Wednesday, January 15, 2014

day4 part2: tour setengah hari

Perjalanan dari Coffee Berry Guesthouse ke P Guesthouse tak adalah lama mana pun. Elok je lepas masing2 pikul backpack dan say good bye dekat suami Ying yang aku lupa nak tanya nama tetiba ada orang tegur.

"Hi girls!" Semua berpusing ke arah suara tu dan kitorang tengok uncle mat saleh dalam van semalam tersengih2 sambil lambai tangan kat kitorang. 

"Eh, uncle semalam lah!" Kalau yang terlebih teruja tu haruslah aku orangnya, haha. So, berbual lah sekejap kami kat situ. Uncle tu nak keluar pusing2 dengan motor dan kitorang baru nak check in. Berjalan masuk ke lobi, belum sempat aku bukak mulut nak tanya, mamat yang kat kaunter tu dah tanya dulu.

"You Anne? From Malaysia?" Terkesima kejap aku bila dikenali di negara asing, kalau bab perasan akulah juaranya, hahaha.

"Yes, I'm Anne," bila aku admit mamat tu macam tarik nafas lega pun ada.

"I think you come, not come, you come, not come, and you come!" Happy giler muka dia, macam jumpa retis pujaan pulak bila nampak kitorang datang.

"I've made a promise, no matter how I will come," gitu ayat2 manis aku bagi. Yang sebenarnya aku kena bayar 10% deposit bila buat booking kat sini. Tapi kalau bab goda menggoda ni aku kan hebat, so atas godaan tak seberapa tu aku tak perlulah transfer duit booking. Tu sebab mamat yang aku tak tahu nama sampai sudah tu risau kot2 aku tak muncul. 

Since bilik tak ready lagi, barang2 kitorang disimpan dalam stor dan kitorang cuma bawak dailypack. Kitorang terus buat bayaran dan sementara tunggu pukul 11.00 pagi untuk tour, kitorang pusing kawasan guesthouse tak habis pusing pun dan bila dah penat, melepak kat lobby sambil online sebab ada wifi free. Yang sebenarnya kitorang ambik tour package 'adventure on elephant's and bamboo rafting' dengan P Guesthouse. Tu sebab pagi2 lagi kitorang kena ke sini dan tour kami start pukul 11.00 pagi. Asalnya aku mintak slot pukul 9.00 pagi tapi dah penuh katanya. 


Pemandangan dari P Guesthouse memang awesome. Tak sangka tempat yang aku nampak cantik dari Mon Bridge rupa2nya terletak P Guesthouse di antaranya. Dan pagi ni aku dah berdiri kat sini.

Pukul 11.00 pagi mamat-tak-tahu-nama tu panggil kitorang, bagi jaket keselamatan sorang satu dan suruh kitorang follow this one guy yang kitorang tak tahu nama. Mamat-tak-tahu-nama-2 tu tak cakap apa pun, terus bawak kitorang ke jeti. Sekali dengan kitorang ada sorang bapak dengan anak lelakinya join tour ni. Mula2 kitorang naik bot dan dibawak merentasi tasik yang luas.

   
Lalu kat kawasan perkampungan Mon yang kat tepi tasik. Pancang kayu banyak2 kat tepi tu aku tak tau untuk apa. Nak tanya, mamat-tak-tahu-nama-2 tu buat derk je. Sepatah apa pun tak cakap.


Dari tasik ni boleh nampak Wat Wang Wiwekaram, in fact dari P Guesthouse pun boleh nampak menaranya yang tinggi dan bersinar2 tu. Tapi kitorang tak adalah menyinggah ke sini.


Tower Wat Saam Prasob atau the sunken temple yang tenggelam hampir keseluruhan. Jaraknya dengan temple tu macam jauh, tapi tak sure apa yang ada in between sebab semuanya tenggelam.


Wat Saam Prasob yang tenggelam hampir keseluruhan, langsung tak nampak pintu masuk. Untuk makluman, pintu masuk terletak kat bawah ukiran kat tengah2 wall tu. Kalau datang selepas wet season, kebiasaannya dalam bulan April atau ketika air surut, korang boleh masuk ke dalam temple ni. 

Temple ni dibina pada tahun 1950-an dan kawasan ni merupakan pekan Sangkhlaburi dan menjadi pusat aktiviti pada masa tersebut. Bila temple dan kawasan ni tenggelam pada 1968 dengan pembinaan empangan Khao Laem Dam, penduduk mula berpindah dan tinggal di kawasan yang lebih tinggi. Town Sangkhlaburi yang ada sekarang ni adalah pekan baru. 


Kami dibawak ke sini, ke bukit batu kapur yang tak tahu namanya. Motif dibawak ke sini pun tak tau jugak sebab mamat-tak-tahu-nama-2 tu macam biasalah, membisu tanpa sepatah kata. Tapi yang aku tahu, view cantik! Aku teringin nak tahu dan explore tempat ni sebab aku nampak ada kesan ruin macam big wall kat belakang bukit ni. Ke itu cuma mainan perasaan aku je?


Biarlah gambar berbicara.


Lepas tu lalu kat perkampungan tak tahu nama ni dan kitorang cross bawah jambatan tu.


Bila kitorang dibawak ke sini, aku terpukau. Subhanallah, cantik sungguh! Aku tak tahu nak ambik gambar macam mana, sebab tak muat nak rakam semua. Bila lalu kat sini mengingatkan aku dengan Labuan Bajo. Mungkin bagi korang biasa2 je, tapi bagi aku ianya memukau. 


Another kampung tak tahu nama. Kami dah hampir sampai bila nampak gajah2 tu semua. Dah turun dari bot, kami ke pondok belah kiri tu menunggu gajah untuk ditunggang. 


Gajah yang akan bawak kitorang. 

Masa ni dah okay sikit, dah start enjoy. Cara naik gajah kat sini lain, takde panjat tangga terus ke atas belakang gajah ke apa. Mula2 pijak kaki gajah lepas gajah tu duduk, pastu pijak peha pak cik tu dan panjat belakang gajah. Kuat tu kaki pak cik tu, nampak je kurus. Aku pulak risau nak pijak, takut patah riuk tulang pak cik tu. Kami akhirnya selamat sampai kat sini lepas mengharung sungai berkali2. Pastu gajah yang aku naik dengan Izza buat perangai pulak, nakal betul sampaikan pak cik penjaga tu kepenatanlah. Agaknya aura kenakalan aku berpindah kat gajah tu, kot? hahaha.

Kat sini kitorang diberikan lunch nasi goreng vege yang ditapau dalam plastik! Serta nanas yang tak boleh lawan kemanisan nanas kat Rinjani. Lepas dah kenyang, kitorang dibawa menyeberang sungai yang deras arusnya dan berbatu2 yang licin. Seberang sungai, lalu semak, seberang sungai, lalu semak samun lagi pastu seberang sungai lagi, baru jumpa tempat permulaan untuk berakit. 


Laluan semak samun terakhir sebelum menyeberang sungai terakhir. Sekali tengok gaya dorang macam pegi site, tapi bila tengok pakai life vest terus hilang gaya pegi site. 

Pak cik rakit tu yang bahagikan kitorang ke rakit mana. Aku dan Izza berkongsi rakit yang sama, manakala Nani dan Nik. First time naik rakit buluh yang tak lebar mana dengan arus yang kadang2 kuat, memang cuak jugaklah. Maklumlah, orang takut air macam aku memang selalu fikir macam2. Lebih2 kalau tempat kitorang lalu tu airnya dalam, macam ada gua kat bawah tu. Punyalah mengong, pegang buluh untuk dayung tu je, terus aku terasa nak nyanyi sambil dayung. Kalau lagu yang ada kaitan takpe jugak, ni lagu pohon beringin! Ntah pape lah, sampaikan pak cik rakit kitorang pun enjoy layan, haha.


Basuh baju ye Cik Salmah?


Kitorang kena stop kejap untuk bagi laluan pada gajah2 tu melintas. Kalau tak kang, free je kitorang kena sembur dengan gajah2 tu.


Aku suka gambar ni! Macam cantikkk je... macam lawaaa je...

Lepas tu berlaku insiden tak dijangka, Nani terjatuh dari rakit. Semua orang gelabah termasuklah pak cik rakit kitorang. Syukurlah tak terhantuk batu dan air kat situ masih cetek. 

Dari situ dah tak jauh ke tempat kitorang mula2 naik gajah tu. Agaknya pak cik rakit kitorang tak puas nak bergelak ketawa dengan kitorang kot. Masa nak turun tu pun dia duk main2, tak nak ikat rakit betul2. Menjeritlah kami berdua, tak kuasa nak redah dalam air gajah tu. Geli geleman tengok yang timbul2 tu. Tapi dorang selamba je basuh kain baju kat tepi tu, aduyaiii!

Mamat-tak-tahu-nama-2 dah standby kat situ dengan botnya tunggu kitorang sampai. Bila semua dah ada, kami semua sekali lagi naik bot untuk balik ke guesthouse. Masa balik ni, masing2 kepenatan. Senyap je sambil bersandar kat dinding bot.


Pelangi dalam air! First time aku tengok dalam air ada pelangi macam ni, cantik! Kiri kanan bot pulak tu boleh nampak.


Masih berdiri.


Aku rasa ni pukat dorang tangkap ikan kot. Masa pergi tak perasan, masa balik baru perasan benda ni ada. 

Masa balik kitorang lagi cepat sebab mamat-tak-tahu-nama-2 tu dah bawak bot ikut laluan yang lebih pendek sebab kitorang dah skip lalu ikut the sunken temple tu. Bila tak lalu situ laluan ke P Guesthouse lagi dekat jadinya. Sampai guesthouse, barang2 kitorang dah selamat dihantar ke dalam bilik. 


2 comments:

  1. Wah macam best je Anne naik rakit buluh tu, kena try ni. Suka view kat sini yg byk hutan2 kiri kanan.

    ReplyDelete
  2. part berakit tu mmg best, Pijah.. enjoy je. tambah plak view pun cantik..
    =)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...