Saturday, January 22, 2011

bukittinggi - pdg - kul: day3

Hari ketiga, merupakan hari terakhir kami di sini. Penerbangan aku ke Kuala Lumpur dijadualkan pada pukul 3.55 petang waktu tempatan. Belum pun pukul 9.00 pagi, Pak Nadra sudah menunggu di hotel sementelah kami mahu dijemput pada jam 9.00 pagi. Tiada apa yang istimewa pada hari ini. Seperti biasa, biarlah gambar yang berbicara.


Sarapan pagi kami yang dihantar ke bilik. Nasi goreng, bihun goreng, tauhu, teh dan kopi. Kuih hijau itu aku ingatkan buah melaka berdasarkan rupa dan bentuknya. Tetapi hanya rupanya seakan buah melaka, tiada gula melaka di dalamnya dan rasanya agak manis.


Ngarai Sianok, jaraknya dari hotel tidaklah terlalu jauh. Kami singgah dalam perjalanan pulang ke Padang.


Tangga yang menuruni ke dalam Lubang Jepang ini. Suasananya diterangi lampu kalimantang, udaranya dingin dan selesa.


Masjid ini pun berbumbungkan bentuk minangkabau. Menurut Pak Nadra, Pak Lah menderma untuk pembinaan masjid ini dan turut bersolat di sini sekiranya berkunjung ke Bukittinggi. Benar atau tidak, hanya Allah yang tahu.


Sebelum aku meninggalkan air terjun ini, aku sempat melihat ada pengunjung yang mandi di kawasan ini. Barangkali orang tempatan.


Walaupun sekadar gerai jualan di tepi jalan dan keadaannya agak daif, parabola tetap terpacak dengan megahnya di setiap bumbung.


Tiba saatnya untuk terbang pulang. Bangunan Bandara International Minangkabau dari jauh. Di lapangan terbang ini lah akhirnya aku berbahasa Inggeris kerana rasa marah dan tidak berpuas hati dengan kakitangan syarikat insuran yang memaksa kami membeli perkhidmatannya. Bila tengok aku dah naik angin, cepat2 wanita itu memulangkan pasport kami. Panas betul hati aku.

footnote: setiap kali ke Indonesia, aku perhatikan rakyatnya akan berusaha dengan apa jua cara untuk mendapatkan wang walaupun dengan menipu dan memaksa. Dan mangsanya adalah di kalangan pelancong, termasuk aku. Aku sudah pun merasmikan beg baru untuk percutian kali ini.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...