Tuesday, February 5, 2013

day7 | mengintai ke dalam istana

Since semalam aku dah janji dengan Pak Badru nak suruh dia bawak aku jalan2 ke sekitar Solo. Sebenarnya ada pakej untuk sehari dalam Rp 90,000. Lepas breakfast maggi goreng dan teh O yang dah termasuk dengan bilik, aku bonceng belakang vespa Pak Badru. 


Destinasi pertama adalah Pura Mangkunegaran. Kalau tengok dari luar macam tak berpenghuni. Tiket masuk Rp 18,000 dan ada sorang guide. Guide tu depends lah nak bagi berapa pun, tak nak bagi pun takpe. Bangunan ni sebenarnya dewan terbuka, tak berdinding pun berfungsi sebagai tempat latihan mari menari. 

Masa bayar tiket kat kaunter, korang akan dibekalkan dengan plastik. Masa nak masuk ke bangunan ni nanti selipar/kasut kena tanggalkan. Itulah gunanya plastik tadi. 


Lampu chandelier yang tergantung tengah dewan, imported dari Belanda kalau tak silap aku. Lepas dewan terbuka yang atas tadi barulah masuk ke ruangan yang dah dijadikan museum, menyimpan koleksi barangan peribadi raja/pemerintah Mangkunegaran. 

Kat dalam ruangan yang dijadikan museum tu tak boleh ambik gambar. Aku nak curi2 ambik gambar pun tak boleh, sebab minah tu sentiasa ada dekat dengan aku, adess. Tapi bagus jugak dia ada sebab banyak benda yang aku tak tahu dia explain.

"Kamu tahu ini untuk apa?" Sambil tunjuk kat satu benda berhias batu permata dalam kotak kaca.

"Ngak."

"Ini namanya aku betul2 lupa nama benda alah tu, terlupa nak catit dalam note book. Gunanya untuk menutup nafsu suami kala berpemergian. Dipakaikan pada kemaluan suami."

"Hah! Biar betul?"

"Benar, ini kalau dipakaikan harus dengan mantera. Hanya si istri yang tahu manteranya. Begitu juga waktu mahu dibuka."

"Tak sakit ke?" Sebab aku tengok benda alah tu scary! Tajam pulak tu, isk... memang ngerilah. 

"Kerna itu harus ada manteranya. Kalau untuk si istri juga ada."

"Hah! Ada jugak ke?"

"Ada. Kalau untuk si istri, seperti tadi hanya si suami yang tahu manteranya." Dia bawak aku ke kotak kaca yang satu lagi. 

"Ini untuk perempuan, ada 3 saiz. Kalau yang lelaki hanya punya 1 saiz."

"Ye ke?" Aku dah gelak mengekek2. Tak tau pasal apa aku boleh gelak. Nasib baik aku dengan dia je kat situ.

"Apa kamu mahu membelinya?"

"Ada jual ke? Dengan mantera sekali?" Wah, aku teruja! 

"Ngak. Sekarang sudah ngak digunakan lagi. Ngak bisa ditemui." Pastu dia pulak yang gelak2. Perli aku lah tu. 

Tapi kalau aku beli pun nak buat apa. Nak simpan dalam almari kaca jugak ke? Tapi kalau masih ada tempat  yang jual benda alah tu, nak jugak aku tengok macam mana diorang buat, pastu camana baca mantera tu. Mesti lain mantera sebab orang lain2. Kalau semua guna mantera yang sama, sesapa yang tahu mesti boleh bukak. 

Gigih aku gugel kat internet nak tunjuk kat korang camner rupa benda alah tu, tapi tak jumpa. Aku cuma jumpa yang untuk perempuan, bentuknya macam caping. Tak tahu rupa caping? Meh tengok sini. Bentuknya lebih kurang, tapi fungsi berbeza. Sama tapi tak serupa.

Lepas keluar dari ruangan tu dah boleh pakai selipar balik. Pastu dia bawak aku berjalan ke sebelah sana, ada ruangan mesyuarat keluarga dan jugak ruang makan yang masih digunakan. 

"Kamu mahu ketemu dengan Mangkunegara?"

"Bisa?"

"Kita lihat dulu. Kalau ada bisa ketemu."

Gigih aku panjangkan leher macam angsa kot2 ternampak kelibat Mangkunegara, tapi tak ada. Masa kami lalu kat depan halaman rumah Mangkunegara tu memang sunyi sepi, tak nampak orang pun. So, tak ada rezeki aku nak bersua muka, bergambar sekeping dua dengan Mangkunegara.


Ruang untuk ahli mesyuarat tingkap bermesyuarat. Kerusi disusun bentuk 'U' terbalik tapi takde meja. 

Tak jauh dari ruangan ni, ada gambar Putri Solo yang berkahwin dengan kerabat Johor. Aku tak sure pulak nama dorang tu. Kalau nak tahu, korang gugel lah sendiri. Hujung bangunan yang sama ada kedai cenderamata. Bolehlah kalau nak jamu mata dan kurangkan rupiah. Tapi sebab perjalanan aku masih jauh, maka saki baki rupiah yang ada amat bermakna. 


Cantik tingkapnya. Ini tempat tinggal keluarga ni jugak kalau tak silap aku.


Sempat menjengah ke dalam tempat simpanan kereta kuda milik keluarga Mangkunegara. Sebahagian besar dibawa dari Belanda. Kereta kuda ni masih digunakan sewaktu upacara tertentu seperti majlis perkahwinan. 


Kereta kuda tadi disimpan dalam bangunan inilah. Kalau tengok macam tu je memang tak perasan ada sesuatu kat dalam. 

Pura Mangkunegaran ni sebenarnya sebuah istana dan sehingga sekarang masih didiami oleh keluarga diraja ni. Sebab tu cuma ada kawasan2 tertentu sahaja yang boleh dilawati. Kalau tengok dari luar, seolah2 rumah agam yang luas berpagar. 

Tour berakhir kat kaunter masuk tadi. Sebelum tu memang kena isi buku pelawat dulu. Kat sini aku nampak ada poskad, tapi aku andaikan akan jumpa poskad kat tempat lain. So, aku tak beli. Sudahnya aku langsung tak jumpa poskad dah. Haih, perlu ke aku repeat ke Solo? 


2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...