Punyalah bercinta nak bangun untuk Subuh pagi tu. Sayang rasanya nak keluar dari selimut dalam kesejukan pagi. Gigih jugak tahan sejuk dan lepas solat kami bersiap untuk sesi memburu sunrise. Masing2 gigih berjalan menuju ke Mon Bridge meredah suhu pagi tu di antara 12˚C dan 13˚C.
Nampak upacara monk blessing di pagi hari, ambik gambar pun curik2. Gambar ni tak jelas sebab pagi tu memang berkabus. Sepanjang jalan tu kami terserempak dengan penduduk kampung yang sama ada tengah tunggu monk atau pun tengah kemas lepas dikunjungi monk.
Dalam kesejukan pagi ni, ramai orang yang berniaga offering set dekat dengan Mon Bridge ni. Masa aku kat sini sempatlah tengok monk dorang buat blessing. Tapi sayang, tak sempat aku nak snap gambar.
Masih berkabus, langsung tak nampak seberang sana.
Hujung jambatan yang runtuh belah sana tu pun sayup2 je nampak. Belakang tu langsung tak nampak apa. Punyalah tebal kabus waktu pagi ni.
Matahari dah tinggi, tapi malu2 je diselubungi misteri kabus. Ralit tengok kabus naik ke atas sambil berjalan melintasi bamboo bridge.
Runtuh di tengah2.
Mak cik berniaga bunga atas jambatan buluh. Mak cik ni sporting bila orang nak ambik gambar dia, siap posing ayu dengan senyuman menikam kalbu tepi besen bunga. Cuma aku je tak boleh blah, sesuka hati ambik gambar curi.
Matahari dah naik bergalah2 pun tetaplah malu2 jugak. Terbukti betapa tebalnya kabus dan betapa sejuknya cuaca kat sini.
Budak kat atas ni terjun dari atas jambatan, ramai yang tunggu nak ambik gambar dia. Aku tak pasti sama ada dia terjun tu on purpose atau memang saja suka2. Tapi kalau aku ler, tak kuasa dalam sejuk gitu nak terjun masuk tasik. Mahu gigil tak timbul2 dah lepas tu.
Dah habis menyeberang bamboo bridge tu, sampailah ke perkampungan Mon. Kat hujung jambatan tu ada pasar, jual macam2. Cuma aku tak pasti pasar ni ada setiap hari atau hanya hari2 tertentu sahaja. Punyalah banyak anjing berkeliaran, tak daya aku nak ushar gerai ni semua. Risau kot2 muncul kat sebelah, aduhaiii. Cukuplah sekadar intai dari jauh je.
Kesan runtuhan dari Mon Village.
Dah banyak kabus yang hilang. Suka aku tengok sinar matahari belakang bukit bukau tu. Macam cantik je... macam lawa je...
Aku tak adalah nak merayau masuk Kampung Mon tu walaupun teringin nak buat macam tu. Kitorang kena cepat sebab dalam pukul 10.00 pagi kami nak check out dah. Dalam pukul 8.30 pagi tu kitorang dah patah balik. Sempatlah beli poskad dan fridge magnet kat gerai tepi jambatan tu. Dah selesai baru kitorang berjalan balik ke guesthouse. Masa ni dah tak sesejuk pagi tadi. Lepas kemas backpack, dah pastikan tak de yang tertinggal baru kitorang prepare breakfast. Kat sini breakfast tak disediakan, tapi kitorang boleh mintak air panas free.
Nasi lemak segera keluaran Bumiputra Nasgera menjadi hidangan sarapan kami pagi tu. Tapi kalau korang nak bawak ni sebagai bekal, aku suggest korang bawaklah sambal bilis ke, telur rebus ke, sebabnya bilis yang ada untuk 1 pack nasi lemak ni cuma dalam 3-4 ekor je.
Dah kenyang makan, bayar duit bilik dan bergambar, kami berempat dihantar oleh suami Ying ke P Guesthouse, lebih kurang 1.7km dari Coffee Berry Guesthouse. Baik sungguh dorang ni, dah lah masa sampai hari tu dorang pick up, nak ke guesthouse lain pun dorang hantarkan free of charge! Aku akan ceritakan pasal guesthouse dan hostel yang kitorang stay dalam entry khas yang tak tau bila nak siap.
This is really nice! This year nak try buat trip ni juga la :)
ReplyDeleteBtw... sudi2kanlah melawati blog saya. Orang baru dalam liga :)
TQ
Hafiz Azmi
Fellow Blogger
sifusempoi.blogspot.com
Wah, ada nasi lemak segera? Baru tahu hehe. Senang nak masak?
ReplyDeleteHafiz Azmi,
ReplyDeletepegi.. jangan tak pegi..
salam kenal, insya Allah saya singgah.. =)
Waida Yusof,
Bukan nasi lemak je ada, nasi goreng pun ada..
senang je, masukkan air panas je, macam masak maggi..
Haa.. tulah. Nasi goreng biasa jumpa. Nasi lemak belum pernah lagi. Jenama apa? Kalau okay, bolehlah beli :)
ReplyDeleteyang kitorang bawak ni brand Nasgera, agak murah klau nk compare dgn brand lain.. yg kitorang dah try nasi goreng & nasi lemak je. ada jgk nasi ayam & bubur..
ReplyDeletebagi kitorang, ok lah... ada rasa..
=)