Entry ini kesinambungan dari entry thai 2015 | drama di hari pertama.
Punyalah seksa dalam cubaan nak lelapkan mata dalam surau tu. Walaupun mata bertutup, separuh badan cover dengan pashmina, aku dengar segala bunyi. Lebih2 lagi bunyi pintu. Masa Zilla and the gang sampai dinihari tu, aku sedar. Tapi saja buat2 tido, hihihi. Tapi lakonan tu tak bertahan lama, ada je yang berjaya menghidu.
Around 3 something, masa aku try nak lelapkan mata untuk kali ke berapa ntah, Zilla tetiba bagitau budget tak cukup. Then kitorang work out dengan another back up plan. Gigih kitorang menggugel di awal pagi. Lepas aku balik dari tandas, aku tak nampak Zilla dah. Then aku try tidur and this time I managed to sleep even though keep awake in between. And before Subuh aku dah bangun.
Lepas solat Subuh, aku packing barang dan by 6.30am kitorang dah turun bawah. Van janji nak datang pukul 7.00 pagi, tapi around 7.30 baru dorang muncul. Lama jugak kitorang berding dong sementara tunggu group satu lagi sampai. Kitorang separate into 2 van and off we are heading to Lopburi.
Bangunan apa ntah kat depan airport ni. Bersinar2 warna emas tu bila kena cahaya matahari pagi.
Dalam perjalanan, awal2 tu mata masih segar lagi. Tapi lama2 tertutup jugak. Destinasi kitorang kat Lopburi dah tentunya ladang bunga matahari. Bila dah turun dari van, ushar keliling, aku frust. Langsung aku tak ambik gambar. Takde mood bila tengok suasana yang sendu. Tak lama kat situ, kitorang dibawak ke ladang yang lain. Lebih besar dari yang tadi.
Aku cuma ambik gambar dari luar je, malas nak masuk sebab kena bayar.
Kasi close up sikit. Bunga2 ni kecik, pokok pun tak besar macam tahun sudah. Dan itu penyebab utama aku tak masuk, bukan sebab kena bayar.
Aku rasa tahun ni ladang bunga matahari tak menjadi sangat, sendu di mana2. Mungkin jugak cuaca yang agak panas tahun ni. Dengar kata Thailand dilanda kemarau yang agak teruk. Kalau benar, itu mungkin penyebab keadaan sendu ni.
Dari Lopburi kami seterusnya dibawa ke Pasak Jolasid Dam. Lokasi ni aku yang request, konon2 nak ambik gambar rail ketapi kat atas air. Masa yang driver bagi sejam. Melilau aku carik landasan ketapi, tapi tak nampak. Pastu nampak tractor train kepala tractor besar pastu seat panjang2 kat belakang macam gerabak ketapi kat depan tu. Kat kaunter kitorang cuma tahu harga dan duration, ke mana tractor tu pusing kitorang tak tau. Biasalah bila bahasa ayam itik yang digunakan. So, aku dengan Izza decide nak naik dengan harapan akan dibawak ke landasan ketapi.
Kitorang dibawak pusing ke sebelah kanan empangan.
Bangunan Pasak Jolasid Hydropower kat seberang empangan.
Nampak sungai ni selain berselisih dengan another tractor.
Masa kat area situ, kitorang dah bergossip bila nampak wat kat seberang sana. Kata Izza, jangan2 tractor ni tak pusing dam pun, tapi bawak pi wat pastu patah balik. Aku tak berani nak komen lebih2 walaupun dalam hati terasa benda yang sama. Sebabnya aku masih berharap nak ambik gambar kat spot yang aku duk aim dari rumah lagi.
Tapi kan... memang tractor tour tu bawak kitorang ke wat yang tak tau nama tu. Berhenti kat situ for about 5 to 10 minutes, then patah balik ikut laluan masa datang tadi. Hancur dan kecewa rasa hati. Aku tak turun pun, kononnya protes lah tu. Tapi takde sape heran, haha.
Inilah yang aku bayangkan nak tengok tu, tapi tak tercapai... sob sob... Pic ni aku ambik dari twitter Richard Barrow.
Lepas sejam yang dijanjikan, kitorang dibawa ke Petchabun. Aku banyak tido dalam perjalanan. Nampak few ladang bunga matahari, pun nampak macam sendu jugak. Kalau terjaga pun kejap je, pastu aku sambung tido balik.
Masa terjaga tu aku perasan bukit bukau comel kat hujung sana. Nama kawasan ni memang tak tahu.
Selain nampak bukit bukau comel as background, kitorang jumpa ladang bunga kuning. Dan aku yakin yang kitorang nampak tu ladang canola. Bila aku mintak Pak Ngah pak ngah gelaran untuk driver van kitorang dan driver van satu lagi kitorang panggil pak long berhenti kat ladang tu, dia kata tomorrow.
Kitorang menghampiri destinasi bila laluan dah start mendaki dan jalan berpusing2. Dari cuaca panas bertukar menjadi lebih dingin. Ada one part tu, kitorang semua kecut perut bila van tetiba mati masa tengah mendaki dan tayar berbau hangit. Mana taknya, naik bukit pak ngah guna gear 5! Rasa nak tercampak keluar jantung masing2.
Dah nampak bayang2 sunset. Gigih nak snap gambar dari dalam van.
Campsite dan lodge yang comel dan berwarna warni macam ni memang banyak sepanjang jalan tu. Kiri dan kanan.
Sunset di balik bukit. Masing2 berkejar turun bila van berhenti.
Tempat van berhenti tu kawasan street market, jual macam2. Since ni kawasan tumpuan, orang dan kenderaan memang banyak.
Semakin gelap.
Kat sebelah tu dah kelihatan lampu2.
Bila keadaan makin sejuk, suasana dah bertukar gelap baru kitorang dibawak ke tempat penginapan. Malam ni kitorang akan berkhemah dan rupa2nya campsite tak jauh pun dari tempat kitorang berhenti ni. Jalan kaki pun sampai. Nama tempat kitorang bermalam ni Khao Kho.
Suasana makin sejuk, angin pun kuat giler. Lepas dah dapat khemah, kitorang terus prepare untuk masak dinner. Masak malam ni memang satu cabaran besar. Angin yang kuat bukan sahaja tak membantu, tapi merosakkan keadaan adalah. Jenuh bersilat, bermuay thai bagai, barulah siap. Itupun ala kadar, tak mampu nak melawan angin yang kuat dan sejuk yang makin menggigit.
Aku masuk tidur lepas mandi. Gigih jugak melawan kesejukan bila mengenangkan dah lebih 24 jam tak mandi. Air panas cuma keluar tak sampai seminit, pastu yang keluar air sedingin ais. Tidur memang lena habis. Walaupun sejuk, tapi blanket yang owner provide memang terbaik!
No comments:
Post a Comment