Bila van yang ditukar dah sampai, kat dalam tu dah ada 3 sekeluarga. Dari Erawan National Park kami dibawa ke Death Railway. Dalam perjalanan macam biasalah, masing2 buat aktiviti kegemaran dan sesekali kitorang kenakan Izza, jenuh cakap Melayu standard sebab tak nak bagi 'mangsa' kitorang faham.
Dah sampai! Kitorang akan naik train dari sini melintasi Death Railway dengan perjalanan lebih kurang 30 minit. Sementara nak tunggu train pukul 4.00 petang bukanlah tepat pukul 4.00, ada ralat jugak kitorang dibawa ke Kra Sae Cave. Masa kat sini ahli rombongan kitorang dah bercampur dengan rombongan lain, memang ramailah jadinya.
Gua yang menjadi tempat tinggal pekerja kerahan landasan keretapi maut ni. Yang mati dorang campak dan biarkan je dalam gua ni. Binaan yang jelas boleh nampak dari pintu gua ni sebagai memperingati si mati.
Sebahagian dari Death Railway. Landasan yang ni adalah yang dibina semula, landasan asal terletak di belakang gua tadi. Landasan yang ni betul2 depan pintu gua. Bila tengok keadaan structure camni, takut pun ada nak naik train dan lalu atas ni.
Sebelum lalu dengan keretapi, kita berjalan dulu atas landasan ni.
View seberang sana memang menarik. Kalau ada masa panjang, teringin nak singgah kat sebelah sana. Macam best je... macam cantik je...
Pukul 4.++ baru train sampai. Masa naik dalam train, terkesima sekejap bila tengok meriah giler dalam train dengan budak2 sekolah. Tempat duduk dah penuh dalam koc depan tu. Dalam pada berkira2 nak ke koc lain bila Izza ajak, 2 orang budak sekolah tu bangun dan bagi kitorang duduk. Terus cancel nak ke koc belakang.
Meriah kan dengan bebudak sekolah? Masa ni train berhenti kat selekoh. Semua bertumpu ke sebelah situ sebab nak tengok view yang cun. Kitorang yang duduk belah sini bertabah ajelah dengan apa yang ada. Tak mampu dah nak menyelit celah dorang.
Kerana kecewa atau bosan? Since orang belah sana layan view cun, orang2 belah sini layan kehijauan ni pulak. Yang kat tengah2 tu sempat main air lah. Masa berhenti kat sini Niu datang dan bagitau kitorang supaya turun bila next stop.
Klasik sungguh keretapi yang bawak kitorang melintasi Death Railway. Sporting driver train ni, siap tunggu kitorang habis ambik gambar tu.
Koc yang berbeza warnanya. Ramai jugak yang turun kat sini, mostly yang ambik package tour macam kitorang.
Lambaian terakhir daripada 'pak cik' nih. Excited dia duk melambai kitorang.
Dari tempat kitorang turun tadi, van dah sedia tunggu kitorang. Dari situ kami dibawa ke Bridge Railway over River Kwai pulak. Masa ni family yang naik sekali dengan van kitorang tak ada, dorang proceed dengan train dan terus balik ke hotel lepas tu. Agaknya rengsa dengan kitorang yang asyik buat kecoh dalam van agaknya. Kitorang diberhentikan kat area pasar dan diberi masa lebih kurang 45 minit je.
Railway Bridge over River Kwai di remang senja. Ni gambar dari bawah. Jom, kita naik ke atas bridge tu pulak.
Bridge ni memang menjadi tumpuan ramai, terutamanya pelancong macam kami. Aku berjalan sampai ke hujung sana melintasi sungai sorang2 sebelum berpatah balik ke pangkal jalan.
View dari sebelah sana. Korang perasan tak pelantar belah kiri tu? Sebenarnya pelantar tu ada di kedua2 belah. Bila train datang, penumpang akan standby kat platform tu. Penumpang train sedia ada akan turun ke pelantar tu dan penumpang baru akan naik dari platform tu jugak. Tak faham? Senang citer platform tu kiranya transit point for passenger of the train.
Just before leaving the Railway Bridge over River Kwai. Tak boleh nak tengok matahari betul2 terbenam sebab terhalang dengan temple tu.
Since masa yang kitorang ada limited dan aku terleka kat bridge tu, tak sempat nak ushar gerai jualan kat area sini. Sempat ambik gambar ajelah. Masa kat sini aku terserempak dengan Niu, aku antara yang terlambat dan terpaksa dicari. Yang lain dah menunggu dalam van.
Kat dalam tu nampak macam gerai yag jual batu permata. Nak ushar tengok memang tak sempat. Van akhirnya membawa kami ke pangkal jalan guesthouse dan berakhirlah tour kitorang untuk hari ni. Setelah berjanji nak keluar balik untuk dinner, masing2 membawa haluan.
Sisa sunset dari cafe guesthouse. Tenang dan mendamaikan. Balik ke bilik, aku bersembang dengan Meda kat balkoni sambil ushar mamat guesthouse sebelah sementara menunggu masa untuk keluar dinner.
Pukul 8.00 malam kami semua dah ready nak keluar. Staff guesthouse tolong call tuk-tuk untuk kitorang. Gerai yang aku nampak semalam kononnya jual sate tu, rupa2nya bukan. Terkecewa sebab aku dah berangan nak makan sate. So kitorang berjalan ke seberang jalan pulak dan nampak lagi few gerai makan halal.
Kami akhirnya memilih gerai ni. Tengok menu ada nasi ayam. Akhirnya semua order makanan yang sama dan sementara tunggu makanan sampai aku merayau dulu ke bahagian dalam pasar.
Nasi ayam katanya, tapi aku rasa dah macam nasi beriyani. Lagi sedap dari nasi beriyani dalam flight. Sambal cili tu manis2 pedas, sedap! Sup pun sedap, Alhamdulillah. Aku dah makan sesudu baru teringat nak ambik gambar.
Dah kenyang makan kat sini, kami semua ke bahagian dalam pasar sebab aku teringin nak makan pancake. Aku ingat nak beli masa mula2 ke sana tapi disebabkan orang yang menunggu order pun ramai, aku hold dulu.
Mana tak ramai orang yang membeli kalau Heliza yang berniaga? Akak ni senyum je, sabar melayan kerenah kitorang yang macam2. Sikit2 nak ambik gambar, kang jap lagi nak ajak bergambar. Dia nak buat kerja pun tak senang.
Dah semua orang dapat apa yang diidam, tibalah masa untuk kembali ke guesthouse. Pasar ni dibuka dari pukul 5.00 petang hingga 2.00 pagi. Kalau korang ke Kanchanaburi, ambil masa untuk singgah di sini. Mungkin ada rezeki korang boleh makan nasi ayam yang sedap, atau bersua muka dengan akak Heliza. Tapi nasi ayam yang kitorang makan tu ramai peminatnya, masa kitorang nak balik owner gerai tu tengah kemas nak balik dah. Balik dengan tuk-tuk yang sama dan bila dah sampai ke guesthouse, masing2 terus hilang dalam bilik masing2.
ole2 dari thailand utk aku xder ker?haha
ReplyDeleteasyik ko mintak daripada aku je ole2, apa kata ko bagi aku pulak. amacam?
ReplyDelete=)