Saturday, January 22, 2011

bukittinggi - pdg - kul: day3

Hari ketiga, merupakan hari terakhir kami di sini. Penerbangan aku ke Kuala Lumpur dijadualkan pada pukul 3.55 petang waktu tempatan. Belum pun pukul 9.00 pagi, Pak Nadra sudah menunggu di hotel sementelah kami mahu dijemput pada jam 9.00 pagi. Tiada apa yang istimewa pada hari ini. Seperti biasa, biarlah gambar yang berbicara.


Sarapan pagi kami yang dihantar ke bilik. Nasi goreng, bihun goreng, tauhu, teh dan kopi. Kuih hijau itu aku ingatkan buah melaka berdasarkan rupa dan bentuknya. Tetapi hanya rupanya seakan buah melaka, tiada gula melaka di dalamnya dan rasanya agak manis.


Ngarai Sianok, jaraknya dari hotel tidaklah terlalu jauh. Kami singgah dalam perjalanan pulang ke Padang.


Tangga yang menuruni ke dalam Lubang Jepang ini. Suasananya diterangi lampu kalimantang, udaranya dingin dan selesa.


Masjid ini pun berbumbungkan bentuk minangkabau. Menurut Pak Nadra, Pak Lah menderma untuk pembinaan masjid ini dan turut bersolat di sini sekiranya berkunjung ke Bukittinggi. Benar atau tidak, hanya Allah yang tahu.


Sebelum aku meninggalkan air terjun ini, aku sempat melihat ada pengunjung yang mandi di kawasan ini. Barangkali orang tempatan.


Walaupun sekadar gerai jualan di tepi jalan dan keadaannya agak daif, parabola tetap terpacak dengan megahnya di setiap bumbung.


Tiba saatnya untuk terbang pulang. Bangunan Bandara International Minangkabau dari jauh. Di lapangan terbang ini lah akhirnya aku berbahasa Inggeris kerana rasa marah dan tidak berpuas hati dengan kakitangan syarikat insuran yang memaksa kami membeli perkhidmatannya. Bila tengok aku dah naik angin, cepat2 wanita itu memulangkan pasport kami. Panas betul hati aku.

footnote: setiap kali ke Indonesia, aku perhatikan rakyatnya akan berusaha dengan apa jua cara untuk mendapatkan wang walaupun dengan menipu dan memaksa. Dan mangsanya adalah di kalangan pelancong, termasuk aku. Aku sudah pun merasmikan beg baru untuk percutian kali ini.

bukittinggi: day2

Hari kedua di Bukittinggi, hujan turun di sebelah pagi membuatkan aku makin menarik selimut membungkus tubuh. Masa yang bergerak terlalu perlahan dirasakan. Sarapan pagi kami dihantar ke bilik, tetapi aku terlupa nak ambil gambarnya.

Hampir jam 10.00 pagi kami berjalan dari hotel menuju ke Pasar Atas. Kebanyakan kedai baru hendak memulakan perniagaan dan kebanyakan para pekerja sedang sibuk bekerja. Hari kedua ini banyak dihabiskan dengan aktiviti membeli belah. Jom layan gambar!


Jam Gadang, kawasan ini merupakan tempat melepak orang2 tempatan sambil ada yang mengambil kesempatan berniaga. Waktu ini kami dari Plaza ingin ke Pasar Atas.


Gerai yang banyak di kiri dan kanan laluan ini menjual pelbagai barangan. Di laluan ini hanya terdapat barangan berupa pakaian dan perhiasan. Sesuai untuk dijadikan cenderamata.


Di laluan ini barangan jualan lebih kepada makanan. Hujan di awal pagi menyebabkan laluan ini sedikit becak. Dan tanpa disangka kaki seluar aku turut basah terkena becak ini. Aduhai, sungguh tak selesa.


Pasar Atas dari pintu belakang. Dari jauh sudah kelihatan telekung dan pakaian yang tergantung, penuh tarikan dengan sulamannya.


Berhampiran Jam Gadang. Bumbung bank di hadapan itu sungguh menarik dengan rekabentuk minangkabaunya. Kereta kuda tersebut dipanggil bendi di kalangan orang2 tempatan.


Kat sini pun ada Aussie Bordir. Aku pun pelik macam mana boleh dapat nama Aussie tu. Dan aku selalu terlupa untuk singgah ke kedai tersebut. Sampai ke sudah aku tak berkesempatan.


Pasar Atas dari hadapan. Di sekeliling bangunan pasar ini dipenuhi dengan gerai2 kecil yang menjual pelbagai barangan. Padat dengan peniaga dan pengunjung.


Jam Gadang dari hadapan. Gambar ini diambil pada waktu petang, sebelum pulang dalam kunjungan kedua pada hari yang sama.


Akhirnya aku menaiki bendi ini untuk pulang ke hotel. Selain bau Tony, kuda yang membawa kami ini serta tempat duduknya yang sempit, ianya merupakan pengalaman yang menarik untuk dikenang.


Tugu ini terletak di tengah bulatan. Aku perhatikan di Padang dan Bukittinggi ini terdapat banyak tugu seperti ini.


Untuk makan malam, kami hanya order dari room service. Sate yang aku makan amatlah masin, begitu juga dengan kuah kacangnya. Namun aku berjaya juga menghabiskan, lagi pun hanya dua cucuk sahaja. Kalau banyak, aku pasti tak mampu untuk habiskan semuanya. Untuk sepinggan nasi goreng aku ini, harganya Rp25,000.00 tidak termasuk 21% tax! Mahal bukan?!


Minuman kami pada malam itu adalah Milo suam yang berharga Rp14,000.00 setiap satu, juga belum dicampur tax 21%.

Aku sukar untuk melelapkan mata sesudah makan malam walaupun kepenatan. Mungkin rasa hati yang libang libu memikirkan perjalanan pulang ke tanah air petang esoknya.

footnote: kalau diikutkan nafsu berbelanja, rasanya aku mampu menghabiskan lagi beberapa ratus ribu Rupiah, mungkin juga juta Rupiah. Tetapi apabila memikirkan kebarangkalian excess baggage, aku mematikan hasrat tersebut.

Friday, January 21, 2011

kul - pdg - bukittinggi: day 1

Alhamdulillah, akhirnya hari yang ditunggu2 tiba jua. Dengan separuh perasaan teruja dan tidak sabar beserta dengan sebahagian lagi perasaan cemas dan khuatir. Serta kerisauan yang tidak putus2. Penerbangan pertama untuk tahun 2011, dan juga penerbangan pertama aku ke Padang setelah gempa bumi pada Oktober 2009.

Kami bertolak dari rumah sekitar jam 6.00 pagi. Dihantar oleh my BFF yang sanggup dan rela bangun lebih awal dari biasa dan terus ke tempat kerjanya selepas itu. Setibanya di LCCT, kami terus ke kaunter untuk check in memandangkan masa sudah semakin suntuk.

Alhamdulillah, pesawat yang membawa kami selamat mendarat di Bandara International Minangkabau seperti yang tertera in our flight details. But unfortunately, we have to wait in queue in very long time for the immigration inspection. We have to scan our 10 fingers and take picture! After taken my luggage we walked leaving the custom inspection to the arrival hall. From that I can see someone is waiting for us with the paper written my name in his hand. Pak Nandra, our driver will drive us from Padang to Bukittinggi on Tuesday and returning to Padang on Thursday.

Setelah hampir satu jam perjalanan, kami singgah untuk bersarapan di sebuah restoran Padang. Panorama dari restoran ini memang indah dan menarik.


Aku capture gambar ini dari ruang makan restoran ini. Sawah padi terbentang indah dan pemandangan dari atas amat menakjubkan.


Breakfast aku yang pertama, soto padang. Berbeza dengan soto yang terdapat di Malaysia. Di dalam supnya terdapat bihun dengan saiznya yang lebih kasar berbanding bihun Malaysia, dan rasanya seperti tomyam. Dihidangkan bersama nasi dan keropok. Benar2 berbeza rasa dan bentuk hidangan selain namanya yang hampir serupa. Yang aku cukup suka adalah pinggan dan mangkuknya!


Ruang makan yang menganjur ke arah belakang. Di bawahnya terbentang sawah padi dan pokok kelapa.

Perjalanan kami diteruskan dan berhenti di tiga toko berlainan untuk membeli belah hasil sulaman. Harga yang ditawarkan berbeza, namun kualitinya tidak jauh beza. Sempatlah juga aku menghabiskan beberapa juta rupiah, sedangkan kami belum pun lagi tiba di Bukittinggi!


Finally, this is our room after check in at almost 2.00 pm local time. Katil di tepi tingkap itulah tempat landing aku selama berada di sini.


Selama tiga hari aku melayan sinetron menerusi kaca TV ini. Rela dalam paksa sebenarnya, disebabkan tiada pilihan untuk saluran lain.


Petangnya selepas bangun dari tidur yang panjang lantaran hujan yang mencurah di bumi Bukittinggi ini, kami ke restoran Padang di Benteng yang terletak di hadapan hotel penginapan kami untuk menghentikan dendangan perut kami. Banyak lauk yang dihidangkan, tapi hanya dua jenis lauk sahaja yang kami makan. Itupun sudah berjumlah Rp59,000.00.


Hotel penginapan kami, Hotel Royal Denai View. Pemandangan hadapan hotel selepas hujan, setelah perut kami penuh terisi. Dan inilah pengakhiran perjalanan kami di hari pertama.

footnote: setibanya di rumah lewat petang semalam, aku menerima berita yang sangat2 tidak best namun sudah kujangkakan keputusannya. Dan hari ini aku menerima durian runtuh! Seronok sungguh walaupun rasa kecewa masih membelenggu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...