Nani akhirnya sampai tengah malam tu, sewaktu jam dah menghampiri 1 pagi. Flight delay dari KL lagi katanya. Kami kemudiannya turun ke level bawah, ambik teksi ke Hua Lamphong Railway Station. Since itu je lah pilihan kitorang. Sampai je kat stesen keretapi tu, masing2 cuak bila tengok ada sekumpulan polis depan main entrance. Bila tanya driver taxi, dia pulak tak faham.
Dalam cuak tu rasa selamat pun ada jugak. Kami lepak kat depan tu, atas tangga. Polis yang tengah berkawal tu tegur kitorang, memang peramah dorang tu cuma masalah bahasa yang menjadi penghalang. Ingatkan dorang berkawal sampai pagi, rupa2nya kejap je. Sebelum dorang pergi dari situ, dorang suruh kami masuk ke dalam. Bahaya katanya kalau duduk depan tu, nanti bad guys datang.
Pening jugak kami fikir macam mana nak masuk ke dalam, sebabnya semua pintu berkunci. Dalam pada kitorang mundar mandir tu, ada sorang mak cik datang. Dia secara tiba2 tunjukkan kami laluan ke arah belakang. Alhamdulillah, dalam keadaan macam tu Allah datangkan bantuan untuk kami. Rupa2nya bukanlah bahagian dalam stesen, tapi kaki lima. Cuma kat situ orang ramai sedang tidur, dan ada jugak yang berjaga. Kami ambik port tepi pagar, sandarkan backpack kat pagar dan lunjurkan kaki untuk berehat. Mula2 kami 'diganggu' oleh mak cik depan kitorang. Ntah apa2 yang dibebelkannya sambil pandang kitorang. Rengsa jugaklah kami, dah lah sepatah haram pun tak faham. Masing2 buat2 tidur.
Mak cik yang rajin bebenor membebel pagi2 buta. Tak ngantuk gamaknya. Sempat aku curi2 ambik gambarnya. Bila mak cik ni dah tarik selimut lepas berkawad keliling kaki lima, masalah lain pulak yang datang. Ntah dari mana datangnya tikus yang gemuk2, cuba nak selongkar beg kitorang. Ingatkan bila alihkan beg ke depan, selesailah masalah. Tapi tak adanya. Makin berani dia mencelah adalah.
Asal ada ruang yang agak tersorok dan tak mengganggu laluan orang, mesti jadi port untuk dorang tido.
Sebab tak tahan dengan gangguan tikus, kitorang decide untuk pindah tempat. Elok je kitorang berdiri angkat backpack, nampak kelibat kawan2 yang lain baru sampai. Kami bertiga dari Suvarnabhumi dan mereka berlima dari Don Mueang airport, berjanji jumpa kat Hua Lamphong. Dah pindah tempat, masalah lain pulak yang timbul. Bila ditegur kami layanlah, tak naklah datang negara orang buat sombong pulak. Tapi bila dah melalut, semua buat muka bosan dan pura2 tidur. Lawaknya bila kitorang semua tak layan, macam2 bunyi dia buat nak tarik perhatian kami.
Dah penat agaknya takde sambutan, pak cik ni tertidur jugak.
Aku baru nak terlelap bila dengar bunyi wisel dan kecoh2. Rupa2nya pekerja stesen keretapi tu kejutkan semua orang, tak bagi tidur dah as they start their operation at 4 in the morning. Kami masuk ke bahagian dalam stesen bersama dengan penumpang lain.
Kaunter tiket nombor 7 je yang bukak pagi tu. Kami beli tiket train ke Lopburi untuk perjalanan pukul 4.20 pagi. Dek kerana nak mengejar train pertamalah kitorang sanggup bermalam di Hua Lamphong.
Gerabak inilah yang akan membawa kami ke destinasi. Walaupun seat tegak dan keras, dengan cuaca sejuknya, lena jugak kami sepanjang perjalanan tu.
Lucky enough, aku terjaga masa sunrise masih berbaki. Dalam train dah penuh sesak, mostly budak2 sekolah.
Sewaktu tiba di stesen Lopburi, ramai yang turun termasuklah budak2 sekolah yang penuh dalam train tu. Lepas tinggalkan backpack kat stesen keretapi dengan bayaran THB10 per bag, kami berjalan keluar dengan daily backpack mencari solution untuk ke ladang. Pak cik pick up offer THB100 per person untuk return trip, tapi kami tolak. Kalau THB100 untuk semua harus kitorang ambik. Akhirnya kami naik bas ke terminal. Kelakarnya ada yang tambangnya THB8 dan ada yang kena bayar THB9. Punyalah susah cakap omputih tak faham2, sudahnya sorang cakap melayu, sorang cakap thai. Jumpa jugak tempat yang dicari.
Terminal bas kat Lopburi yang tak ingat namanya. Bas nak ke sunflower farm tu kat parking lot nombor 20. Dah naik bas aku sambung tido lagi. Terjaga bila nampak belah kanan ada banyak ladang bunga matahari. Tak lama lepas tu driver bas berhenti betul2 tengah simpang dan kitorang turun. Driver dan konduktor bas yang baik hati tu bagitau kami suruh jalan ke dalam.
Kat tepi ni pun ada ladang bunga matahari jugak.
Jumpa ladang kedua, masing2 berterabur ambik gambar. Bunga kat sini besar2 saiznya.
Menariknya bunga matahari ni semuanya facing ke arah yang sama. Masa semua orang tengah excited bergambar kat sini, berhenti pick up kat tepi jalan. Tak lama lepas tu Zilla panggil kitorang naik pick up tu. Kami ditumpangkan dan dibawa ke ladang yang agak jauh dari situ, melalui sebahagian ladang yang dah diharvest sebelum masing2 wow sana, wow sini.
Masih muda remaja, namun tetap indah.
Embun terakhir.
Aku lebih sukakan sunflower berbanding roses. Warnanya ceria berlatar belakangkan langit biru dan bukit. Tak puaslah mata memandang.
Melambai ditiup angin.
Masa aku dengan Pijah baru nak set up tripod untuk ambik gambar ramai2, dorang panggil bagi tau owner pick up yang tumpangkan kitorang tu dah ready nak hantar kitorang balik ke pangkal jalan main road. Masa awal2 tu semua teruja dengan bunga, langsung tak terfikir nak bergambar ramai2. Terus terbantut plan. Sama terbantut dengan plan nak beli kuaci. Mujur Irdhi ada beli, itulah yang kitorang kongsi ramai2. Tapi sayang, gambar kami dengan Tum owner pick up yang baik hati tak menjadi.
Kat tengah simpang inilah bas yang kitorang naik tu berhenti. Dan kitorang berjalan straight ke arah sana. Masa balik kami tahan tuk-tuk dan mintak dropkan kat stesen keretapi.
Masa tunggu train untuk kembali ke Bangkok, kami disertai sorang ahli baru.
Train balik ke Bangkok lebih selesa berbanding train ke Lopburi di awal paginya. Sebaik sampai di Hua Lamphong, kami dapatkan kepastian tentang train ke Kanchanaburi. Finally, kami sepakat untuk ambik mini-bus aka van.
Sebelum tu kitorang isi perut yang kelaparan kat sini dulu. Tak jauh dari stesen keretapi, kedainya belah belakang deretan kedai makan tepi jalan tu. Kalau keluar dari main entrance stesen keretapi, hala ke arah kiri. Di antara deretan kedai makan tu ada lorong kecik, masuk lorong tu dan belok ke kiri. Kedainya belah kiri, di antara deretan kedai2. Lepas dah kenyang, kami kembali ke Hua Lamphong untuk ambik MRT dan tukar ke BTS di Sala Daeng untuk ke Victory Monument.
Mini-bus aka van yang bawak kitorang ke Kanchanaburi. Perjalanan dalam 3 jam dan boleh jadi lebih lama, bergantung pada keadaan trafik. Dah sampai kat Terminal Bas Kanchanaburi, kitorang ambik pick up ke guesthouse. Kat sini pun ada drama sebenarnya, perjalanan penuh drama betullah.
Bilik kitorang floating, kami menginap di VN Guesthouse. Bilik luas untuk 2 orang, ada water heater, table, kabinet dan rak. Kipas kitorang on kejap je, aircond langsung tak guna. Sejuk! Cuma sayang bilik kitorang tak mengadap ke arah open lake. Pun begitu, tetap jugak melepak, layan perasan kat beranda.
wah pantas!
ReplyDelete* peram dulu entry, jiwa tengah kacau. huhu
pantas sbb mood masih baik.. hihihi..
ReplyDelete*kita faham Nani, semoga semuanya dipermudahkan.. good luck!
poskad dari bangkok tak der ker?haha
ReplyDeletekalau ko terima maknanya adalah.. kalau takde tu, faham2 je lah.. hihihi..
ReplyDeleteCantik jer sunflower tu. Salute lah sebab memang kental berhadapan dengan tikus, hehe..
ReplyDeletememang terpukau tengok sunflower banyak2 gitu. dah lah tu bunga favorite kita.. hihihi.
ReplyDeletetikus tu part tetiba dia mencelah memang menjerit jugaklah sebab terkejut. larik sebab tak tahan bila dah start gigit bag kitorang.. huhu
Wah...cantik gambarrrr
ReplyDeleteSalam kenal!
gambar tak cantik mana pun, tukang ambik gambar ni tangan tak bedung, hihi...
Deletesalam kenal jugak.. =)