Monday, March 6, 2017

road trip 2016 | dari kedah ke perlis



Pekan Baling kami tinggalkan dengan menghala ke Perlis. Untuk hari ini kami masih belum pasti untuk bermalam di mana. Semuanya bergantung pada keadaan semasa. Dari pekan Baling, kami melalui kawasan kampung di kiri dan kanan jalan. Berpandukan pada papan tanda dan bantuan cik google maps, memang tak goyahlah perjalanan kitorang. Akan tetapi, keyakinan kitorang tak lama pun. Sewaktu melintasi rumah terakhir, kitorang masih tak rasa apa2 sebabnya depan kitorang ada sepasang suami isteri bermotor tanpa memakai topi keledar. Kitorang fikir mesti depan ni ada another kampung. 

Sangkaan kitorang meleset sehinggalah jalan kami tersekat, dihadang oleh penghadang tepi jalan tu, merentangi sepanjang jalan. Kemudian dari arah bertentangan, ada sebuah 4x4 dan pemandu tersebut lalu di bahu jalan yang muat2 sebuah kereta. Kitorang tiru cara tersebut dan dalam 100 meter di depan kitorang, ada lagi rintangan yang sama. Kami lalu ikut bahu jalan seperti tadi juga. Sewaktu di sini, pasangan dengan motor tadi dah potong kereta kitorang. 

Dalam was2, perjalanan diteruskan. Tiada sebarang papan tanda dan hand phone semua sunyi sepi. Jangankan internet, line telefon pun takde. Kosong. NIL. Sudahlah kawasan tu sunyi, berbukit dan takde kenderaan lain. Pakcik motor tadi sudah tidak kelihatan lagi. Di langit awan bertukar warna, menjadi lebih gelap. Dalam hati kerisauan berganda, sudahlah berada di lokasi tidak diketahui, hari pulak nak hujan. Masing2 diam membisu, cuak seh!

Bila kemudiannya tiba di satu selekoh menuruni bukit, kami ternampak kawasan construction dan ada orang sedang bekerja. Kemudiannya nampak pakcik bermotor tadi depan kitorang. Masing2 menarik nafas lega dan barulah kami kembali bersuara. Nampak sangat penakutnya, hahaha. Kami kemudiannya ternampak papan tanda empangan apa ntah sebelah kanan, kemudian ada papan tanda Jeti Tasik Muda. 

Memandangkan dah tengah hari, kitorang decided untuk cari lunch. Lepas masuk simpang, laluan adalah mengelirukan sebab semak samun keliling, macam takde orang pun. Mujur kami gigih jugak dan nun di hujung sana ada kedai makan. Kami duduk dan order makanan. Memandangkan yang ada cuma ikan air tawar aku tak makan aku tanya option lain. Mujur ada option untuk aku. 


Lunch kami. Ikan tu aku tak pasti ikan apa, yang pasti dorang kata sedap dan fresh. Udang masak kari untuk aku. Tak sangka boleh tahan mahal jugak makanan kat sini, mujur sedap di tekak kami.


Sampai ke tepi tasik dorang parking kereta.


Deretan perahu nelayan tasik.

Dah kenyang, tenaga dah recharge, kami teruskan perjalanan. Bila nampak papan tanda ke Resort Tasik Pedu di depan, kami ambik laluan tu. Konon2 nak ushar scenery sambil lepak2 sebelah resort. Awal2 tu okay lagi, kemudian ada batang kayu merentangi sebahagian jalan belah kiri. Aku gigih lagi drive ke depan. Kemudian terjumpa lagi batang kayu merentangi sebahagian jalan sebelah kanan pulak, pun aku redah je lagi. Tapi bila dah makin ke depan ada pokok tumbang jatuh separuh, aku terus ambik keputusan untuk u-turn. Sebenarnya masih boleh lalu bawah batang pokok yang tergantung separuh tu, tapi aku rasa tak sedap hati. Sudahlah jalan sunyi, takde kenderaan lain. Masa nak keluar ke main road baru kitorang terserempak dengan kereta masuk. Dorang dalam kereta tu pandang pelik je tengok kitorang. Lepas masuk simpang dari main road, ke kiri ada simpang ke kem tentera. 


Sanggup berhentikan kereta, melintas jalan semata2 untuk capture view ini.


Bila ke depan lagi, view makin cantik. Berhentikan kereta dan kali ni kesemua kami keluar dari kereta dan bergambar sakan.


Awesome view. Hujung belah kiri gambar nampak macam ada houseboat. 

Masa kitorang berhenti kat sini, banyak jugak kereta dan motor melalui kawasan ni. Banyak bermaksud lebih dari 2, bukanlah bertali arus kenderaannya. Kali ni laluan dah kurang sunyi sebab sesekali akan berselisih dengan kenderaan lain. Sehinggalah kami bertemu dengan rumah kenduri kahwin di tepi jalan dan tak lama kemudian hujan turun dengan lebatnya. 

Kami keluar kampung masuk kampung. Macam2 nama kampung yang kitorang baru tahu sepanjang perjalanan ni. Suasana jalan raya masih lengang, dan kitorang pun takde nak rushing sangat. Kitorang berhenti solat di masjid tak ingat nama. Betul2 tepi simpang traffic light. Lepas solat memandangkan masih awal, kami terus proceed ke Padang Besar, Perlis. Excited sebab Perlis merupakan negeri terakhir aku jejak except masa aku transit nak ke Hatyai dalam trip redah tahun 2015.


Memasuki Perlis, bentuk muka bumi dah berubah. Terasa luas mata memandang dan nun di hujung sana ada bukit bukau.


Macam biasa, bila jumpa port cantik mesti berhentikan kereta di bahu jalan untuk sesi bergambar.

Kami mencari ladang tebu, maklumlah itu trademark Perlis. Terutamanya di Chuping. Kata orang, ladang tebunya di tepi jalan aje, tak perlu susah2 mencari. Kami jumpa dengan kilang gula, tapi ladangnya tetap tak kelihatan. Setelah berakhir road trip, baru aku tahu ladang tebu di Chuping sudah tiada. Ralat jugak rasa di hati bila tak berkesempatan nak masuk ladang tebu.


Pemandangan dari pondok tempat melihat ladang tebu. Kata Ira yang pernah ke sini, dahulunya di depan ini adalah ladang tebu. Tapi sekarang ni ditumbuhi semak samun. Sayang sungguh, hilang sudah trademark Chuping.


Dari Chuping yang sudah hilang tebunya, kami ke Padang Besar. 

Kami mengushar apa yang menarik, terjumpa seluar tapi warna yang aku nak pulak takde. Masa nak keluar dari sini, hari dah gelap. Terus kitorang cari bilik untuk bermalam dan kitorang dapat bilik dekat bangunan Arked MARA. Bilik untuk 2 orang dengan sharing bathroom berharga RM 50 per night. Lepas ambil kunci bilik, kitorang mencari kedai makan untuk dinner. Rupa2nya by Maghrib, semua peniaga di kawasan Padang Besar akan mula tutup kedai, tak kiralah kedai makan mahupun kedai pakaian.

Tak ada pilihan, kami ke arah pekan dan setelah beberapa attempt, barulah bertemu dengan kedai makan yang memuaskan hati semua orang. Lokasi dekat dengan traffic light. Yang pasti orang2 Perlis memang berehat tengah malam kot, sebab kebanyakan kedai tutup waktu malam. Lepas settle dinner, kami balik ke bilik dan berehat.

End of day 3.


1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...