Saturday, February 13, 2016

thai 2015 | jim thompson farm

Entry ini adalah sambungan dari thai 2015 | teratai layu di tasik madu.


Perjalanan yang boleh tahan panjangnya untuk hari ni. Dah penat tido bangun sepanjang perjalanan. Even lutut aku dah rasa sengal2 sebab duduk lama sangat. Hari dah petang masa kitorang sampai kat destinasi. Lepas pak ngah parking van, kitorang terus turun dan berjalan menyeberangi jalan. Bila Zilla ke kaunter uruskan tiket masuk, sempat kitorang ambik gambar dulu.


Entrance fee untuk masuk ke Jim Thompson Farm bagi December 2015.

Dah dapat tiket, kitorang terus masuk ke dalam kawasan farm. Dari jauh dah nampak bunga2 berkembangan. Hati turut sama berbunga2. Kebetulan ada shuttle baru sampai, so kitorang semua naik shuttle tu. 


Melepasi pintu masuk, mata terus terpandang yang ini. In fact, dari luar masa dalam van tadi pun dah nampak warna2 ceria ni.


Shuttle berhenti kat kawasan lapang depan timbunan pumpkins.

Kat first stop ni, semua pakat turun dan masing2 membizikan diri dengan kamera dan handphone. Lepas ambik gambar kat depan tu dengan dorang, aku berjalan ke arah kawasan bunga kuning. Dari jauh aku ingatkan bunga canola. Tapi rupa2nya bukan. Dari situ aku berjalan ke another kawasan yang ada bunga2 lain. Kadang2 aku sensorang, kadang bergabung dengan dorang. Kamera aku buat perangai, makanya tak banyaklah gambar yang aku snap. 


Bunga tak tahu nama. 








Jagung2 yang disusun cantik.







Dari tempat pertama kitorang diturunkan tadi, kami berjalan patah balik ke arah entrance. Konon nak naik shuttle, tapi kitorang dah tersilap laluan shuttle. Berjalan sampai kat kawasan yang agak meriah dengan pekerja yang buat demonstrasi hasilkan benang sutera dari kepompong ulat sutera. Masa pekerja ladang bergegas nak balik bila habis kerja, kitorang turut sama naik shuttle. Konon nak terus balik, tapi sampai kat simpang yang ada barisan pokok besar, kami bertukar fikiran.

Lama kitorang bergambar kat sini, kebetulan orang masih ramai. Bila kelibat pengunjung dah makin berkurangan, barulah kitorang berjalan keluar. Boleh dikatakan kami antara yang terakhir berjalan balik kot. 


Sunset, pokok besar dan bunga2.

Kami antara yang lambat, masing2 dah sampai dulu. Macam diplan pulak bila kami2 yang naik van pak ngah ni yang lambat. Tapi sebab pak ngah okay, takde nak bising2 marah ke apa, so rasa bersalah tu takde sangat, haha.


Masa dalam van, aku perasan bas ni lalu. Terus snap, harap2 boleh jadi panduan untuk korang yang nak datang sini naik bus. 

Dari Jim Thompson Farm perjalanan diteruskan ke Khao Yai dan kami akan bermalam kat sana. Asalnya kami akan kembali bercamping dan Zilla memang dah book upfront. Sekali bila kitorang sampai, tengok tent cuma boleh muatkan 2 orang je. Padahal dia kata boleh muatkan 3 orang. Comel dan kurus je tent tu. Lepas discuss, kami cancel overnight dalam tent. 

Perjalanan mencari penginapan seterusnya agak mencabar sebab hari dah gelap. Lepas berhenti beberapa kali, pak ngah bawak kitorang ke tempat yang lebih jauh dengan harapan yang lebih besar. Rezeki berpihak pada kami bila ada sebuah bilik kosong. Bila 17 orang berkumpul, bilik yang luas dah nampak sempit. Pak ngah janji nak cuba cari bilik lain. Bila bilik air satu, booking giliran nak mandi memang penting.

Bila pak ngah datang kemudiannya bagi tau ada bilik kosong, aku antara yang pilih untuk keluar. Bukan aku tak boleh nak duduk ramai2, tapi aku tak sanggup nak tunggu turn nak mandi. Aku dah lah mandi lama, kalau aku mandi awal kang orang lain rengsa pulak menunggu aku siap. Sudahnya kami berenam ke hotel yang pak ngah bawak. 

Kami ambik 2 bilik dan masa pak ngah ajak pegi 7E, aku refuse sebab nak mandi. Badan dah rasa melekit yang amat. Aku kirim je dekat Aten dan Dyl. Elok aku settle mandi, dorang dah balik. Sebab bilik air tu banjir, aku turun bawah mintak staff hotel betulkan. Sambil tunggu bilik air settle, sempatlah kami menjamu selera dulu.


Bilik kami yang berharga THB 600/night, luas dan dilengkapi dengan mini fridge dan tv.


Chicken spaghetti yang dorang belikan dari 7Eleven. Kalau tak kerana dorang beli, aku tak tahu pun ada spaghetti halal kat 7E. Lepas ni memang tak susah lah nak cari makanan kalau ke Siam.

Alhamdulillah, bilik air yang banjir dah okay lepas mamat tu datang betulkan. Since mamat tu tak reti cakap omputih, aku dah google siap2 gambar pam. Bila aku tunjuk je gambar tu, laju dia angguk dan pegi cari dalam stor. Lena kami tidur malam tu, lebih2 lagi dengan perut kenyang.


2 comments:

  1. brand apa spagetti tu...senanglah lepas ni kalau lapar cari di 7E Thai

    ReplyDelete
    Replies
    1. lupalah lah pulak brand apa, tapi yang pasti ada logo halal...
      =)

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...