Monday, January 6, 2014

hutan di tengah bandar

Setelah kian lama merancang tapi tak pernah jadi, Sabtu lepas akhirnya dipermudahan jugak olehNya untuk kitorang menikmati satu lagi keindahan yang tersembunyi di tengah2 kesibukan bandar Puchong. Nani jadik guide kitorang since kami bertiga ni tak pernah sampai pun ke sana. In fact, Nani lah yang berkongsi pasal tempat ni kat kitorang. 

Hujan lebat di petang Jumaat agak merisaukan kitorang, risau kalau berlanjutan keesokkan hari dan haruslah plan kitorang kena cantas lagi. Syukurlah pagi Jumaat cuaca elok, kami bertemu di Masjid Terapung Puchong aku yang paling lewat sampai, haissh! dan dari situ bergerak ke tempat kejadian. Masa kitorang sampai, kereta yang parking kat tepi2 tu dah berlambak. Yang dah turun dan nak balik pun ada. Yang baru nak mendaki macam kitorang pun ada jugak.


Jalan ke kiri tu lah yang akan membawa korang memasuki hutan simpan. Belah kanan tu bangunan apartment, bahagian belakang gambar ni adalah deretan rumah kedai setingkat.


Mendaki dan berjalanlah sehingga korang jumpa simpang macam ni. Kalau ke kanan, laluan lebih pendek tapi bukitnya terpacak. Kalau ke kiri laluan lebih jauh tapi tak adalah tinggi sangat bukitnya. Jadinya, kitorang pilih ke kiri dan balik ikut laluan satu lagi.


Setelah turun naik, berkenalan dengan macam2 jenis pokok, korang akan jumpa kawasan lapang macam ni. Kalau tak silap, kawasan ni dijadikan tapak perkhemahan. Dari sini jugak aku akan bagi guide kalau nak ke tasik biru.


Kalau korang ambik laluan kanan masa kat simpang atas tadi, korang akan keluar kat sini. Since kitorang nak balik ikut laluan tu, makanya nanti kitorang akan guna laluan yang ni. Belah kanan dari gambar kat atas. 


Laluan sini pulak akan bawak korang ke tasik biru. Since kitorang tak nak balik lagi, moh kita ikut laluan ni. Kita tengok ke mana kita akan sampai.


Korang jalanlah ikut laluan yang ada sampai korang jumpa di persimpangan dilema ni. Korang lalu belah kanan, abaikan halangan yang ada.


Cendawan yang ditemui, tumbuh di dahan yang dah patah. Bak kata Nani, cendawan yang cantik ni ada persamaan dengan wanita cantik. Tak faham? Fikirlah sendiri.


Korang akan jumpa signboard ni sebaik sampai kat jalan tanah merah. Ambik laluan ke kiri dan teruskan berjalan. Start dari sini korang dah boleh dengar bunyi air.


Bila nampak papan tanda ni, maknanya korang dah almost there. In between papan tanda kuning dengan yang merah tu ada laluan ke bawah.


See? Tak boleh masuk, kan? So, apa lagi yang dicari, moh kita balik turun ke bawah. Nak pegang tali boleh, tak nak pegang pun boleh je.


Awan ni terasa rendah giler, seolah2 daun2 pokok tu dapat sentuh awan. Andai dapat kusentuh awan itu... Masa ni kami dah sampai ke tasik biru tu, ada satu group tengah mandi.


Buih bukan hanya di lautan, kat sungai ni pun ada jugak. Kitorang menyeberang ke sana untuk berpiknik. Nani dah tapaukan kami nasi lemak, berseleralah kitorang makan sampaikan aku terlupa nak ambik gambar. 


Air terjun yang akhirnya membentuk tasik @ kolam kecil. Airnya jernih, hijau kebiruan tapi tak biru sangat, mungkin jugak semalam kan hujan lebat. 


Mereka di tasik biru. Dah kenyang apa lagi, berendamlah pulak. Masa ni group yang awal2 tadi dah balik, tapi ada another group pulak yang sampai.

Konon nak rendam badan kejap je, lepas tu nak naik ke kolam yang belah atas. Tapi tak ada maknanya, bila dah berendam masing2 lupa nak tengok jam. Menghampiri pukul 1.00 jugak baru kitorang bergerak balik dengan baju yang basah. Ikut laluan yang sama masa kitorang datang tadi dan balik ikut laluan dalam gambar nombor 4 kat atas bila dah sampai kat tengah2 bukit tu.

  
Lepas turun bukit yang menegak tu, akan jumpa simpang ni pulak. Teruskan ke kanan je. Laluan mendaki dah tak sangat, banyaknya laluan mendatar. Kalau nak balik ikut laluan sama pun boleh je, terpulang pada pilihan korang.


Terjumpa bunga cantik ni, rupa2nya dah tercabut dari dahannya dahan erk?


Ini pulak yang menanti masa untuk kembang.

Sampai kat parking, tak banyak kereta yang tinggal dah. Kemudian kitorang carik gerai satay yang best menurut kata Nani, tapi sayang tutup pulak hari tu. Lepas tu masing2 berpisah menuju haluan masing2. Rupa2nya ada satu lagi laluan ke tasik biru melalui Taman Equine, cuma sejam je masa yang diambil. Mungkin lepas ni boleh try ikut laluan tu pulak. Well, jangan sangka dalam keadaan bandar Puchong yang selalu jem ada hutan simpan dan khazanah alam yang tersembunyi.


5 comments:

  1. Lawa pulak gambar ber'3 tu. Nak! heeee

    ReplyDelete
  2. Normi,
    memang.. ko dtg sini nanti aku bawak ko pegi, jom!

    Nani,
    itulah pasal, rugi ai tak masuk sekali jadi ber4.. hihihi. Nanti bila rajin baru ai dropbox kan erk..
    =)

    ReplyDelete
  3. parking dkat mana ye??

    ReplyDelete
  4. parking je tepi jalan tu.. ramai yang parking kat tepi2 tu..
    *erk, cik anon ni takde nama ke?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...