Showing posts with label Solo. Show all posts
Showing posts with label Solo. Show all posts

Tuesday, June 20, 2017

trip santai | ponorogo - solo - kl

Entry ini sambungan dari trip santai | dari pacitan ke ponorogo.


Pagi di Ponorogo, hari terakhir untuk trip santai kami. Lepas Subuh, kami semua dah ready nak tinggalkan Ponorogo. Tapi malangnya, we have to wait for Nico quiet some time jugak dekat parking tu. Dia overslept dan dalam bercanda salahkan kitorang sebab suruh dia tidur kat tilam empuk. Terus tak nak bangun katanya. Perjalanan kami pagi ni best, sebab jalan belum sibuk. Pemandangan pun boleh tahan menarik hati. Tak nak kisah semalam berulang, aku tetap on gps kat phone walaupun Nico dah set gps jugak.

Masa kitorang sampai di Solo, hari masih awal. Pekerja bandaran tengah sibuk bersihkan jalan raya. Since masing2 kelaparan, kami mintak Nico singgah untuk breakfast. Dalam melilau tu ternampak kedai jual sate kambing. Nico buat u-turn dan berhenti di bahu jalan. 

Kedai makan ni simple giler. Dorang masak2 depan kedai, bahagian dalam penuh dengan meja dan kerusi kantin sekolah, dan kat hujung penjuru ada kaunter minuman. Yang ada cuma teh sahaja, air lain takde. Tempat duduk memang penuh. Kami menyelit kat meja kakak ni, dia duk sorang je dan sementara tunggu pesanan dia sampai, sempatlah kitorang bersembang kejap. Dia suggest apa yang best dan aku place order kat depan.


Sate kambing, ini je yang aku ambik gambar rupa2nya. Ada lagi another masakan yang aku lupa namanya. Kami semuanya pesan nasi goreng dan Nico nasi putih. Nasi goreng simple dan dorang letak banyak daging kambing dalam tu. Basically, kedai makan ni cuma jual kambing - sate dan masakan lain - nasi putih, nasi goreng yang cuma sejenis dan teh. Senang tak perlu nak buat menu banyak2.

Lepas makan baru kami ke Pasar Klewer yang masih lagi beroperasi di alun2, tempat yang sama sewaktu kunjungan aku tahun lepas. Mungkin masih awal, banyak kedai yang belum buka. Kami memang target nak beli telekung je. Kedai yang aku singgah tahun lepas tak bukak lagi, nak tunggu entah pukul berapa. So, kitorang merayau cari kat tempat lain. Ternyata design dan kualiti kain berbeza dari tahun lepas. Harga masih lagi dalam lingkungan yang sama. Dah settle kami terus ke airport.


Sugeng Rawuh Air Asia! 

Dah selesai solat dan packing, baru kitorang masuk untuk check in. Urusan lancar walaupun gusar jugak sebab kitorang bawak terlebih berat, hihi. Kami lepak minum kopi dan makan kuih sementara tunggu untuk boarding. Sempat aku tumpang charge handphone kat kafe tu. Masa aku nak check boarding gate kat skrin, baru perasan flight kitorang delay. Kat luar baru nak start hujan dan tak sampai 5 minit lepas hujan turun, keadaan sekeliling berkabus putih, langsung tak nampak apa2. Patutlah masa kitorang datang hari tu our flight tak dapat clearance to land. Visibility very bad. 

Bila weather dah kembali normal, flight yang patut bawak kitorang balik dah landed, we're ready to board. Flight balik was smooth, cuaca okay walaupun tak berapa nak clear dan kitorang dapat smooth landing. Sementara tunggu orang datang pick up sampai, kitorang solat dulu and then off we go. Trip pendek kitorang dah berakhir, walaupun ada problem sesikit, we're happy. Bila orang happy, of course lah aku pun turut happy.

End of trip.


Saturday, May 13, 2017

trip santai | dari solo ke jogja

Pertengahan Januari lepas, aku ke Solo dan Jogja lagi. Trip kali ni lebih kepada menunaikan janji dengan colleague aku. Dah lama dia mintak aku arrangekan trip, tapi ada je halangan. Kebetulan masa AirAsia bukak balik route ke Solo, aku sempat grab tiket promo. My colleague bertiga dengan his wife and daughter plus me. 

Our flight scheduled at 1250 and about 1030, I took Uber to KLIA2. Aku meet up dengan dorang kat Food Court, sempat brunch before boarding. Flight dari KL was smooth, sempat aku sembang dengan makcik sebelah seat aku. Tapi debaran di hati bermula bila dah memasuki ruang udara Indonesia. Cuaca tak bersahabat, hujan turun dengan lebatnya. Sewaktu menghampiri Bandara Adisumarmo, pilot buat announcement yang pesawat kena hold due to bad visibility. 

More less 20 minutes later pilot announced tower dah bagi clearance. Aku dah dengar bunyi fowler flap, landing gear dah retract and aircraft dah ready nak land. Aku rasa sikit lagi landing gear nak touchdown dah bila pilot overshoot. Pilot later announced bad visibility and have to wait. Almost half an hour jugak aircraft fly holding sehinggalah dapat clearance to land. This time memang betul2 landed, bukan cubaan lagi dah.  


Keluar je dari aerobridge, kitorang disambut dengan meriah. Later baru aku perasan bahawa flight hari ni adalah first flight back to Solo.

Dah settle immigration dan customs, keluar je nampak ada orang pegang nama aku. Kat luar masih hujan, Nico suruh kitorang tunggu depan arrival sementara dia pegi ambik kereta. Dari Solo kami terus dibawa ke Jogja, hujan yang masih turun menyebabkan perjalanan kami sedikit perlahan. Aku mintak Nico singgah di Masjid An Nurumi dalam perjalanan ke pusat kota.


Inilah bahagian dalam masjid ni, ruang solat wanita di belakang penghadang kayu tu aje. Dalam entry tahun lepas aku tak ambik gambar dalam masjid. Ini dari pintu masuk belah tempat wudhu'.


Masjid An Nurumi dari pintu depan. Pintu lagi satu bersambung terus dengan tempat wudhu' dan toilet, belah kanan dalam gambar ni. 

Lepas solat kami mintak Nico bawak kami makan. Dah lewat petang, perut pun dah berdondang sayang. Masa Nico berhenti depan restoran, aku risau jugak takut harganya mahal. Tapi belasah ajelah. Deko dalam restoran agak mewah dan layanan superb.


Sementara tunggu pesanan kitorang sampai, sempat aku belek cokelat pelbagai guna yang cantik tersusun atas rak tepi tangga. Kalau rasa susah sangat nak move on, boleh cuba cokelat cepat move on.


Restoran Handayani, makanan not bad, harga jauh tersasar dari jangkaan. Ingatkan mahal tapi reasonable.

Lepas makan kami minta terus dihantar ke hotel. Untuk malam ini, aku dah booking bilik kat Hotel Larashati. Lepas check in, aku bawak dorang keluar jalan2 kat Jalan Malioboro. Jalan kaki aje pun. Ada perubahan depan Malioboro Mall, dah clear dan ada bangku untuk duduk2. Aku terlupa nak ambik gambar.

Kami tak beli pape pun, just jalan2 tengok barang jualan kat kaki lima dan tengok street performance. Lupa, aku sempat beli polo t-shirt dekat Ramayana Deparment Store untuk pakai keje. Sebelum balik, aku singgah beli simkad. 

End of day 1.


Sunday, June 19, 2016

trip java | macet di solo, kelewatan di pacitan

Entry ini adalah sambungan dari trip java | dari kolumpo ke solo.


Bila perut dah kenyang, mata pun makin memberat. Awal2 tu perjalanan kitorang smooth je walaupun kereta agak banyak kat jalan raya. Bila dah selesakan diri, aku pun start belayar. Rasa macam dah lama je tidur tapi tak sampai2 lagi. Bila bukak mata, rupa2nya kitorang tersangkut dalam macet yang teruk. Penat dah bangun tido bangun, kereta tak bergerak pun. Kalau bergerak pun sikit je, pastu tersangkut balik. Rupa2nya ada sambutan 275 tahun Wonogiri dan banyak jalan ditutup.

Lebih 2 jam kitorang tersangkut, barulah dapat bergerak sikit2. Feri dan ramai lagi driver lain guna lane bertentangan, nak cepat agaknya. Tapi bukan cepat yang dapat, elok je lepas simpang kereta kitorang kena patah balik sebab kenderaan dari opposite lane dah mula datang. Bagusnya dorang takde nak hon ke apa, mana yang ada passenger tu dorang turun dan arrange laluan. Feri terpaksa patah balik dan dia masuk simpang yang kitorang terlepas tadi. Lepas tanya orang, dia drive ikut kawasan perumahan dan sehinggalah kitorang keluar dari macet tak berpenghujung tu.

On the way ke Pacitan, Feri macam tak nak singgah ke Pacitan. Dia dah bagi bunga2 yang nak proceed ke Jogja terus. Tapi aku berkeras jugak nak singgah, at least dapat satu pun jadilah dari langsung tak dapat. Dan dia mengalah dengan kehendak kitorang. 

Masa sampai kat simpang nak ke Pantai Banyu Tibo, ada drama. Lepas bayar entrance fee ada drama lagi. Local guide yang kutip payment tu suruh kitorang tunggu kejap sebab ada kereta on the way nak balik. Jalan sempit dan muat2 sebijik kereta, tak boleh berselisih katanya. Masa tu matahari dah nak jatuh, kitorang risau kalau2 dah tak nampak apa.


Sementara menunggu tu, kitorang turun dan ambik gambar kat tepi ni dulu. Karang kalau tak sempat nak tengok, tak lah ralat sangat.


Tadi kami datang dari belah kanan. Karang masa balik boleh ikut jalan lain.

Dah lama kitorang ambik gambar, tapi kereta yang dikatakan tu tak sampai2 jugak. Kata mamat tu, jarak ke pantai dalam 800 meter je. Aku nekad nak jalan kaki sebab nak kejar masa. Kalau tunggu entah bila nak gerak. Last2 dorang bertiga pun follow sama. Dah lebih separuh kitorang berjalan, langsung tak nampak kereta. Yang ada cuma motor penduduk kampung, macam2 aku duk speku dengan Dyl. Tak lama kemudian, kitorang nampak Feri datang dengan kereta. 

Rupa2nya ada miscommunication antara mamat yang jaga kat entrance dengan mamat kat pantai. Mamat yang kat entrance tu silap dengar. Agaknya kalau kitorang tak berjalan, harus lama lagi nak kena tunggu kat depan tu, haish! Dah sampai, terus aku turun dari kereta dan bergegas ke tepi pantai.


Dalam remang2 senja, cuma mampu capture gambar ini je. Pantai Banyu Tibo ni menarik sebab air terjun ni jatuh terus ke laut lepas. Kalau siang memang lagi menarik view kat pantai ni.


Kami cuma duk kat sebelah sini je, tak rajin nak ke sebelah sana dah gelap2 camni, Kalau awal lagi sure aku ke sana jugak. Entah2 aku turun ke air terjun kat bawah tu.


Ombak ganas betul petang tu. Tak berani aku nak rapat ke tebing walaupun tepi tebing dorang pasang pagar. Sekali ombak membadai, rasa macam bergegar tebing tu. Seriau weh!


Gambar terakhir sebelum betul2 gelap. Puas rasanya hati bila hajat tertunai, walaupun bukan semua. Alhamdulillah, syukur atas peluang yang diberikan olehNya.


Ni kawasan air bertakung sebelum jatuh menjadi air terjun. Punyalah kalut nak kejar air terjun, terlupa nak ambik gambar ni awal2 tu. Airnya jernih dan bersih. Masa ambik gambar ni, aku sembang dengan bapak yang duk situ. Katanya air ni berpunca dari mata air setengah kilometer dari sini. Even musim panas, air ni tetap mengalir dan mata air tu tak pernah kering.

Dah takde apa lagi nak buat since tirai malam dah turun, kitorang balik ke Jogja. Sepanjang perjalanan aku belasah tido. Terjaga kejap pastu tido balik. Bila Feri kejutkan bagitau dah sampai, aku mamai2 je bangun dan turun dari kereta. Dah ambik semua barang2 kitorang berjalan masuk ke gang lorong kecil menuju ke hotel. Tak jauh pun, dalam 100 meter camtu je.

Aku settlekan check in dan payment, lepas tu keluar dengan Izza da Dyl cari makanan kat lesehan. Cheq Sue tak nak ikut, dia nak terus rehat katanya. Masa aku balik lepas makan tu, tengok Cheq Sue dah tido. Berakhirlah hari pertama yang ada macam2 drama.


Wednesday, June 15, 2016

trip java | dari kolumpo ke solo

Trip ke tanah Jawa penghujung bulan May lalu adalah trip pertama yang aku open. Macam2 drama yang berlaku sehinggalah ke minggu terakhir nak fly. Budget awal yang dah ngam jadi bertambah bila ada yang tarik diri last minute. Ada booking yang aku kena cancel, kena carik hotel baru sebab plan berubah, macam2 hal nak kena cover. Aku tak kisah sangat pasal budget, tapi dah terlanjur berjanji dengan dorang nak minimize around 1k for the whole trip excluding air ticket. Walau apa pun, trip harus diteruskan walaupun aku sengsorang. 

Flight kitorang awal pagi, 6.30 pagi dari KLIA ke Solo. Around 4.30 am, aku dengan Cheq Sue ke KLIA. Lepas parking kereta kat tempat biasa, kitorang turun cari teksi ke KLIA2. Nak tunggu ERL memang confirm aku terlepas flight punya. Dyl dan Izza dah siap menunggu kat KLIA2 masa kitorang sampai KLIA. Super long queue nak drop baggage walaupun awal pagi. Cuti sekolah ni ramai bebenor yang nak bercuti. 

Flight kami pagi tu penuh, hujan kat luar sejak kitorang keluar dari rumah berterusan sehinggalah masa nak take off. Flight kitorang pagi tu delay about half an hour and the first one hour aku kecut perut. Trying hard to sleep due to turbulence. Dulu2 aku tak kisah sangat pun pasal turbulence, even aku pernah experience turbulence yang paling teruk masa flight balik dari Gold Coast. That time aku cool je, mamat Aussie sebelah aku pulak yang cuak. But now it's different!


Flight safely landed at Adi Soemarmo Airport on time. My second visit to Solo or Surakata, the first time to touchdown at the airport.

Urusan immigration smooth walaupun orang ramai. Takde soal jawab macam kat Medan itu hari, takde pun mintak tengok return flight itinerary. Tapi yang rengsa adalah menunggu luggage dan customs inspection lepas tu. Betul2 menguji kesabaran. Dah settle tu, tengok2 supir kitorang takde lagi. Makinlah rengsa dibuatnya.

Masa Izza duk cari tempat jual simkad, aku ke kaunter informasi. Kakak kat kaunter mintak number phone supir, dia nak tolong call. To make it short, rupa2nya supir kitorang tertidur dalam kereta. Terjaga bila boss dia call bagitau kitorang dah sampai, in fact dah lama menunggu. 


On the way ke parking dorang duk bergambar kat sini. Masa aku lalu sebelum tu, ingatkan bunga plastik. Tapi bila aku patah balik dan tengok betul2, rupa2nya bunga betul.

Dari airport kitorang ke Pasar Klewer, patut pegi hari terakhir tapi dah tersilap beli tiket flight, maka redah ajelah. Tapi shopping selepas touchdown adalah sesuatu yang paling tak best. Pasar Klewer yang aku pernah berkunjung suatu ketika dahulu terbakar penghujung tahun 2014, sekarang Pasar Klewer darurat beroperasi di alun2 utara Keraton Mangkunegaran. Dengan masa yang limited, memang belasah je lah cari apa yang duk aim. Yang lain2 tolak tepi dulu. 

Bila dah berterabur macam gini, susahlah nak cari kedai dulu tu. Dah rezeki kami terjumpa kedai lain, kemain aku memborong mukena kat kedai tu. Lepas tu baru terasa nak makan, lapar kot. Ingat nak beli kain batik, tapi duk teringat2 yang Feri supir kitorang kata kat Pasar Beringharjo lagi murah dan banyak choice. Aku dalam dilemma sebab sebelum ni aku dah pernah ke sana, dan aku prefer Pasar Klewer. Tapi bersangka baik, mungkin Pasar Beringharjo dah berubah wajah jadi lebih baik. Jadinya takde kain batik dari Pasar Klewer walau hati nak sangat, lagipun masa dah makin suntuk.

Kitorang janji dengan Feri paling lewat pukul 12.00 tengah hari dah settle shopping. Ngam2 masa kitorang sampai kat kereta dan Feri tengah minum kat stall depan parking tu. Aku tengah berkira2 nak order air, Feri dah cepat2 orderkan es dawet. Bila aku cakap aku tak nak, boleh pulak dia duk ulang kata 'coba dulu, kalo gak suka gak papa... coba aja dulu...'. Kebetulan ibu tu dah half way siapkan es dawet.


Es dawet macam ABC versi Indonesia. Aku ingatkan Feri nak bayar sebab dia beria suruh aku cuba, tapi hampeh je. Bengang je aku dengan dia ni. Aku bukanlah berkira pasal harga tu, tapi dia yang beria2 suruh cuba siap orderkan sebelum aku sempat bukak mulut. Haish! Bengang punya pasal, terus takde mood nak beli air.

Perjalanan diteruskan dan pemanduan agak lancar. Feri berhenti kat Restoran Ayam Goreng bila kitorang mintak singgah untuk lunch. Restoran nampak gempak, risau jugak kalau harganya mahal berganda. Sempatlah aku tumpang toilet dan solat kat musolla restoran.


Ayam kampung goreng siap dengan kaki tu. Ni aku punya, sedap dan menepati selera akulah. Sambal ada dua jenis, sambal cili pedas teramat dengan sambal belacan. Harga? memang berbaloi di poket kami.

Dah kenyang, perjalanan kami diteruskan. Awal2 tu smooth je, dalam hati dah berkira2 yang kitorang sempat sampai sebelum gelap. Akan tetapi langit yang terang benderang pun boleh turun hujan lebat, kan? Kitorang stranded dan masa ni perasaan aku dah berbelah bahagi.

Bersambung...


Thursday, March 31, 2016

open trip java

Since aku too occupied this week dan tak sempat nak proceed dengan cerita travel hari tu, aku nak bukak iklan untuk sesiapa yang berminat nak join trip kitorang hujung bulan 5 ni. Details as below:-


  • Date: Either 27th or 28th May 2016 sehingga 5th June 2016.
  • Flight out: Kuala Lumpur - Jogja/Solo. 
  • Flight In: Semarang - Kuala Lumpur.
  • Rough plan: Kuala Lumpur - Jogja - Solo shopping je - Jogja - Dieng - Semarang - Kuala Lumpur.

So far, kitorang dah berempat. So, kalau boleh dapat lagi 2 person just nice. Sesiapa yang berminat boleh personally email kat aku anne_rmz@yahoo.com.


Friday, February 15, 2013

day8 | perjalanan harus diteruskan

Aku rasa kejap bebenor aku singgah di Solo ni. Dalam sehari dua malam je yang aku rasa betul2 ada di Solo, selebihnya aku banyak bazir masa dalam perjalanan. Memanglah kalau diikutkan aku boleh je sewa transport and tadaa! In a few hours dah sampai ke destinasi. Tapi sebab aku saja nak relax and easy, try to moves around like locals did, so aku tak kisah sangat buang masa ni. Itu memang dah jadi hobi aku dah pun. Kadang2 dalam buang masa inilah aku terserempak dengan macam2 peristiwa yang tak sempat nak dirakamkan. Cukuplah aku rakam dan ingat dalam memori aku sudah.  

Pagi tu lepas dah breakfast, kemas2 bag aku keluar jalan2. Saja nak meninjau kawasan kampung sebelum meninggalkan Solo untuk ke destinasi seterusnya. Tapi sini tak nampak kampung sangat, tak macam kampung kat Malaysia. Tak reti aku nak explain camana bentuk kampungnya. 


Tempat aku tumpang berteduh selama 2 malam. Mama dan keluarga baik je, peramah.


Jalan yang jadi laluan macam ginilah bentuknya. Kiri kanan adalah rumah berderet panjang, macam rumah teres tapi tak berpagar. Bukak pintu terus ruangan rumah. Boleh korang imagine? Suka hatilah macam mana caranya korang nak bayangkan keadaannya. Again, aku tak reti nak explain more details. 


Bunga kembang pagi kat wall.


Yang ni pulak tak berapa nak kembang, malu2 gitu.


Korang gang apa? 


Rajin mak cik ni, tekun melukis batik. Sebenarnya aku tak masuk pun kat sini, sebabnya aku tengok diorang tengah sibuk punggah itu ini, keluar masuk. Agaknya nak deliver tempahan kot. 


Antara 2 generasi, lama dan baru. Sekali tengok ingatkan saja dorang gantung, rupa2nya inilah rupanya lampu jalan dorang. Kat dalam tu ada mentol.

About 10 minutes to nine baru aku balik ke homestay, ambik bag and say good bye to the family. Mama suruh aku singgah kalau datang lagi bila2. Bas patutnya pukul 10 pagi, tapi kat tiket tu dah tulis suruh datang an hour before depart, so I did. Rupa2nya buat penat je aku datang awal. Ada minah ni tunggu selang 3 pintu je dari kaunter bas tu, driver siap berenti lagi ambik dia, bukan susah pun nak menapak ke tempat aku tunggu tu. Mengada2 betul, panas je hati aku.

Kononnya minibus tu super executive class, full AC. Tapi hanya indah khabar dari rupa. Dari luar nampak macam Alphard hati aku dah kembang berbunga, seronok dapat naik Alphard tapi bila masuk ke dalam rupa2nya lepat! MPV yang seatnya dah diubahsuai 2 baris, setiap baris boleh duduk 3 orang. Dan bahagian belakang dorang load barang2 yang nak dihantar dari Solo up to Semarang. Aircond langsung tak rasa, berpeluh2 aku kat dalam tu. Dah lah tingkap tak boleh bukak. Tapi aku tengok orang lain selamba je, macam tak panas pun. Ke aku yang mengada2? 

On the way tu punyalah lama, singgah sini pick up orang, pastu singgah sana ambik barang, singgah lagi hantar barang, singgah lagi hantar orang. Masa aku beli tiket tu katanya paling lewat aku sampai pukul 1 akan sampai di Semarang, tapi itu semua hanyalah janji manis semata. Pukul 3 lebih baru sampai ke hostel. Aku orang pertama naik, aku orang terakhir turun. 

All the way dari Solo, mamat driver tu cuma sembang dengan minah mengada tu aje, since minah tu duk depan. Lepas minah tu turun, tinggal aku sorang2. Mulalah dia tanya macam2. Last2 aku kelentong punya pacar di Amerika, bangsa Amerika. Ntah sapa2 lah jadi mangsa aku. Lepas aku kata cenggitu, tak adalah dia nak tanya lagi, aman sikit aku rasa. Masa dah sampai kat hostel, dia mintak aku top up lagi Rp 10k. Aku malas nak bising2, bayar jelah. Aku penat dan nak rehat aje. 


Inilah bilik aku, single room shared bathroom, Rp 100k per night. Aku stay kat Imam Bonjol Hostel, Jalan Imam Bonjol. 

Aku ushar harga kereta, ingat nak sewa kereta pergi Dieng Plateau. Mahal banget, sih! 8 jam je dah Rp 600k, itu tak termasuk parking. 8 jam tu memanglah sempat kalau nak ke Dieng, tapi aku tak boleh nak berlama2. Kalau takat touch and go, aku kurang berminat. Tak ada feel nak berangan lebih2. Aku kan suka lepak lama2, ambik feel nak berangan. Kalau boleh angan2 tu memang berepisodlah jadinya. Sebab aku kena bear all the cost by my own self, maka aku decide no Dieng Plateau for this time. It's going to be another time. 

So, petang yang masih berbaki tu aku cuma tengok map, check location tempat2 yang aku nak pergi. Untuk esok, aku tak sure nak pergi mana. Aku kena tunggu pagi esok baru decide, sebab aku kena tengok which side of bed I'm wake up in the morning. Bila dah sorang2 ni, aku takde plan sangat. Kadang2 tu plan pun berubah2. 

Hostel ni kat tingkat atas, agak tersorok. Bawahnya ada IndoMaret, 24 hours convenient store. Asalnya aku nak stay kat Olympic Hotel, tapi fully book. Silap aku jugak sebab tak alert, kat Indonesia ni starting from Christmas to the new year, memang liburan besar dorang. Kira macam peak season gitu. 


Thursday, February 7, 2013

day7 | sketsa di lesehan

Since aku cuma breakfast maggi goreng je pagi tadi dan skip lunch, perut aku memang bagus time travel, tak reti nak mengada2 aku tak patut biarkan perut aku menyanyi tengah malam karang. Alang2 dah basah kena hujan, lepas mandi aku keluar cari makan. Jalan beberapa langkah dari homestay ni ada lesehan. Keluar ke jalan utama, belok ke kiri. Jalan ke depan sampailah korang jumpa.

Sebenarnya masa aku pergi ni Pak Badru yang tunjukkan. Aku decide nak makan kat situ, jadi lepas dia tapau apa yang dia nak teruslah dia balik. Sempat lagi bagitau macam mana nak balik ke homestay nanti. Masa sampai tu ada sorang pak cik ni, bila nampak aku terus dia tegur.

"Where are you?" Dia tanya sambil tersengih2.

"Erk?! What do you mean?" Aku blur kejap, pastu tersengih faham. Pak cik tu dah garu2 kepala sambil tersengih.

"Malaysia. Cakap melayu je," aku sambung.

"Oh, kamu bisa cakap melayu. Hahaha..." Lepas tu adalah dia tanya aku pasal Genting Highland. Dah memang aku tak pernah sampai, tak adalah aku nak cerita lebih2.


Aku makan nasi goreng ni dengan teh O suam. Biasa2 je, tak menarik mana pun.

Selain daripada pak cik yang cuba2 nak speaking dengan aku tadi, ada sorang lagi mamat lain kat situ. Bila dia tengok aku dah nak habis makan, dia lepak kat sebelah aku dan lepas tu start borak2. Pulak tu hujan kejap2 lebat, kejap2 perlahan. 

"Kok kamu sendirian? Ngak punya teman?"

"Temannya udah pulang, tinggal saya sendirian."

"Kamu ngak takut?"

"Insya Allah, ngak ada apa2 akan berlaku."

"Apa kamu ngak takut kalau aku perkosa kamu?"

"Makkk! Nak balik!!!"

"Saya yakin Allah akan lindungi saya," confident je aku jawab padahal dada serasa macam nak pecah dengar statement berani mati mamat tu. Harus pandai berlakon, sedaya upaya muka harus confident jugak. Nanti kantoi!

"Bagus, kamu memang bagus. Hebat sekali."

Agaknya kalau dia tahu apa yang aku rasa saat tu, mesti dia gelak guling2 buat muka mengejek. Pastu mesti dia takut2kan aku lagi. Tak sanggup aku nak tunggu lama lagi, bila hujan dah jadi gerimis aku mintak diri. 

"Sayang sekali, kita bertemu saat kamu mahu tinggalkan tempat ini. Kalau kita bertemu lebih awal tentu bagus sekali. Aku bisa kenal kamu lebih lama."

"Mungkin." Padahal menyesal aku jumpa kau kat sini.

"Aku harap bisa ketemu kamu lagi. Tahun depan kamu ke mari lagi ya?"

"Mungkin tidak. Saya harus habiskan kuliah. Sudah gerimis, permisi ya." Cepat2 aku bangun, tak nak berlama2 lagi. Takut weh!

Sambil berjalan meredah gerimis balik ke homestay, langkah aku tak tentu arah. kejap2 aku pusing belakang, telinga aku paksa bagi isyarat kalau2 ada bunyi yang mencurigakan. Takut kalau2 dia ikut aku dari belakang. Agak macam tak ada apa2, langkah aku kembali tenang. 


Bila nampak signage ni, aku tarik nafas lega. Paling tidak kalau ada apa2 aku dah boleh jerit kuat. Harap2 penghuni rumah kat kiri kanan ni boleh dengar. Masuk lorong ni, tak jauh dah nak sampai ke Mama's Homestay, rumah sebelah kanan. 


Suasana malam di Kampung Kauman. Sunyi je padahal masa ni belum pun pukul 8 malam, waktu tempatan. Tapi kat sini memang tenang je, jauh dari hiruk pikuk. Kalau nak relax memang sesuai lah kat sini.

footnote: ramalanku benar belaka... Walau mimpi hanya mainan tidur, tapi kadang2 itu juga petanda.


Wednesday, February 6, 2013

day7 | kembara berterusan

Dahaga dah hilang, jom kita berjalan lagi tengah2 hari buta ni. Bagus apa berjalan tengah panas, cepat sikit lemak tepu yang dah lama berkumpul kat badan tu terbakar dan mencair. Lepas tu barulah boleh berangan nak badan macam supermodel. Berangan jelah, kan berangan tu free.


Kita ke sini pulak, Keraton Surakata. Dari Pasar Klewer tu tak jauh mana pun, tapi kena lalu tempat2 yang tak berapa best. Hujung selekoh mesti korang jumpa dengan pintu masuk ke keraton ni belah kanan. Lepas dah masuk entrance tu korang akan nampak bangunan ni. Tapi bukan yang ini. 

Bila dah jumpa bangunan ni, korang ke kiri lalu kat bawah pintu gerbang yang dah hilang seri. Kat tepi2 jalan tu ada orang berniaga dan jugak pemilik kereta kuda yang akan terjah korang. Pandai2 lah korang buat muka ketat. Lepas selekoh yang tak tajam, korang akan jumpa entrance. Haa... apa lagi, jangan lupa beli tiket. Masa aku nak masuk ni Pak Badru tetiba belikan untuk aku, dapat harga local, rezeki jangan ditolak... hehe.

Kalau nak masuk bahagian belakang tu, kena bukak sandal atau selipar. Kasut bertutup sahaja dibenarkan. Kononnya untuk menjaga kesucian tempat tu. Semestinya ada yang monitor. 


Kalau tak silap aku, menara ni dikatakan menjadi tempat meditasi bagi Sultan. Bangunan ni memang boleh nampak kalau dari luar tadi, lepas pintu yang mula2 masuk tu. 


Bangunan ni tak boleh masuk. Masa aku datang ni, ada latihan ala2 gamelan sedang dijalankan. Tak pasti lah pulak latihan tu pasal apa. 


Ukiran di tiang.


Open hall belah kanan dengan bungkusan kuning kat atas tu akan digunakan masa perayaan tertentu sahaja. Pak Badru ada mention bila, tapi aku lupa. Itulah padahnya bila malas nak mencatit.


Antara barangan yang dipamerkan dalam museum keraton untuk tatapan umum. Naskah Al-Quran dengan terjemahan dalam bahasa dan tulisan jawa, kendi aladdin pratolo, kereta kuda yang terbiar kat tepi bangunan dan jugak tembikar dari China. Sebenarnya banyak lagi barangan yang dipamerkan.

Kat sini aku tak ambik masa yang lama, berbaloi dengan tiket hanya Rp 10,000. Kemudian kami kembali berjalan kaki ke Pasar Klewer. Kemudian aku dibawa ke tempat batu permata. Padahal aku suruh dia skip je, malas aku nak tengok benda yang aku tak minat. Tapi dibawak jugak, so follow jelah dengan muka ketat. Sebelah tu ada tempat pembuatan wayang kulit. Aku tengok je, malas nak ambik gambar. Bila muka ketat, mood pun jadi ketat.

Lepas tu kitorang keluar jauh sikit, di luar kota. Dibawanya aku ke sebuah kampung, kiri kanan ada sawah padi. 


Mula2 singgah kat rumah penduduk kampung yang buat perusahaan roti ni. Kemudian katanya ke tempat pembuatan atap genting. Aku teruja nak ambik gambar. Sebab bagi aku atap genting memang susah nak jumpa, apatah lagi nak tengok macam mana atap genting dibuat. Tapi sayangnya, tempat yang kitorang tuju tu bercuti. Tak dapatlah nak tengok, hampa dan kecewa, tapi pasrah ajelah. 


Korang tahu ni tempat apa?

Aku dibawak ke tempat buat arak! Betul, aku tak tipu. Ada tempat buat arak di kampung terpencil di Solo. Araknya dibuat dari hampas tebu yang direndam selama 40 hari, lepas tu ditapis ke dalam tong dan dibakar macam kat atas tu. Aku lupa berapa lama dipanaskan macam tu sebelum disuling dan disimpan. Dorang bagi aku secawan, suruh minum. Sikit je katanya, tapi aku cuma ambik bau. Bau je pun dah boleh buat perut aku bergelora, busuk dan tengik! Katanya arak2 tu dijual sebagai minuman dan jugak dihantar ke apotek. Sungguh aku tak sangka, kat kampung macam tu yang majoritinya beragama Islam ada kilang arak, walaupun tak sebesar Carlsberg kat Shah Alam.

Masa keluar dari kilang arak tu, awan mendung macam nak hujan. Udara pun berat semacam, memang akan hujan. Agaknya aku kena sumpahan sebab terjah masuk dan ambik bau arak tadi. 


Sawah yang aku tak pasti dalam proses apa dengan awan mendung.

Elok je masuk ke jalan utama, hujan turun. Mula2 kami berhenti singgah berteduh kat depan kedai yang belum bukak. Pastu ada bapak dengan anak yang singgah sama. Bila hujan agak reda, kitorang redah dan berhenti kat sebuah masjid yang tak jauh dari situ. Masjid tapi saiznya macam surau kat Malaysia. Kat situ ada dalam 4 orang duk menumpang berteduh, termasuk kami dah jadi 6 orang. Dek kerana pintu masjid tu berkunci, dan lantai kat luar tu agak kotor, aku decide dan niat Jamak Ta'khir je. 

Lama kami kat situ, sampai masuk waktu Asarlah. Lepas selesai solat Asar baru kami redah hujan yang dah rintik. Aku mintak Pak Badru terus ke stesen bas, aku nak beli tiket minibas je. Tapi Pak Badru terlupa, dia singgah jugak kat Jebres tapi aku tak turun pun. Terminal untuk minibus rupanya tak sama terminal dengan Tirtonadi. Aku beli tiket pukul 10 pagi since bas pukul 8 pagi dah habis. Tak kisahlah, janji aku sampai ke destinasi. 


Tuesday, February 5, 2013

day7 | jom ke pasar

Sebaik keluar dari Pura Mangkunegaran, Pak Badru dah standby tunggu aku. Katanya lama aku kat dalam, padahal aku rasa sekejap aje. Kemudian aku dibawa ke Pasar Triwindu, pasar yang menjadi tumpuan penggemar barangan antik. Tak jauh pun jaraknya dari Pura Mangkunegaran tu.


Aku terjah bahagian belakang dulu sebab Pak Badru parking kat belakang. Pengunjung tak ramai, jadi bebas nak melilau ke sana ke mari. Tak perlu nak berhimpit dengan ramai orang. Yang pasti patung2 antik memang banyak dijual. 


Lampu antik sebegini pun banyak. Dah namanya pasar antik, tentulah yang antik2 sahaja. 


Lampu lain pulak.

Disebabkan aku bukan peminat barangan antik, maka tak lamalah masa yang aku ambik. Lepas dah pusing keliling, usik sana sentuh sini aku rasa dah cukup. Aku mintak Pak Badru bawak aku ke stasiun Solobalapan. Tapi malangnya, train ke Semarang dari Jebres, another train station in Solo. Masa ni Pak Badru ada bagi tau ada minibus ke Semarang. Dalam kepala aku duk fikir sama ada nak naik bas atau train. 


Sebelum decide pape, kita singgah dulu kat tempat buat serabi. Dikatakan yang terbest di Solo. Jenuh Pak Badru promote suruh aku beli, tapi tak adanya aku terpedaya beli sebab tak terasa pun nak cuba makan.


Bagi aku, serabi ni lebih kurang macam apom yang kat Penang sanalah. Tapi yang ini makan macam tu aje, takde kuah atau sambal. Garing kat keliling, lembut kat tengah.


Bila tak berjaya pujuk aku beli serabi, dibawaknya aku ke sini pulak. Memang aku nak beli something pun kat sini. Kalau diikutkan dari Mama's Homestay ke sini boleh jalan kaki je. Tapi sebab dah termasuk dalam pakej, ikutkan ajelah. Lagipun pasar ni bukak dari pukul 9 pagi sampai 5 petang je. Kalau singgah masa balik karang, confirm tak sempat. 


Macam2 jenis kain ada. Tapi mostly lebih kepada batik. Harga tu terpulang pada individu. Kalau pandai tawar menawar memang untunglah. Akhirnya rupiah aku terjejas jugak. Itu pun jenuh aku tahan mata supaya tak tergoda. 

Aku tak suka bila orang ikut dari belakang, nak merayau pun rimas jadinya. Aku cuma pusing sebahagian je kat bahagian bawah. Kalau aku sorang2 sure aku meronda sampai ke lantai atas. Sebelum ke destinasi seterusnya, kita pekena teh botol dulu. Jom!


day7 | mengintai ke dalam istana

Since semalam aku dah janji dengan Pak Badru nak suruh dia bawak aku jalan2 ke sekitar Solo. Sebenarnya ada pakej untuk sehari dalam Rp 90,000. Lepas breakfast maggi goreng dan teh O yang dah termasuk dengan bilik, aku bonceng belakang vespa Pak Badru. 


Destinasi pertama adalah Pura Mangkunegaran. Kalau tengok dari luar macam tak berpenghuni. Tiket masuk Rp 18,000 dan ada sorang guide. Guide tu depends lah nak bagi berapa pun, tak nak bagi pun takpe. Bangunan ni sebenarnya dewan terbuka, tak berdinding pun berfungsi sebagai tempat latihan mari menari. 

Masa bayar tiket kat kaunter, korang akan dibekalkan dengan plastik. Masa nak masuk ke bangunan ni nanti selipar/kasut kena tanggalkan. Itulah gunanya plastik tadi. 


Lampu chandelier yang tergantung tengah dewan, imported dari Belanda kalau tak silap aku. Lepas dewan terbuka yang atas tadi barulah masuk ke ruangan yang dah dijadikan museum, menyimpan koleksi barangan peribadi raja/pemerintah Mangkunegaran. 

Kat dalam ruangan yang dijadikan museum tu tak boleh ambik gambar. Aku nak curi2 ambik gambar pun tak boleh, sebab minah tu sentiasa ada dekat dengan aku, adess. Tapi bagus jugak dia ada sebab banyak benda yang aku tak tahu dia explain.

"Kamu tahu ini untuk apa?" Sambil tunjuk kat satu benda berhias batu permata dalam kotak kaca.

"Ngak."

"Ini namanya aku betul2 lupa nama benda alah tu, terlupa nak catit dalam note book. Gunanya untuk menutup nafsu suami kala berpemergian. Dipakaikan pada kemaluan suami."

"Hah! Biar betul?"

"Benar, ini kalau dipakaikan harus dengan mantera. Hanya si istri yang tahu manteranya. Begitu juga waktu mahu dibuka."

"Tak sakit ke?" Sebab aku tengok benda alah tu scary! Tajam pulak tu, isk... memang ngerilah. 

"Kerna itu harus ada manteranya. Kalau untuk si istri juga ada."

"Hah! Ada jugak ke?"

"Ada. Kalau untuk si istri, seperti tadi hanya si suami yang tahu manteranya." Dia bawak aku ke kotak kaca yang satu lagi. 

"Ini untuk perempuan, ada 3 saiz. Kalau yang lelaki hanya punya 1 saiz."

"Ye ke?" Aku dah gelak mengekek2. Tak tau pasal apa aku boleh gelak. Nasib baik aku dengan dia je kat situ.

"Apa kamu mahu membelinya?"

"Ada jual ke? Dengan mantera sekali?" Wah, aku teruja! 

"Ngak. Sekarang sudah ngak digunakan lagi. Ngak bisa ditemui." Pastu dia pulak yang gelak2. Perli aku lah tu. 

Tapi kalau aku beli pun nak buat apa. Nak simpan dalam almari kaca jugak ke? Tapi kalau masih ada tempat  yang jual benda alah tu, nak jugak aku tengok macam mana diorang buat, pastu camana baca mantera tu. Mesti lain mantera sebab orang lain2. Kalau semua guna mantera yang sama, sesapa yang tahu mesti boleh bukak. 

Gigih aku gugel kat internet nak tunjuk kat korang camner rupa benda alah tu, tapi tak jumpa. Aku cuma jumpa yang untuk perempuan, bentuknya macam caping. Tak tahu rupa caping? Meh tengok sini. Bentuknya lebih kurang, tapi fungsi berbeza. Sama tapi tak serupa.

Lepas keluar dari ruangan tu dah boleh pakai selipar balik. Pastu dia bawak aku berjalan ke sebelah sana, ada ruangan mesyuarat keluarga dan jugak ruang makan yang masih digunakan. 

"Kamu mahu ketemu dengan Mangkunegara?"

"Bisa?"

"Kita lihat dulu. Kalau ada bisa ketemu."

Gigih aku panjangkan leher macam angsa kot2 ternampak kelibat Mangkunegara, tapi tak ada. Masa kami lalu kat depan halaman rumah Mangkunegara tu memang sunyi sepi, tak nampak orang pun. So, tak ada rezeki aku nak bersua muka, bergambar sekeping dua dengan Mangkunegara.


Ruang untuk ahli mesyuarat tingkap bermesyuarat. Kerusi disusun bentuk 'U' terbalik tapi takde meja. 

Tak jauh dari ruangan ni, ada gambar Putri Solo yang berkahwin dengan kerabat Johor. Aku tak sure pulak nama dorang tu. Kalau nak tahu, korang gugel lah sendiri. Hujung bangunan yang sama ada kedai cenderamata. Bolehlah kalau nak jamu mata dan kurangkan rupiah. Tapi sebab perjalanan aku masih jauh, maka saki baki rupiah yang ada amat bermakna. 


Cantik tingkapnya. Ini tempat tinggal keluarga ni jugak kalau tak silap aku.


Sempat menjengah ke dalam tempat simpanan kereta kuda milik keluarga Mangkunegara. Sebahagian besar dibawa dari Belanda. Kereta kuda ni masih digunakan sewaktu upacara tertentu seperti majlis perkahwinan. 


Kereta kuda tadi disimpan dalam bangunan inilah. Kalau tengok macam tu je memang tak perasan ada sesuatu kat dalam. 

Pura Mangkunegaran ni sebenarnya sebuah istana dan sehingga sekarang masih didiami oleh keluarga diraja ni. Sebab tu cuma ada kawasan2 tertentu sahaja yang boleh dilawati. Kalau tengok dari luar, seolah2 rumah agam yang luas berpagar. 

Tour berakhir kat kaunter masuk tadi. Sebelum tu memang kena isi buku pelawat dulu. Kat sini aku nampak ada poskad, tapi aku andaikan akan jumpa poskad kat tempat lain. So, aku tak beli. Sudahnya aku langsung tak jumpa poskad dah. Haih, perlu ke aku repeat ke Solo? 


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...