Masa kat Bangkok tahun lepas macam lama je, padahal tak sampai sebulan pun Nani ada proposed nak buat ATV kat Kemensah dan mengira anak tangga di Batu Caves masa tahun baru. Tapi bila kitorang check Isnin lepas, rupa2nya kena book at least a week before kalau nak berATV. Terus plan berubah, berpiknik di Tasik Perdana Botani, Kuala Lumpur atas cadangan Zilla. So pagi tadi masing2 gigih masak untuk pot luck dan dengan mata rabak aku drives ke Tasik Perdana. Mana tak rabak, pukul 3 pagi baru nak tidur, belum pukul 6 pagi dah bangun demi misi menambah berat badan.
Konon pukul 9 pagi nak jumpa kat sana, hampir pukul 10.00 jugak semua sampai, hampir serentak. Dah dapat port menarik dan bentang tikar, masing2 keluarkan bekalan. Yang datang cuma 6 orang, tapi makanan macam nak jamu 20 orang.
Nasi lemak, coklat, rendang Puan Fatimah dan kek yang berjenis2 hasil daripada 2 orang yang berlainan.
Bukan tu aje, ada sambal bilis, bihun, cucur badak, buah2an siap letak dalam bakul lagi, keropok dan sirap bandung.
Lama kitorang lepak. Makan dan bersembang. Alhamdulillah, kekenyanganlah masing2 sampaikan mata aku pun makin berat. Menghampiri pukul 1 tengah hari, kitorang kemas dan tapau makanan yang banyak lagi tu. Itu pun sebab dah kena serang dengan semut, kalau tak harus lama lagi kot melepak kat situ. Dah kemas kitorang berkonvoi ke Seri Kembangan untuk edisi terjah yang seterusnya.
Haaa... pernah dengar nama tempat ni? Aku pun baru first time dengar dan datang sini, tu pun sebab Nani yang bagitau. Sini adalah bangunan shop lot yang dah siap tapi tak banyak lagi penghuninya. Kat dinding2 shop lot yang terpilih, dilukis dengan mural art oleh 20 pelukis berbakat. Kesemuanya ada 80 hasil karya mereka menghiasi Artsphere20/80ty. Lebih kurang macam Penang Street Art tu, tak pun Trick Art Museum kat Shah Alam tu.
Since kitorang pun datang dah lewat, tak adalah nak ushar semua tempat. Just yang mana sempat je. Since hari ni aku jadi model tak berbayar, terus lupa nak ambik gambar hasil seni yang ada. Hanya a few je yang sempat aku ambik, itu pun bila tengok balik hasilnya tak memuaskan hati. Jom kita tengok apa yang ada.
Epal nan sebiji... memandai je aku bagi nama.
Vespa dan langsir biru. Perasan tak kat dinding tu dah kotor kesan tapak kasut mereka2 yang berposing kat situ.
Jenuh nak hadam apa sebenarnya maksud di sebalik gambar ni awalnya. Rupa2nya tadah air dalam mug belah kiri tu.
Kat second floor ni pun boleh tahan banyak lukisannya. Cuma sayang, mostly dilukis kat beam yang tak lebar sangat. So, bila ambik gambar background belakang yang tak cun mencacatkan gambar macamlah pro sangat ambik gambarnya. Kat atas ni ada tandas, so far masih lagi bersih.
Dalam pukul 3.30, kitorang berpisah dan menuju ke destinasi masing2. Dari sini lama aku tersangkut nak ke susur keluar ke Putrajaya. Rupa2nya dari sini dekat bebenor dah nak balik rumah aku ikut jalan belakang Dengkil - Putrajaya. Lain kali boleh datang lagi. So, kalau korang tak tahu nak bawak anak2 ke mana hujung minggu, bolehlah datang sini. Setakat hari ni tiada entrance fee dan parking pun free. Banyak parking lot dalam building yang kosong, masing2 pakat parking kat luar. GPS coordinates: N 2˚ 58.952' E 101˚ 39.767'. Since aku follow Nani, tak dapatlah nak bagi direction sebab aku tak fokus keliling. So tak perasan apa landmarks on the way tu. Ataupun korang boleh check kat sini atau boleh jugak ke page dorang.
Belum terlambat rasanya aku nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2014 buat semua. Semoga 2014 membuka lembaran baru dengan yang indah2 sahaja dan bertabahlah andai ada kesukaran. Jangan tanya azam tahun baru, sebab aku buat azam tak kira masa. Cuma aku berharap tahun 2014 ini akan lebih bermakna dalam kehidupan aku dan lebih banyak impian yang boleh dicapai. Dan aku bersyukur dengan kejayaan yang aku capai dalam tahun 2013 setelah pelbagai dugaan sepanjang 2 tahun bergelar student. Syukur Alhamdulillah atas segala nikmat yang Allah anugerahkan.
selamat thn baru anne..:)
ReplyDeletesame goes to you, Ijan
ReplyDelete=)
Selamat tahun baru Anne :)
ReplyDeleteselamat tahun baru jugak, Waida..
ReplyDelete=)