Monday, February 27, 2017

road trip 2016 | singgah di kl, menuju ke perak

Disebabkan hujung tahun lepas aku tak mampu nak ke luar negara seperti tahun2 sudah dek kerana banyaknya kekangan, aku tukar haluan. Nak mereput kat rumah semata memang tak boleh, otak dah tepu. Jadinya, nak tak nak aku kena keluar jugak. Tercetuslah idea nak buat road trip ke utara tanpa melalui highway. Asalnya ramai yang nak join, tapi macam biasa hanya tinggal sorang dua je bila dah sampai masa. 

Untuk first leg, cuma aku berdua dengan Nik sahaja. Dari rumah di Sepang dah lewat, maklumlah trip sesuka hati. Aku ambik highway Besraya dan seterusnya MRR2 ke Gombak. Lepas pick up Nik, kami terus menuju ke Kuala Kubu Bharu. Awal2 tu bergantung harap jugak dengan cik google maps. Tapi bila kitorang asyik keliru antara signboard dan google maps, aku decided untuk off maps dan drive berpandukan signboard je. 

Dah lama tak jumpa, makanya banyaklah kami bersembang sepanjang jalan tu. Entah mana laluan kitorang ambik pun tak sedar. Bila dah masuk Tanjung Malim baru aku tersedar yang kitorang dah masuk Perak. Dari Tanjung Malim hingga ke Sungkai ni dah familiar sangat dengan aku, tempat jatuh lagi dikenanglah katakan.

Perjalanan smooth walaupun kereta banyak. Sempat singgah di Kilang Roti Mokhtar, sekali tutup pulak. Ni second time aku singgah dan still takde rezeki nak merasa roti yang glemer nih. Elok je melepasi Slim River, perjalanan dah start perlahan. Kereta makin banyak dan kami dah terpaksa lebih berhati2 dengan traffic.

Penat tekan clutch dan brake tak usah ceritalah. Kami singgah solat kat masjid sebelah balai bomba, aku tak ingat locationnya. Lepas dah settle solat, rehat kejap, baru kitorang teruskan perjalanan. Belum pun jauh kami bergerak, hujan mula turun. Memasuki Gopeng hujan masih belum berhenti. Kami akhirnya sepakat nak cari penginapan di Ipoh sahaja. Hujan2 ni tak daya nak drive lebih jauh.

Hotel pertama kitorang tanya dah penuh. Dia tunjukkan hotel seberang jalan kat kitorang. Ada bilik kosong dan kami terus setuju. Asalnya nak tengok bilik, tapi cancel sebab dah malas nak naik tangga. Aku alihkan kereta ke depan hotel dan kami naik ke bilik dengan barang2. 


Pemandangan di persimpangan dari tempat lepak nak ke bilik kami. Hotel kami berdepan dengan restoran nasi ganja yang glemer kat Jalan Yang Kalsom aku tak ingat nama hotel sebab hotel tu tak best.

Bilik kami kecik giler, muat2 tilam queen size dengan bilik air kat dalam dan space depan bilik air. Keluar dari toilet kitorang terus langkah atas tilam. Solat pun atas tilam jugak. Mujur dapat partner yang tak banyak kerenah, janji ada tempat nak tido dan rehat dah cukup. Lepas rehat kami keluar nak cari dinner dalam hujan gerimis. Gerbang malam tak jauh pun, walking distance je. Tapi masa kami datang tu, gerbang malam tengah renovation, so takde gerbang malamlah. Berpusing2 kitorang cari kedai makan, yang banyak kitorang jumpa kedai keranda adalah. 

Last resort, kitorang balik ke hotel ambik kereta. Aku drive sesuka hati dan finally terjumpa food court which later baru aku tahu itulah Medan Kidd Ipoh. Tempat dah menarik, tapi kurang penjagaan. Gelap tak berlampu. Not bad makan malam kami kat situ. Bila lapar, sedap ke tidak tu dah tak jadi keutamaan. Lepas makan kami balik ke hotel, takde nak berpeleseran time hujan2 gini. Kalau tak hujan mungkin terasa jugak nak keluar meninjau suasana malam di Ipoh.

End of day 1.


Sunday, February 19, 2017

cbl | dari langsir ke berembun ke chemerong

Entry ini adalah sambungan dari cbl | hari bersantai.


Pagi ni aku tak boleh bertangguh lagi. Bila dah ada yang start bangun, cepat2 aku kejutkan dorang temankan aku. Dalam hutan memang lambat nak terang, jadinya jasa headlamp tetap diperlukan. Bila dah selesai, baru lega rasa perut yang bergelora sejak semalam. Lepas Subuh aku join dorang menunggu matahari terbit di Air Terjun Langsir, tempat semalam. 

Pagi ni kat campsite Air Terjun Langsir ada muka2 baru. Campers semalam dah balik, berganti dengan another group. Meriah betul since dorang pun sama2 tunggu sunrise. Lucky us, hari ni cuaca baik. Mungkin jugak nak bagi kitorang kenangan terindah sebelum tinggalkan tempat ni.


Warna pagi sebelum matahari menjelma. Indah dan tenang.






Awan yang bertukar warna menjadi keemasan.


Bila tengok awan yang pecah dan bertukar warna tu, teringat sunrise kat Bukit Sikunir. Tentulah sunrise di Bukit Sikunir jauh lebih cantik dan menawan.


Matahari memunculkan diri di sebalik gunung yang aku tak tahu nama, serta awan karpet masih lagi terbentang.




Another wild orchid kat Air Terjun Langsir.

Lepas matahari dah naik, kami balik ke campsite. Pagi ni tak boleh nak melepak lama2, kitorang ada perjalanan pulang yang super jauh. Kata leader, kitorang akan tinggalkan campsite pukul 9.00 pagi. Masa yang berbaki tu kitorang mandi, packing, breakfast dan tapau lunch pack. Dah settle semua, kami pakat gotong royong bersihkan campsite dan masing2 kena bawak turun balance ration atau sampah sikit sorang. Tapi takde lah seberat ration masa datang kelmarin. 

As usual, takdenya nak on time. Mesti ada jugak yang melambatkan keadaan. Perjalanan balik ni kitorang tak lalu dah Sungai Bangang, tapi naik ke atas Jeram Lesung dan lalu sungai yang kitorang pergi semalam. Masa mendaki sikit2, pastu laluan mendatar aku okay lagi. Tapi bila dah start mendaki balik, semput wehh. Nak sampai ke Puncak Berembun bercinta kot, lebih2 lagi bila kena extra cautious dengan akar dan pokok di track.


Satu kelegaan bila dah sampai Puncak Berembun. Kami berehat kat sini lama jugak, sambil2 bergambar. Lepas semua sampai baru kitorang sambung perjalanan.

Kata guide, lepas ni laluan banyak menurun dan mendatar, kalau mendaki pun tahap manja2 je katanya. Kitorang lalu Taman Bonsai dan lepas berselfie dengan dorang, aku terus sambung berjalan. Aku ni slow, kalau lambat kang harus jauh kena tinggal. Perjalanan ni tak mudah, tapi taklah seksa masa datang kelmarin. Mungkin jugak sebab dah set dalam mind nak balik, so kena gagahkan diri melangkah. Kitorang berhenti lunch and prayer break kat tepi sungai, aku tak ingat nama tempatnya. 


Pokok ni berlubang dari bawah hingga ke atas dan masih hidup. Aku ambik gambar dari jauh je, tak daya nak mendekat dan terus berjalan. Pokok ni tak jauh dari tempat kitorang lunch and prayer break. 

Dari tempat kitorang rehat tu, kami ikut laluan tepi sungai dan finally terjumpa simpang kitorang naik ke Seraya Besar. Kami terus ke kiri dan terus jumpa Kem B tempat rehat kelmarin. Kat sini ada problem sikit, one of the girl dalam group kitorang injured dan kami berpecah jadi 2 group. Aku dengan group guide akan teruskan ke Air Terjun Chemerong dan dorang akan terus turun ke starting point. 

Lepas crossing sungai Kem B, seksa jugaklah nak mendaki balik sehingga ke puncak bukit sebelum turun Bukit Taubat. Lepas Bukit Taubat kitorang melencong ke kanan instead of straight laluan masa datang. Kami akan ke air terjun dan laluan menurun ni super seksa. Kalau tersilap langkah memang tergolek ke bawahlah jawabnya. Tapi part nak melintas batu besar ke seberang sana pun boleh tahan jugak cabarannya.

Kitorang tinggalkan backpack kat batu besar dan naik ke atas untuk ke air terjun. Tak jauh mana nak ke sana, tapi agak tricky laluannya. 


Air Terjun Chemerong - melengkapkan trip CBL Chemerong - Berembun - Langsir kitorang.


Aku cuma pandang dari jauh, malas dah nak naik ke atas sana. Lagipun kitorang tak boleh lama2 kat sini, kang gelap pulak.


Air yang jatuh dari air terjun membentuk kolam ni. Kalau terjatuh dalam ni, tiada maaf bagimu. Gelap airnya tengok dari atas ni.

Group kitorang yang terakhir kat air terjun ni, group selepas kitorang tak singgah sini. Masa on the way balik ni, aku dilanda masalah besar. Rasa nak membuang memang tak boleh nak tahan dah. Nak singgah tepi sungai memang tak lalu. Last2 aku yakinkan guide aku nak berjalan dulu tinggalkan dorang kat belakang. Elok sampai kat tandas, cepat2 aku letakkan backpack tepi tu je, terus serbu masuk tandas. Dah lega baru aku cari tempat duduk, keluarkan barang yang aku bawak turun dan ambik pakaian bersih yang aku tumpang dalam kereta teammate. 

Bila semua dah wangi, dah settle post-mortem, kitorang naik bas yang dah sedia menunggu. Perut aku masih belum baik sepenuhnya. Masa dorang berhenti dinner, aku duk dalam bas melayan perut. Kemudiannya bila bas berhenti sebab driver nak ke tandas, aku turun sama. 

Kami tiba di Stesen LRT Gombak awal pagi. Ambik kereta dan driving home. On the way tu, aku terpaksa berhenti di petrol pump sebab perut kembali meragam. Dah lega, aku teruskan perjalanan balik ke rumah dengan Dyl dan Ciksue. Dorang akan lepak kat rumah aku dulu. CBL dah boleh tick out dari list.


Monday, February 13, 2017

cbl | hari bersantai

Entry ini sambungan dari cbl | sesalan di bukit taubat.


Tengah malam tadi hujan, mujur kejap je dan tak lebat sangat. Berhimpit jugaklah kami nak elakkan kebasahan. Bangun pagi lepas tunaikan kewajipan, masing2 bergegas ke Air Terjun Langsir. Masing2 berharap dapat mengejar sunrise dan awan karpet pagi ni. Kami bertiga pergi dah lewat, itupun lepas contemplating sama ada nak pegi atau tak. 


Wild orchid yang tumbuh celah batu, di Air Terjun Langsir.


Masa kitorang pergi tu matahari dah tinggi, terlepas sunrise. Tapi kitorang dapat melihat hamparan awan karpet.


Hamparan awan karpet dan Air Terjun Langsir. Sayang betul, aku terlupa nak ambil gambar air terjun. 

Bila matahari dah semakin tinggi, kitorang balik ke campsite dan breakfast pagi tu dah tersedia. Lepas breakfast, kitorang ke Jeram Lesung dan berendam. Tengah2 berendam, nampak dorang baru turun dari atas. Kata dorang kat atas sana cantik sungainya.


Yang dalam itulah jeram lesung, ada dua. Dorang yang berani siap masuk ke dalam 'lesung' tu. Aku cuma berani tengok dari atas ajelah. Tempat kitorang berendam dalam kolam besar kat bahagian atas jeram lesung ni.

Sebab tergoda dengan cerita dorang pasal sungai kat bahagian atas, kitorang tak lepaskan peluang. Dengan separuh badan dah basah, gigih kitorang ke atas sana. Memang seriously cantik, cantik yang amat sangat. Aku rasa macam dah banyak aku ambik gambar, tapi bila nak transfer ke laptop, gambar macam takde pulak. 


Air dari sungai inilah yang mengalir ke bawah masuk ke kolam permandian kitorang.

Sungainya tak lurus, dan takde lah bengkang bengkok sangat. Yang menariknya, sungai ni sebaris tapi bersudut lebih kurang 90º at each junction. Mostly along the river, keadaan sangat redup sebab pokok di kiri dan kanan tebing memayungi aliran sungai. Lagipun dalam hutan, memang banyaklah pokok2 yang menjadi payung semulajadi.


Airnya jernih dan sejuk, serta cetek. Ada jugak tempat2 yang agak dalam sikit.

Nak merayau lebih jauh ke atas, keberanian tu tak berapa nak ada. Walaupun kami berempat, tapi rasa macam scary pun ada jugak. Dalam hutan macam gini, bukan kami je makhluk yang ada. So, kena hati2 jugaklah. 


Inilah kolam permandian kitorang. Kat tengah2 tu agak dalam jugak dan aku macam biasa, menjadi duyung terdampar kat tepian je.

Masa tengah mandi tu dorang ada tanya nak follow ke Sungai Bangang ke tidak. Memandangkan tahap keberanian aku dengan air terlampau tinggi, pulak tu kena hiking sebijik bukit baru sampai, aku tak sanggup. Cukuplah dah lalu semalam dan ambik gambar sekeping. Jadilah dari langsung takde.

  
Lunch kami tengah hari tu, makan beramai2 di Jeram Lesung. 

Lepas makan aku terus turun ke campsite dan melepak, malas nak join Dyl dan Ciksue ke sungai yang kitorang pergi tadi. Takde apa yang nak dibuat, melayan perasaan ajelah sementara tunggu dorang balik. 

Masa dorang panggil untuk minum petang, kitorang tapau dan melepak makan tepi sungai depan campsite kitorang. Kat sini pun cantik sebenarnya, cuma aku je yang tak reti nak ambik gambar.


Sungai bahagian bawah ni banyak batu2, berlainan dengan sungai kat bahagian atas. Sekali tengok macam taman pun ada sungai ni.


Fly tempat kitorang berlindung dari panas dan hujan. First time aku tido cenggini, selalunya bila camping aku tidur dalam tent. 

Petang tu entah mana silapnya, perut aku dah start memulas2. Masa dinner, aku skip sebab perut aku yang memulas masih takde tanda2 nak reda. Risau kalau2 terjadi sesuatu di luar dugaan. Punyalah seksa malam tu, terasa lama betul nak siang. Kejap2 aku terjaga, terkebil2 tengok langit kat luar. Nak kejutkan orang sebelah, rasa tak sanggup. Bertabahlah menunggu hari siang.


Friday, February 10, 2017

cbl | sesalan di bukit taubat

Hujung tahun lepas, tak lama lepas balik dari Kinabalu Dyl ajak join open trip ke CBL Chemerong, Berembun dan Langsir. Aku ni nama je orang Terengganu dan lokasi tu takde lah jauh mana pun dari rumah aku, tapi aku tak pernah jejak lagi. Since semangat Kinabalu masih kuat, aku gagahkan diri join dorang walaupun lutut aku masih longgar penangan Kinabalu. 

Camping trip ni organized by Rush Adventure dan kami bertiga aku, Dyl dan Ciksue bergabung dengan yang lain2. Plannya berkumpul kat LRT Gombak Khamis malam sebelum midnight. Lepas Isyak aku pick up Dyl dan ke rumah Izza, pick up Ciksue yang dah sampai awal lagi. Alang2 tu, aku mintak Izza tolong tunjukkan jalan ke LRT Gombak. 

Dah settle parking, baru settlekan perkara berkaitan dengan trip kitorang dengan organizer. Katanya by twelve midnight dah nak gerak, tapi bila dah ramai2 ni memang timing out lah. Kitorang naik bas, dan pagi esok berkumpul untuk meet up dengan dorang yang bukan dari KL kat Masjid Sultan Mahmud, Bandar Almuktafi Billah Shah. Orang lama lebih mengenali pekan kecil ni sebagai Durian Mas. 


Awal pagi sebelum Subuh kitorang dah sampai kat Masjid Sultan Mahmud. Lama jugak kitorang kat sini, sempatlah aku terlelap lagi sebelum Subuh pagi tu.

Bila semua dah ada, baru kitorang bergerak ke destinasi. Dalam tak jauh tu, sempatlah aku terlelap lagi dua tiga kali. Awal2 laluan tu, aku pernah lalu waktu kecik2 dulu. Tapi dah hujung2 laluan tu, aku tak pernah lalu. Bila bas dah masuk ke kawasan Hutan Lipur, kupu2 dah start berkumpul dalam perut. Kami berkumpul dan kitorang park pakaian bersih yang nak ditinggalkan dalam kereta ada 2 group yang drive sendiri sebab bas tak tunggu situ.


Mujur ada bunga cantik ni, terubatlah sikit rasa memulas dan cuak.

Lepas briefing dan introduction dengan guide, kitorang mulakan perjalanan. Awal2 tu santai lagi, boleh tahan laju jugak aku berjalan. Cuba kalau mendaki, confirm aku tertinggal jauh kat belakang. Tapi langit tak selalunya cerah, laluan tak selamanya mendatar. cabaran bermula bila kitorang nak kena melintas sungai. Ramailah yang bukak kasut dan stokin, tapi bila guide kata lepas ni nak kena redah sungai lagi, aku belasah je pakai kasut. 

Dah habis merentasi 2 anak sungai, bermulalah cabaran mendaki yang seterusnya. Belum pun sampai ke Bukit Taubat, aku dah bertaubat plus menyesal. Dengan beban kat belakang lagi, memang mentallah. All this while, bila hiking aku cuma bawak daypack je. Yang lain2 porter uruskan. Sebab rate porter kat sini mahal giler, aku relakan diri menggalas beban sendiri.


Inilah Bukit Taubat yang menjadi igauan ngeri sebelum aku ke sini. Bukit ni takde lah tinggi mana, cuma mencanak tu boleh tahan jugaklah selain kena bergantung pada tali dan akar2 pokok. Actually, sebelum sampai ke Bukit Taubat ni, laluan mendaki boleh tahan mencabar jugak.

Lepas sampai ke puncak Bukit Taubat, laluan landai sedikit dan kemudian menurun. Aku cukup menyampah bila laluan menurun masa pergi ni, confirm masa balik esok kena mendaki lagi. It's kind of love hate relationship jugaklah. Dah turun tu, kena menyeberang sungai lagi. Group first tengah bersantai masa aku sampai sini.


Air yang jernih giler dekat Kem B, memang clear nampak anak ikan berenang2. Kat sini kitorang rehat dan lunch break. Makanan yang tak habis tu kitorang sedekah kat anak2 ikan. 

Tak boleh nak lepak lama2, kang terus tak daya nak melangkah pulak. Perjalanan kitorang masih jauh. Laluan seterusnya menyusuri sungai dan sampai kat satu junction, kitorang ke kiri. Masa laluan nak ke next check point - Seraya Besar, aku nampak cendawan color purple. Nak tangkap gambar memang tak daya, harap2 masa balik nanti boleh jumpa lagi. Rehat sekejap kat Seraya Besar, sempat minum dan kemudiannya terus menyambung perjalanan. 

Dugaan buat kami bila tetiba hujan turun dan aku berhenti kejap pakai raincoat. Entah di mana silapnya, kami lost dengan kawan2 lain. Tak terkejar orang depan, dan penat menunggu, orang belakang tak sampai2 jugak. Last2 kitorang decided untuk berjalan je pelan2, dengan harapan kami tak sesat. Dalam hujan ni, semua kesan2 laluan orang terdahulu dah terhapus. So, bila ada junction, punya lama kitorang study nak follow laluan mana. 

Mujur hujan tak berpanjangan, berhenti masa kitorang bertiga masih gigih mencari jejak yang ditinggalkan. Bila dah start dengar bunyi air mengalir, aku dah menarik nafas lega. Harap2 kitorang dah tak jauh dari tapak perkhemahan, lagi pulak sayup2 terdengar suara orang bercakap2. Laluan menurun lepas tu memang seksa, mujur ada tali. Itupun terkial2 jugak kami nak sampai ke bawah. Excited nak sampai bila nampak air mengalir kat bawah sana.


Turun dari bukit yang seksa dengan bantuan tali tadi, depan kami adalah Sungai Bangang yang viral. Rasa kecewa bila tak nampak sesiapa pun kat sini, cuma kami bertiga je.

Bila observe keliling, fahamlah bahawa kawasan ni tak sesuai untuk jadi campsite. Kami meredah sungai ke seberang dan laluan berbatu tepi Sungai Bangang benar2 mencabar mental. Silap hari bulan, boleh tergelincir dan terus jatuh atas batu dan masuk ke sungai yang dalam giler. Dekat lubuk tu gelap, itu maknanya memang dalam.

Lepas dah habis seksa laluan berbatu, kitorang kena mendaki lagi. Masa ni confident sikit sebab ada tali dan itu yang jadi guidance kitorang. Masa dah sampai atas, banyak pokok bonsai dan sayup2 terdengar suara orang lagi. Tapi langsung tak dengar bunyi air. Rule of thumb, aku yakin campsite mesti dekat dengan punca atau laluan air. Antara yakin dan tidak, kitorang berjalan perlahan2, dengan harapan orang belakang akan muncul dan kitorang boleh bergabung balik. 

Masa kitorang dalam kekeliruan, muncul Faiz leader trip ni dari belakang. Bila dah confirm kitorang berada di laluan yang betul, lega rasa hati. Dia terpaksa tinggalkan kitorang sebab nak hantar bekalan untuk masak katanya. Alhamdulillah, tak lama lepas tu dah start dengar suara orang dan bunyi air. Bila nampak khemah aku dah excited. Tapi bila dah dekat baru perasan bukan kawan2 kitorang. Kebetulan Faiz ada kat situ dan dia tunjukkan arah campsite kitorang. 

Dah sampai, letak backpack dan Nurul suruh kitorang pergi mandi kat Jeram Lesung sebelum gelap. Lepas mandi baru selesaikan urusan tertunda untuk hari tu dan bila semua dah sampai except the last group, dinner dihidangkan. Dinner malam tu best, siakap masak steam. Alhamdulillah, perut dah kenyang dan we're ready to sleep.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...