Tuesday, March 26, 2013

day4 | jom balik!

Aku selalu je tak ikut plan kalau sengsorang. Pagi ni kononnya nak keluar awal, pergi post office dan jenguk Tai Seng kot2 dah bukak. Lepas tu baru balik ke hotel and check out. Tapi semua tu tak pernah jadi kenyataan. Plan aje cantik menarik, tapi tang pelaksanaan hampeh!

Aku turun ke bawah lebih kurang 8.30 pagi, flight aku balik ke KL pukul 10.25. Sebab tak nak peristiwa lama berulang kembali, aku decide pergi awal ke airport. Masa kat kaunter tu aku suruh akak receptionist call teksi. Little did I know, taxi fare kat Labuan ni dicharge base on perjalanan. Meter memang langsung dorang tak guna. Dan sememangnya aku telah tersilap perancangan.

Masa aku tanya berapa charge kalau dari hotel - post office - Tai Seng - airport, uncle tu bentangkan fare yang dia akan charge kat aku. Hotel ke airport sebab call RM 13.00, tapi sebab aku nak jugak suruh dia singgah post office, dia akan charge aku RM 20.00 untuk ke airport. Kalau singgah ke Tai Seng yang cuma beberapa langkah je dia nak charge lagi RM 16.00! Giler mahal. Alasannya kalau kat Labuan ni dalam area town dari satu tempat ke satu tempat akan dicharge RM 8.00. Akhirnya aku terpaksa kuburkan harapan nak singgah ke Tai Seng.

Lepas drop off baggage aku merayau dulu kat kedai dalam airport tu sebelum naik untuk ke boarding hall. Memang boring giler, tak ada apa yang menarik pun. Sunyi seperti dilanggar garuda. Masa kat boarding ada 2 kedai, aku masuk tapi takde apa yang menarik pun. Kat dalam ni lah aku jumpa FM yang agak menarik, tapi harganya memang tak agak. Seketul RM 10.00, bagi aku memang mahallah. Tak tahulah kalau murah bagi korang.


Awan nano yang mengiringi perjalanan pulang. 

Alhamdulillah, kami selamat mendarat di LCCT walaupun lama giler menunggu kat taxiway. Elok je touch down, cepat2 aku cari tandas. Lepas ambik bag, re-pack aku ambik bas ke KLIA pulak. Tak perlu tunggu lama, kejap je bas dah bertolak. Kereta yang aku tinggalkan masih elok kat parking macam mana aku tinggalkan hari sebelumnya.

Apa pun, Labuan tetap kekal dalam ingatan dengan kisah yang tak disangka2. Labuan yang aku tak pasti sama ada nak bersua muka atau tidak sebelumnya. Labuan yang menyebabkan aku hampir2 kena tinggal, tapi syukurlah ada rezeki untuk aku bertamu di buminya.


Sunday, March 24, 2013

day3 | memburu & terburu

Kononnya sebelum tidur semalam aku dah target nak bangun awal pagi ni, nak memburu sunrise di Tanjung Purun. Tapi bila alarm berbunyi, cepat2 aku matikan dan terus sambung tidur. Hari ni memang aku betul2 melepak, malas nak ke mana2. 

Bila S, kawan aku masa study kat Jasin dulu text pukul 9 lebih tu, baru aku bangun dan bersiap. Since dia off hari ni, so dia janji nak bawak aku ke kedai coklat yang agak murah kat Labuan ni. Sebelum aku keluar, aku contact Kamal nak pulangkan kereta. Padahal kalau diikutkan aku kena pulangkan petang, cukupkan 48 jam, since aku just nak merayau area town dan tak nak guna kereta dah pun, eloklah aku pulangkan. Kang dibuatnya aku terlupa tak ke aku harus kena tambah extra charge. 

Aku melepak dengan S kat taman depan hotel sementara tunggu Kamal sampai. S bawak aku ke One Stop Victoria Point. Selain coklat ada pelbagai pilihan arak dan few brands of perfume. Perfume memang aku tolak tepi, arak pulak memang sah2 lah aku tak pandang. Coklat ada yang murah dan ada jugak yang tak berapa nak murah mana pun. 

Kami keluar dengan tangan kosong, aku tak jumpa apa yang aku nak. S bawak aku ke Tai Seng, senyum lebar aku dibuatnya. Mana taknya, coklat yang dah lama aku mengidam ada depan mata. Ada jugak perfume, tapi tak ada pulak brand yang member aku kirim. Tak ada rezekilah tu. 


S bawak aku ke restoran ni. Belum pun pukul 1, tapi memang full house. Restoran ni sediakan masakan Sarawak, dapatlah aku makan laksa Sarawak kesukaan aku tu. Oh ya, lepas aku upload gambar dalam lappy, baru aku perasan jari pak cik tu. Aku pun tak sure jari mana yang sakit tu, korang ignore jelah.

Lepas dah kenyang S bawak aku ke Ujana Kewangan. 'Shopping complex paling besar kat sini, tapi macam hampeh!' Itu kata orang yang dah bertahun kat Labuan ni, dan aku walaupun baru few days kat sini memang totally agreed dengan statement S. Dah lama tak jumpa kawan lama, bila dah jumpa melarat2 lah sembangnya. Mujur kereta aku dah pulangkan lebih awal.

Lewat petang dalam pukul 6 aku keluar lagi sebab nak beli kiriman orang. Masa aku dah habis memburu baru dapat pesanan, so cadangnya belah petang baru aku nak memburu lagi. Malang sekali, aku terlupa nak tanya S pukul berapa kedai tu tutup.

On the way tu aku dah pelik semacam sebab rasanya siang tadi meriah je kedai2 tu semua, tapi masa aku lalu tu suram semacam je. Masa aku sampai kat One Stop, kedai masih beroperasi. Sempatlah aku sambar Ritter Sport sebab aku tengok harganya lagi murah dari Tai Seng. Coklat yang dikirim tu takde kat situ. So menapaklah aku ke Tai Seng. 

Ingatkan aku salah kedai, berkali2 aku cuba recall balik jalan yang S bawak aku pagi tadi. Confirm betul sebab aku memang cepat je ingat direction ni. Tapi yang tak bestnya, kedai tu dah tutup! Rupa2nya kat Labuan ni, most of the kedai's akan tutup by 6pm sebab lepas pukul 6 tu another business pulak yang take over. Siang hari nampak macam takde pape, tapi malam meriah amat. Pilih je nak masuk yang mana satu. Aku tak masuk mana2 pun, tak rajin nak mencuba. 

Sudahnya aku lepak restoran semalamnya, best jugak masakannya walaupun service agak slow. Harga? Kat Sepang ni lagi murah. Even menurut kata S, rumah sewa kat sana pun mahal. Bayangkan teres setingkat 3 bilik 2 bilik air pun dah 1.5k per month!

footnote: aku dah mula terasa bahang ke'stress'an for my viva. Ada sesiapa yang baik hati nak tolong sama2 peningkan kepala tak? I wish I could............


Thursday, March 21, 2013

day2 | ke tamanlah pulak

Dalam aku melilau cari tempat nak melepak, aku ternampak signage ke Taman Botani. Orang lain beriadah ke taman botani sama ada pagi atau petang, tapi aku pergi tengah hari buta. Masa aku masuk tu tak ada orang pun, bilik kecik kiri dan kanan kat pintu masuk tak berpenghuni. 


Dari jauh dah boleh nampak laluan ni. Ke kanan akan bawak korang ke taman herba tapi aku tak pergi pun tapi aku memilih jalan yang lurus. Taman arca, tapi tak adalah berarca bagai. 


Dari taman arca tadi boleh menyeberang ke sebelah sana, ada rumah atas pokok dan jugak laman bacaan. Masa kat atas jambatan ni aku nampak macam ada orang kat seberang sana, pastu dengar suara orang bersembang riuh je. Tapi bila sampai aku tak nampak sesiapa pun.


Best betul lepak kat tepi tasik ni. Nyaman dan tenteram. Tapi aku tak nak ambik risiko berlama2 kat sini sengsorang, so aku patah balik. Tak beranilah aku nak menapak sampai ke hujung sana. Kalau masa datang tadi aku lalu ikut jambatan, masa balik aku ikut jalan berturap. 

Masa aku berjalan nak keluar dari entrance taman, aku dikejutkan bila tiba2 tingkap bilik yang takde orang masa aku masuk tadi dibuka dari dalam. Terjengul muka pengawal taman tu dari dalam. Aku layankan je bila guard tu ajak sembang, mula2 tu biasalah soalan lazim yang ditanya. Bila aku rasa something cepat2 aku cari helah nak angkat kaki. 

"Kitak datang ada kawan2?"

"Tak, sorang je." Jujur rupanya aku nih, ekekeke.

"Marilah masuk dalam ni, ada aircond." Dia tunjukkan pintu masuk kat belah tepi.

"Eh, tak payahlah."

"Masuklah, boleh cerita-cerita."

"Cerita apa?"

"Kitak kan dari KL, mesti banyak cerita."

"Eh, taklah. Takde cerita apa pun."

"Kalau kitak mau belajar pun boleh."

"Belajar apa?" Lurus bendul pun ya jugak aku nih, hehehe.

"Belajar mau kasi cantik."

"Eh, tak payahlah. Nak buat apa?" Masa ni aku nak blah dah, tapi bila dia hulurkan brochure taman botani aku lepak sambil belek2 brochure tu.

"Kitak belum kahwin ya? Boleh tahan."

"Ha'ah, belum. Apa yang boleh tahannya?" Tak faham aku dibuatnya. Baru aku perasan mata dia pandang aku semacam je. Oh, NO!!!

"Kalau kitak mau, kamek boleh ajar kasi cantik. Boleh ajar macam mana mau pikat orang kaya, boleh kahwin sama orang kaya." 

"Tak mau lah saya. Eh, saya nak balik lah."

"Kita tak mau cerita2 dulu ke?"

"Takpe, takpe. Terima kasih jelah." Cepat2 aku berjalan ke arah kereta. Aku tak faham bila dia asyik mention 'boleh tahan', macam ada hidden thought je. Aku tak rasa takut sangat sebab dia kat dalam, aku kat luar. 

Balik hotel, aku dapat tukar bilik. Downgrade sebenarnya, sebab bilik baru ni lagi murah. Dah alang2 semua harta benda aku berbau rokok, aku stay jelah kat hotel tu. Kalau aku carik hotel lain pun, bau rokok tu tak hilang pun. Sebenarnya aku terlupa & tak berapa nak rajin pun ya jugak. For the first time aku menyesal sebab tak duduk hostel macam trip aku sebelum2 ni. 

Aku keluar balik bila petang, dengan harapan nak kejar sunset. Tapi hari ni weather tak cantik, mendung je. Saja aku cuba jalan baru, tapi akhirnya aku keluar kat main road yang dah berulang kali aku lalu. Memang aku berjaya buktikan bahawa kat Labuan ni korang tak perlukan map walaupun first time korang sampai. Masuk jalan sana, keluar simpang sini, last2 kembali ke pangkal jalan jugak. 

Malam tu aku dinner kat restoran belakang hotel aku je. Sebenarnya area hotel aku banyak restoran tapi semua yang aku nampak Chinese restaurant. Masa aku tanya minah receptionist, dia kata ada 2 je halal restaurant. Satu kat belakang dan satu lagi Singapore Chicken Rice, bangunan depan hotel. 


Monday, March 18, 2013

day2 | lawatan pulau

Sebelum pukul 8 pagi aku dah keluar, sebabnya aku kena alihkan kereta sebelum pukul 8. Malam tadi aku parking kat lot orang, so pepagi sebelum tuan punya lot mengamuk, baiklah aku cabut dulu. Since semalam aku dah cover hampir keseluruhan pulau dan ada few places yang aku memang purposely tinggalkan untuk hari ni, makanya hari ni adalah edisi lawatan tapak secara solo. 


Pepagi hari aku decide melawat kubur dulu. Since petang semalam ada orang, pagi ni memang tak ada sesiapa. Sunyi sepi je. Pagar ni memang ginilah keadaannya, tak ditutup rapat dan tak berkunci pun. 


Ada yang baru terima kunjungan. Personally, aku tak rasa macam tempat ni kawasan perkuburan sebab landscape nya kemas dan terjaga. More to tempat nak lepak2 dan berehat. Pulak tu banyak kerusi kayu kat tepi2 untuk orang duduk2. Opposite to this cemetery ada hospital yang best, sebab lokasinya kat tepi pantai. 

Kebanyakan yang dikebumikan kat graveyard ni adalah antara tentera dari Australia dan India yang terkorban sewaktu perang dunia ke-2. Ada jugaklah yang aku sempat baca nama2 yang tertulis kat batu peringatan tu motif nak berlama2 kat kubur, tersengih aku baca ayat2 cinta dari wife dorang. Ada jugak yang cuma tulis nama dan pangkat je, agaknya takde sesiapa yang sudi nak sedekahkan ayat2 cinta kot. 


Kemudian aku ke sini, sunyi je mungkin jugak masih awal pagi. Kat dalam ni ada museum marine, tapi aku datang tak kena time. Belum bukak pun lagi. Aku terus ke belakang, ke tepi pantai.


Restoran terapung ni pun tutup jugak. Aku tak pasti tutup sebab belum waktu beroperasi atau tutup sebab dah tak beroperasi. 


Dari sini boleh nampak jelas kapal2 yang tunggu turn nak berthing. Sampah banyak kat kawasan ni, mak cik tukang sapu tengah sibuk bekerja, bersihkan sampah2 yang ditinggalkan.


Terbiar sepi bila tak diperlukan lagi. 


Bertentangan dengan Kompleks Sukan Air Antarabangsa Labuan, berdirinya clock tower ni. Struktur asal menara jam ni antara 4 struktur yang terselamat akibat pengeboman perang dunia yang memusnahkan Bandar Victoria. Menara ni berjaya didirikan semula pada tahun 2002 oleh Perbadanan Labuan setelah pihak British berjanji janji tinggal janji nak bina semula setelah meruntuhkannya dalam tahun 1948. 


Lepas tu aku explorace pulak ke sini. Nampak tak bendera explorace tu? Itulah buktinya aku memang betul2 explorace, bukan dugaan. Masa aku masuk kat kaunter tu, tak ada sesiapa pun. In fact masa aku lalu kat pos pengawal, pun takde sesiapa yang jaga. Aku just tulis nama atas batu dalam buku pelawat and jengah apa yang patut.


Artifak yang ditemui. Sebenarnya tak boleh ambik gambar kat dalam ni, tapi sebab tak ada orang jaga aku ambik je. Lepas dah ambik gambar, on the way nak keluar baru aku perasan rupa2nya ada cctv dan video rakaman bersambung kat desktop kat kaunter depan tu. Aku buat muka tak bersalah je sambil berjalan keluar.


Chimney; antara 4 struktur yang terselamat. Masih lagi menjadi misteri nusantara sehingga ke hari ini sebab tak ada sesiapa pun yang mampu merungkai disebalik pembinaan chimney ni. Bahagian dalam chimney ni memang tak ada kesan asap pembakaran pun. Menara chimney ni terletak atas kawasan yang agak berbukit. 


Macam ginilah keadaan belah dalam. Aku tak panjat bukan sebab aku takut, tapi aku tak sampai nak langkah terus ke anak tangga atas tu. Aku rasa chimney asal tak ada tangga tu.


Dua bahagian berpintu gerbang dan another two side memang takde pape. Sebenarnya kat dalam tu tak ada pape pun.

Lepas keluar dari chimney, aku nampak signage ke terowong apa ntah, aku dah lupa nama. Kalau ikutkan signage tu tak jauh. Aku masuklah, tapi hampeh sebab jalan tu leading ke perumahan pekerja. Aku U-turn kat bawah tu, tak naik pun ke atas. Sekarang aku menyesal, sebab kalau aku naik ke atas mungkin aku boleh jumpa petunjuk baru. Barulah betul2 explorace. 

Aku cuma lalu je depan Taman Burung, tak terasa nak masuk pun. Berpusing2 sehingga ke Anjung Ketam, Tanjung Aru pastu masuk jalan mana ntah, keluar ke Pantai Batu Manikar. Berhenti breakfast kat tepi pantai, ada gerai tak jauh dari hotel yang aku tak ingat nama. Meriah jugak tengok hotel tu dari tepi jalan. 

Dah boring tak tahu nak buat apa lagi, lagi pulak cuaca panas, so aku patah balik ke hotel ajelah. Hasrat nak melepak, dah kata trip kali ni nak rehat2, tak nak fikir pape. Dua kali pusing kat area hotel, aku tak dapat cari pun port untuk parking. Akhirnya cancel balik hotel, aku sambung balik pemanduan tanpa tujuan. 


Wednesday, March 13, 2013

day1 | langkah berterusan

Lebih kurang 2.30 Kamal datang hantar kereta. Masa tu aku dah siap2 bawak apa yang patut, memang takkan naik ke bilik dah. Alang2 turun better aku merayap terus. Aku mintak map dekat receptionist, just belek2 gitu aje sementara tunggu Kamal sampai. Once dah settle pasal payment, aku ke kereta. Lepas adjust sana sini, pakai seatbelt dan start enjin, aku cuak! Minyak dah berkelip2 menyala, tadi aku tak tanya pulak kat mana petrol pump yang terdekat. Dan on the way dari airport tadi aku tak perasan pun petrol pump. Aku tengok map yang hotel bagi, langsung tak membantu. 

Aku harap sempatlah jumpa petrol pump, kalaulah termati tengah jalan memang aku call Kamal suruh datang tolong. Aku redah je ke kanan, pastu kiri and then ntah simpang mana aku masuk. Tak jauh lepas tu aku ternampak signage Shell. Senyum lebar aku! 

Kemudian aku drive je tanpa tujuan, toward to the east of the island. Aku U-turn depan gate Provos TUDM, sebab boleh sampai situ je. Kalau boleh masuk, confirm aku redah. Lepas tu aku ikut signage ke Rumah Peranginan Persekutuan, tapi yang aku jumpa sebaliknya. Kat hujung jalan berturap tu tulis Pusat pemprosesan Shell kalau tak silap aku. Aku patah balik ke pangkal jalan. On the way tadinya aku dah berhenti depan memorial park, tapi ada orang mesin rumput so aku blah je. Simpan untuk esok ajelah.


Aku berhenti kat sini kejap. Orang tak ada pun, mungkin sebab cuaca masih panas. On the way tadi aku dah nampak tapi terlajak. So, masa balik aku singgah ambik gambar.


View cantik, pasir pun cantik dan lembut je. Tapi sayang tak terjaga pantainya, agak kotor. Agaknya pantai kat Malaysia ni memang gini keadaannya kot. 


Lukisan hasil kreativiti si ketam memang banyak. Bermacam bentuk. Dari pantai ni boleh nampak banyak kapal2 besar yang tunggu turn nak berth. 

Aku tak tunggu lama kat situ, lepas ambik gambar apa yang patut aku memandu lagi tanpa arah. Few places aku skip sebab nak datang balik esok. Aku berhenti bila nampak banyak kapal nelayan dan bot2 kecil. Lepas park kereta baru aku perasan jetinya. 


Kampung air dari kejauhan. Jeti tu belah kiri gambar ni.


Kapal nelayan yang ditambat kat sebelah kiri jeti. Masa berdiri kat sini nak ambil gambar, bau ikan memang menusuk deria bau. Bertahan je lah.

Kemudian pemanduan diteruskan tanpa arah, sehinggalah aku ternampak signage ke Kampung Air. Sebenarnya kampung air yang dalam gambar kat atas tadi tu boleh access melalui jalan darat. 


Parking kereta bawah pokok, depan balairaya yang tak de orang. 


Kat sini pun boleh tengok bangkai kapal bot aje kot, tak perlu nak dive, haha. Itu statement orang takut air. 


Masa mula2 meniti atas jambatan ni, kejap2 aku berhenti sebab rasa pening. Tapi lama2 tu dah okay sikit. Berjalan kat sini harus hati2 sebab banyak papan yang rosak dan tertanggal. Ingatkan nak lalu depan rumah penduduk kampung ni, tapi aku tak berani nak meniti papan sekeping kat depan sana tu. Dah lah tak reti berenang, kalau jatuh tak tahulah apa nasib badan.


Sebelum meninggalkan jambatan kayu kampung air ni. Ada lagi satu laluan sebenarnya, jambatan simen bukan kayu macam yang aku lalu ni. Dan seperti biasa, perjalanan tanpa arah tujuan diteruskan. 


Berdua dengan mu, pasti lebih baik... Jeles tengok pokok ni, berduaan di tepian pantai. Pantai ni tak jauh dari pintu masuk kampus UMS Labuan. 


Aku ke sini, Japanese Surrender Point. Tepi pantai Layang-Layangan je. Kecik je tempat ni.




Taman Damai ni bersebelahan dengan Surrender Point tadi tu je. Luas jugak taman ni, tapi tak sempat berpeluh pun dah habis pusing keliling.




Seiring dan sejalan, bak sampan di muara... Tolong sambung, please.


Dari jauh aku ingatkan rumput, tapi rasanya spesies rumpai laut ni. Banyak betul, bertaburan di sepanjang pantai. 


Kembali ke pangkal jalan. Sebenarnya aku nak ke medan selera tadinya. Tapi bila dah lepas jambatan kecik ni aku nampak banyak kucing berkeliaran kat situ, terus aku cancel. Stall comel belah kiri tu ada 5 buah, tapi satu je yang bukak. Itupun jajan ntah pape yang dijual. 

Lepas ushar apa yang patut, nak tunggu sunset pun lambat lagi. Nak makan, medan selera tu pulak banyak kucing. Sudahnya aku membawa diri ke arah Kampung Sungai Labu. Apa? Kat mana? Ikut jelah, jangan banyak tanya, boleh?


Aku berjalan ke hujung sana, lama jugak aku melepak atas pangkin kayu yang hampir roboh kat hujung sana tu. Melayan perasan, bercakap sorang2 dan kadang2 bayu laut turut menyampuk. Belah kanan jalan masuk ni ada kedai makan. Tepi main road.


Aku jumpa ni jugak selain rumpai laut yang macam rumput kena racun warnanya tu. 


Bila aku tengok awan semacam je, dan macam tak berbaloi nak tunggu matahari betul2 jatuh bila tiba waktunya, aku decide nak pergi makan dulu kat kedai tepi jalan tu.


Ini yang aku dapat bila datang balik lepas makan. Tak ada rezeki aku nak layan sunset walaupun awalnya tadi macam ada harapan nak witness sunset yang cun melecun. Ini je rezeki aku, jadinya aku pasrah ajelah. 

On the way balik ke hotel, hari dah semakin gelap. Baru aku sedar yang aku langsung tak tahu lokasi hotel aku, even kat jalan apa pun aku tak tahu. Nombor telefon pun aku tak ada, just in case nak call dorang mintak direction ke hotel. Tapi aku kan berjiwa pengembara, itu bukanlah masalah besar. Redah sesuka hati and tadaa! Tetiba aku nampak taman depan hotel aku dan jugak semestinya hotel yang menyebabkan aku lemas, lemas dalam bau rokok. 

footnote: masa pilih gambar nak masukkan dalam blog, baru aku perasan. Rupanya aku banyak ambik gambar masa first day je, the next day tu sampai balik aku tak ambik gambar mana pun. 


Saturday, March 9, 2013

day1 | ke mana saja kaki melangkah...

Alhamdulillah, kapal safely landed within ETA. Macam biasa, aku antara yang terakhir keluar dari perut pesawat. Malas aku nak cepat2 keluar, bukan ada apa yang nak dikejar pun. Since aku cuma bawak bag aje sebijik, melenggang kangkung je lah aku keluar. Sambil2 tu ushar harga sewa kereta kat booth depan carousel tu. Aku just go thru berapa harga based on poster yang diorang letakkan kat booth masing2. Mahal, even kancil pun RM 70 per day. Mahal bagi poket aku, mungkin bagi orang lain murah.

Masa nak keluar pintu tu, aku tanyalah officer customs rasanya yang berdiri sebelah pintu keluar tu pasal map dan brochure about Labuan. Sebelum tu aku dah ushar tapi tak nampak even sekeping kertas pun.

"Saya pun pelik, brochure tu banyak diorang letakkan kat departure hall. Patutnya letaklah kat arrival ni." Kalau dia pelik, aku lagilah terasa kepelikannya. Aku kan pelancong pelanconglah sangat, haruslah expecting yang semua brochure atau map ada kat arrival. 

Aku tengok orang lain dah berpusu2 keluar dari bangunan tu, tapi aku cepat2 pergi cari toilet. Lepas selesai urusan dengan cik tan, ruang yang tadi ramai orang dah lengang. Aku nampak signage information counter. Bergegaslah aku ke situ, berbunga2 hati dengan harapan nak dapatkan map selain info fasal budget hotel dan macam mana nak ke town selain ambik teksi.


Tapi hampanya hati aku bila tengok information counter kat airport Labuan macam gini rupanya. Aku jenguk jugak belakang counter tu, kot2 ada brochure yang tersesat ke. Nampaknya tak ada apa pun yang tinggal. Hampa rasa hati. Akhirnya aku lepak kat kerusi depan tu.

Sambil2 tu aku belek note book yang sentiasa jadi teman aku ke mana2. Aku call number phone kereta sewa yang aku tulis dalam note book tu. Dua2 nya tak ada kereta hari ni, penuh. Satu tu sampai Ahad, yang lagi satu tu kata kereta ada free malam ni. Aku ada another number, my friend yang bagi. Berbelah bahagi aku nak call ke tidak. Last2 aku dial jugak number mamat tu. 

Macam2 lah dia tanya, sampai aku naik fed up. Nak je aku tanya, 'encik ni nak sewakan kereta ke nak soal siasat saya?' Tapi tak terkeluar pulak. 

"Kalau takde kereta tak apalah, encik. Saya okay je." Aku plan nak lepak jap lagi, pastu ambik cab ke town dan cariklah mana2 hotel yang agak2 mampu aku bayar bila Mr A tu kata dia tak dapat nak contact orang yang sewakan kereta tu. Aku sebenarnya pun tak berharap sangat nak sewa kereta.

"Awak tunggu saya kat situ, kejap lagi saya sampai. Nanti saya hantarkan awak ke town, cari hotel. Bila dah ada kereta saya hantarkan ke hotel." Gitulah lebih kurang ayat Mr A. Tak sangka aku mamat kereta sewa ni baik hati, sanggup nak hantar dan tolong carikan hotel kat town. 

"Plat kereta saya L* ***," katanya. So, tiap kali ada kereta lalu mesti aku tengok plat numbernya. Jenuh jugak sebab tak ada pulak dia bagi tau model keretanya. Sampailah tetiba aku terpandang orang duk lambai aku dari jalan sebelah sana. 'Oh, man! Shit!' Aku terkena lagi. 

"Sorry, sorry... Menyusahkan awak," itu ayat first keluar dari mulut aku.

"Eh, takde hal lah."

"Saya ingatkan awak buat business sewa kereta, sorry again." Pastu kitorang gelak2. Aku gelak atas kebodohan aku, senang2 je assume orang tu gitu gini. Dia gelak pasal apa aku tak tahulah. Macam2 kitorang duk sembang sementara nak menyampai ke town tu. 

"Labuan kalau hari Jumaat macam nilah, jem memanjang. Tambah2 kalau tengah hari macam ni." Memang seksa pun menengok kereta berbaris tu. Aku dah terfikir, camana lah aku nak drive ke mana2 kalau asyik jem aje. Tapi aku tak lama pun aku fikir tu, alah bisa tegal biasalah nanti tu. 

Dari airport ke town tak jauh pun. Hotel pertama yang aku tanya penuh. Kemudian ternampak another hotel kat barisan kedai2. Ada bilik untuk aku, memang aku refuse untuk check bilik. Sebabnya aku tak nak susahkan orang. Bila aku suruh dia dropkan aje aku kat situ dan cari sendiri, Mr A refused. Untuk sementara ni biarlah aku stay kat sini dulu. 


Bilik di Sky Global Hotel, Labuan. Memang lepas ni aku pangkah besar2. Bilik ni harganya RM 108 per night, tak ada breakfast. Okay, itu bukan masalahnya. Customer service jugak okay, aku suka sebab diorang nice. 

Tapi yang menyebabkan aku pangkah besar2 tu sebab bau rokok yang memang menusuk hingga ke paru2. Masa mula naik ke tingkat atas tu aku tak perasan bau rokok tu. Once dah on aircond, then semerbak bau tu berlumba2 masuk ke dalam paru2 aku. Aduh, kelemasan aku dibuatnya. Mujur bilik aku ada tingkap, so kuranglah sikit keharuman bilik tu. 

Masa nak keluar lebih kurang 2.30 petang tu, aku komplen pasal bilik aku yang kuat sangat bau rokoknya. Instead of provide air freshner, dia suruh housekeeping bersihkan aircond tu. Masa aku balik petang tu masih ada bau, tapi dah kurang dari sebelumnya. 

Kat Labuan ni banyak hotel, tapi disebabkan geng2 yang kerja off shore kat sini memang ramai and most of the hotel cater for their needs, so agak susahlah sikit nak cari hotel. Alah, alasan je tu. Padahal aku malas, hehe.


Sunday, March 3, 2013

hutan di pinggir kota

Pagi semalam sesudah Subuh, aku dah keluar menuju ke Kepong. Aku ada appointment spa kat Kepong, tu pasal pepagi dah keuar. Kalau tak ada kelas atau exam di hujung minggu, aku lebih suka melepak kat rumah. Lepas dah settle urusan membelai diri dan mengisi perut yang kosong, aku decide pergi FRIM. Alang2 dah ada kat Kepong, lajaklah terus. Lagipun memang tak jauh mana dah.

Jarak yang cuma few kilometer tu terasa jauh sebab jem dan jugak tersilap jalan. Mungkin sebab terlalu percayakan gps, maka itulah jadinya. Bila aku redah je lepas kepercayaan pada gps dah hilang, jumpa pulak tempatnya. 

Masuk je kat entrance, kami dikenakan bayaran RM 6.00. Bayaran ni aku tak sure per kereta atau per person sebabnya kat resit tu cuma tulis bayaran pelawat, sekeping RM 5.00 dan sekeping lagi RM 1.00. Lepas park kereta, kitorang ke kedai cenderamata. Oh, bukan nak bershopping tapi nak beli tiket untuk canopy walkway pulak. Seorang dikenakan charge RM 5.00 dan waktu terakhir dibenarkan untuk buat canopy walkway tu pukul 1.30 petang. Masa kami datang tu dalam pukul 12.40, so sempat lagilah.


Masjid Jamek yang terletak dalam compound FRIM, dibina pada tahun 1977. Aku belum lahir lagi masjid ni dah ada. Nak mulakan perjalanan ke canopy walkway tu kena lalu depan ni.


Walaupun masa kami berjalan tu dah lewat, tapi tak terasa sangat panasnya sebab banyak pokok2. Ada laluan yang mendatar, ada yang sedikit mendaki.


Bila nampak ni, teruskan memanjat ke atas dan laluan ni akan bawak korang ke canopy walkway tu. Kalau korang cuma nak pergi piknik atau jalan2, tak berhasrat nak ke canopy walkway, boleh je terus berjalan ikut laluan lain. Kalau laluan lagi satu tu, tak perlu lah korang bayar RM 5.00 tu, sebab tu cuma untuk canopy walkway.


Laluan agak mendaki jugak. Mungkin sebab baru lepas leraikan segala simpulan urat dan bulan lepas aku dah ke Broga, kali ni aku rasa okay je. Peluh tak usah ceritalah, walaupun berjalan celah2 pokok. Ada few bangku kalau2 korang nak duduk berehat.


Masa kat sinilah tiket tadi akan dicheck. Kalau korang rasa gayat dan tak sanggup nak berjalan di atas pokok2, korang boleh skip lalu ikut trek biasa belah kanan. 


Di persimpangan dilema. 


Walaupun kat board rules and regulation yang terlekat kat check point tu kata tak boleh ambik gambar sepanjang walkway, hanya kat pelantar sahaja yang dibenarkan, tapi aku tetap ingkar.


Boleh nampak hutan batu dari hutan belantara ni.

  
Mereka2 yang berjalan, mencuba mengatasi gayat. Sebenarnya sewaktu berjalan kat titian gantung ni jarak antara satu sama lain haruslah di antara 3 meter atau 2 keping papan kat laluan tu. Tapi ada jugak yang degil, pastu bila bergoyang2 mulalah kecoh. Lepas habis canopy walkway tu, trek laluan dah mendatar. 


Nanti korang jumpa mini air terjun ni. Kebetulan ada group budak sekolah, meriah dengan diorang ajelah. Masa korang turun trek tu, air terjun ni belah kanan. Kalau korang ambik laluan kanan, akan jumpa kawasan piknik dan nanti akan lalu ikut rumah tradisional dan kafe tak jauh dari simpang 4. Tapi kitorang pilih haluan kiri. Tak jauh dari situ akan terjumpa tangga nak ke canopy walkway. Kiranya kitorang patah balik ikut jalan masa naik sebelumnya. Laluan kanan tu akan keluar ikut jalan lain, macam korang buat satu pusingan.


Bagus rama-rama ni, lama dia tunggu aku ambik gambarnya. 


Syok berjalan kat sini, kalau pagi2 mesti lagi best. Lagi segar udaranya.


Ada korang masuk hutan berpayung? Sebenarnya banyak aku terserempak dengan mereka2 yang berpayung masa naik tadi, tapi aku tak berani nak ambik gambar dorang. Penakut jugak aku ni sebenarnya, haha. 

Selesai lah sudah perjalanan kami merentas hutan. Aku ingat nak pergi lagi, tapi pergi awal pagi. Bawak bekal nasi lemak, lepas bakar lemak boleh top up lemak kat air terjun. Canopy walkway tu pun sesuai jugak untuk korang atasi rasa gayat. Siapa kata kat hutan batu tak ada hutan belantara?


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...