Sunday, August 23, 2015

trip pasrah | pesona bukit pergasingan -part2

Kan aku ada bagitau, aku melangkah setapak berhenti dua tapak. Antara kami berempat, tak ada yang gesa untuk berjalan lebih pantas. Masa naik semalam, aku memang aim satu tempat ni nak bergambar. Tak kiralah macam mana keadaan cuacanya, aku tetap nak berdiri kat situ.


View dari puncak tempat aku bergambar.

Sebab dah tahu trek macam mana, masa turun ni aku berselipar jepun je. Sandal aku semalam memang dah berdebu, bangun pagi tadi debu dah bertukar jadi selut. Aku terlupa nak simpan elok2, bila kena embun basahlah. Bukit Pergasingan ni kalau nak pakai selipar pun takde hal. Masa kitorang nak tinggalkan puncak tadi, Dedy dah saing kitorang nak turun. Anton masih mengemas katanya.

Masa turun ni kena extra cautious. Masa naik semalam bom atom memang bersepah, tapi yang dah kering. Pagi ni pulak, yang baru terhasil bersepah2. Terleka sikit confirm boleh terjerlus punya. Sepanjang jalan memang asyiklah terdengar warning dari orang depan. Yang peliknya, bomnya bersepah, tapi lembunya tak kelihatan even seekor pun. Ni baru betul2 lembu naik bukit.


Laluan kat second peak ni dah gondol. Kena hati2 sebab licin, tersilap langkah terjun masuk gaung kat bawah tu.

Lepas second peak tu, Dedy bawak kitorang lalu ikut laluan lain, bukan laluan masa naik semalam. Masa turun ni aku rajin sikit nak ambik gambar. Kalau masa naik semalam, simpan terus kamera dalam beg. Nak pegang pun tak daya rasanya. Sementara nak tunggu orang belakang, aku ambik gambar dulu. 


Leaving...


Dedy dan Mas Ari di depan, leading us. 

Bila Anton dah saing kitorang, Dedy bertukar tempat ke belakang. Aku maintain kat tengah2. Memandangkan jarak aku dengan orang belakang jauh lagi, aku takde lah nak rushing turun ke bawah. Banyak kali aku berhenti sesaja, takpun ambik gambar. Dah sampai bawah, memang lalu kawasan kebun orang kampung dulu sebelum tiba ke tempat permulaan pendakian semalamnya. 


Petang semalam kitorang start mendaki ikut sini lah. Anak tangga ni pendek dan lebar, lenguh kot kaki aku nak melangkah. 


Sebelum mendaki, sila baca notis ni dulu. 


Sungai mengalir lesu. Nampak macam airnya bewarna hitam, tapi sebenarnya jernih. Sempat aku turun basuh muka, sejuk airnya. Kat bahagian bawah, ada another group sedang mandi manda.


Pokok bawang ni subur betul. Tanah Sembalun ni memang subur, sesuai untuk aktiviti pertanian. 


Gambar kat atas ni trail yang kitorang lalu masa naik dan turun. Masa nak naik punyalah cuak, bila dah turun lega rasanya. 


Sementara tunggu Sopyan dan Anton pegi ambik kereta, sempat aku rendam kaki dalam longkang ni. Aku tak pasti air ni datang dari mana, tapi jernih dan sejuk. Dorang gunakan air ni untuk tanaman sebab ada water pump dan hose kat tepi longkang ni.

Perjalanan turun ambik masa dalam 2 jam jugak, tu kiranya semua dah selamat sampai bawah lah. Bila dorang dah sampai, loading semua barang masuk kereta dan kitorang berhenti kat rumah Dedy. Turun je dari kereta, aku terus mintak izin nak guna toilet. Lega perut bila settlekan urusan tertunggak. Elok aku keluar dari toilet, nampak ada hidangan atas meja luar, tempat dorang berehat. Rupa2nya bapak Dedy hidangkan buah melon, pisang dan teh O panas.


Buah melon fresh yang manis sungguh, macam direndam dengan air gula. 

Kami tak boleh nak berlama2 kat situ, sebabnya hari ni masih banyak lagi destinasi yang kitorang nak singgah. Bukan setakat dihidang makan, bapak Dedy turut bekalkan kitorang dengan melon. Allah, baiknya hati mereka ini. Selepas ber-hi-hi ber-bye-bye, perjalanan kami diteruskan.


Friday, August 21, 2015

trip pasrah | pesona bukit pergasingan -part1

Lena aku tidur malamnya. Walaupun banyak kali terjaga, tapi lepas tu lena balik. Aku terjaga pun sebab rasa macam dah lama sangat tido, tapi tak siang2 jugak. Pagi tu kitorang patutnya trekking atas sikit lagi, arah pokok cemara untuk sunrise. Tapi bila tengok awan tebal semacam, masing2 tarik gear reverse. Bila dorang yang sama2 bercamping kat situ naik ke atas, kitorang wish good luck je kat dorang.  


Macam gini suasana pukul 6.00 pagi. Angin memang kuat bertiup, sejuk yang amat. 


Lebih kurang 15 minit lepas tu, ginilah keadaannya. Awan tebal berkumpul kat bawah, bahagian atas dah clear. Lama menunggu dari bawah ni, memang tak ada tanda2 pun yang harapan kitorang akan tertunai. 


Perkampungan Desa Sembalun yang masih sunyi. Kabus yang paginya menyelimuti perkampungan ni dah naik ke atas. 


Puncak Rinjani yang disimbah cahaya matahari mula menonjolkan diri. Hanya Dia yang tahu betapa rindunya nak sentuh tanah gunung tu.


Awan tebal berarak pergi...


Khemah kami dan khemah mereka2 berlatar belakangkan Rinjani.


Gunung Rinjani.




Close up lagi.


Kampung yang kat hujung sana. 


Another close up. Kalau korang perasan dalam gambar ni, bahagian atas belah kanan dekat dengan tiang pemancar putih tu, ada rumah macam kotak2 4 buah. Kata Dedy, tu antara rumah adat yang masih ada kat Sembalun ni. Kitorang tak sempat nak ke sana hari tu, mungkin next time datang boleh singgah. 


Depan tu Gunung Anak Dara. Dengar khabarnya, sunrise dari Gunung Anak Dara kelihatan lebih jelas dan menarik. Mungkin akan ada lawatan tapak ke sana pulak lepas ni. Kalau cuaca elok, Pulau Sumbawa boleh kelihatan dengan jelas dari sini. 


Breakast kami pagi tu, maggi goreng dan telur mata. Lepas tu dihidang pulak dengan nanas dan durian. Memang heaven lah, dalam sejuk2 camtu memang laju je menyuap. Lagipun pagi ni kitorang akan turun, so tak risau sangat pasal nak membuang. 

Masa kitorang tengah makan ni, group yang naik nak tengok sunrise tadi dah mula turun. Dorang kata tak nampak apa pun. Untung kitorang tak naik sama, kalau tak sure penat berganda. Paling tidak boleh simpan tenaga nak turun nanti. Orang malas macam aku memang sentiasa cari alasan. Dah settle makan, kami packing barang2 sendiri dan ambik gambar puas2. Lepas dah settle ambik gambar group, kitorang berempat turun dulu. Dedy dan Anton akan menyusul kemudian, lepas dah settle kemaskan kawasan kitorang camping dan packing.


View lain dari atas Bukit Pergasingan. Jelas kelihatan adalah Gunung Sangkareang dan kalau cuaca cantik boleh nampak Gunung Agung di Bali belah kanan. 

Perjalanan nak turun ni, kami benar2 taking our own sweet time. Melangkah setapak, berhenti dua tapak. Aku tak tahu bila lagi aku boleh jejak kaki ke sini. Selagi berpeluang, aku nak nikmati puas2 keindahan ini. Jeles pulak bila tengok orang lain melepak lagi kat atas. Tapi sebab kitorang banyak lagi tempat nak pergi, tak bolehlah nak berlama2 kat atas ni. 


Wednesday, August 19, 2015

trip pasrah | mendaki bukit pergasingan, sembalun

Cerita Lombok bersambung dari sini: trip pasrah | dari senggigi ke sembalun.


Dah settle loading barang2 dalam kereta, kitorang berpatah balik menuju ke arah Bukit Pergasingan. Berhenti kat persimpangan menunggu guide berdua yang datang dengan motor. Dari simpang rumah penduduk kampung nak ke entrance boleh tahan jauhnya. Jalan yang tak berturap dan sempit. Lepas dropkan kitorang dan barang2 kat entrance, Sopyan dan Dedy pegi parking kereta dan motor kat rumah penduduk kampung. Aku, Izza dan Anton mula bergerak untuk mendaki, manakala Mas Ari tunggu dorang berdua dan barang2 kat entrance. 

  
Entrance ke Bukit Pergasingan. Masa tengok entrance ni, kupu-kupu dah penuh berterbangan dalam perut. Apatah lagi bila tengok bukit kat belakang yang melambai2. Seriau nak melangkah.

Dari entrance melintasi anak sungai dan kebun sayur penduduk. Sempat berpeluh lah baru jumpa anak tangga di sebelah kiri yang ada signboard. Kitorang daki ikut anak tangga tu. Mula2 laluan bertangga simen, tak lama lepas tu laluan berbatu yang ada tahi lembu. Aku tak ambik gambar masa naik ni sebab aku plan nak ambik gambar masa turun esoknya. Bila badan dah membesar bagai juara ni, nak mendaki memang terasa seksalah. Laluan ni memang mencanak jugaklah.


Bila pandang ke arah tempat permulaan, di sebelah kiri terbentang pemandangan indah ini. 


Dan di sebelah kanan, view yang ni pulak menjadi hidangan mata. 

Dari jauh dah nampak kelibat mereka bertiga; Mas Ari, Sopyan dan Dedy. Masa ni bukit yang first pun tak settle lagi. Sebagai motivasi, aku pandang view yang meletup. Baru ada semangat nak melangkah. Tapi kaedahnya melangkah tiga tapak, tengok view 10 minit. Memang panjanglah masa aku ambik nak settle pendakian tu.


View yang sentiasa menjadi dambaan jiwa, pembakar semangat untuk teruskan perjuangan.


Masa ni tengah daki bukit kedua. Ada 3 bukit yang nak kena daki untuk sampai ke campsite. Laluan kat sini dah okay sikit, takde dah batu2 tu. Tapi bom atom bersepah.


Mereka2 yang gigih meneruskan perjuangan. Nampak payung yang dorang bawak tu? Sebenarnya aku lupa nak bawak poncho, jadinya Mas Ari dengan Sopyan bawak payung kot2 hujan. Tak pasal2 dorang jadikan tongkat pulak.

Masa aku sampai kat atas tu, Anton tengah prepare nak pasang khemah. Lebih kurang 2 jam jugak masa yang aku ambik nak sampai ke atas ni. Sambil menunggu khemah siap dipasang, suasana bertukar. Kabus mula menyelimuti kawasan bawah Bukit Pergasingan. Sekeliling hanya kelihatan kabus putih.


Masa ni kabus dah mula nak menyelimuti kawasan perkampungan Sembalun kat bawah tu. Suasana bertukar sejuk.


Khemah kitorang yang betul2 mengadap kampung kat bawah, tepi tebing. Kalau terlajak langkah, memang jatuh gaunglah jawabnya.


Khemah dorang berempat yang agak jauh dari khemah kami. Masa ni kat atas ni pun dah start berkabus. 


Baru je masuk ke dalam khemah nak rehat2, dorang dah panggil sambil hulurkan pinggan berisi nanas ni. Hilang kempunan bertahun2 nak makan nanas Lombok, hihihi. Aku pesan suruh dorang panggil kalau nak ke mata air, kami nak ikut.


Masa on the way nak ke tempat mata air tu, kabus dah mula tersingkap. Puncak Rinjani pun dah mula kelihatan, walaupun malu2.

Aku ingatkan dari tempat kitorang berkhemah ke mata air dekat, tapi jauh rupanya. Kena turun ke lereng bukit baru jumpa. Tempatnya agak tersembunyi, kalau suruh aku datang sorang memang taklah. Kalau terjatuh ke dalam gaung pun takde siapa yang perasan.


Kat kawasan mata air ni ada banyak orkid liar. Mata airnya kecik je, tapi cukuplah untuk keperluan. Sejuk hingga ke tulang. Dari atas, kitorang kena turun di sebalik pokok dalam gambar bawah belah kanan.

Masa balik, masing2 berjaga2 takut terbatal wuduk. Punyalah seksa nak turun ke bawah, harus kena jaga betul2. Siap bawak naik sorang sebotol lagi kot2 kecemasan. Masa kitorang naik ni, makin ramai pulak orang yang baru sampai dan tengah prepare nak set up khemah. Kabus dan makin hilang. Tapi kadang2 unpredictable jugak kabus ni, kejap ada kejap takde.


Perkampungan Sembalun dari sisi lain. Tak puas lah mata memandang.

Elok lepas solat, dorang hidang maggi. Aku dengan maggi ni memang dari dulu lagi tak pernah ngam. Aku makan sikit, simpan perut untuk dinner. Kat atas ni tak boleh nak makan banyak sangat. Kang tetiba nak memerut, haru jadinya. Dah settle makan tu, sesambil nak tunggu maghrib, kami lepak kat luar khemah. Since kabus pun dah hilang, dapatlah cuci mata puas2 sementara berkesempatan. 


Rinjani yang dirindui, gagah di hujung sana. Khemah banyak2 tu another group yang turut bercamping. 


Aku cukup suka dengan perkampungan Sembalun ni. Kedudukannya yang dikelilingi oleh bukit bukau membentuk sebuah perkampungan rahsia.


Sunset yang tak menjadi petang ni. Awan tebal sangat.






Puncak Gunung Sangkareang yang bersebelahan dengan Rinjani dipayungi awan.

Another thing yang aku suka pasal Bukit Pergasingan ni sebab dari atas ni boleh dengar suara azan. Bersahut-sahutan dari satu masjid ke satu masjid. Memang indah, tak reti nak explain macam mana. Lepas solat kitorang lepak tepi unggun api menunggu dinner. 


Lampu lampa dari rumah penduduk kat kampung bawah sana. Ini je yang mampu aku capture, in fact tengok dengan mata sendiri lagi menarik. 


Nasi goreng untuk dinner kami. Suasana dah bertukar sejuk, makan tepi unggun api memang best. 

Masa kitorang tengah makan, Mas Ari mintak dorang alihkan khemah kami dekat dengan unggun api. Dia risau kalau2 kami terlupa dan terjatuh gaung. Memang best bila bukak khemah terus nampak perkampungan kat bawah, tapi bahaya. 

Bila semua dah selesai dinner, sambil2 melepak depan unggun api dengan kopi panas, Anton bukak gelanggang cerita. Marah betul dia bila kitorang panggil dia mas. 'Jangan panggil mas, panggil abang aje. Kerna mas ini bukan emas yang bisa dijual, gak ada harga.' Asal kitorang panggil dia mas je, itu yang dia ulang2 dengan nada bercanda. Cerita Anton, di sebelah kanan Bukit Pergasingan ni ada kawasan larangan. Tekunlah kami mendengar kisahnya. Habis kisah kawasan larangan, bersambung pulak cerita lain. Siap bukak kelas bahasa inggeris lagi malam tu. Yang pasti meriah dengan gelak ketawa.

Masa aku dan Izza masuk khemah nak tidur, dorang masih lagi melepak tepi unggun api tu. Sayup2 aku dengar suara dorang sebelum terlena dalam kesejukan.


Tuesday, August 11, 2015

royal belum | dah ke belum? -part3

Bangun pagi, masing2 terus bersiap dan get ready nak breakfast kat bawah. Pagi ni kitorang dihidangkan dengan mee goreng dan nasi goreng. Mana2 yang dah siap awal dah ready nak naik boat. Aku dapat naik second boat.


Matahari pagi ni berlindung di balik awan tebal. Tak dapat nak tengok sunrise. Lagipun kedudukan houseboat kitorang agak terlindung. Masa ni berboating on the way ke Sungai Kooi.


Malu2 je nak munculkan diri.




Menghampiri destinasi. 

Masa aku and the gang sampai, dorang yang datang dengan first boat dah setia menunggu. Kitorang kena tunggu semua sampai baru boleh trekking. Sambil2 menunggu tu, boleh lah capture apa yang patut sambil menikmati kehijauan yang ada. 


Kitorang takde rezeki nak jumpa kumpulan rama-rama kecil bewarna warni. Tapi aku berjaya spotted this beautiful. Si cantik ni memang behave, tak bergerak2 sehinggalah aku settle capture her for the second, then it fly away. 


Ada small stream yang mengalir terus ke dalam tasik. Airnya sejuk dan ada anak2 ikan berenang2. Tapi bila hulur kaki, takde pulak yang merapat.

Bila semua dah sampai, Pakcik Man brief semua orang dan lead us for stretching. Just a minor hiking je katanya sebelum sampai ke tempat bunga rafflesia. Perjalanan awal tu takde pape sangat, landai je dan kena cross anak sungai beberapa kali. Jauh jugak berjalan baru terdengar bunyi air terjun. 


Air Terjun Sungai Kooi. Airnya tak banyak, keadaan agak banyak batu dan tak sesuai nak mandi.

Rehat kejap kat kawasan air terjun tu sambil tunggu dorang yang kat belakang. Ada jugak yang pilih nak stay kat situ, tak nak proceed ke tempat bunga rafflesia. Laluan seterusnya agak mencanak berbanding awal2 tadi. Baru aku terasa lenguh nak melangkah. Pantang nampak akar dan batang pokok, laju je nak bergayut. Badan kalau dah membesar bagai juara ni, mendaki sikit pun dah mengah. Haish!


Sikit je mendakinya, tak tinggi pun. Dorang yang muda belia relaks je mendaki, tak nampak penat pun. 


Hanya ini yang menanti kami semua. Masih berbungkus rapi, sebijik macam kobis. Yang berbeza cuma warna je. 


Close-up kelopak luar yang kembang, terselit celah batu. 

Bunga rafflesia ni sensitif. Kalau ada yang sentuh bunganya, petang karang bunganya akan mati dan bertukar warna menjadi hitam. Menurut Pakcik Mat, kat hutan Royal Belum ni ada 3 spesis rafflesia. Yang paling kecil saiznya diberi nama Azlani, sempena nama Sultan Perak sewaktu baginda merasmikan Royal Belum. Lepas ambik gambar sekeping dua, aku kembali turun. Keadaan kat situ amatlah tak selesa nak berlama2 dengan puluhan yang lain.

Lama menunggu kat bawah tu, dalam 10.30 pagi barulah boat yang pertama bertolak balik ke houseboat. Dalam perjalanan tetiba enjin boat mati, semua gelabah kejap. Rupa2nya minyak habis. Masa brader tu tuang fuel dalam tangki, air mula masuk dalam boat. Bertambah kencang degupan jantung aku. Orang takut air memang cenggini. Bila brader tu switch off some switches, air dalam boat mengalir keluar. Bila engine boat kembali dihidupkan, lega yang teramat aku rasa. Bila semua orang dah selamat sampai, houseboat bergerak meninggalkan Sungai Papan kalau tak silap untuk ke destinasi terakhir.


Dari jauh nampak macam rumah rakit. Tapi tak dapat dipastikan sebab houseboat kitorang melencong dari laluan lurus tu.

Perjalanan kitorang ambik masa lebih kurang 2 jam jugak. Sedang elok lunch kitorang siap lepas masuknya Zohor. Masa tu destinasi dah hampir sangat. Masa tengah makan tu crew dah inform suruh kitorang siap sedia pakai life jacket lepas makan. Mana2 yang dah siap makan get ready nak masuk ke dalam boat. 

Masa kitorang sampai ke Santuari Ikan Kelah Sungai Ruok, boat berselisih dengan group lain yang baru balik. Dari tempat parking boat tak jauh mana pun, dah boleh nampak papan tanda santuari. Dari situ berjalan dalam few minutes dah jumpa dengan air terjun.


Air terjun Sungai Ruok. Tali yang tergantung kat dahan tu tempat dorang tunjuk aksi ala2 Tarzan dan Jane.


Ikan kelah yang menghuni kawasan ni. Ikannya tak besar sangat, yang kat Chilling lagi besar dan jinak. Ikan2 kat sini bagus, takde nak meleseh kat orang yang mandi. Pandai bawak diri.


Masing2 tekun bagi ikan makan. Mula2 tu roti yang jadi habuan, lepas tu nasi pulak. 

Aku simpan kamera lepas tu dan berendam dalam sungai. Tempat yang cetek, yang mampu aku jejak aku beranilah. Agak2 tak jejak aku patah balik. Bila aku perasan tempat air terjun yang kecik tu tak dalam, aku berjalan ikut tepi ke tempat tu. Perghh, nikmat betul bila air sejuk mencurah atas kepala. Lama kitorang spend time kat situ, group yang sampai lepas kitorang pun dah lama balik. Sebab nak kejar bilik air, kitorang bergegas ke boat lepas settle ambik gambar group. 


Tempat kitorang menginap selama 2 hari 1 malam. Bilik air ada 4, dua kat tingkat bawah dan dua lagi kat tingkat dua. Apa2 hal kena mandi dulu.


Aku tak pasti itu apa.

Dah penat berdiri, kami duduk berjuntai kaki sambil bersembang. Bila ada yang bawak keluar kuaci, makin rancaklah jadinya. Since masa datang hari tu aku qada' tidur, aku terlepas tengok pos x-ray pos tentera. Bila aku nampak jambatan baru aku teringat yang aku belum packing lagi. Menggelabah aku berlari ke bilik dan packing bag. Lepas dah siap, terus aku bawak keluar bag dan sambung melepak. 


Jambatan tu lah yang buatkan aku gelabah. Mujur sempat aku packing, lagipun houseboat ni slow, tak laju sangat.


Matahari dah hampir bersembunyi di sebalik pokok. Houseboat kitorang akan parking di antara houseboat putih dan houseboat bumbung hijau tu. Lepas houseboat dah selamat parking dan sesi bergambar beramai2 selesai, barulah kitorang dismiss.

Dari jauh aku nampak few monyet atas kereta aku. Aku ingatkan takde pape, tapi bila dah mendekat aku hilang rasa. Kereta aku berselut habis, aku tengok kereta orang lain taklah seteruk kereta aku. Cermin depan pun kotor. Apa2 hal aku kena carik car wash, worst come to worst kena singgah fuel pump dan bersihkan cermin depan belakang. Memang haru nak drive malam2 dengan cermin berselut.


Kereta aku yang dikerjakan sang monyet. Berkenan betul dengan kereta aku. Mujur car wash sebelah kedai yang kitorang singgah breakfast pagi semalamnya bukak lagi.


Aku snap view indah ni while driving ke pekan Gerik. Gunung belah kanan tu menarik perhatian betul, ada sesiapa tahu tu gunung apa?

Berhenti kat Masjid Jamek Gerik untuk prayer break dan aku top up fuel kat Petron tak jauh dari situ. Kitorang tinggalkan pekan Gerik pukul 8.00 lebih, meredah kegelapan malam. Aku akhirnya decided berhenti kat RnR Tapah sebab dah terasa lapar. Sampai di Seri Kembangan pukul 1 pagi. Lepas rehat kejap, aku drive balik ke rumah dan selamat sampai setengah jam kemudian. Trip singkat ke Royal Belum berakhir. Penat memang penat, tapi yang penting aku enjoy.

Royal Belum bagi aku memang berbaloi2 untuk dikunjungi. Walaupun terputus hubungan dengan dunia luar, takde line telephone apatah lagi internet connection, itu bukan alasan. Belum Konspirasi dan Arus Belum memang terbaik. Service tip top, makan best, puas hati lah. Boleh check kot2 ada promo kat instagram dorang @belum.konspirasi, atau www.facebook.com/belumkonspirasi atau nak cepat, call aje Aizat @ 013-4344563.

Dah ke Belum? 
Aku dah, korang?


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...