Showing posts with label Nakhon Ratchasima. Show all posts
Showing posts with label Nakhon Ratchasima. Show all posts

Saturday, February 20, 2016

thai 2015 | the bloom dan kembali ke bangkok

Entry ini sambungan dari thai 2015 | flora park, khao yai.


Keluar dari Flora Park, pak ngah lead masa awal2 tu. Kitorang tak lalu ikut laluan sebelum ni, tapi kitorang ambik simpang depan Flora Park. View di kiri kanan jalan macam biasa, menarik dan tertarik. Kali ni pak ngah drive agak laju, nak kejar masa sebab tempat yang nak dituju tu tutup pukul 4.00 petang katanya. Lebih kurang sejam jugak baru kitorang sampai. 

Dari luar nampak macam meriah, tapi kereta kat kawasan parking tak banyak pun. Zilla uruskan pasal tiket masuk. Dan lepas masing2 dah dapat tiket, kitorang naik shuttle dan dibawa lalu ikut belakang bangunan which I believed is their hotel. Ingatkan jauh dan luas macam Flora Park, tapi lagi kecik rupa2nya. Masa tengok brochure hati dah teruja sebab ada sheep farm, sekali tengok sedih yang amat. Segan nak panggil farm, playground pun lagi besar. The Bloom adalah lokasi baru di Khao Yai bagi pencinta bunga selain Flora Park. 


Bunga ni besar, lebih kurang sama saiz dengan yang kat Flora Park. Kebanyakan bunga2 yang ada kat sini ada kat Flora Park.


Aku suka bunga ni. Colornya lembut je...


Dan mawar ni memang menarik, susunan kelopak dan warnanya cantik bagi aku.


Presenting pak ngah, driver van kitorang yang sporting dan baik hati. Senyum je.


Bunga ni macam bunga pokok misai kucing, ada macam2 warna.




Since tempat ni baru bukak, so takde lah gempak sangat keadaannya dan kalau nak dibandingkan dengan Flora Park dan Jim Thompson Farm, memang jauh bezanya.

Selain kami, ada jugak visitor lain. Cuma takde lah seramai mana. Lepas ambik gambar, aku dah kebosanan dan tak tau nak buat apa. Bila tengok ada buaian kosong, aku terus duduk kat buaian tu sambil perhatikan pekerja bekerja. Kat sini best sikit sebab dah petang, tak panas. Agak2 dah sampai masa kena balik, baru aku bangun dari buaian dan berjalan keluar menuju ke parking.


Sempat singgah jap kat vegetables area masa nak keluar tu.

Bila semua dah ada baru kitorang bergerak meninggalkan The Bloom menuju ke Bangkok. On the way keluar dari jalan bengkang bengkok tu, hujan turun. Masing2 redha ajelah sebab backpack semua kat atas bumbung van. Dah lah backpack aku memang takde cover, risau jugak walaupun bag tu waterproof. Mujur hujan tak lama.


Sempat berjumpa sunset sewaktu dalam perjalanan ke Bangkok.


Gigih berusaha nak capture sunset dalam keadaan van yang sedang bergerak dan kenderaan lain yang kejap2 potong depan kitorang.

Perjalanan ke Bangkok tak jauh, tapi lama sebab masing2 dah stuck dalam traffic jem. Kata pak ngah ada accident. Bagusnya pak ngah ni, dia selalu dapat info traffic. Sepanjang masa dia sentiasa communicate dengan member radio taxi. Kami sampai kat Orchid Hostel dah malam. Hostel not to far from Patpong Night Market. Lepas dah settle urusan check in dan booking tilam, aku and another 5 keluar ke MBK. Masing2 dah tak fikir lain, semuanya dah aim nak makan je.

Masa pergi kami naik taxi dan driver tu charge THB 150 dan refuse tak nak guna meter. Thinking about malas nak berjalan dan masing2 dah kelaparan, so pejam mata ajelah. Masa naik taxi ni ada incident happen, more to misunderstanding dan aku dah start rengsa sebenarnya. Mujur tak berpanjangan. Walaupun aku dah few times datang ke Bangkok, ni first time aku ke MBK. Sedih, kan?


Aku lupa aku makan ni nasi goreng apa ntah. Nasi gorengnya sedap, portion banyak dan yang penting sambal belah kanan tu sedap!

Masa kitorang tengah makan, kebanyakan kedai2 nearby food court dah start kemas dan tutup. By the time kitorang settle makan, keadaan dah sunyi. Bila dah kenyang makan, barulah tenaga kembali. Masa balik ni kitorang berjalan kaki je, lagi pun MBK dengan hostel kami tu walk-able. Sempat kitorang singgah ke Patpong Night Market. Mujur aku tak tergoda dengan godaan yang macam2 tu. Ngeri! Tapi dalam ngeri2 tu sempat jugak tertengok, erk!? 

Lepas singgah 7E baru kitorang balik dan masing2 terus menonong naik ke dorm. Dah masuk dalam bilik, takdenya nak terus bersiap tido. Kami boleh lepak bersembang sampai pagi, macam2 isu yang keluar sampaikan ada yang dah baring pun siap boleh turun dan bersila kat bawah. Bila perasan jam dah pukul 3 lebih barulah terfikir nak tidur. Lepas mandi dan solat segala, nearly to 4 jugak baru semua orang tido.


Wednesday, February 17, 2016

thai 2015 | flora park, khao yai

Entry ini adalah sambungan dari thai 2015 | sekitar khao yai.


Aku sebenarnya tak tahu kitorang akan ke mana lagi lepas keluar dari Toscana Valley. Nak tanya lebih2 pak ngah kadang2 tu sengih je bila kitorang tanya. So, tunggu je lah ke mana kitorang akan dibawa. Bila dah bosan tak tau nak buat apa, aktiviti favorite adalah tido. Aku terjaga masa pak ngah duk calling2 pak long. Rupa2nya kitorang lost dan terlajak ke depan. Lepas U-turn dan turun naik bukit, kami sampai ke destinasi. Kata Eija, tadi pak ngah dah berhenti kat situ, tapi pak long kata bukan. Miss communication betullah dorang berdua tu.

Lepas kitorang semua dah sampai baru semua masuk. Dorang yang dengan van pak long tunggu kitorang sebab 1 tiket untuk 17 orang. Kitorang sampai kat Flora Park masa matahari tengah terpacak atas kepala. Dari suhu yang sejuk pastu tetiba panas, memang cepat je mood aku bertukar. Mula2 aku join dorang, tapi lepas tu aku sengsorang. Aku tak suka panas, so seboleh mungkin aku akan cari tempat nak berteduh. Aku tak sanggup nak melayan dorang bergambar tengah panas, tu sebab aku lari, hihi.


Kombinasi merah kuning.


Aku tak teruja pun tengok ni. Nampak macam mendung, tapi panah derring panas berdenting. Tu sebabnya aku takde mood, takde feel nak mabuk bunga.


Ada banyak bunga mawar, tapi aku tak letak semua gambar kat sini. Hanya yang terpilih je. 2 jenis mawar kat atas tu besar, penuh tapak tangan. Yang bawah dua tu pulak comel je saiznya, sama comel dengan bunganya.


Bunga kuning.


Mawar kuning ni cantik! Aku suka...

Sebab panas sangat, bila aku nampak ada ruang kosong kat bangku bawah pokok, cepat2 aku ke sana. Lega dapat berteduh. Sesekali bila angin bertiup, rasa nak tido pun ada. Lama jugak aku kat bangku tu, agak2 matahari dah condong sikit baru aku sambung berjalan. Lagipun masa dah suntuk. 


Hamparan lavender. Dari bangku aku duduk melepak tu boleh nampak lavender ni kat bawah.


Akar pokok yang ditanam menutup laluan ni cantik pulak.


Close up akar2 yang colorful.


Kalau tadi ditanam pokok yang akarnya jatuh berjurai, yang ni pulak ditanam sayur.


Buah tak tahu nama. Saiznya lebih kurang sebesar penumbuk dan kulitnya berduri tajam.



Sebenarnya banyak lagi bunga kat Flora Park ni, tapi cuaca hari tu dah berjaya menenggelamkan mood aku. Frankly speaking, aku langsung tak bernafsu nak ambik gambar warna warni bunga hari ni. Aku even skip few parts kat taman ni, tak rajin nak explore lebih2. Since masa nak masuk tadi pak long dah remind nak bertolak pukul 2.00 petang, lagi few minutes aku dah keluar. Tengok keliling tak nampak kelibat sesiapa pun. So, aku assume aku yang terlambat dan dorang semua dah ada dalam van. 

Bila aku sampai kat van, takde sesiapa pun kecuali pak ngah. Aku masuk dalam van, lega dapat aircond. Sambil2 tunggu dorang sampai aku baca novel. Lebih kurang 2.30 petang baru kitorang tinggalkan Flora Park.


Sunday, February 14, 2016

thai 2015 | sekitar khao yai

Entry ini sambungan dari thai 2015 | jim thompson farm.


Before 8.00am kitorang dah ready sebab semalam Zilla kata nak gerak pukul 8.00 pagi. Bila dorang bagitau gerak pukul 9.00 sebab ramai lagi yang tak siap, kitorang lepak dulu kat bawah sambil minum free coffee. Dah tak tau nak buat apa, aku ushar keliling. 


Mawar merah ni besar bunganya, tumbuh subur depan office hotel yang sampai sudah aku tak tau nama. Sebab tulisan semuanya cacing kerawit.

Lebih kurang 8.30 pagi, pak ngah ajak kitorang gerak ke sana. Lagipun dah tak tau nak buat apa kat situ, kebosanan. Masa kitorang sampai kat bilik dorang, ada yang belum mandi lagi. Tengah tunggu turn. Dah nak dekat pukul 10.00 jugak baru kitorang tinggalkan tempat tu. On the way, singgah Tesco Lotus sebab ada yang nak ke money changer, tapi tak bukak lagi. 

Masa lalu semalam dah gelap, so tak nampak apa sangat. Hari ni baru perasan on the way tu menarik jugak. Kitorang pass by satu kawasan yang ada bangunan cantik ala2 kat Europe. Sekali pak ngah berhenti depan sikit, dan kitorang semua turun kecuali Izza. Tempat kitorang singgah tu namanya Piazza Palio. Aku noticed kebanyakan nama bangunan area Khao Yai ni berunsurkan Italy. Dan banyak jugak restoran Italy kat sini. Kalau rasa belum mampu nak ke Italy, bolehlah ambik feel bercuti kat sini dulu. 


Kasut warna warni, lembut je kasut ni. Kesal pulak tak beli hari tu, padahal dah belek2 dah. Cuma tak test pakai je.


Mangkuk tingkat warna warni dan bentuk pun comel je. Kalau isi bekal confirm licin sebab comel sangat. Makanan tak sedap pun boleh jadi sedap.


Selain rekabentuk bangunan yang menarik, warna bangunan pun colorful. 



Lama jugak kitorang spend time kat sini. Dah puas pusing kitorang singgah ke 7E kat seberang jalan. Aku sebenarnya masih ralat sebab tak menyeberang ke bangunan yang first aku tengok dari dalam van. Ingatkan sekejap je singgah, sempat kot kalau aku ke sana. Haish, nak kena repeat agaknya. Kami keluar dari 7E, pak ngah dah ready tunggu kitorang.

Perjalanan kitorang seterusnya macam biasa, masuk van masing2 bukak makanan. Sambil makan bersembang then tak lama kemudiannya lepas sorang, sorang tido. Aku dah terjaga bila van melintasi kawasan perumahan yang mewah belah kanan. Aku ralat sebab tak sempat nak ambik gambar, tapi bila pak ngah patah balik terus excited. Rupanya pak long dah lama sampai.


Toscana Valley adalah luxury living in Khao Yai, newest and most private community. Ingatkan boleh masuk, tapi tak dapatnya. Dari entrance tepi jalan ke main entrance ni boleh tahan jauhnya, landscape pun cantik terjaga.


Antara kediaman yang boleh skodeng dari luar. Sebenarnya kalau dari jalan masuk view lagi cantik, tapi aku dah malas nak menapak dalam panas2 tu.


Pagar hijau ni jadi pemisah laluan masuk dan keluar.

Bila tengok dorang berjalan ke arah entrance tepi jalan tu, aku cuma mampu tengok je. Entah kenapa takde mood nak berpanas dan ambik gambar. Dorang masih lagi kat luar, aku dah masuk dalam van. Lega dapat jumpa aircond. Tak lama lepas tu masing2 start masuk ke dalam van dan kitorang tak singgah lama pun kat sini sebenarnya. Perjalanan kami diteruskan.


Saturday, February 13, 2016

thai 2015 | jim thompson farm

Entry ini adalah sambungan dari thai 2015 | teratai layu di tasik madu.


Perjalanan yang boleh tahan panjangnya untuk hari ni. Dah penat tido bangun sepanjang perjalanan. Even lutut aku dah rasa sengal2 sebab duduk lama sangat. Hari dah petang masa kitorang sampai kat destinasi. Lepas pak ngah parking van, kitorang terus turun dan berjalan menyeberangi jalan. Bila Zilla ke kaunter uruskan tiket masuk, sempat kitorang ambik gambar dulu.


Entrance fee untuk masuk ke Jim Thompson Farm bagi December 2015.

Dah dapat tiket, kitorang terus masuk ke dalam kawasan farm. Dari jauh dah nampak bunga2 berkembangan. Hati turut sama berbunga2. Kebetulan ada shuttle baru sampai, so kitorang semua naik shuttle tu. 


Melepasi pintu masuk, mata terus terpandang yang ini. In fact, dari luar masa dalam van tadi pun dah nampak warna2 ceria ni.


Shuttle berhenti kat kawasan lapang depan timbunan pumpkins.

Kat first stop ni, semua pakat turun dan masing2 membizikan diri dengan kamera dan handphone. Lepas ambik gambar kat depan tu dengan dorang, aku berjalan ke arah kawasan bunga kuning. Dari jauh aku ingatkan bunga canola. Tapi rupa2nya bukan. Dari situ aku berjalan ke another kawasan yang ada bunga2 lain. Kadang2 aku sensorang, kadang bergabung dengan dorang. Kamera aku buat perangai, makanya tak banyaklah gambar yang aku snap. 


Bunga tak tahu nama. 








Jagung2 yang disusun cantik.







Dari tempat pertama kitorang diturunkan tadi, kami berjalan patah balik ke arah entrance. Konon nak naik shuttle, tapi kitorang dah tersilap laluan shuttle. Berjalan sampai kat kawasan yang agak meriah dengan pekerja yang buat demonstrasi hasilkan benang sutera dari kepompong ulat sutera. Masa pekerja ladang bergegas nak balik bila habis kerja, kitorang turut sama naik shuttle. Konon nak terus balik, tapi sampai kat simpang yang ada barisan pokok besar, kami bertukar fikiran.

Lama kitorang bergambar kat sini, kebetulan orang masih ramai. Bila kelibat pengunjung dah makin berkurangan, barulah kitorang berjalan keluar. Boleh dikatakan kami antara yang terakhir berjalan balik kot. 


Sunset, pokok besar dan bunga2.

Kami antara yang lambat, masing2 dah sampai dulu. Macam diplan pulak bila kami2 yang naik van pak ngah ni yang lambat. Tapi sebab pak ngah okay, takde nak bising2 marah ke apa, so rasa bersalah tu takde sangat, haha.


Masa dalam van, aku perasan bas ni lalu. Terus snap, harap2 boleh jadi panduan untuk korang yang nak datang sini naik bus. 

Dari Jim Thompson Farm perjalanan diteruskan ke Khao Yai dan kami akan bermalam kat sana. Asalnya kami akan kembali bercamping dan Zilla memang dah book upfront. Sekali bila kitorang sampai, tengok tent cuma boleh muatkan 2 orang je. Padahal dia kata boleh muatkan 3 orang. Comel dan kurus je tent tu. Lepas discuss, kami cancel overnight dalam tent. 

Perjalanan mencari penginapan seterusnya agak mencabar sebab hari dah gelap. Lepas berhenti beberapa kali, pak ngah bawak kitorang ke tempat yang lebih jauh dengan harapan yang lebih besar. Rezeki berpihak pada kami bila ada sebuah bilik kosong. Bila 17 orang berkumpul, bilik yang luas dah nampak sempit. Pak ngah janji nak cuba cari bilik lain. Bila bilik air satu, booking giliran nak mandi memang penting.

Bila pak ngah datang kemudiannya bagi tau ada bilik kosong, aku antara yang pilih untuk keluar. Bukan aku tak boleh nak duduk ramai2, tapi aku tak sanggup nak tunggu turn nak mandi. Aku dah lah mandi lama, kalau aku mandi awal kang orang lain rengsa pulak menunggu aku siap. Sudahnya kami berenam ke hotel yang pak ngah bawak. 

Kami ambik 2 bilik dan masa pak ngah ajak pegi 7E, aku refuse sebab nak mandi. Badan dah rasa melekit yang amat. Aku kirim je dekat Aten dan Dyl. Elok aku settle mandi, dorang dah balik. Sebab bilik air tu banjir, aku turun bawah mintak staff hotel betulkan. Sambil tunggu bilik air settle, sempatlah kami menjamu selera dulu.


Bilik kami yang berharga THB 600/night, luas dan dilengkapi dengan mini fridge dan tv.


Chicken spaghetti yang dorang belikan dari 7Eleven. Kalau tak kerana dorang beli, aku tak tahu pun ada spaghetti halal kat 7E. Lepas ni memang tak susah lah nak cari makanan kalau ke Siam.

Alhamdulillah, bilik air yang banjir dah okay lepas mamat tu datang betulkan. Since mamat tu tak reti cakap omputih, aku dah google siap2 gambar pam. Bila aku tunjuk je gambar tu, laju dia angguk dan pegi cari dalam stor. Lena kami tidur malam tu, lebih2 lagi dengan perut kenyang.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...