Sunday, October 29, 2017

pergi tak kembali

I don't know how to start.

.

.

.

I lost my dear brother on July 20, 2017 as of 26 Syawal 1438 H at the age of 26. The youngest in the family. Losing someone who is dearly attached to my heart is very hard to accept. After all, everything happens in split second. Never thought that the things I'd worried so much all this while was really happen.


Aku masih tak boleh nak move on, still rindukan segala2nya tentang dia. Rindu nak bergaduh, rindu nak berebutkan sesuatu, rindu nak tag team kenakan anak2 sedara, rindu nak berkongsi cerita, banyak yang aku rindukan tentang dia... rindu yang paling dalam. Dia bukan hanya adik, tapi dia juga pelindung aku yang paling setia. Sentiasa ada bila aku perlukan pertolongan dan takkan pernah berkata tidak. Banyak persamaan yang kami kongsi, termasuklah bulan kelahiran yang sama.


Aku hilang semangat, hilang mood seiring dengan kehilangan adik tercinta. Aku cancel trip penghujung Ogos, aku tak pergi larian yang aku dah register, aku cancel trip hiking. Semangatku hilang bersama perginya dia. Paling tak disangka, berat aku jugak turut berkurangan. Mood nak menulis blog pun masih tak muncul2 lagi. Harap2 aku berjaya sambung entry yang dah berbulan tergantung. Aku sedang berusaha untuk kembali bangkit. Doakan aku...


Aku redha dengan ketentuan dan ujian Allah. Janji Allah, setiap yang bernyawa pasti akan mati. Tapi kesedihan, kerinduan atas kehilangan ini tetap ada. Semoga Allah merahmati ke atas roh kamu, adikku Abdul Fatah Zakaria.


07 April 1991 - 20 Julai 2017.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...