Kan aku ada bagitau, aku melangkah setapak berhenti dua tapak. Antara kami berempat, tak ada yang gesa untuk berjalan lebih pantas. Masa naik semalam, aku memang aim satu tempat ni nak bergambar. Tak kiralah macam mana keadaan cuacanya, aku tetap nak berdiri kat situ.
View dari puncak tempat aku bergambar.
Sebab dah tahu trek macam mana, masa turun ni aku berselipar jepun je. Sandal aku semalam memang dah berdebu, bangun pagi tadi debu dah bertukar jadi selut. Aku terlupa nak simpan elok2, bila kena embun basahlah. Bukit Pergasingan ni kalau nak pakai selipar pun takde hal. Masa kitorang nak tinggalkan puncak tadi, Dedy dah saing kitorang nak turun. Anton masih mengemas katanya.
Masa turun ni kena extra cautious. Masa naik semalam bom atom memang bersepah, tapi yang dah kering. Pagi ni pulak, yang baru terhasil bersepah2. Terleka sikit confirm boleh terjerlus punya. Sepanjang jalan memang asyiklah terdengar warning dari orang depan. Yang peliknya, bomnya bersepah, tapi lembunya tak kelihatan even seekor pun. Ni baru betul2 lembu naik bukit.
Laluan kat second peak ni dah gondol. Kena hati2 sebab licin, tersilap langkah terjun masuk gaung kat bawah tu.
Lepas second peak tu, Dedy bawak kitorang lalu ikut laluan lain, bukan laluan masa naik semalam. Masa turun ni aku rajin sikit nak ambik gambar. Kalau masa naik semalam, simpan terus kamera dalam beg. Nak pegang pun tak daya rasanya. Sementara nak tunggu orang belakang, aku ambik gambar dulu.
Leaving...
Dedy dan Mas Ari di depan, leading us.
Bila Anton dah saing kitorang, Dedy bertukar tempat ke belakang. Aku maintain kat tengah2. Memandangkan jarak aku dengan orang belakang jauh lagi, aku takde lah nak rushing turun ke bawah. Banyak kali aku berhenti sesaja, takpun ambik gambar. Dah sampai bawah, memang lalu kawasan kebun orang kampung dulu sebelum tiba ke tempat permulaan pendakian semalamnya.
Petang semalam kitorang start mendaki ikut sini lah. Anak tangga ni pendek dan lebar, lenguh kot kaki aku nak melangkah.
Sebelum mendaki, sila baca notis ni dulu.
Sungai mengalir lesu. Nampak macam airnya bewarna hitam, tapi sebenarnya jernih. Sempat aku turun basuh muka, sejuk airnya. Kat bahagian bawah, ada another group sedang mandi manda.
Pokok bawang ni subur betul. Tanah Sembalun ni memang subur, sesuai untuk aktiviti pertanian.
Gambar kat atas ni trail yang kitorang lalu masa naik dan turun. Masa nak naik punyalah cuak, bila dah turun lega rasanya.
Sementara tunggu Sopyan dan Anton pegi ambik kereta, sempat aku rendam kaki dalam longkang ni. Aku tak pasti air ni datang dari mana, tapi jernih dan sejuk. Dorang gunakan air ni untuk tanaman sebab ada water pump dan hose kat tepi longkang ni.
Perjalanan turun ambik masa dalam 2 jam jugak, tu kiranya semua dah selamat sampai bawah lah. Bila dorang dah sampai, loading semua barang masuk kereta dan kitorang berhenti kat rumah Dedy. Turun je dari kereta, aku terus mintak izin nak guna toilet. Lega perut bila settlekan urusan tertunggak. Elok aku keluar dari toilet, nampak ada hidangan atas meja luar, tempat dorang berehat. Rupa2nya bapak Dedy hidangkan buah melon, pisang dan teh O panas.
Buah melon fresh yang manis sungguh, macam direndam dengan air gula.
Kami tak boleh nak berlama2 kat situ, sebabnya hari ni masih banyak lagi destinasi yang kitorang nak singgah. Bukan setakat dihidang makan, bapak Dedy turut bekalkan kitorang dengan melon. Allah, baiknya hati mereka ini. Selepas ber-hi-hi ber-bye-bye, perjalanan kami diteruskan.
No comments:
Post a Comment