Showing posts with label Sangkhlaburi. Show all posts
Showing posts with label Sangkhlaburi. Show all posts

Friday, February 7, 2014

review guesthouse & hostel

Habis jugak akhirnya aku mengarang citer pasal trip ke Siam hujung December 2013. Dan seperti yang dijanjikan, aku nak share pasal guesthouse dan hostel yang kitorang stay sepanjang trip ni. Harap2 bolehlah jadi panduan untuk korang yang plan nak ke sana nanti. Perlu diingat, review ini adalah berdasarkan pengalaman aku dan dari kaca mata aku sendiri. Lain orang mungkin lain pandangannya. 


Kanchanaburi

Tempat pertama kitorang bermalam secara proper adalah di Kanchanaburi. Malam sebelum tu kitorang bermalam di stesen keretapi Hua Lamphong. Kat sini kitorang stay 2 malam kat VN Guesthouse. 


Bilik kami luas, berkongsi 2 orang. Ada aircond dan kipas, en suite dan ada hot shower. Percayalah, kalau datang time wet season, kipas dan aircond tu tak guna pun. Tapi hot shower amat2 diperlukan.


Setiap bilik ada beranda sendiri. So, dapatlah melepak, bergosip kat beranda sambil2 cuci mata kalau ada peluang. Bangunan coklat yang ada lampu sebelah bangunan putih tu cafe VN Guesthouse. Bilik tak termasuk dengan breakfast, ya. Kitorang bawak bekal sendiri dan mintak air panas. Erk, hot milo aku harganya THB 50 secawan, pengsan! Itulah pertama dan terakhir aku mintak hot milo... huhu.


Kan dah bagi tau kitorang kecuali Irdhi duduk kat raft room. Tak caya? Tengok ni. Bilik aku paling hujung belah kiri. Takde TV tapi ada free wifi.

Overall, VN Guesthouse okay, value for money. Owner and staff helpful lah jugak walau tak ramah mana. Dorang selalu call kan tuk-tuk untuk kitorang without charge. Erk, masa kitorang sampai malam tu, dorang pick up dari bus terminal for free. Dah jimat sorang THB 20. Untuk guesthouse ni, Zilla yang arrangekan dari sini, so aku cuma bawak badan, barang2 aku dan duit je.

VN Guesthouse
44 Rongheeb Oil Rd. 2
Amphoe Muang, Kanchanaburi
Phone: +66 (0) 3451 4082
Email: info@vnguesthouse.net
Website: www.vnguesthouse.net


Sangkhlaburi

2 malam di Sangkhlaburi, kami bermalam di 2 tempat berlainan. Bila aku call P Guesthouse sebab dorang provide pakej yang menarik, malangnya bilik tak available on 21st December. So, aku ambik tour untuk kitorang berempat on 22nd dan stay kat situ pun on 22nd jugak. Tu sebab kitorang berpindah randah, padahal dekat je pun.

Tempat pertama kitorang terjah adalah Coffee Berry Guesthouse. Itu pun bila usaha aku email sana sini tak berjawab. Tapi bila aku message Coffee Berry Guesthouse kat fb, laju je dia reply. Just nice ada 2 traveler room je yang masih kosong. Terus aku book untuk 21st December tu. Ntah macam mana boleh pulak Ying owner Coffee Berry Guesthouse kata tak payah bagi deposit, biasanya dia ambik 50% untuk deposit bila buat booking.


Bilik yang comel hasil kreativiti ownernya. Katil adalah binaan simen, pastu tepi tu just lekatkan dengan kayu pallet. Tak sejuk dan tak sakit badan walaupun tilam tu nipis sebab tilam kekabu. Bilik ada aircond walaupun tidur malam kitorang tak on pun.


Tempat letak tuala yang comel.  Bukan tu aje, penyangkut pun comel je tapi malas nak letak gambar banyak2


Tong sampah yang cute. Yang sebenarnya dari luar bilik sampailah ke bilik air akan ada tulisan yang comel2 tu. 


Ada hot shower, maka masa mandi juga menjadi lama.


Ada roof top. So, bolehlah kira bintang malam2. Tak pun tunggu kot2 ada shooting star, bolehlah buat hajat bagi yang berhajat. Berlama2 kat atas ni time wet season memang menggigil dibuatnya.


Dari luar bilik kitorang. Ada meja dan kerusi comel tepi pintu, memang boleh lepak2 kat luar. Kalau korang perasan ada tulisan kat meja tu.


Tak sempat aku nak naik buaian ni, hihi. Belah kiri adalah office, kalau nak mintak hot water pun kat situ jugak. Laluan jalan kaki belah kanan adalah menuju ke bilik2.

Bilik yang kitorang stay kat Coffee Berry Guesthouse ni THB 700 semalam/bilik. Agak pricey tapi okay je kalau berdua. Owner guesthouse ni memang kreatif serta baik hati. Dari segi hospitality, kreativiti, keunikan dan location wise memang recommended. Ying dan husband dengan baik hati pick up kitorang kat terminal van dan hantar kitorang ke P Guesthouse without charge. 

Coffee Berry Guesthouse
93 Moo 3 Samprasop Road T. Nongloo
Sangkhlaburi
Phone: +66 84 802 9811
Website: http://www.coffeeberrysangklaburi.com Disebabkan website dia tulisan cacing kerawit, aku message kat FB.

*     *     *

Kami kemudiannya berpindah ke P Guesthouse untuk malam ke-2 di Sangkhlaburi. Jugak kerana kitorang ambik pakej untuk tour dengan dorang. Jom kita tengok apa yang P Guesthouse offer pulak.


View kat P Guesthouse memang stunning! Betul2 depan tasik dan bila petang tu boleh tengok sunset dari sini je. Tak payah nak menapak jauh2. Dari sini ada short cut jugak nak ke Mon Bridge, tapi petang tu kitorang tak sempat pergi akulah yang lama sangat lepak kat depan bilik.


Ada reading area. Tapi bila aku check semua magazine dan novel kat sini yang lama, pastu tak terjaga. Sebabnya ada yang dah dimakan anai2 pun. Mungkin jugak sebab kat hujung, kalau letak kat reception area, aku rasa mesti ramai yang utilize kemudahan ni.


Bilik kitorang, come with fan without aircond. Untuk bilik yang kitorang stay ni, bilik airnya kat luar. Sayang, aku lupa nak ambik gambar bilik air.


Boleh lepak2 kat luar bilik tengok pemandangan atau pun ushar orang. Nak bergossip lagilah boleh. 

P Guesthouse menang dari segi pemandangan dan ada sedikit keunikan. Harga pun boleh tahan murah kalau nak compare dengan Coffee Berry Guesthouse sebab kitorang stay kat 2 tempat ni aje. Masa booking pun aku berjaya ketepikan deposit, bayar masa check in. Dari segi hospitality agak kureng dan kalau nak mintak call tuk-tuk pun ada charges. Agak jauh kalau nak berjalan ke town. Common bathroom luas dan bersih, untuk lelaki dan perempuan dipisahkan. Cuma kalau ada hot shower lagi bagus. Tiap kali masuk bilik air, confirm menggigil sejuk tapi aku tetap pegang rekod paling lama bertahan dalam bilik air.

P. Guesthouse
81/2 Moo1. Tumbom Nonglu
Sangkhlaburi
Phone: 66 (0) 81 450 2783, 66 (0) 3459 5061 Aku terpaksa call sebab tak jumpa email address.
Website: http://www.p-guesthouse.com/home.html


Bangkok

Untuk 2 malam terakhir di Bangkok, Nani yang uruskan pasal penginapan. Aku serahkan semuanya pada Nani, aku tau aku bayar je time stay kat situ. Best atau tak, itu bergantung pada nasib dan rezeki kami.


Bilik untuk kami berempat, luas jugaklah untuk kitorang sepah2 kan barang2. Shared bathroom yang ada hot shower, so taklah kitorang kesejukan.


Tong drum yang dijadikan sofa kat dalam bilik, aku rasa orang Thailand ni boleh tahan kreatifnya. Since katil aku kat atas, sinilah tempat aku melepak sebelum panjat katil dan tak turun dah sampai esok paginya. 


Belah kiri tu reception counter dan communal area yang luas dan selesa. Nak lepak2 sambil bergossip ke, tak pun makan2, boleh je. Ada 2 biji desktop untuk kegunaan guest on the way nak ke kitchen. Dorang ada jual poskad dan setem, boleh terus masukkan dalam peti surat tu. Kebetulan setem dah habis masa kitorang datang tu, so kitorang tinggalkan duit dan dorang tolong poskan kemudian. 


Reading area kat first floor. Banyak novel yang best, tapi aku takde masa lah plak nak baca. Sempat belek2 gitu aje. 


Kitchen yang sentiasa kemas dan bersih. Sebelahnya ada washing machine dan dryer. Kat bawah ni jugak ada toilet. 


Mile Map Hostel, agak tersorok sebab bukan betul2 tepi jalan. Kena tengok betul2, kalau tak harus sesat barat. 

Yang best pasal Mile Map Hostel ni sebab dekat dengan restoran halal, salah satunya Cili Padi yang kitorang duk asyik berulang ke sana. Pun dekat dengan jaringan 7E, paling aku suka dengan teh nya. Boleh jalan kaki je ke Surasak BTS Station dan kalau nak keluar peluh lagi banyak, boleh berjalan ke Thaksin Bridge pulak. Staff baik dan helpful. Memang recommended untuk orang2 yang tak berapa nak cerewet. 

Mile Map Hostel
36, Pan Rd, 
Silom, Bang Rak, Bangkok
Phone: +66 2 635 1212


Tuesday, January 21, 2014

day5: perjalanan yang panjang

Bangun pagi tu masih dalam keadaan tak pasti. Yang pasti bag pun kitorang tak packing lagi. Lepas dah siap mandi di pagi yang sejuk dengan shower yang super sejuk, kitorang start packing apa yang patut. Sambil2 tu aku check email, kot2 lah pihak kedutaan dah reply email aku hantar malam tadi. Tapi tak adanya. Nani akhirnya call kedutaan Malaysia kat Bangkok. Tapi bila dorang suggest suruh kitorang avoid Bangkok for this week, masing2 dah pening. Bila Nani sekali lagi call hostel yang kitorang booking kat Bangkok, lain pulak cadangannya. Dorang kata Bangkok aman je, rally tu tak kacau tourist spot pun. 

Akhirnya kata sepakat dicapai, kami akan terus ke Bangkok dan skip ke Ayutthaya memandangkan perjalanan kitorang hari ni agak jauh dan kami seboleh mungkin nak sampai ke Bangkok seawal yang boleh. Sambil kitorang packing, Alain lalu depan bilik kitorang. Dia tanya ke mana tujuan kami dan bila kitorang kata akan ke Bangkok, he said 'good bye' and wished us 'good luck'!


Bilik kitorang belah kiri tu. Dah sampai masanya untuk kitorang mengucapkan selamat tinggal buat P Guesthouse. Since kitorang dah bayar masa check in, so check out kami cuma drop kunci je kat kaunter. 


Bunga cantik tak tahu nama kat P Guesthouse. 

Dari P Guesthouse kami berjalan ke main road dengan harapan adalah tuk-tuk. Jauh jugak nak menapak ke terminal van dengan beban kat belakang. Alhamdulillah, rezeki kami akhirnya bila ada motor taxi lalu. Aku, Nani dan Nik dengan motor taxi dan Izza dengan motor lagi satu. Sampai kat terminal office yang cuma ada kerusi dan meja di bangunan end shop lot nearly 11.00 am. Masa study pasal transport dari Sangkhlaburi ke Kanchanaburi, van pukul 11.30 pagi tapi masa kitorang sampai tu ada je van pukul 11.00 pagi. Since poskad aku tak sempat nak tulis pun lagi, maka tak ada harapanlah aku nak pos dari sini. 

Dari Sangkhlaburi ke Kanchanaburi, banyak betul border security dan van akan berhenti kat setiap sekatan tu. Dan setiap kali itu jugaklah kitorang kena tunjukkan passport. Ada satu tempat tu, officer yang check passport kitorang ramah je bila tahu kami dari Malaysia. Dia siap bagi salam kat kitorang dan katanya dia jugak Muslim. Sampai di Kanchanaburi, aku ke toilet. Tak tahan dah nak tahan dan sesambil tu ushar van ke Bangkok. Dari Kanchanaburi nak ke Bangkok tak susah, van banyak dan every half an hour ada van ke Bangkok. Bas aku tak check pulak sebab dari awal memang aim nak naik van je. 


Terminal bas dan van Kanchanaburi. 

Kitorang ambik van ke Bangkok pukul 3.30 petang. Kalau dari Sangkhlaburi tadi kitorang duk membuta, kali ni dah tak boleh nak tidur. Aktiviti dalam van adalah makan jajan, bersembang, bergosip. Perjalanan smooth je sampailah kitorang menghampiri Bangkok. Jalan dah start jem sebab orang dah balik kerja. Kami sampai di Victory Monument dah gelap.


Victory Monument di waktu malam. Dalam perjalanan nak ambik BTS untuk ke hostel.

Dari tempat kami diturunkan di Victory Monument, kitorang berjalan ke stesen BTS. Ambik BTS ke Surasak dan berjalan kaki ke hostel. On the way ke hostel, nampak Restoran Cili Padi; Malaysia Authentic katanya. Dah sampai kat hostel, kitorang diberi kunci bilik dan mendakilah kami ke tingkat 3. Lepas letak backpack dan barang2 lain, kitorang turun untuk ke Cili Padi.


Dinner aku malam tu, nasi goreng udang yang biasa2 je. Masa tengah makan ni owner Cili Padi datang tegur kitorang, lama jugak kitorang bersembang, ramah orangnya. Paling best bila dia kata kitorang ni student, ohh la laa...


Lampu hiasan di Cili Padi.

Dah kenyang kami kembali ke hostel. Since baju bersih dah tinggal cukup2 untuk esok dan lusa je, kitorang basuh baju malam tu. Sambil tunggu baju siap dibasuh, aku tulis poskad kat communal area dan dorang ambik peluang untuk mandi. Dah settle semuanya baru aku mandi dan tidur. Esok kami akan menempuh satu lagi pencarian.

footnote: entry Siam tak habis lagi, dah ada entry lain yang menunggu. Malas sungguh nak pilih gambar dan menaip, haish!


Thursday, January 16, 2014

day4 part3: tanpa penyelesaian

Dah dapat kunci bilik, masing2 take turn untuk bersihkan diri. Terutamanya orang yang dah mandi air gajah. Untuk bilik kitorang ni, bilik air kat luar dan banyak jugak shower. Tapi sebab tak nak bawak kunci bilik, adalah sorang dua yang standby jaga bilik. Bilik kitorang sebelah menyebelah. 


Bila semua dah wangi2, kat depan ni lah kitorang melepak. Bersembang topik yang tak pernah habis. Tengah2 lepak ni sekali nampak muka familiar turun tangga depan bilik kitorang. Kitorang excited, uncle tu pun excited. Bilik dia selang 2 bilik dengan kitorang. Tak semena2 boleh pulak aku ajak dia join kitorang dinner, padahal dorang bertiga tak cakap apa pun. Dah lah sebelum tu aku terlebih peramah ajak dia join kitorang tengok sunset kat Mon Bridge padahal tak pergi pun.

Tetaplah aku dengan Izza melayan macam2 cerita kat beranda tu masa Nani dan Nik melepak kat tepi tasik. Konon nak berjalan ke Mon Bridge tengok sunset, tapi tetap tak bergerak2 dari situ. Lepas tu uncle tadi pun dah join dorang ambik gambar kat tasik, kitorang berdua masih melekat kat kerusi. Macam kena gam gajah gamaknya. Bila tengok suasana dah makin gelap, baru kelam kabut nak bangun cari kamera bagai. Dah lewat macam ni takde nya nak ke Mon Bridge lagi dah, confirm tak sempat. 


Ini je yang sempat aku capture. Kata Nani, tak sampai 2 minit matahari berdesup menghilang, laju bebenor jatuhnya. Padahal masa kitorang nak ke sini tadi matahari tinggi lagi. Jadilah dari tak ada langsung.


Makin menghilang.


Hanya sisa sinaran yang masih kelihatan.


Langit semakin berubah warnanya. Kabus pun mula jelas kelihatan dan suasana makin sejuk. 


Tenang dan damai.

Bila dah gelap, barulah kami ke bilik dan bersiap untuk keluar dinner. Kalau semalam kitorang berjalan kaki dekat je, tapi untuk malam ni cabarannya lebih hebat sebab jaraknya berganda. Bila kitorang semua dah siap, aku ketuk pintu bilik uncle. Since kitorang tak tahu nak balik pukul berapa, so tak dapatlah nak sewa motor sebab kalau lambat balik kaunter tutup dan kitorang tak boleh nak pulangkan. So, kitorang berempat berjalan kaki je lah, kalau ada tuk-tuk on the way tu kitorang naiklah. Uncle tu dengan motornya, siap offer nak tumpangkan tapi tak mengapalah.

Memang betul2 dugaan buat kami. Anjing kat sini bersepah2, kalau tak ganggu tak apalah. Ini nampak je kitorang, terus datang dekat nak menyelit, aduyaiii. Masa first tu ada budak tu tolong halaukan, selamatlah. Sampaikan satu tahap Nani ajak patah balik. Kalau balik pun sama jugak, tetap akan jumpa balik anjing tadinya. Tapi mengenangkan dah berjanji dengan uncle tadi, gagah jugak kitorang berjalan. Bila kitorang dah almost there, tetiba nampak uncle tadi datang carik kitorang. Kebetulan masa tu ada sekor anjing duk follow dari belakang, bila uncle tu datang terus anjing tu lari. Double lega lah jugak.

Kat area pasar basah waktu siang tu ada gerai2 makanan. Gerai Muslim pun ada few dan mostly dorang jual makanan bergoreng je. Kitorang beli makanan dan kebetulan ada bangku kat area situ, melepaklah kami makan sambil bersembang. Uncle tu namanya Alain, asal Belgium. Lepas makan kami balik, mintak adik yang berniaga kat situ dengan maknya carikan tuk-tuk atau motor. Manakala Alain pulak nak pergi minum katanya. Funny thing, kitorang berdua kena naik satu motor yang dah ada pemandu. Maknanya satu motor kena naik bertiga! Berkali2 aku confirmkan dengan adik tu, redha ajelah.

Sampai guesthouse, kitorang lepak dulu kat area dining belah open air. Bukan sesaja nak cuci mata ke apa, tapi nak discuss pasal esok sebab kitorang dapat info Danok kena bom, pastu rally kat Bangkok yang dah senyap aritu start balik. Senang nak cari info dan discuss bila ada wifi. Tengah kitorang berdiskusi, tetiba Alain datang join kat table kitorang. Maka dia pun turut menyumbang idea. Dalam pada tu aku sempat hantar email ke kedutaan, harap2 pagi esok dorang reply. Pastu bersambung2 pulak sembangnya. 

Bila dah mengantuk, masing2 decided untuk masuk tidur. Sama ada proceed ke Bangkok pagi esok dan ikut plan macam dirancang atau stay another night di Sangkhlaburi dan ke Ayutthaya on the other day adalah belum dapat diputuskan. Tapi Alain suggest suruh kitorang ke Bangkok je. Kalau tak confident dia suruh turun kat Mo Chit. Apa2 pun kitorang biarkan semuanya tergantung, tanpa ada kata putus. 


Mon Village di waktu malam. Pemandangan dari P Guesthouse. 


Wednesday, January 15, 2014

day4 part2: tour setengah hari

Perjalanan dari Coffee Berry Guesthouse ke P Guesthouse tak adalah lama mana pun. Elok je lepas masing2 pikul backpack dan say good bye dekat suami Ying yang aku lupa nak tanya nama tetiba ada orang tegur.

"Hi girls!" Semua berpusing ke arah suara tu dan kitorang tengok uncle mat saleh dalam van semalam tersengih2 sambil lambai tangan kat kitorang. 

"Eh, uncle semalam lah!" Kalau yang terlebih teruja tu haruslah aku orangnya, haha. So, berbual lah sekejap kami kat situ. Uncle tu nak keluar pusing2 dengan motor dan kitorang baru nak check in. Berjalan masuk ke lobi, belum sempat aku bukak mulut nak tanya, mamat yang kat kaunter tu dah tanya dulu.

"You Anne? From Malaysia?" Terkesima kejap aku bila dikenali di negara asing, kalau bab perasan akulah juaranya, hahaha.

"Yes, I'm Anne," bila aku admit mamat tu macam tarik nafas lega pun ada.

"I think you come, not come, you come, not come, and you come!" Happy giler muka dia, macam jumpa retis pujaan pulak bila nampak kitorang datang.

"I've made a promise, no matter how I will come," gitu ayat2 manis aku bagi. Yang sebenarnya aku kena bayar 10% deposit bila buat booking kat sini. Tapi kalau bab goda menggoda ni aku kan hebat, so atas godaan tak seberapa tu aku tak perlulah transfer duit booking. Tu sebab mamat yang aku tak tahu nama sampai sudah tu risau kot2 aku tak muncul. 

Since bilik tak ready lagi, barang2 kitorang disimpan dalam stor dan kitorang cuma bawak dailypack. Kitorang terus buat bayaran dan sementara tunggu pukul 11.00 pagi untuk tour, kitorang pusing kawasan guesthouse tak habis pusing pun dan bila dah penat, melepak kat lobby sambil online sebab ada wifi free. Yang sebenarnya kitorang ambik tour package 'adventure on elephant's and bamboo rafting' dengan P Guesthouse. Tu sebab pagi2 lagi kitorang kena ke sini dan tour kami start pukul 11.00 pagi. Asalnya aku mintak slot pukul 9.00 pagi tapi dah penuh katanya. 


Pemandangan dari P Guesthouse memang awesome. Tak sangka tempat yang aku nampak cantik dari Mon Bridge rupa2nya terletak P Guesthouse di antaranya. Dan pagi ni aku dah berdiri kat sini.

Pukul 11.00 pagi mamat-tak-tahu-nama tu panggil kitorang, bagi jaket keselamatan sorang satu dan suruh kitorang follow this one guy yang kitorang tak tahu nama. Mamat-tak-tahu-nama-2 tu tak cakap apa pun, terus bawak kitorang ke jeti. Sekali dengan kitorang ada sorang bapak dengan anak lelakinya join tour ni. Mula2 kitorang naik bot dan dibawak merentasi tasik yang luas.

   
Lalu kat kawasan perkampungan Mon yang kat tepi tasik. Pancang kayu banyak2 kat tepi tu aku tak tau untuk apa. Nak tanya, mamat-tak-tahu-nama-2 tu buat derk je. Sepatah apa pun tak cakap.


Dari tasik ni boleh nampak Wat Wang Wiwekaram, in fact dari P Guesthouse pun boleh nampak menaranya yang tinggi dan bersinar2 tu. Tapi kitorang tak adalah menyinggah ke sini.


Tower Wat Saam Prasob atau the sunken temple yang tenggelam hampir keseluruhan. Jaraknya dengan temple tu macam jauh, tapi tak sure apa yang ada in between sebab semuanya tenggelam.


Wat Saam Prasob yang tenggelam hampir keseluruhan, langsung tak nampak pintu masuk. Untuk makluman, pintu masuk terletak kat bawah ukiran kat tengah2 wall tu. Kalau datang selepas wet season, kebiasaannya dalam bulan April atau ketika air surut, korang boleh masuk ke dalam temple ni. 

Temple ni dibina pada tahun 1950-an dan kawasan ni merupakan pekan Sangkhlaburi dan menjadi pusat aktiviti pada masa tersebut. Bila temple dan kawasan ni tenggelam pada 1968 dengan pembinaan empangan Khao Laem Dam, penduduk mula berpindah dan tinggal di kawasan yang lebih tinggi. Town Sangkhlaburi yang ada sekarang ni adalah pekan baru. 


Kami dibawak ke sini, ke bukit batu kapur yang tak tahu namanya. Motif dibawak ke sini pun tak tau jugak sebab mamat-tak-tahu-nama-2 tu macam biasalah, membisu tanpa sepatah kata. Tapi yang aku tahu, view cantik! Aku teringin nak tahu dan explore tempat ni sebab aku nampak ada kesan ruin macam big wall kat belakang bukit ni. Ke itu cuma mainan perasaan aku je?


Biarlah gambar berbicara.


Lepas tu lalu kat perkampungan tak tahu nama ni dan kitorang cross bawah jambatan tu.


Bila kitorang dibawak ke sini, aku terpukau. Subhanallah, cantik sungguh! Aku tak tahu nak ambik gambar macam mana, sebab tak muat nak rakam semua. Bila lalu kat sini mengingatkan aku dengan Labuan Bajo. Mungkin bagi korang biasa2 je, tapi bagi aku ianya memukau. 


Another kampung tak tahu nama. Kami dah hampir sampai bila nampak gajah2 tu semua. Dah turun dari bot, kami ke pondok belah kiri tu menunggu gajah untuk ditunggang. 


Gajah yang akan bawak kitorang. 

Masa ni dah okay sikit, dah start enjoy. Cara naik gajah kat sini lain, takde panjat tangga terus ke atas belakang gajah ke apa. Mula2 pijak kaki gajah lepas gajah tu duduk, pastu pijak peha pak cik tu dan panjat belakang gajah. Kuat tu kaki pak cik tu, nampak je kurus. Aku pulak risau nak pijak, takut patah riuk tulang pak cik tu. Kami akhirnya selamat sampai kat sini lepas mengharung sungai berkali2. Pastu gajah yang aku naik dengan Izza buat perangai pulak, nakal betul sampaikan pak cik penjaga tu kepenatanlah. Agaknya aura kenakalan aku berpindah kat gajah tu, kot? hahaha.

Kat sini kitorang diberikan lunch nasi goreng vege yang ditapau dalam plastik! Serta nanas yang tak boleh lawan kemanisan nanas kat Rinjani. Lepas dah kenyang, kitorang dibawa menyeberang sungai yang deras arusnya dan berbatu2 yang licin. Seberang sungai, lalu semak, seberang sungai, lalu semak samun lagi pastu seberang sungai lagi, baru jumpa tempat permulaan untuk berakit. 


Laluan semak samun terakhir sebelum menyeberang sungai terakhir. Sekali tengok gaya dorang macam pegi site, tapi bila tengok pakai life vest terus hilang gaya pegi site. 

Pak cik rakit tu yang bahagikan kitorang ke rakit mana. Aku dan Izza berkongsi rakit yang sama, manakala Nani dan Nik. First time naik rakit buluh yang tak lebar mana dengan arus yang kadang2 kuat, memang cuak jugaklah. Maklumlah, orang takut air macam aku memang selalu fikir macam2. Lebih2 kalau tempat kitorang lalu tu airnya dalam, macam ada gua kat bawah tu. Punyalah mengong, pegang buluh untuk dayung tu je, terus aku terasa nak nyanyi sambil dayung. Kalau lagu yang ada kaitan takpe jugak, ni lagu pohon beringin! Ntah pape lah, sampaikan pak cik rakit kitorang pun enjoy layan, haha.


Basuh baju ye Cik Salmah?


Kitorang kena stop kejap untuk bagi laluan pada gajah2 tu melintas. Kalau tak kang, free je kitorang kena sembur dengan gajah2 tu.


Aku suka gambar ni! Macam cantikkk je... macam lawaaa je...

Lepas tu berlaku insiden tak dijangka, Nani terjatuh dari rakit. Semua orang gelabah termasuklah pak cik rakit kitorang. Syukurlah tak terhantuk batu dan air kat situ masih cetek. 

Dari situ dah tak jauh ke tempat kitorang mula2 naik gajah tu. Agaknya pak cik rakit kitorang tak puas nak bergelak ketawa dengan kitorang kot. Masa nak turun tu pun dia duk main2, tak nak ikat rakit betul2. Menjeritlah kami berdua, tak kuasa nak redah dalam air gajah tu. Geli geleman tengok yang timbul2 tu. Tapi dorang selamba je basuh kain baju kat tepi tu, aduyaiii!

Mamat-tak-tahu-nama-2 dah standby kat situ dengan botnya tunggu kitorang sampai. Bila semua dah ada, kami semua sekali lagi naik bot untuk balik ke guesthouse. Masa balik ni, masing2 kepenatan. Senyap je sambil bersandar kat dinding bot.


Pelangi dalam air! First time aku tengok dalam air ada pelangi macam ni, cantik! Kiri kanan bot pulak tu boleh nampak.


Masih berdiri.


Aku rasa ni pukat dorang tangkap ikan kot. Masa pergi tak perasan, masa balik baru perasan benda ni ada. 

Masa balik kitorang lagi cepat sebab mamat-tak-tahu-nama-2 tu dah bawak bot ikut laluan yang lebih pendek sebab kitorang dah skip lalu ikut the sunken temple tu. Bila tak lalu situ laluan ke P Guesthouse lagi dekat jadinya. Sampai guesthouse, barang2 kitorang dah selamat dihantar ke dalam bilik. 


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...