. Takde dah dia nak hantar kitorang. Berjalanlah kami berlima dengan berhati2, kot2 terserempak dengan si pemangsa. Dah naik boat, kami diberitahu yang snorkeling petang tu cancel sebab gelombang besar. So kami dibawa ke tempat kitorang akan bermalam.
Aku melepak kat atas deck, bersembang dengan Zainur sebelum akhirnya dia tidur. Diorang bertiga kat bilik bawah, so melayan perasaanlah sorang2 kat atas tu. Tak lama pun aku melayan angan2 bila gelombang kuat dan air laut menyimbah ke dalam bot. Aku yang kat atas deck turut basah. Mula2 aku bertahan lagi bila Zainur dah turun ke bawah. Tapi bila angin makin kuat dan air yang menyimbah arah aku makin besar, aku turun ke bawah. Takut jugak nak lalu kat tepi bot tu, risau kot2 sekali kena tolak angin terus tercampak keluar. Mujur Pak Amin ada dan dia tarik aku ke tengah.
Bila Zainur dah telan ubat tahan mabuk dan pengsan, Zilla kat dalam bilik tu ketakutan, Tasya, Dot dan aku berpegang tangan kat tengah2 bot. Kami kebasahan dan kesejukan kena simbah air laut. Kalau sebelum ni aku dah dilambung gelombang waktu nak ke Gili Trawangan, gelombang yang ini lagi teruk. Sudahlah kami semua tak pakai life jacket and the worst part aku memang takut air. Aku dah aim penutup icebox yang kat depan aku, just in case boat tak survive, Nauzubillah. Masa ni aku teringat kisah Kate dan dalam hati hanya Allah yang tahu betapa banyaknya doa yang aku mintak.
Mujurlah gelombang kuat tu tak berpanjangan, laut kembali tenang. Kami melewati Kampung Komodo sewaktu on the way ke Teluk Kalong. Masa ni matahari dah bersedia nak beradu. View memang tak usah ceritalah, tak mampu nak diterjemahkan dengan kata2. Nak ambik gambar pun tak tahu nak ambik apa, sebab semuanya nampak cantik. Walau tak banyak gambar yang diambil, tapi semuanya masih kukuh terakam di memori.
View bukit/pulau yang berdepan dengan matahari jatuh.
Sedang kami asyik melihat sang mentari terbenam di sebelah barat, di sebelah timur pulak muncul sang rembulan.
Selain dari kami, kapal dan bot lain turut berkampung di sini. Dinamakan Teluk Kalong kerana kat kawasan teluk ni banyak kelawar atau di Indonesia dipanggil kalong. Sewaktu sauh bot diturunkan, ada beberapa orang penduduk Kampung Komodo yang datang menjual hasil kraftangan dari bot ke bot. Since barang2 yang dijual tu aku tak akan guna dan poket pun dah semakin menipis setelah 9 hari berkelana, semuanya aku pandang sepi ajelah.
Bila dah malam, cahaya lampu dari kapal dan bot yang sama2 melabuhkan sauh di sini jelas kelihatan.
Masa untuk kami beradu bila perut dah kenyang. Mereka bertiga awal2 lagi dah booking tidur kat upper deck dan aku memilih untuk tidur dalam bilik kat lower deck. Bukan tak nak tidur dengan dorang, tapi aku takut kalau2 dipukul gelombang lagi. Kang tak pasal2 tercampak terus ke laut, punyalah imaginasi terlampau. Manakala si hero seorang tu ambik tempat atas deck depan ruang kemudi. Punyalah lena tidur aku langsung tak sedar apa. Terjaga bila dorang turun ke bawah sebab angin kuat. Tapi bila dorang naik tidur kat upper deck tak lama lepas tu, aku langsung tak sedar apa dah.
footnote: dalam minggu ni aku terasa macam diseru2 untuk ke Cocos Island dan Christmas Island. Dah terbayang2 betapa indahnya pemandangan kat situ. Tapi bile tengok airfare mahai bebenor, terpaksalah tangguh dulu. Erk, agak2nya ada tak yang sudi nak sponsor air ticket?
Salam kenal.. Boleh ke pulak renjer act macam tu.. Dahlah bayar kat dia patutnya dia protectlah orang bawah jagaan.. anyway, cantik gambar ambik kat atas
ReplyDeletetq jadi sebahgian dari pengalaman indah ini..dari awal sampai ke penghujung, kita tak habis2 diuji tapi kenangan dan pengalamannya sgt manis utk dikenang...perit jerih yang kita lalui tu pun kalau saya ingat balik, memang saya tersenyum sndri..dalam dok merungut penat, takut, sakit, nak nangis dan sebagainya kita berjaya capai impian kita..
ReplyDelete*chrismas island?? nak cari ketam ke apa ne? hahaha
Lady Dreamer,
ReplyDeletemalas nak komen pasal ranger tu. one word to describe bout him; 'poyo'.
gambar tu nampak cantik sebab view memang awesome, saya bukan terer ambik gambar pun... hihihi...
*btw, salam kenal jugak.. thanks! =)
Zilla,
ReplyDeletesame goes to you.. walau macam2 halangan tapi semua tu jadi kenangan terindah.. ingatkan saya je yang senyum dan gelak sorang2 bila rewind kenangan tu... kikiki..
*bukan takat nak kejar red crab, tapi byk benda yang saya nak terokai dan selusuri sebenarnya... especially cocos island tu...
nice view..:)
ReplyDeleteyup! very nice indeed..
ReplyDelete