Entry ini sambungan dari thai 2015 | hutan pines di thung salaeng luang.
Keluar dari Thung Salaeng Luang National Park, perjalanan diteruskan ke Route 12. Sepanjang jalan tu, view memang mengancam jiwa. Sempatlah aku tanam pokok berangan dek kerana view yang cun. Kami akhirnya sampai ke Route 12, lokasinya di tengah2 highway yang aku tak sure namanya. Kiranya Route 12 ni macam R&R lah kalau kat Malaysia.
Dari lokasi kitorang, Route 12 berada kat seberang jalan. So, kena buat u-turn kat depan baru boleh berhenti kat Route 12. Ruangan untuk parking tak besar mana pun, sentiasa je penuh. Lepas pak ngah parking van, kitorang semua turun.
Dari jauh dah boleh nampak si Hulk ni menunggu. Tapi air mukanya langsung tak welcoming.
Aku berjalan ke bahagian belakang. Ada satu open area dan seekor kuda yang tengah berbaring. Aku tak sure kuda tu sakit atau just baring. Sebelah tu ada few lelaki dan aku pass by dorang. Kat belakang tu selain stalls, ada tempat untuk bergambar. View kat belakang overlooking barisan bukit bukau. Jenuh nak tunggu orang takde, last2 aku give up dan patah balik ke bahagian depan.
Banyak arca macam ni kat kawasan Route 12 ni.
Gas pump ni tak berfungsi pun.
Coffee Shop Route 12 yang menjadi sebutan. Dorang kata kopinya sedap, tapi aku tak try pulak since aku dah makan aiskrim sebelum tu.
Bas sekolah yang dah didecorate dengan bermacam benda. Nak menunggu bas ni takde orang memang bercinta, dan aku tak naik pun.
Route 12 adalah seolah2 lokasi dalam kebanyakan movie di US. Ada coffee shop, motel dan gas station. Memang sekali tengok macam berada kat US pun padahal tak pernah jejak US pun lagi. Hampir semua kedai dan arca yang dipamerkan berasaskan America.
Lama kitorang kat sini sebab pak long bawak Aten dan Dyl balik ke national park. Handphone dorang terjatuh kat entrance dan pekerja taman negara perasan dan dorang call pak long. Bila pak long dah sampai, kitorang terus gerak ke destinasi seterusnya.
Macam biasa aktiviti kitorang bila dalam perjalanan. Naik je van, kitorang akan bukak plastik makanan, sembang pastu sorang sorang akan pengsan. Aku terjaga masa pak ngah berhenti belakang van pak long, kat entrance taman negara yang aku tak ingat. Lepas bayar entrance fee, perjalanan diteruskan. Ingatkan aku akan jaga sepanjang jalan, tapi takdenya. Dari entrance tu jauh lagi rupanya dan aku tertido lagi. Aku terjaga lagi bila dah nak sampai. Kata Eja, masa kitorang tido tadi jalan memang scary.
Kami berhenti kat one of the view point di Phu Tub Berk. Sekeliling adalah view yang awesome.
Kebun sayur, guesthouse dan jalan berliku.
View inilah yang kitorang nikmati. Ladang sayur dan guesthouse / hotel yang comel dan berwarna warni. Yang biru dan putih tu sebenarnya banjaran bukit bukau yang cantik tapi bila ambik gambar tak kelihatan pulak. Mungkin sebab kabus yang tebal.
Bunga2 yang cantik dan berwarna warni macam gini memang banyak ditanam.
Hijau dan biru.
Pak ngah mintak izin restoran kat tepi tu nak bawak kitorang naik atas. Sakan masing2 bergambar. Tengah syok berposing, pak long jerit panggil semua orang. Since pak ngah buat derk je, kitorang pun saja buat lambat2. Kami kemudiannya diberhentikan kat sebelah simpang yang kitorang masuk tadinya.
View dari kawasan rehat kat tepi simpang.
Jalan raya yang berliku dengan background bukit bukau kat belakang.
The other side. Yang anak panah merah tu campsite tempat kitorang menginap malam tu.
Baby carrot.
Masa kat sini, Zilla dengan pak ngah pergi riki tempat nak bermalam. So, yang lain2 buat hal masing2. Habis gerai yang kat tepi tu aku jenguk, beli memang tak lah. Sementara nak tunggu Zilla balik, sempatlah layan sunset dalam cuaca sejuk dingin.
Sunset.
Kombinasi warna yang cukup menarik. Seiring dengan matahari yang hampir terbenam, cahaya lampu makin jelas kelihatan.
Penginapan mewah kami malam tu, berbintang2. Lampu yang menyala kat bawah tu pun nampak macam bintang.
Dah sumbat barang keperluan dalam khemah, tugas seterusnya adalah masak2 untuk dinner. Aku dan geng sekhemah masuk tido awal. Dorang duk bising2 lagi kat luar, kitorang senyap je kat dalam. Malam tu tido lena terganggu, orang sebelah yang check in tengah malam berpesta pulak. Few times jugak aku terjaga.
wahh tdo hotel banyak bintang tuuhh., ;p
ReplyDeletesesekali teringin jugak nak merasa hotel berbintang2, hihi
Delete=)
tumpang tanya. senang tak untuk sewa khemah kat atas sana, and untuk makanan ada kedai makan dan public toilet?
ReplyDeletecampsite berlambak masa kitorang datang tu, banyak je. tinggal nak pilih yang mahal atau murah, tu je. biasa kat campsite dorang dah provide toilet dengan shower, takde problem. makan pulak dorang memang ada masak, boleh je nak order kalau tak was was pasal halal. kedai makan yang bertanda halal memang tak jumpa.
Deletemaaf nak tanya....saya cadang nak ke sana 11 dec ni..bwk 3 orang anak kecik...ikutkan nak duk khemah takde masalah...cumanya yang bab toilet tu...berhampiran ke...
ReplyDeletemohon sangat jika tak keberatan share dengan saya ye...mawarsoya@gmail.com
toilet memang dalam compound campsite tu jugak. macam yang kitorang camping ni, ada 2, satu kat atas dan satu lagi kat bawah. kalau nak toilet yang dekat, pilih tent yang paling dekatlah.
Deletelain campsite lain kedudukan toiletnya. nak senang, sebelum pilih khemah, check dulu lokasi tandas.
have fun
=)
Salam. Nak tanya, drive ke Phu Tub Berk ni okey tak? Sy nak ke sana bulan depan dan nak drive, rasanya sewa Almera/Vios kot. Ok ke?
ReplyDeleteKhemah tu, hrga kira mcm mana ya?
Wsalam. Jalan cantik, takde masalah. Cumanya on the way ke sana tu laluan sunyi dan berbukit, plus bengkang bengkok sikit. Kalau confident drive dengan keadaan jalan macam tu takde hal.
DeleteSewa khemah bergantung pada tempat dan owner. Yang kitorang menginap ni kalau tak silap THB 350 per tent/night, boleh muat 3 orang. Selimut provided
salam... boleh saya tahu selain kenderaan sendiri ada kenderaan sewa tak dekat sana nak naik ke phu tup boek? kalau naik fly turun dekat airport mana ye?
ReplyDeletewsalam... hari tu kami sewa transport dari bangkok dari day 1, road trip sampailah kembali ke bangkok. urusan sewa kenderaan dari rental company kat bangkok.
Deletekami dari kl ambik flight turun kat bangkok, kalau domestic flight tak pernah checklah pulak.
Boleh bagi nama owner yang menyewakan camp? Contact melalui email boleh ke? Nak pergi November 29. Thank you
ReplyDeletekami redah aka walk in je masa kat sana. so, memang takde booking pape dan contact info segala memang takde.
DeleteSalam..kalau nk redah backpakers ok x?ade mslh x?dari segi nk dpt transport dri airport bangkok ke phu tub berk?redah sorang2 selamat x?
ReplyDeleteso far kalau ke thailand, ok je redah sengsorang. cuma dari segi transport saya tak sure, maybe kena tukar2 transport banyak kali. you better study google map untuk lebih details
DeleteSaya nk pergi bulan 12 ni dgn family.Nak tanya,tent Kat campsite ni kena booking awal atau walk in saja?
ReplyDeleteKalau kena booking?mcm mn nk booking?Tq
kami walk in sahaja. ada banyak choices.
Delete