Sunday, March 5, 2017

road trip 2016 | meninggalkan perak, singgah di kedah

Entry ini sambungan dari road trip 2016 | dari ipoh ke gerik.


Sebelum tidur semalam aku dah text Ita lokasi hotel dan suruh dia naik ke bilik kalau dah sampai. Tapi punya lena aku tidur malam tu, langsung tak sedar apa. Terjaga je dah azan Subuh. Lepas solat kami rehat2 dulu, Ita tak singgah di hotel, dorang bermalam rumah kawan dorang. Lebih kurang 8.30 pagi baru aku dengan Nik keluar. Rumah kawan Ita dan Ira rupa2nya kawasan perumahan belakang Hotel Sri Bintang. Rezeki kami, dorang ajak breakfast sekali.

Sebelum meneruskan perjalanan, aku patah balik ke Pekan Gerik sebab nak refueling. Kata kawan Ira yang aku lupa namanya next petrol pump masih jauh, dekat pekan Pengkalan Hulu. Tak nak ambik risiko kehabisan fuel, aku patah balik je. Lagipun bukanlah jauh sangat. Masuk ke pekan Pengkalan Hulu kami ternampak signboard Gua Gendang. Alang2 ternampak, kami sepakat nak ushar apa yang ada.

Dari pekan kami lalu jalan tepi sekolah dan tasik, kemudiannya masuk ke kawasan kampung. Dah hujung2 tu kami masuk jalan kebun getah, ada part yang seksa jugaklah kereta aku nak kena tanggung. Kami sampai depan pagar kem motivasi yang berkunci dan kami parking sebelah deretan kereta yang ada kat situ. Dari atas ni kami dengar suara orang berbual2. Kami turun ke bawah ikut laluan yang dah ada, kemudian trail yang bertangga.


Sampai bawah ini yang kami nampak, suara yang kedengaran tadi dah tak ada. Aku rasa air sungai ni jernih kebiruan, cuma kami datang sewaktu musim hujan, jadinya agak keruh. 

Dari apa yang kami perhatikan, tunggul dalam gambar kat atas tu adalah kesan runtuhan jambatan. Langsung tak nampak petunjuk di mana Gua Gendang. Signboard terakhir yang kami jumpa mengarah ke tempat kitorang parking, tak ada petunjuk lain tentang keberadaan gua. Lepas berangan sesikit, kitorang patah balik. 


Singgah tepi tasik terbiar dan ambil gambar dari dalam kereta. Tasiknya sebelah kiri nak ke Gua Gendang. Cantik, tapi sayang terbiar tanpa penjagaan.

Pengkalan Hulu kami tinggalkan dan perjalanan kami menuju ke arah Baling. Dengan bantuan cik google maps, kitorang cari lokasi Gunung Baling. Keliru jugaklah dengan keadaan di Pekan Baling tetiba rasa kesal sebab tak lepak di Baling sehingga kami dibawa ke jalan sedikit jauh dari pekan. Kata cik google maps, kami dah sampai ke destinasi. Tapi bila tengok papan tanda, bukan Gunung Baling sebaliknya Gua Jepun.




Kat tempat lelaki berbaju putih berdiri tu letaknya Dataran Gua Jepun. Cuma Ita dan Ira yang naik ke atas, aku dengan Nik menunggu kat bawah je.


Kitorang ingat nak masuk ke dalam gua, tapi berkunci pula. Ada sebab pintu gua dikunci barangkali, tapi kalau ada yang menjaga dan boleh masuk ke dalam mungkin lebih menarik.

Selepas Gua Jepun, kami masih gigih mencari lokasi Gunung Baling. Tapi bila dah sesat2 masuk celah2 rumah orang kampung, kemudiannya entah ke mana2 laluan kami diarahkan, kami pasrah. Mungkin tiada rezeki untuk kami beramah mesra dengan Gunung Baling. 


Kami berhenti di tepi jalan semata2 nak capture pemandangan ini. Adakah yang berdiri megah itu Gunung Baling?

Kami meninggalkan Pekan Baling menuju lebih ke utara. Khidmat cik google maps kami gunakan sebagai panduan berselang seli dengan papan tanda di sepanjang perjalanan. 

Hari ketiga belum berakhir, akan bersambung...


1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...