Entry ini adalah kesinambungan dari thai 2015 | route 12 dan phu tub berk.
Dah bangun pagi tu, aku boleh tarik selimut dan bermalas2 dalam khemah. Langsung takde nafsu nak kejar sunrise, dorang pun dah kecoh2 kat luar khemah. Tak rugi aku sambung mimpi, sunrise pagi tu tak kelihatan sebab awan tebal. Dah tengah hari sikit, baru aku keluar. Tolong dorang masak sikit2, then goreng keropok bagi habis.
Lepas breakfast aku ingat nak naik atas bukit sengsorang since masa panjang lagi sebab Zilla kata bertolak pukul 2.00 petang. Sekali masa aku nak naik tu, dorang ajak turun bawah. So, aku follow dorang ajelah ke bawah. Tak pegi mana pun, just jalan2 kat bawah tu kejap then patah balik.
Tents berderet yang comel tu tempat kitorang menginap. Sebelahnya ladang strawberry. Ingat nak menyinggah ke ladang ni, tapi bila tengok saiznya yang comel sangat, terus tak jadi.
Masa naik balik tu dorang terus ke campsite, aku dengan Izza detour ke kanan. Kat belah kanan tu pun ada campsite jugak, tapi yang sebenarnya nak pergi ambik gambar.
Ada pelantar kat tepi tu, siap table dan kerusi lagi. Hujung sana tak kelihatan, berkabus.
Dah ambik gambar kat pelantar tu, kitorang naik lagi ke bahagian atas. Ada sorang mamat ni tengah basuh pinggan, tetiba tegur kitorang. Bila kitorang kata tak faham, dari cakap Siam terus dia switch tukar English. Terkedu aku kejap. He speaks fluently with the accent kot. It's beautiful. Yelah, dah berapa hari asyik jumpa orang yang speaking asal boleh je, sekali hambik ko. Terus aku jadi peramah, macam2 kitorang sembang. By the way, nama mamat tu Luis.
Luis tunjukkan laluan turun ke bawah, ke arah bukit bukau yang menghijau tu. Luis kembali meneruskan kerja2 mencuci lepas bagi name card kat kitorang. Dia berada kat Phu Tub Berk ni dari October hingga January je, the rest dia ada kat Koh Samui.
Sebenarnya boleh turun ke bawah sana lagi, memang ada laluan. Tapi aku tak berapa nak yakin nak pergi lebih jauh.
Banjaran bukit bukau, atau mungkin juga gunung ganang yang sebahagiannya diseliputi kabus.
Elok je kitorang sampai kat tempat parking, pak long dah ready dengan ayat keramatnya. Sekali bukan pukul 2.00, tapi pukul 12.00 nak gerak dari sini. Lepas mandi dan packing, aku orang terakhir siap rupanya. Tapi masa kitorang check out tu, belum pun pukul 12.00 tengah hari. Balik dari sini, kitorang dibawa ikut jalan lain.
Guesthouse perhaps.
Van berhenti kat tepi selekoh untuk bagi chance bergambar. Tak sampai 10 minutes pun, pak long dah jerit panggil. Lepas tu berhenti lagi kat tepi jalan. Kat sini just a few je yang turun. Dalam van kitorang sorang pun tak turun. Tapi pak long kemain lagi spend masa kat sini. Aku rasa pak long akan stay lama kalau kat tempat dia suka.
Lepas berhenti secara berjemaah kat tempat orang jual buah potong dan tamarind, kitorang terpisah dengan van pak long tak lama lepas tu. Lepas call pak long, pak ngah steady je bawak van. Dalam tertanya2 tu, tetiba pak ngah tunjuk arah kiri. Elok kitorang kata nak singgah, pak ngah terus belok ke kiri dan parking depan kedai. Berlari masing2 keluar dari van.
Kitorang singgah kebun bunga matahari!
Walaupun kawasannya tak luas mana, tapi bunga2 kat sini besar2 dan pokoknya tinggi. Terubat rasa kecewa di hati. Tak jumpa yang best kat Lopburi, Allah temukan kitorang dengan kebun dalam perjalanan antara Petchabun dan Phitsanulok.
Lebah dan bunga, berpisah tiada.
Selain dari lebah, ulat pun banyak jugak. Sekejap je kat dalam kebun ni, lengan aku dah gatal2 dan bengkak2.
Boleh tahan lama kitorang kat sini. Bila pak ngah datang dengan van dan parking kat depan tu, kitorang terus angkat kaki dan naik van. Bagus betul pak ngah, instead of jerit2 panggil kitorang dia guna psikologi. Dan kitorang pun takde nak bengang. Tak jauh dari situ, pak ngah berhenti lagi. Kali ni dia borong tamarind. Kitorang semua tunggu dalam van, takde siapa yang nak keluar dah.
Dalam perjalanan di antara Petchabun dan Phitsanulok. Sepanjang jalan di kiri dan kanan ada signboard amaran gajah melintas.
Jalan raya cantik walaupun bengkang bengkok dan turun naik bukit. Jauh lebih cantik dari highway kat Malaysia yang berlubang2 dan tak rata. Elok je lepas sekatan polis, jalan menurun dan pak ngah laju je. Sekali kitorang terperasan dorang duk melambai2 kat sebelah kanan. Bagitau pak ngah dan dia pull over dan u-turn kat depan. Dorang duk bersantai tunggu kitorang kat Police Service Post antara Phitsanulok dan Petchabun. Ada surau kat bahagian belakang, complete dengan telekung dan sejadah.
Dah selesai urusan, kitorang kembali berkonvoi menyambung perjalanan. Kali ni kitorang menuju ke Udon Thani. Kitorang sampai dah gelap dan untuk pertama kali semenjak bermulanya trip kitorang tido kat bilik yang proper. Letak je bag segala, aku terus keluarkan pakaian kotor. Kitorang basuh baju berjemaah dan sementara tunggu cucian siap, kitorang masak dan makan. Suka betul aku dengan kayu api yang tuan rumah sediakan, senang nak nyala dan kejap je kitorang siapkan dinner malam tu.
Lepas settle dinner, elok je cucian siap. Kitorang tumpang sidai kat belakang rumah owner. Dah settle baru aku masuk bilik dan mandi. Since kat sini ada free wifi, masing2 attached to the gadget. Tanpa sengaja terlambat jugak aku tido malam tu.
best kann gi siam, jalan pon chantekk., ;p
ReplyDeleteagreed!
Deletejalan kat sana memang cun, kalah malaya
=)
Hai kak anne... Hehe
ReplyDeletehi along... jumpa pulak kat sini, hihi
Delete=)
dari krabi ke tempat ni jauh tak?
ReplyDeletejauh. untuk details sila check google maps
Delete