Thursday, February 11, 2016

thai 2015 | teratai layu di tasik madu

Entry ini adalah kesinambungan dari thai 2015 | meninggalkan phu tub berk.


Aku terjaga around 5.00 am, itu pun sebab terdengar ada orang dalam bilik air. Lepas mandi dan solat, masing2 terus packing dan ready to go. Tapi bila Dyl dan Aten patah balik bila pak long kata nanti balik ke guesthouse, terus aku stopkan kerja2 packing. Aku biarkan backpack unpack, lagipun ada lagi pakaian kat ampaian dan ambik sling bag je.

Kitorang gerak lewat sikit sebab ada yang terbabas. Sempatlah yang lain2 minum dulu. Owner provide nescafe, aku tak minum sebab tak sanggup nak berulang ke tandas. Dari guesthouse ke jeti tak jauh mana pun, kalau berjalan kaki pun boleh sampai. Pak ngah parking belah kanan jeti, hujung kat belah laluan jeti baru. 


Cuaca mendung, harap2 tak hujan. Boat berderet menanti penumpang kat tebing.

Bila semua dah sampai, kitorang berkumpul kat jeti asal. Kat situ ada kaunter untuk boat. Since Zilla dah uruskan dengan owner guesthouse, kitorang follow je. Kitorang dibahagikan kepada 2 boat dan each boat cost THB 500. Dan setiap boat boleh muatkan 10 orang. Dah pakai life jacket segala, boat pun bergerak meninggalkan jeti. 


Boat dorang. Masa ni kat first stop.

Masa berhenti kat first stop ni lotus tak memberangsangkan, aku langsung tak dapat nak ambik gambar lotus sebab kat tempat aku takde lotus. Kosong. Tapi sebab baru first stop, lepas ni confirm ada lagi kononnya aku tak ralat sangat. Sebab tak banyak lotus, jadinya kitorang cepat2 mintak gerak.


Second stop. Dari jauh nampak macam meriah je warna pink.


Dapatlah close-up sekuntum dua...


Teratai layu di tasik madu.

Lamalah jugak kitorang kat sini, walaupun teratainya tak meriah mana. Pun begitu, aku tetap yakin yang akan ada lautan lotus seluas mata memandang. Kan dorang datang tahun lepas memang banyak lotusnya.


Dan perjalanan seterusnya kami dihidangkan dengan view ini sahaja. 

Nampaklah jugak sekuntum dua lotus yang kembang, tapi tu je lah. Masa pak cik boat nak singgah ke temple kat tengah2 paya tu, kitorang refuse. Boring kot tengok air je, masing2 muka dah kebosanan. Memang tak puas hati bila hasrat tak tertunai. Zilla lagilah confuse, sebab masa datang last year penuh dengan lotus. Tapi sekarang ni kosong. Habis macam tu je.


Nak ubatkan lara di hati, pakcik boat singgah kat area jeti on the way balik.


Pokok apa ntah yang ni, banyak jugak yang tumbuh dalam paya ni.


Dapatlah close-up lepas bertukar2 tempat dalam boat.





Turun kat jeti, aku terus naik ke atas. Tak kuasa nak tengok gambar yang dorang snap dan jual kat situ. Kecewa kot. Pun tak singgah kat gerai kat tepi2 jalan sebab pak long dah bising2 suruh balik cepat. Sampai guesthouse, pak long bagi masa sejam untuk bersiap sebelum bertolak balik.

Dalam masa sejam tu sempatlah dorang prepare untuk breakfast. Since dorang masak maggi, aku mintak telur mata dan sos untuk aku. Dah settle makan, duk ulang alik check baju kat ampaian. Cuaca mendung, lambatlah keringnya.


Guesthouse penginapan kitorang. Sekali tengok macam rumah teres pun ada.

Bila pak long dan pak ngah balik dari breakfast, kitorang terus loading barang2 masuk dalam van. Dah settle semua, kitorang bergerak meninggalkan Udon Thani. Lalu balik laluan masa kitorang datang semalam dan perjalanan yang panjang lagi untuk hari ini.


2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...