Sunday, November 10, 2013

day6: ombak dan pantai berpisah tiada, tapi bukan kami

Kami dah ready seawal 7.30 pagi untuk breakfast kat hostel sebelah since free breakfast untuk kitorang combine dengan hostel sebelah yang aku dah lupa namanya. Lama kitorang menunggu, service dorang slow giler. Dah lah tu, dorang yang mintak half boiled eggs, semuanya dapat telur rebus! Just nice, lepas kitorang drop off kunci dan keluar dari hostel, nampak kelibat Pak Haji cari kitorang. Rupa2nya dia parking boat kat tempat lain, bukan tempat yang kitorang janji semalam tu. 


Selamat tinggal Gili Trawangan. Aku patut berkunjung ke Gili Meno dan Gili Air pulak lepas ni. Alhamdulillah, pagi ni laut tenang dan perjalanan kitorang smooth je. Takde dah wajah2 ketakutan macam semalam. Tak lama lepas sampai di Teluk Kode, Mas Aziz muncul untuk bawak kitorang ke destinasi seterusnya. 


Kami singgah makan tengah hari di Rumah Makan Cahaya, kalau keluar dari airport Lombok, rumah makan ni depan simpang tu aje. Licin pinggan aku, yang tinggal cuma tulang ayam dengan daun pisang tu aje. Sambal goreng tu sedap, rasa macam nak tapau tapi tak tertapau. Highly recommended untuk korang cuba kalau ke Lombok dan harga pun berpatutan. 


Rumah makan tadi tu bersebelahan dengan Pertamina yang ada signboard ni. Lepas makan sempatlah kitorang bergambar dekat sini, jalan kaki beberapa langkah aje pun.

Dah kenyang, kami dibawa bershopping kat kedai yang aku dah lupa namanya. Tapi barang2 kat sini murah kalau nak dibandingkan dengan tempat lain. Kemudiannya kami dibawa ke Rumah Adat Kaum Sasak di Sade. Kaum Sasak masih lagi mengamalkan dan menjaga adat mereka.


Rumah adat yang dibuka untuk pelawat. Rumah dorang ni dibina dengan campuran sekam/jerami padi, pasir dan najis kerbau. Kebetulan masa kitorang sampai ni, rumah ni baru lepas direpair dan baunya memang tak boleh tahan. Tapi dorang macam dah biasa, tak heran pun dengan baunya. Kat atas depan pintu tu tempat masak dan merangkap tempat tidur untuk anak dara dan sebelah kanannya ada sebuah bilik yang akan digunakan untuk proses bersalin sahaja. Yang lain2 akan tidur di bahagian bawah.  


Masih dalam proses menenun, tapi tukang tenunnya tak adalah pulak. Hasilnya akan dijual kepada pengunjung rumah adat ni. Selain dari hasil tenunan, ada jugak barangan lain yang dijual.


Rumah Adat Kaum Sasak, Sade dari seberang jalan. Lepas keluar dari rumah adat ni dan on the way ke destinasi seterusnya, tak habis2 kami bersembang dan bergelak ketawa pasal culik menculik. 


Kami ke sini. Walaupun terpaksa travel jauh, tak berapa nak elok keadaan jalannya, tapi kami puas. Dari tempat parking kereta kami harus berjalan melewati batu batan sebelum sampai ke tempat di tuju.


Uniknya pasir2 kat pantai sini bentuknya macam gini, sekali tengok macam biji ketumbar yang bersaiz sedikit kecil. 


Batu payung yang terhasil secara semulajadi. Kalau dilihat dari sisi ni, batu ni membentuk wajah manusia dari sisi.


Kalau dari sisi ni, begini pulak bentuknya. Actually, bentuknya berbeza2 dari sudut yang berbeza.


Kat seberang sana adalah Tanjung Aan. Ramai pelancong yang tertipu bila singgah di Tanjung Aan dahulu sebelum ke Batu Payung. Diorang diberitahu bahawa satu2nya cara nak ke Batu Payung adalah dari Tanjung Aan dah harus menaiki bot. And definitely they will fall into their trap. I'm not sure how much they will charge for the boat.


Pantai Tanjung Aan dari sisi kanan. Ada sebuah bukit yang membentuk tanjung kat pantai ni.


Pandangan dari bukit yang aku katakan tadi. Memang asyik melepak kat atas ni. Dari sini boleh nampak Batu Payung yang kitorang dah singgah sebelumnya.  


First time aku nampak ombak yang datang dari arah berbeza macam dalam gambar ni. Mungkin lagi menarik kalau aku dapat berlama2 kat sini dan turut menyinggah ke pantai seberang sana.


Pantai Kuta bukan setakat di Bali, tapi turut ada di Lombok. Pantai Kuta di Lombok ini ada mitosnya berkenaan Putri Mandalika. Menurut Mas Aziz, pesta bau nyale pada bulan Februari setiap tahun masih berlangsung sehingga ke hari ini dan aku benar2 teringin nak merasai pesta tersebut. Melihat bagaimana penduduk tempatan menunggu dan meraikan kedatangan nyale, yang dipercayai jelmaan Putri Mandalika. Setentang dengan pelampung hijau putih tu ada tugu Putri Mandalika. Since kami semua dah capek, semuanya melepak di sebelah sini aje.


Satu2nya resort yang aku jumpa di sini. Menurut Mas Aziz lagi, beberapa hari sebelum pesta nyale berlangsung, resort tersebut biasanya fully booked. Ramai pelancong yang datang selain daripada penduduk tempatan. Di sepanjang pantai dan kawasan sekitar memang dipenuhi dengan khemah, biasanya penduduk tempatan akan mula memasang khemah sehari dua sebelum pesta dan selepas nyale hilang dari pantai, maka pesta bau nyale pun berakhir. 

Pantai Batu Payung, Tanjung Aan dan Kuta letaknya sebaris dan tidak jauh antara satu sama lain. Bentuk pasirnya tetap sama seperti ketumbar cuma berbeza saiz. Di Batu Payung kami dikerumuni kanak2 tempatan yang mintak duit sewaktu di tempat parking. Tapi di Tanjung Aan dan Kuta kami dikerumuni oleh penjual barangan termasuklah orang dewasa dan kanak2. Awal2 lagi kitorang dah diingatkan jangan sentuh barang2 dorang kalau tak nak beli sebab penjual kat sini agak agresif. Menurut Mas Aziz lagi, masih banyak pantai dan pulau yang cantik dan alami dan jarang diketahui pelancong.


Seterusnya kami ke Pantai Mawun. Cuma ada beberapa bule dan penduduk tempatan, tidak ada penjaja yang mengerumuni kami. 


Di sebelah kiri pantai. Hasrat untuk melihat sunset di sini terpaksa dibatalkan atas banyak faktor, terutamanya masa dan jarak. Kami bersetuju untuk memburu sunset di Selong Belanak memandangkan ianya dekat dengan bandar. Namun sayang, kami terlewat sampai dan kebetulan awan tebal. So, kitorang tengok dari dalam kereta aje, tak singgah pun. 

Mas Aziz bawak kitorang makan Sate Rembiga, sate sapi yang enak dan tak perlu kuah. Harus hati2 bila makan sebab buluh sate tu tajam, silap2 boleh terluka bibir. 10 cucuk sate macam tak cukup, rasa kesal pulak tak tapau. Mungkin kena repeat lagi kot? Bila perut dah kenyang, kami dihantar ke Lombok Guesthouse. Kami akan berpisah malam ni, 4 daripada kami akan bermalam di situ dan esoknya mereka akan terbang pulang ke tanah air dan kami bertiga akan meneruskan perjalanan ke Maluk, Sumbawa. Kami tinggalkan pakaian kotor untuk laundry dan akan diambil setelah kami kembali ke Mataram.

Setelah berdrama bye-bye lagi sekali di depan Mataram Mall tumpangkan dorang yang nak ke sana Mas Aziz bawak kami ke kantoran Damri bas. Sepatutnya tiket harus dibooking few days before, tapi kami main terjah aje dan berharap agar ada rezeki kami. Alhamdulillah, setelah menunggu sempatlah aku dan Zilla selesai solat kami dapat tiket bas ke Maluk pukul 9.00 malam, few minutes sebelum bas bertolak. Mas Aziz memang baik, dia tolong kami untuk dapatkan tiket dan tunggu sehingga kami naik bas baru dia balik.  


Dua jam kemudian, aku terjaga dari tidur dan nampak ini kat luar tingkap bas yang berhenti. Bila tengok nanas tu aku teringat manisnya nanas yang kitorang makan sewaktu di Rinjani. Rupa2nya bas berhenti sebab tunggu turn nak masuk ke dalam feri untuk menyeberang ke Sumbawa. Sejam jugaklah menunggu dan sebaik bas dah selamat berada dalam feri, kami disuruh turun dari bas dan naik ke bahagian atas feri. Walaupun kerusi keras, tapi kitorang tetap sambung tidur. Sampai sakit2 dan lenguh lah kepala dan leher aku dibuatnya. Sejam kemudian kami berpindah ke dalam bas bila feri dah sampai di pelabuhan dan perjalanan ke Maluk diteruskan. Aku lena je disebabkan kepenatan. 


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...