Showing posts with label Aktiviti. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti. Show all posts

Wednesday, April 19, 2017

sungai besar paddython 2017

Ini cerita lama, aktiviti pertengahan Januari lepas. Lepas balik dari Larian Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah, aku nampak iklan pasal larian ni. Lepas inform dorang, aku terus register. Sebab masing2 pun turut excited, aku beranggapan semua orang dah selamat register macam aku jugak. Tapi few days before hari kejadian, baru aku tahu cuma aku je yang akan pergi. Dorang tak sempat register katanya. 

Larian hari Ahad, tengah hari Sabtu aku bertolak ke Sungai Besar. Lepas ambik race kit, aku berpusing pekan Sungai Besar yang tak besar mana pun nak cari hotel. Lepas tengok few hotel, aku akhirnya settle dengan Green Hotel. Itu yang sesuai dengan poket aku dan keadaan hotel agak decent. Aku check in agak lewat, sebelum tu aku pergi makan dan cari lokasi untuk larian esok. Balik ke hotel, aku terus rehat.

Pagi sesudah Subuh aku dah keluar, risau kalau takde parking. Masa aku keluar, hujan masih turun, tapi tak lebat. Pasrah ajelah meredah hujan, mujur dapat parking dekat dengan dewan. Tak ramai sangat yang join, tapi meriahlah jugak. Sebelum bermula, ada warm up session dan flag off untuk women category dulu. Jom, aku bawak korang berlari-larian di sawah padi.


Masa tengah lari berlenggang kangkung tepi sawah, spotted sunrise yang memancar terang. Terus aku join yang lain2 ambik gambar kat tepi tali air.


Sawah padi bercampur2 kuning dan hijau. Awan kelabu, risau jugak kalau2 hujan turun.






Ikutlah resmi padi, semakin tunduk semakin berisi.






Medal pertama untuk 2017. Walaupun cuma 8km, tapi sebab lebih sebulan menternak lemak dan langsung takde training, semput jugak nak perabis larian.

Lepas dapat medal, aku terus balik. Takde kerajinan nak tunggu cabutan bertuah. Sempat aku rehat dulu kat bilik sebelum check out pukul 12.00 tengah hari. Untuk tahun 2017, aku target nak dapatkan 12 medal, tapi entah berjaya atau tidak, tak tahulah. Sebabnya registration fee dah semakin mahal since pertengahan tahun lepas. Apa pun, still few more months to go.


Tuesday, April 18, 2017

berjimba ria di sasaran, kuala selangor

Sabtu lepas kami ke Sasaran, Kuala Selangor. Sebenarnya tak sampai Kuala Selangor lagi, area Jeram tu aje. Plan nak pergi dah lama, tapi asyik tertangguh bila masing2 ada hal. Masa Izza ajak aku join dia hujung February, aku tak free. Sebab dah jeles tengok gambar Izza, itu yang kitorang beria cari available date ke sana. 

Kami berlapan, kawan lama dan baru. Aku dari Putrajaya Sentral sekali dengan Fathi dan Zura kawan baru. Kitorang dah berjanji nak jumpa kat Liang Hup Seng, meeting point seperti yang Vivian bagitau. Kami sampai tak lama lepas dorang sampai. Since masih awal, kami lepak kat Burger King. Sempatlah ambik breakfast dulu.

Janji pukul 10.30 pagi, tapi dalam 10.15 am camtu, Vivian dah sampai. Aku tengah leka bersembang bila dia tiba2 approach tanya nama aku. Dah gather, kitorang follow Vivian ke jeti, dekat je kalau dari meeting point tu. Selain kami berlapan, ada lagi 9 orang serta 3 kids yang sekali dengan trip kami. Ada banyak tour operator yang buat half day trip ke Sky Mirror Sasaran ni.  


Dalam perjalanan dari jeti ke tengah lautan, spotted banyak burung yang berterbangan. Kebanyakannya adalah dari spesies burung migrasi.

  
Selain boat kami, banyak jugak boat lain yang bawak pengunjung. Ini cuma sebahagian kecil sahaja.

Masa kami sampai di lokasi, air belum betul2 surut. Lebih kurang sekaki jugak mengharung air. Awan gelap macam nak hujan, aku dah kerisauan sebenarnya. Risau kalau2 hujan turun dan musnahlah harapan kami nak bercermin di tengah lautan. Mujur bila air makin surut, awan kelabu berarak pergi. Alhamdulillah. Sebelum turun dari boat, Vivian pesan suruh follow dia. Nanti dia tolong carikan spot untuk bergambar.


Team kurus buat roda. Kami team tak berapa nak kurus pun buat roda jugak. Tapi hasilnya tak samalah, haha.


Kami orang terakhir tinggalkan kawasan pulau pasir ni. Tu sebab belakang kitorang kosong, takde orang lain. Yang baju kuning tu adik Vivian, dia yang tolong ambikkan gambar kitorang.


Kawasan pulau pasir ni akan kelihatan bila low tide. Kata Vivian, masa high tide air akan naik sehingga 20 kaki. So, sepanjang masa kitorang kat sini memang boleh nampak dengan jelas kapal dagang lalu lalang kat perairan ni.

Hampir pukul 1.00 tengah hari baru kitorang tinggalkan kawasan pulau pasir dan dibawa ke Pulau Angsa. Boat berhenti dan kitorang diberi nasi lemak dan air mineral. Lepas makan, bila semua dah naik ke atas boat, kitorang bergerak pulang. Masa kitorang dah gerak balik, ada lagi boat yang menunggu kat Pulau Angsa, dorang ada aktiviti mencari tiram. Kata Vivian, jeti dorang masih lambat nak tunggu high tide. So, aktiviti cari tiram tu nak killing time lah, tak nak bagi dorang kebosanan. 

Masa balik few times jugak boat kitorang berhenti sebab enjin boat sangkut sampah. Sebab air baru pasang, jarak antara enjin dengan dasar cetek. Itu yang engine tapau segala sampah sarap tu. Mujur takde problem besar, cukup sekadar berhenti dan buang sampah yang melekat then off we go again.


Dah semakin menghampiri jeti. Kali ni bukan setakat burung2 ni aje yang ada kat pinggir air, tapi monkey pun banyak.

Dah sampai ke jeti, Vivian bagi kitorang guna paip untuk bersihkan kaki. Lepas settle balance payment kitorang terus bergerak ke masjid. Dah selesai urusan kami ke Aroma Ikan Bakar untuk sesi terapi perut pulak. Hujan turun sebelum kami habis makan. Nak tunggu hujan reda entah bila, so kami redah hujan dan pulang dengan hati yang gembira dan perut kenyang. 

Aku berpuas hati dengan service Vivian and family members. Ayah dia owner cum driver boat, adik dia assistant photographer. Ada lagi 2 orang yang aku tak pasti siapa. So, kalau ada sesiapa yang berminat nak guna khidmat Vivian, boleh contact dia. Business card dia aku tepek kat bawah ni. Korang whatsapp je, nanti dia reply.




Thursday, March 9, 2017

road trip 2016 | dari satun ke gua kelam

Entry ini sambungan dari road trip 2016 | dari kedah ke perlis.


Pagi ni kami tak tergesa2 nak keluar, relaks je sebab lagi sekali kami akan bermalam di Perlis. Untuk pagi ni kami akan ke Satun, Thailand. Harap2 ada yang berniaga. Untuk pengetahuan semua, Satun lebih meriah sewaktu hujung minggu. Tapi memandangkan sekarang ni cuti sekolah, harap2 kemeriahan tu sama. Aku taklah meletakkan harapan yang tinggi, risau kalau2 terkecewa. 

Dari Padang Besar ke Wang Kelian tak jauh pun. Perlis kan negeri terkecil di Malaysia, pusing2 kejap je dah boleh cover satu negeri. Yang paling best traffic very low, tak banyak kenderaan di jalan raya. We are taking our own sweet time, strolling along the road. 


Berhenti tepi jalan sebab suka tengok pemandangan dengan suasana yang berkabus. Masa ni kami baru je melepasi laluan yang berliku2.

Sebelum menghampiri border, ada sekatan jalan raya. Sama macam sewaktu nak ke Rantau Panjang atau Pengkalan Kubur di Kelantan. Sampai di border, tak ramai orang selain dari beberapa shuttle van yang penuh dengan penumpang. Untuk melangkah ke seberang, passport memang diperlukan. Since kami akan berjalan kaki, kereta aku parking depan tu aje, ada parking lot dekat dengan kaunter immigration. 

  
Banyak kedai yang tutup, agak kecewa di situ. 

Tapi setidak2nya berjaya jugak stamping passport di hujung tahun. Aku memang dah pesan dengan dorang suruh bawak passport, manalah tahu tetiba teringin nak langkah sempadan. Ada few kedai yang jual makanan, cuma yang terakhir tu macam ada banyak pilihan. Tapi menunggu air pun lama giler, last2 kami opted for the drinks aje. Lepas minum baru ushar sikit2 kedai yang bukak sebelum balik.

Keluar negara dalam tempoh paling singkat, rasanya tak sampai 2 jam kot. Sebelum meninggalkan laluan berliku2, kami singgah di observation area. Jalannya sempit, muat2 sebijik kereta. Kalau berselisih, salah satu kena mengalah. Masa nak turun ada simpang kecik belah kanan.


Sayang, cuaca agak berjerebu. Kalau cuaca terang, pasti jelas kelihatan bentuk muka bumi Perlis. Bukit bukau kat belakang sana pun berbalam2 kelihatan.

Turun dari bukit tempat melihat pemandangan, kami singgah brunch kat kedai tepi jalan. Masa on the way ke Satun tadi kami dah terlajak, so masa balik ni masing2 tekun perhatikan penampakan kedai. Aku suka makan kat kedai2 kampung ni, sedap dan murah. Dorang ni memang berniaga dan bersedekah sekaligus agaknya, 2 in 1. 

Destinasi kami yang seterusnya adalah Gua Kelam. Bayaran masuk RM 1.00 seorang. Ingatkan nak ambik gambar group kat entrance, tapi bila tengok ramai sangat orang, kami rimas. Oh, kami ni pemalu orangnya, lebih selesa bila cuma ada kami sahaja. Jom kita berjalan2 dalam gua yang kelam ini.






Laluan memang tersedia di dalam gua. Walaupun kat luar gua dah bagi peringatan dilarang vandalism, tapi ramai je yang tak berakal rupa2nya. Pantang ada ruang dorang menconteng, sungguh memalukan perangai sesetengah rakyat Malaysia yang ada otak tapi tak berakal.

Keluar dari gua di sebelah sana, ada taman yang menanti. Alang2 dah sampai, jom kita explore sampai ke hujung. Aku memang meletakkan harapan yang tinggi bahawa taman ini diurus dengan baik. Tapi baru beberapa tapak melangkah, mood terus jatuh merudum. Dengan tong sampah yang overflow, sampah di merata tempat toksah ceritalah. Dekat peta lokasi depan gua tadi ada 'Secret Garden'. Aku dah imagine mesti lawa ni, ala2 dalam citer Cina lama2. Sekali frust menonggeng! Kolam kotor, gazebo tak terjaga, pokok bunga memang takde langsung. 

Kami jalan ke depan lagi. Walaupun ada laluan berbatu yang disediakan, tapi kiri kanan agak semak dengan pokok2 renek. Hujung kawasan ada tapak campsite yang berpagar. Kemas je kawasan kem tu, mungkin berbeza pengurusan. 


Sayang, tempatnya berpagar. Kalau tak sure aku masuk ke dalam.



Campsite tu dah penghujung, so kami patah balik ke arah secret garden dan menyeberang ke sebelah sana. Ayat menyeberang tu macam over sangat je, padahal ada jambatan kecik je merintangi sungai. Sebelah sana sungai pun sama, terbiar tanpa penjagaan. Sayang sungguh.


Inilah sungai yang kitorang menyeberang tadi. Airnya cantik dan agak bersih walaupun banyak daun2 di dalamnya.

Aku dengan Ira sempat berangan. Kalaulah tempat ni bagi kat kitorang untuk uruskan, confirm kami transform bagi lebih cantik. Dah set up lawa2, nanti kitorang akan bukak package untuk overnight camping. Takpun boleh plan untuk family day. Memang boleh menjana pendapatan tambahanlah. Itu kalau dapat kat kitorang. Tapi nampaknya takde harapan, cuma mampu berangan sahaja. 

Balik kena ikut laluan yang sama, sekali lagi melalui Gua Kelam yang memang kelam pun. Nak bergambar kat entrance, orang masih ramai. Sudahnya kami ke kereta dan memandu keluar. Kami berhenti tepi simpang nak masuk ke Gua Kelam dan bergambar kat situ. Lega sebab takde orang lain, kami berempat aje. 

Hari keempat belum berakhir, akan bersambung...


Sunday, March 5, 2017

road trip 2016 | meninggalkan perak, singgah di kedah

Entry ini sambungan dari road trip 2016 | dari ipoh ke gerik.


Sebelum tidur semalam aku dah text Ita lokasi hotel dan suruh dia naik ke bilik kalau dah sampai. Tapi punya lena aku tidur malam tu, langsung tak sedar apa. Terjaga je dah azan Subuh. Lepas solat kami rehat2 dulu, Ita tak singgah di hotel, dorang bermalam rumah kawan dorang. Lebih kurang 8.30 pagi baru aku dengan Nik keluar. Rumah kawan Ita dan Ira rupa2nya kawasan perumahan belakang Hotel Sri Bintang. Rezeki kami, dorang ajak breakfast sekali.

Sebelum meneruskan perjalanan, aku patah balik ke Pekan Gerik sebab nak refueling. Kata kawan Ira yang aku lupa namanya next petrol pump masih jauh, dekat pekan Pengkalan Hulu. Tak nak ambik risiko kehabisan fuel, aku patah balik je. Lagipun bukanlah jauh sangat. Masuk ke pekan Pengkalan Hulu kami ternampak signboard Gua Gendang. Alang2 ternampak, kami sepakat nak ushar apa yang ada.

Dari pekan kami lalu jalan tepi sekolah dan tasik, kemudiannya masuk ke kawasan kampung. Dah hujung2 tu kami masuk jalan kebun getah, ada part yang seksa jugaklah kereta aku nak kena tanggung. Kami sampai depan pagar kem motivasi yang berkunci dan kami parking sebelah deretan kereta yang ada kat situ. Dari atas ni kami dengar suara orang berbual2. Kami turun ke bawah ikut laluan yang dah ada, kemudian trail yang bertangga.


Sampai bawah ini yang kami nampak, suara yang kedengaran tadi dah tak ada. Aku rasa air sungai ni jernih kebiruan, cuma kami datang sewaktu musim hujan, jadinya agak keruh. 

Dari apa yang kami perhatikan, tunggul dalam gambar kat atas tu adalah kesan runtuhan jambatan. Langsung tak nampak petunjuk di mana Gua Gendang. Signboard terakhir yang kami jumpa mengarah ke tempat kitorang parking, tak ada petunjuk lain tentang keberadaan gua. Lepas berangan sesikit, kitorang patah balik. 


Singgah tepi tasik terbiar dan ambil gambar dari dalam kereta. Tasiknya sebelah kiri nak ke Gua Gendang. Cantik, tapi sayang terbiar tanpa penjagaan.

Pengkalan Hulu kami tinggalkan dan perjalanan kami menuju ke arah Baling. Dengan bantuan cik google maps, kitorang cari lokasi Gunung Baling. Keliru jugaklah dengan keadaan di Pekan Baling tetiba rasa kesal sebab tak lepak di Baling sehingga kami dibawa ke jalan sedikit jauh dari pekan. Kata cik google maps, kami dah sampai ke destinasi. Tapi bila tengok papan tanda, bukan Gunung Baling sebaliknya Gua Jepun.




Kat tempat lelaki berbaju putih berdiri tu letaknya Dataran Gua Jepun. Cuma Ita dan Ira yang naik ke atas, aku dengan Nik menunggu kat bawah je.


Kitorang ingat nak masuk ke dalam gua, tapi berkunci pula. Ada sebab pintu gua dikunci barangkali, tapi kalau ada yang menjaga dan boleh masuk ke dalam mungkin lebih menarik.

Selepas Gua Jepun, kami masih gigih mencari lokasi Gunung Baling. Tapi bila dah sesat2 masuk celah2 rumah orang kampung, kemudiannya entah ke mana2 laluan kami diarahkan, kami pasrah. Mungkin tiada rezeki untuk kami beramah mesra dengan Gunung Baling. 


Kami berhenti di tepi jalan semata2 nak capture pemandangan ini. Adakah yang berdiri megah itu Gunung Baling?

Kami meninggalkan Pekan Baling menuju lebih ke utara. Khidmat cik google maps kami gunakan sebagai panduan berselang seli dengan papan tanda di sepanjang perjalanan. 

Hari ketiga belum berakhir, akan bersambung...


Thursday, March 2, 2017

road trip 2016 | dari ipoh ke gerik



Pagi ni kami tak perlu nak rushing sangat since hari ni kami akan bermalam kat Gerik. Perjalanan tak jauh untuk kitorang habiskan. Esok pagi kitorang akan bergabung dengan Ita dan Ira kat sana. Cadangnya, lepas breakfast kami nak pusing2 berjalan kaki dan balik ke hotel just before check out. 


Suasana pagi ni mendung, jalan raya pun sunyi tak banyak kenderaan.


Matahari pun malu2 nak tonjolkan diri. Bila tengok gambar ni, baru nampak kepadatan Ipoh.


Ternampak pulak bangunan rumah kedai lama berwajah baru. Menarik!

Kitorang makan kat restoran sebelah Kedai Mee Daud Mat Jasak, Ipoh. Tempat duduk penuh kat kedai tu dan kitorang tak terasa nak makan mi untuk breakfast. Itu yang settle kat kedai sebelah tu. Lepas makan kitorang berjalan kaki ikut celah2 bangunan. Terjumpa banyak lukisan mural kat dinding. Ingatkan kami berdua je, sekali ramai jugak orang tengah hunting mural. Kebanyakannya pelancong asing yang kitorang jumpa.


Teringat permainan zaman kanak2 bila tengok mural ni. In fact, banyak mural yang dorang lukis mengimbau kenangan zaman kanak2.

Tengah strolling around, rintik2 gerimis mula turun. Cepat2 kitorang berjalan balik ke hotel dan decided untuk terus check out. Lepas check out, destinasi kami adalah ke pasar karat. Dah lama aku dengar pasal pasar karat di Ipoh ni, baru kali ni berkesempatan nak menyinggah. Bukan semua stalls jual barangan lama, ada jugak yang jual barangan baru. Aku berkenan betul dengan bekas kuih bahulu dan kuih cara tembaga, tapi tak berani nak beli sebab perjalanan kami masih jauh.


Ada yang cuma letak atas kanvas macam ni, takde meja. Some of the items on sale yang aku rasa dah patut masuk tong sampah pun ada dorang jual. Entahlah.


Kat bahagian belakang banyak yang menjual pakaian. 

Cuaca hari ni memang mendung, kejap2 gerimis. Bila gerimis kasar, kami menumpang teduh bawah khemah peniaga. Dah habis pusing, tambah pulak hujan makin kasar rintiknya, kami ambil keputusan untuk bergerak ke destinasi seterusnya. 

Dari Ipoh menuju ke Gerik melalui jalan biasa. Alang2 melalui Kuala Kangsar, aku ajak Nik singgah makan laksa telur bersarang. Kalau sebelum ni kitorang sampai kena tunggu lama sebab ramainya pelanggan, this time kitorang kena tunggu jugak. Itupun kejap je sebab kitorang tersampai awal. Bukan kami je, ramai jugak pelanggan lain yang dah sampai sebelum kitorang.


Aku rasa laksa kali ni lagi best dari last time aku makan, masa join Larian Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah November lepas. Yang membuatkan aku addicted telurnya tu. Awal2 dulu macam pelik jugak sebab biasa laksa dimakan dengan telur rebus, bukan telur goreng.

Perjalanan ke Gerik dari Kuala Kangsar taklah jauh pun. Cuma jalannya yang berliku2 ni memang kena extra careful. Aku pernah drive kat laluan ni masa ke Royal Belum pada August 2015. Berbeza betul drive tengah malam dengan siang hari. Sampai di pekan Gerik, kami mencari hotel terlebih dahulu. Kalau nak senang, cari The Store dan kat kawasan ni ada banyak hotel. Hotel pertama penuh, jadi kami ke hotel ke dua.


Bilik ni berharga RM 50 semalam, dalam budget kitorang. Bilik luas, ensuite dan ada tv. Much better rather than bilik kami kat Ipoh. Cuma bila dah lama on aircond, bau rokok mula keluar. Hotel Gerik ni berdepan dengan Hotel Sri Temenggor.

Kononnya nak rehat, tak nak ke mana2. Tapi bila dah selesai urusan, bosan pulak melepak je dalam bilik. Last2 kitorang bersiap dan aku drive menghala ke Royal Belum. Teringin nak ambik gambar dari jambatan, last time takde peluang nak ambik gambar kat situ. On the way ke Royal Belum, baru terperasan Hotel Sri Bintang kami asalnya plan nak terjah hotel ni, tapi tak jumpa, rupa2nya on the way ke arah Royal Belum, bukanlah betul2 kat Pekan Gerik.


Gigih ambik gambar sambil drive tengah2 jambatan ni.


Tak puas hati, aku mintak Nik tengokkan kot2 ada kereta dari belakang dan aku berhenti tengah2 jambatan. Lepas snap gambar, terus sambung balik perjalanan.

Sampai depan dan jumpa tempat selamat, kami u-turn dan kembali ke Pekan Gerik. Petang tu just killing time ke The Store dan pasar ala uptown sebelah bangunan The Store sebelum mencari restoran untuk dinner. Balik ke bilik dan terus berehat. Hari ni kami betul2 santai.

End of day 2.


Monday, February 27, 2017

road trip 2016 | singgah di kl, menuju ke perak

Disebabkan hujung tahun lepas aku tak mampu nak ke luar negara seperti tahun2 sudah dek kerana banyaknya kekangan, aku tukar haluan. Nak mereput kat rumah semata memang tak boleh, otak dah tepu. Jadinya, nak tak nak aku kena keluar jugak. Tercetuslah idea nak buat road trip ke utara tanpa melalui highway. Asalnya ramai yang nak join, tapi macam biasa hanya tinggal sorang dua je bila dah sampai masa. 

Untuk first leg, cuma aku berdua dengan Nik sahaja. Dari rumah di Sepang dah lewat, maklumlah trip sesuka hati. Aku ambik highway Besraya dan seterusnya MRR2 ke Gombak. Lepas pick up Nik, kami terus menuju ke Kuala Kubu Bharu. Awal2 tu bergantung harap jugak dengan cik google maps. Tapi bila kitorang asyik keliru antara signboard dan google maps, aku decided untuk off maps dan drive berpandukan signboard je. 

Dah lama tak jumpa, makanya banyaklah kami bersembang sepanjang jalan tu. Entah mana laluan kitorang ambik pun tak sedar. Bila dah masuk Tanjung Malim baru aku tersedar yang kitorang dah masuk Perak. Dari Tanjung Malim hingga ke Sungkai ni dah familiar sangat dengan aku, tempat jatuh lagi dikenanglah katakan.

Perjalanan smooth walaupun kereta banyak. Sempat singgah di Kilang Roti Mokhtar, sekali tutup pulak. Ni second time aku singgah dan still takde rezeki nak merasa roti yang glemer nih. Elok je melepasi Slim River, perjalanan dah start perlahan. Kereta makin banyak dan kami dah terpaksa lebih berhati2 dengan traffic.

Penat tekan clutch dan brake tak usah ceritalah. Kami singgah solat kat masjid sebelah balai bomba, aku tak ingat locationnya. Lepas dah settle solat, rehat kejap, baru kitorang teruskan perjalanan. Belum pun jauh kami bergerak, hujan mula turun. Memasuki Gopeng hujan masih belum berhenti. Kami akhirnya sepakat nak cari penginapan di Ipoh sahaja. Hujan2 ni tak daya nak drive lebih jauh.

Hotel pertama kitorang tanya dah penuh. Dia tunjukkan hotel seberang jalan kat kitorang. Ada bilik kosong dan kami terus setuju. Asalnya nak tengok bilik, tapi cancel sebab dah malas nak naik tangga. Aku alihkan kereta ke depan hotel dan kami naik ke bilik dengan barang2. 


Pemandangan di persimpangan dari tempat lepak nak ke bilik kami. Hotel kami berdepan dengan restoran nasi ganja yang glemer kat Jalan Yang Kalsom aku tak ingat nama hotel sebab hotel tu tak best.

Bilik kami kecik giler, muat2 tilam queen size dengan bilik air kat dalam dan space depan bilik air. Keluar dari toilet kitorang terus langkah atas tilam. Solat pun atas tilam jugak. Mujur dapat partner yang tak banyak kerenah, janji ada tempat nak tido dan rehat dah cukup. Lepas rehat kami keluar nak cari dinner dalam hujan gerimis. Gerbang malam tak jauh pun, walking distance je. Tapi masa kami datang tu, gerbang malam tengah renovation, so takde gerbang malamlah. Berpusing2 kitorang cari kedai makan, yang banyak kitorang jumpa kedai keranda adalah. 

Last resort, kitorang balik ke hotel ambik kereta. Aku drive sesuka hati dan finally terjumpa food court which later baru aku tahu itulah Medan Kidd Ipoh. Tempat dah menarik, tapi kurang penjagaan. Gelap tak berlampu. Not bad makan malam kami kat situ. Bila lapar, sedap ke tidak tu dah tak jadi keutamaan. Lepas makan kami balik ke hotel, takde nak berpeleseran time hujan2 gini. Kalau tak hujan mungkin terasa jugak nak keluar meninjau suasana malam di Ipoh.

End of day 1.


Sunday, February 19, 2017

cbl | dari langsir ke berembun ke chemerong

Entry ini adalah sambungan dari cbl | hari bersantai.


Pagi ni aku tak boleh bertangguh lagi. Bila dah ada yang start bangun, cepat2 aku kejutkan dorang temankan aku. Dalam hutan memang lambat nak terang, jadinya jasa headlamp tetap diperlukan. Bila dah selesai, baru lega rasa perut yang bergelora sejak semalam. Lepas Subuh aku join dorang menunggu matahari terbit di Air Terjun Langsir, tempat semalam. 

Pagi ni kat campsite Air Terjun Langsir ada muka2 baru. Campers semalam dah balik, berganti dengan another group. Meriah betul since dorang pun sama2 tunggu sunrise. Lucky us, hari ni cuaca baik. Mungkin jugak nak bagi kitorang kenangan terindah sebelum tinggalkan tempat ni.


Warna pagi sebelum matahari menjelma. Indah dan tenang.






Awan yang bertukar warna menjadi keemasan.


Bila tengok awan yang pecah dan bertukar warna tu, teringat sunrise kat Bukit Sikunir. Tentulah sunrise di Bukit Sikunir jauh lebih cantik dan menawan.


Matahari memunculkan diri di sebalik gunung yang aku tak tahu nama, serta awan karpet masih lagi terbentang.




Another wild orchid kat Air Terjun Langsir.

Lepas matahari dah naik, kami balik ke campsite. Pagi ni tak boleh nak melepak lama2, kitorang ada perjalanan pulang yang super jauh. Kata leader, kitorang akan tinggalkan campsite pukul 9.00 pagi. Masa yang berbaki tu kitorang mandi, packing, breakfast dan tapau lunch pack. Dah settle semua, kami pakat gotong royong bersihkan campsite dan masing2 kena bawak turun balance ration atau sampah sikit sorang. Tapi takde lah seberat ration masa datang kelmarin. 

As usual, takdenya nak on time. Mesti ada jugak yang melambatkan keadaan. Perjalanan balik ni kitorang tak lalu dah Sungai Bangang, tapi naik ke atas Jeram Lesung dan lalu sungai yang kitorang pergi semalam. Masa mendaki sikit2, pastu laluan mendatar aku okay lagi. Tapi bila dah start mendaki balik, semput wehh. Nak sampai ke Puncak Berembun bercinta kot, lebih2 lagi bila kena extra cautious dengan akar dan pokok di track.


Satu kelegaan bila dah sampai Puncak Berembun. Kami berehat kat sini lama jugak, sambil2 bergambar. Lepas semua sampai baru kitorang sambung perjalanan.

Kata guide, lepas ni laluan banyak menurun dan mendatar, kalau mendaki pun tahap manja2 je katanya. Kitorang lalu Taman Bonsai dan lepas berselfie dengan dorang, aku terus sambung berjalan. Aku ni slow, kalau lambat kang harus jauh kena tinggal. Perjalanan ni tak mudah, tapi taklah seksa masa datang kelmarin. Mungkin jugak sebab dah set dalam mind nak balik, so kena gagahkan diri melangkah. Kitorang berhenti lunch and prayer break kat tepi sungai, aku tak ingat nama tempatnya. 


Pokok ni berlubang dari bawah hingga ke atas dan masih hidup. Aku ambik gambar dari jauh je, tak daya nak mendekat dan terus berjalan. Pokok ni tak jauh dari tempat kitorang lunch and prayer break. 

Dari tempat kitorang rehat tu, kami ikut laluan tepi sungai dan finally terjumpa simpang kitorang naik ke Seraya Besar. Kami terus ke kiri dan terus jumpa Kem B tempat rehat kelmarin. Kat sini ada problem sikit, one of the girl dalam group kitorang injured dan kami berpecah jadi 2 group. Aku dengan group guide akan teruskan ke Air Terjun Chemerong dan dorang akan terus turun ke starting point. 

Lepas crossing sungai Kem B, seksa jugaklah nak mendaki balik sehingga ke puncak bukit sebelum turun Bukit Taubat. Lepas Bukit Taubat kitorang melencong ke kanan instead of straight laluan masa datang. Kami akan ke air terjun dan laluan menurun ni super seksa. Kalau tersilap langkah memang tergolek ke bawahlah jawabnya. Tapi part nak melintas batu besar ke seberang sana pun boleh tahan jugak cabarannya.

Kitorang tinggalkan backpack kat batu besar dan naik ke atas untuk ke air terjun. Tak jauh mana nak ke sana, tapi agak tricky laluannya. 


Air Terjun Chemerong - melengkapkan trip CBL Chemerong - Berembun - Langsir kitorang.


Aku cuma pandang dari jauh, malas dah nak naik ke atas sana. Lagipun kitorang tak boleh lama2 kat sini, kang gelap pulak.


Air yang jatuh dari air terjun membentuk kolam ni. Kalau terjatuh dalam ni, tiada maaf bagimu. Gelap airnya tengok dari atas ni.

Group kitorang yang terakhir kat air terjun ni, group selepas kitorang tak singgah sini. Masa on the way balik ni, aku dilanda masalah besar. Rasa nak membuang memang tak boleh nak tahan dah. Nak singgah tepi sungai memang tak lalu. Last2 aku yakinkan guide aku nak berjalan dulu tinggalkan dorang kat belakang. Elok sampai kat tandas, cepat2 aku letakkan backpack tepi tu je, terus serbu masuk tandas. Dah lega baru aku cari tempat duduk, keluarkan barang yang aku bawak turun dan ambik pakaian bersih yang aku tumpang dalam kereta teammate. 

Bila semua dah wangi, dah settle post-mortem, kitorang naik bas yang dah sedia menunggu. Perut aku masih belum baik sepenuhnya. Masa dorang berhenti dinner, aku duk dalam bas melayan perut. Kemudiannya bila bas berhenti sebab driver nak ke tandas, aku turun sama. 

Kami tiba di Stesen LRT Gombak awal pagi. Ambik kereta dan driving home. On the way tu, aku terpaksa berhenti di petrol pump sebab perut kembali meragam. Dah lega, aku teruskan perjalanan balik ke rumah dengan Dyl dan Ciksue. Dorang akan lepak kat rumah aku dulu. CBL dah boleh tick out dari list.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...