Bangun pagi tu masih dalam keadaan tak pasti. Yang pasti bag pun kitorang tak packing lagi. Lepas dah siap mandi di pagi yang sejuk dengan shower yang super sejuk, kitorang start packing apa yang patut. Sambil2 tu aku check email, kot2 lah pihak kedutaan dah reply email aku hantar malam tadi. Tapi tak adanya. Nani akhirnya call kedutaan Malaysia kat Bangkok. Tapi bila dorang suggest suruh kitorang avoid Bangkok for this week, masing2 dah pening. Bila Nani sekali lagi call hostel yang kitorang booking kat Bangkok, lain pulak cadangannya. Dorang kata Bangkok aman je, rally tu tak kacau tourist spot pun.
Akhirnya kata sepakat dicapai, kami akan terus ke Bangkok dan skip ke Ayutthaya memandangkan perjalanan kitorang hari ni agak jauh dan kami seboleh mungkin nak sampai ke Bangkok seawal yang boleh. Sambil kitorang packing, Alain lalu depan bilik kitorang. Dia tanya ke mana tujuan kami dan bila kitorang kata akan ke Bangkok, he said 'good bye' and wished us 'good luck'!
Bilik kitorang belah kiri tu. Dah sampai masanya untuk kitorang mengucapkan selamat tinggal buat P Guesthouse. Since kitorang dah bayar masa check in, so check out kami cuma drop kunci je kat kaunter.
Bunga cantik tak tahu nama kat P Guesthouse.
Dari P Guesthouse kami berjalan ke main road dengan harapan adalah tuk-tuk. Jauh jugak nak menapak ke terminal van dengan beban kat belakang. Alhamdulillah, rezeki kami akhirnya bila ada motor taxi lalu. Aku, Nani dan Nik dengan motor taxi dan Izza dengan motor lagi satu. Sampai kat terminal office yang cuma ada kerusi dan meja di bangunan end shop lot nearly 11.00 am. Masa study pasal transport dari Sangkhlaburi ke Kanchanaburi, van pukul 11.30 pagi tapi masa kitorang sampai tu ada je van pukul 11.00 pagi. Since poskad aku tak sempat nak tulis pun lagi, maka tak ada harapanlah aku nak pos dari sini.
Dari Sangkhlaburi ke Kanchanaburi, banyak betul border security dan van akan berhenti kat setiap sekatan tu. Dan setiap kali itu jugaklah kitorang kena tunjukkan passport. Ada satu tempat tu, officer yang check passport kitorang ramah je bila tahu kami dari Malaysia. Dia siap bagi salam kat kitorang dan katanya dia jugak Muslim. Sampai di Kanchanaburi, aku ke toilet. Tak tahan dah nak tahan dan sesambil tu ushar van ke Bangkok. Dari Kanchanaburi nak ke Bangkok tak susah, van banyak dan every half an hour ada van ke Bangkok. Bas aku tak check pulak sebab dari awal memang aim nak naik van je.
Terminal bas dan van Kanchanaburi.
Kitorang ambik van ke Bangkok pukul 3.30 petang. Kalau dari Sangkhlaburi tadi kitorang duk membuta, kali ni dah tak boleh nak tidur. Aktiviti dalam van adalah makan jajan, bersembang, bergosip. Perjalanan smooth je sampailah kitorang menghampiri Bangkok. Jalan dah start jem sebab orang dah balik kerja. Kami sampai di Victory Monument dah gelap.
Victory Monument di waktu malam. Dalam perjalanan nak ambik BTS untuk ke hostel.
Dari tempat kami diturunkan di Victory Monument, kitorang berjalan ke stesen BTS. Ambik BTS ke Surasak dan berjalan kaki ke hostel. On the way ke hostel, nampak Restoran Cili Padi; Malaysia Authentic katanya. Dah sampai kat hostel, kitorang diberi kunci bilik dan mendakilah kami ke tingkat 3. Lepas letak backpack dan barang2 lain, kitorang turun untuk ke Cili Padi.
Dinner aku malam tu, nasi goreng udang yang biasa2 je. Masa tengah makan ni owner Cili Padi datang tegur kitorang, lama jugak kitorang bersembang, ramah orangnya. Paling best bila dia kata kitorang ni student, ohh la laa...
Lampu hiasan di Cili Padi.
Dah kenyang kami kembali ke hostel. Since baju bersih dah tinggal cukup2 untuk esok dan lusa je, kitorang basuh baju malam tu. Sambil tunggu baju siap dibasuh, aku tulis poskad kat communal area dan dorang ambik peluang untuk mandi. Dah settle semuanya baru aku mandi dan tidur. Esok kami akan menempuh satu lagi pencarian.
footnote: entry Siam tak habis lagi, dah ada entry lain yang menunggu. Malas sungguh nak pilih gambar dan menaip, haish!
panjang sungguh entry ko nie anne..hihik
ReplyDeleteentry tak panjang, tapi perjalanan yang panjang.. huhu
ReplyDelete