Monday, March 9, 2009

pgkl kubor - rantau pjg

Sabtu lepas aku dan Aril ke Pengkalan Kubor as our first destination. Since I'm here and my brother is free on that day, so I took this opportunity to be there. Sebelum ni as usual aku cuma mendengar ceritera daripada mereka yang pernah berkunjung ke sana sementelah aku sendiri tidak berkesempatan.


Pengkalan Kubor mempunyai deretan kedai2 yg terhad dan langsung tidak menarik minat aku untuk berbelanja. Aku tidak pasti adakah ini main entrance bagi lokasi ini atau bukan. Tetapi inilah satu2nya laluan berbumbung di sini. Jumlah pengunjung yang tidak ramai, ditambah pula dengan jumlah kedai yang agak kecil bilangannya membuatkan aku tidak berminat untuk menunggu lebih lama.


Di deretan kedai inilah aku bertanyakan harga untuk sepasang gaun buat Sarah. Tapi sayangnya harga yang ditawarkan terlalu tinggi berbanding kualiti menyebabkan aku back off. Rasanya aku boleh mendapatkan baju sebegitu dgn harga yg jauh lebih murah di tempat lain. Tidak sampai 1 jam, keseluruhan tempat itu telah kami lewati. Lantas aku mengajak Aril untuk menyambung perjalanan ke Rantau Panjang memandangkan waktu masih awal.


Kami menyusuri laluan yg bersempadan dengan Sungai Golok dan dapat melihat dengan jelas Thailand di seberang sungai. Di sepanjang laluan kami melalui beberapa pemeriksaan daripada pihak UPP, PGA dan tidak ketinggalan Polis. Jalan yg agak teruk menyebabkan aku terpaksa memandu dengan berhati2. Di sebelah kiri jalan kami disajikan dengan pemandangan indah sawah padi nan hijau terbentang.


Parking merupakan masalah utama setibanya kami di Rantau Panjang. Jenuh mencari ruang di bawah terik panas mentari. Jumlah pengunjung dan deretan kedai2 di sini lebih meriah jika dibandingkan dgn Pengkalan Kubor. Laluan sempit ini menjadi pilihan bg kebanyakan kenderaan mencari ruang untuk memarkirkan kenderaan masing2. Dan di laluan ini juga kami didatangi peminta derma, untuk pelbagai sekolah pondok dan rumah anak yatim. Tapi aku mengambil sikap berkecuali, kerana tidak mahu pisang berbuah 2 kali.


Antara kedai cenderamata yg sempat dikunjungi. Harganya? Tiada yang istimewanya. Kualiti? Tidak pasti memandangkan kebanyakannya Made in Thailand.



Deretan kedai yang mampu membuatkan mata anda menjadi kelabu asap. Hahaha... tambah enak sekiranya anda datang bersama anak kecil yang sukakan barangan mainan. Pasti tidak menang tangan untuk memujuk si kecil anda. Di sini agak lama juga kami melewati dan menjelajahi kawasan ini walaupun tidak keseluruhannya kami jejaki. Adalah juga buah tangan utk bonda dan adik2. Sebagai tanda mata yang aku pernah singgah di sini.



Sawah padi ini aku capture sewaktu dlm perjalanan pulang melalui Pasir Mas. Di kiri kanan jalan di selang seli dengan sawah yang menghijau, rumah2 penduduk dan adakalanya aku melewati tanah terbiar.



Barangkali inilah pusat bandar Kota Bharu, persimpangan lampu isyarat di hadapan KB Mall ini seringkali sesak tiap kali aku melewati laluan ini. Menunggu lampu isyarat bertukar hijau dan meneruskan perjalanan seumpama bercinta layaknya.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...