Thursday, March 9, 2017

road trip 2016 | dari satun ke gua kelam

Entry ini sambungan dari road trip 2016 | dari kedah ke perlis.


Pagi ni kami tak tergesa2 nak keluar, relaks je sebab lagi sekali kami akan bermalam di Perlis. Untuk pagi ni kami akan ke Satun, Thailand. Harap2 ada yang berniaga. Untuk pengetahuan semua, Satun lebih meriah sewaktu hujung minggu. Tapi memandangkan sekarang ni cuti sekolah, harap2 kemeriahan tu sama. Aku taklah meletakkan harapan yang tinggi, risau kalau2 terkecewa. 

Dari Padang Besar ke Wang Kelian tak jauh pun. Perlis kan negeri terkecil di Malaysia, pusing2 kejap je dah boleh cover satu negeri. Yang paling best traffic very low, tak banyak kenderaan di jalan raya. We are taking our own sweet time, strolling along the road. 


Berhenti tepi jalan sebab suka tengok pemandangan dengan suasana yang berkabus. Masa ni kami baru je melepasi laluan yang berliku2.

Sebelum menghampiri border, ada sekatan jalan raya. Sama macam sewaktu nak ke Rantau Panjang atau Pengkalan Kubur di Kelantan. Sampai di border, tak ramai orang selain dari beberapa shuttle van yang penuh dengan penumpang. Untuk melangkah ke seberang, passport memang diperlukan. Since kami akan berjalan kaki, kereta aku parking depan tu aje, ada parking lot dekat dengan kaunter immigration. 

  
Banyak kedai yang tutup, agak kecewa di situ. 

Tapi setidak2nya berjaya jugak stamping passport di hujung tahun. Aku memang dah pesan dengan dorang suruh bawak passport, manalah tahu tetiba teringin nak langkah sempadan. Ada few kedai yang jual makanan, cuma yang terakhir tu macam ada banyak pilihan. Tapi menunggu air pun lama giler, last2 kami opted for the drinks aje. Lepas minum baru ushar sikit2 kedai yang bukak sebelum balik.

Keluar negara dalam tempoh paling singkat, rasanya tak sampai 2 jam kot. Sebelum meninggalkan laluan berliku2, kami singgah di observation area. Jalannya sempit, muat2 sebijik kereta. Kalau berselisih, salah satu kena mengalah. Masa nak turun ada simpang kecik belah kanan.


Sayang, cuaca agak berjerebu. Kalau cuaca terang, pasti jelas kelihatan bentuk muka bumi Perlis. Bukit bukau kat belakang sana pun berbalam2 kelihatan.

Turun dari bukit tempat melihat pemandangan, kami singgah brunch kat kedai tepi jalan. Masa on the way ke Satun tadi kami dah terlajak, so masa balik ni masing2 tekun perhatikan penampakan kedai. Aku suka makan kat kedai2 kampung ni, sedap dan murah. Dorang ni memang berniaga dan bersedekah sekaligus agaknya, 2 in 1. 

Destinasi kami yang seterusnya adalah Gua Kelam. Bayaran masuk RM 1.00 seorang. Ingatkan nak ambik gambar group kat entrance, tapi bila tengok ramai sangat orang, kami rimas. Oh, kami ni pemalu orangnya, lebih selesa bila cuma ada kami sahaja. Jom kita berjalan2 dalam gua yang kelam ini.






Laluan memang tersedia di dalam gua. Walaupun kat luar gua dah bagi peringatan dilarang vandalism, tapi ramai je yang tak berakal rupa2nya. Pantang ada ruang dorang menconteng, sungguh memalukan perangai sesetengah rakyat Malaysia yang ada otak tapi tak berakal.

Keluar dari gua di sebelah sana, ada taman yang menanti. Alang2 dah sampai, jom kita explore sampai ke hujung. Aku memang meletakkan harapan yang tinggi bahawa taman ini diurus dengan baik. Tapi baru beberapa tapak melangkah, mood terus jatuh merudum. Dengan tong sampah yang overflow, sampah di merata tempat toksah ceritalah. Dekat peta lokasi depan gua tadi ada 'Secret Garden'. Aku dah imagine mesti lawa ni, ala2 dalam citer Cina lama2. Sekali frust menonggeng! Kolam kotor, gazebo tak terjaga, pokok bunga memang takde langsung. 

Kami jalan ke depan lagi. Walaupun ada laluan berbatu yang disediakan, tapi kiri kanan agak semak dengan pokok2 renek. Hujung kawasan ada tapak campsite yang berpagar. Kemas je kawasan kem tu, mungkin berbeza pengurusan. 


Sayang, tempatnya berpagar. Kalau tak sure aku masuk ke dalam.



Campsite tu dah penghujung, so kami patah balik ke arah secret garden dan menyeberang ke sebelah sana. Ayat menyeberang tu macam over sangat je, padahal ada jambatan kecik je merintangi sungai. Sebelah sana sungai pun sama, terbiar tanpa penjagaan. Sayang sungguh.


Inilah sungai yang kitorang menyeberang tadi. Airnya cantik dan agak bersih walaupun banyak daun2 di dalamnya.

Aku dengan Ira sempat berangan. Kalaulah tempat ni bagi kat kitorang untuk uruskan, confirm kami transform bagi lebih cantik. Dah set up lawa2, nanti kitorang akan bukak package untuk overnight camping. Takpun boleh plan untuk family day. Memang boleh menjana pendapatan tambahanlah. Itu kalau dapat kat kitorang. Tapi nampaknya takde harapan, cuma mampu berangan sahaja. 

Balik kena ikut laluan yang sama, sekali lagi melalui Gua Kelam yang memang kelam pun. Nak bergambar kat entrance, orang masih ramai. Sudahnya kami ke kereta dan memandu keluar. Kami berhenti tepi simpang nak masuk ke Gua Kelam dan bergambar kat situ. Lega sebab takde orang lain, kami berempat aje. 

Hari keempat belum berakhir, akan bersambung...


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...