Friday, April 29, 2016

trip sumut | perjalanan penuh liku ke gunung meriah

Entry ini sambungan dari trip sumut | hutaginjang dan taman eden.


Keluar dari Taman Eden dah lewat, melepasi waktu makan tengah hari. Masing2 dah mula kelaparan, habis segala jajan yang ada kitorang makan. Sebelum ni kemain eksyen, sesetengah jajan tu tengok pun tak sudi. Padan muka kitorang, haha. Perjalanan kitorang melalui ladang jagung dan sawah padi di kiri kanan jalan. Pelik betul, punyalah banyak aku jumpa ladang jagung, tapi langsung tak jumpa orang jual jagung bakar. Kempunan teramat nih.


Masa nampak orang jual nanas kat tepi jalan, cepat2 kitorang mintak Yovie berhenti. Beli 2 biji nanas dan kitorang sambung kembali perjalanan. Teringat2 nanas Lombok yang manis dan juicy, sedap weh!

Dalam perjalanan seterusnya kitorang lalu ikut tepi Danau Toba, belah mana aku tak ingat dah. Nampak hutan tepi tu terbakar dan bomba baru sampai nak padamkan api. Tak jauh dari tepi danau yang terbakar tu, kitorang lalu jalan antara pokok pines kiri kanan. Depan kitorang bersusun kereta dan lori. Rupa2nya ada roadlock. Lepas pada tu hujan turun selebat2nya. Kata Yovie petang memang selalu hujan. Tak lama kemudian hujan berhenti, lega rasa hati. 

Kami berhenti singgah makan kat sebuah restoran Padang, tumpang ke tandas sekali. Menurut Yovie, perjalanan masih jauh. Since perut dah kenyang, hati kembali ceria. Sewaktu singgah di Alfamart, masing2 memborong untuk bekalan bercamping. Kat tempat kitorang singgah tu masih meriah, dalam pekan walaupun suasana dah gelap.

Bila makin kurang jumpa rumah orang, jalan makin sunyi dan bengkang bengkok. Sampai satu masa, aku rasa penat yang teramat sangat. Penat sebab jenuh berteka teki bila nak sampai dan rasa macam dah jauh tapi tak sampai2 jugak. Bila kami lalu kawasan gelap tak berlampu, kiri kanan ada gaung dan ladang sawit, masing2 diam dalam kereta. Takut nak bersuara, tak tahu apa yang ada kat luar sana.

Masa kitorang sampai kat kampung tempat kitorang nak mulakan hiking, hari dah jauh malam. Awan dan Roy dah lama sampai, menunggu kitorang dengan bapak2 kampung tu. Kami packing barang yang nak dibawak dan tinggalkan yang tak perlu dalam kereta. Sebab tak plan awal2, main belasah je masuk bag, berat jugaklah beban yang dipikul.

Kami bergerak ke campsite dengan panduan bapak penduduk kampung sorang, bapak tu akan jadi guide kitorang. Sebab lepas hujan, laluan licin. Dengan bantuan headlamp dan torch light, kitorang redah gravel road dan kemudiannya belukar. Sebelum sampai tapak perkhemahan, at one point aku dengan Echah terpisah dari yang lain2 kat tengah2. Orang depan tak nampak, orang belakang pun tak kelihatan. Tawakal je kitorang redah lalang tinggi sebelum Yovie dan Awan mendekat. 

Sampai kat campsite Gunung Meriah, aku tarik nafas lega. Perasaan hiking waktu malam dengan waktu siang, jauh bezanya. Masa kitorang duk busy cari dan buang pacat, dorang pacak khemah. Bila khemah dah siap, masukkan barang2 dalam khemah dan ready nak ke tempat punca air. Awan dah mula masak masa Yovie bawak kitorang ke tempat air tu. Kaki semua berselut dan berdarah dek pacat. 

Balik dari tempat air tu, aku terus berselubung dalam khemah. Aku rasa macam tak selesa nak melepak kat luar, tak tau kenapa. Aku tak tido tapi tak larat nak bukak mata mahupun nak sambung dorang bersembang. Aku skip dinner dan masa dorang masuk tido pun aku masih tak boleh nak lena. Mujurlah takde apa2 yang berlaku malam tu selain dari anjing yang menyalak kuat kat tepi khemah.


Wednesday, April 27, 2016

trip sumut | hutaginjang dan taman eden

Entry adalah sambungan dari trip sumut | air panas sipolohon.


Dalam masing2 duk bergelak ketawa, tetiba Echah tersedar bag dia takde. Bila check dalam kereta memang takde dan last dia ingat bag tu dia letak kat tempat air panas. Yovie patah balik dan suasana happy tadi terus bertukar sunyi. Masing2 resah gelisah sebab dalam tu ada passport selain duit dan kad atm! Aku rasa macam jauh betul nak sampai, padahal Yovie tekan minyak rapat kot. 

Bila sampai depan hotel, Yovie dengan Echah je yang masuk, kitorang tunggu dalam kereta dengan penuh rengsa. Bila nampak Echah keluar dengan senyum lebar, masing2 tarik nafas lega. Doa orang bermusafir, takde siapa pun yang nampak bag tu kat situ. Tapi selamat jugaklah Rp 10k Chah kena pau dekat budak kat situ. Yang penting segala isi beg tu selamat, Alhamdulillah.

Perjalanan kami yang seterusnya adalah tersangatlah jauh. Penat bersembang kitorang tido, membiarkan Yovie drive sorang2. Semua terjaga bila dah menghampiri lokasi tujuan. Itu pun sebab keadaan jalan dah semakin sempit dan tak rata. Masa tempat first Yovie stop, view tak jelas sebab jerebu. Masing2 pun tak turun dari dalam kereta. Yovie kemudiannya bergerak lebih ke atas dan parking kat situ.


Turun dari kereta, masing2 berkejar memburu view indah ini. Kalau tak kerana jerebu, harus jelas kelihatan danau hujung sana.


Ada kampung di sebalik bukit bukau.


Bunga ni cantik dan bersaiz kecik. Tapi tak banyak, satu dua je yang tumbuh liar.


Hutaginjang ni terletak di kawasan tanah tinggi.


Sisi lain danau dari puncak Hutaginjang.

Kat hujung tu ada tempat berehat, siap bangku dan berbumbung mengadap danau. Masing2 beli pop mi dan air kat kedai tepi tu. Makan berjemaah kat bangku, lama jugak kami melepak kat sini. Sambil2 kunyah roasted peanut yang dibeli dengan nenek kat situ. Tak tahan kot lepak lelama kat sini, mata makin berat dan rasa nak tumbang je, hihi.

Masa kami nak balik, kawasan kat tempat parking tu dah mula meriah. Ada peniaga yang sedang set up gerai jualan. Aku rasa petang2 mesti ramai yang melepak kat atas ni. Turun dari tanah tinggi Hutaginjang kami dibawa ke taman pulak. Jauh perjalanannya.


Kami ke Taman Eden 100. Dari tempat parking kami trekking masuk ke dalam hutan. Takde lah hutan pun sebenarnya.


Semata2 kerana air terjun ni. Airnya sejuk yang amat, geram rasa nak berendam. Masa kami datang ni musim kemarau, kalau musim hujan lagi besar air terjunnya. 


Sungai yang mengalir dari air terjun banyak batu, penyebab kenapa air terjun ni sejuk teramat mungkin. Tapi batu2 ni best, tak sakitkan kaki.

Taman Eden ni luas, ada bayaran untuk masuk tapi aku lupa nak tanya. Kat sini juga disediakan tapak perkhemahan untuk mereka2 yang teringin nak bercamping. Kebetulan masa kitorang datang ni, ada group student yang bercamping. Meriah betul. Ada kebun limau dan strawberry, kalau nak beli pun boleh. Tapi strawberry nya kecik2, dan kebetulan masa kitorang sampai tu buah yang masak dah habis.

Taman Eden bukanlah penutup program hari tu. Ada lagi destinasi yang berikutnya. Aku sambung di next entry.


Monday, April 25, 2016

bottled hope run 2016

Petang Sabtu aku ada another larian, bermakna larian kedua untuk bulan ni. Tapi larian ni adalah larian belah petang yang pertama aku join. Kiranya complete dah untuk tahun ni. Ada larian waktu pagi, petang dan malam.

Event kali ni kat Padang Merbok, Kuala Lumpur. Since aku tak tahu sangat jalan ke sana, aku keluar around 3.30 pm camtu. Aku gunakan khidmat google map kat handphone, pastu off kejap bila phone start hang. Aku on balik bila aku dah tersilap jalan. Tapi bila dah masuk KL, bateri pulak dah weak giler. Bila aku charge guna charger kereta, tak masuk charge pulak. Last2 aku guna instinct. Alhamdulillah, jumpa jugak lokasi.  

Since race kit aku Izza tolong ambilkan, takde lah aku terus pakai uniform t-shirt rasmi. Bila dah jumpa Izza baru aku tukar. Elok je lepas tu hujan turun siap dengan kilat, boleh tahan lebat dan kitorang yang berlindung bawah khemah pun terkena tempias. Bila hujan dah tinggal gerimis, aku ke kereta nak tukar kasut.


Bila aku dah kembali ke tapak event, semua orang tengah warm up. Tapi tak nampak apa yang coach buat sebab stage tu rendah sangat. Aku follow orang depan je, tapi kadang2 tu terbabas jugak buat aksi yang salah, haha.


Dah habis sesi warm up, semua terus berkumpul kat starting point. Mungkin sebab hujan tadi maka perlepasan sedikit delay.

Elok dah dilepaskan, aku pair dengan Izza, Dayah dengan kawan opis dia yang aku lupa nama. Dari starting point tu kitorang belok ke kanan, laluan memang mendaki terus. Memang semputlah bila awal2 dah mendaki. Baru beberapa ratus meter, aku dah stop berlari, berjalan sambil bersembang. Almaklumlah, bila ada geng seiring sejalan mulut lebih laju dari kaki. Tapi tak jauh lepas tu aku tinggalkan Izza.

Aku memang failed kalau jalan kat KL ni, cuma ada few landmark yang aku ingat. Yang pasti route kitorang lalu belakang Stesen Komuter Bank Negara, jenuh gak lalu situ sebab mendaki. Kemudian belok kiri melintasi Memorial Tun Hussein Onn dan Memorial Tunku Abdul Rahman di sebelah kiri jalan yang bertentangan dengan Sasana Kijang. Kalau tak kerana larian ni, aku tak tahu pun Sasana Kijang tu apa, sungguh menyedihkan.

Dari situ laluan dah menurun bukit, laju lah aku melangkah. Kitorang cross jalan kemudian ke kanan, dah tentu encik polis dan volunteer jaga lalu lintas. Dah ke kanan tu laluan kembali mendaki. Yang best kat sini sebab kiri kanan adalah hutan. Sungguh aku tak sangka kat tengah2 hutan batu ada hutan hijau ni.


Hutan di kiri kanan, redup je petang tu. Mungkin jugak hujan yang turun sebelum tu jadi faktor redup.

Aku suka larian ni sebab bawak aku lalu ikut jalan yang aku tak pernah jejak. Kami lalu di kawasan perumahan elit Bukit Tunku, di antara kehijauan hutan dan keadaan jalan yang hilly. Sempat jugaklah cuci mata walaupun kebanyakannya berpagar tinggi siap dengan security guard. Jalan yang kitorang lalu ni memang jarang dilalui kenderaan, sesekali je muncul. Tentunya jalan ini kami yang punya. Tapi bila habis laluan menurun terakhir tu, terus nampak jalan raya terbentang. Habis dah kesegaran tadi. 


Masa ni dah tak jauh dah ke destinasi. Alhamdulillah, cuaca redup lepas hujan bertahan sampai malam.


Jerebu punya pasal, Menara KL pun berbalam je nampak. Next month moh kita kira anak tangga menara pulak!

Lepas ambik medal dan air, aku tunggu dorang sampai. Masa konon2 nak gerak balik, tetiba dorang start dengan cabutan bertuah. Gigih kami tunggu dengan penuh harapan dan debaran. Tapi ternyata kami semua tak bertuah. Habis cabutan bertuah, kitorang bergambar dulu sebelum balik.


Gambar terakhir sebelum tinggalkan event venue.

Since bateri handphone aku memang dah nazak, aku drive balik berpandukan signboard dan instinct. Dah gelap dan tempat tak biasa, takde lah aku nak laju2. Memandu dengan penuh berhemah kot, risau kalau2 tersesat entah ke mana2. Itu pun aku dah terlalu ikut jalan jauh, pasrah ajelah asalkan selamat sampai.


Medal dan bib number untuk Bottled Hope Run 2016. Tak jauh, 7 km je untuk kali ini dan takde timing chip. Aku terlupa nak setting jam, so tak dapatlah nak tengok berapa lama masa aku ambik.


Sunday, April 17, 2016

100 plus outrunner 2016

Tahun ni dah masuk bulan ke empat, baru 2 kali aku join larian. Yang first adalah kampung run hujung February lepas. Aku banyak skip bila registration fee mahal berganda, kalau ada yang mampu register, date pulak tak ngam. Sabtu malam 100 plus outrunner adalah first night run untuk tahun ni.

Lepas Maghrib aku baru keluar rumah. Kalau ikutkan jarak, takde lah jauh mana rumah aku dengan Putrajaya. Tapi kadang2 tersangkut kat traffic light yang jadi lama tu. Sampai depan PICC, jalan biasa aku lalu nak ke parking site tutup pulak. Gigih aku cari jalan lain, sesat barat jugaklah. Jalan yang aku biasa pun tutup jugak, last2 aku terpaksa ikut jalan Desa Pinggiran Putra. Masa aku baru u-turn nak cari parking, bunga api dah diletupkan. Confirm perlepasan untuk kategori 10km.

Berpusing2 aku cari parking, sambil2 tu duk menjeling pelari berbaju putih tinggalkan starting point. Last2 aku parking kat tepi jalan nak masuk ke parking. Kelam kabut aku sarung stokin dan pakai kasut. Campak selipar masuk dalam kereta, capai pouch bag dan aku berlari ke starting point. Ada few peoples yang sama2 terlambat baru nak mulakan larian. Gigih aku kerah tenaga untuk tidak jadi yang terakhir. Masa sampai selekoh dekat dengan water station yang pertama, aku dah berada dalam kelompok pelari lain. 

Selain dari starting point yang di ubah, tak banyak beza laluan untuk larian 10km kali ni. Cuaca panas sekarang memang cepat je rasa dahaga. Walaupun malam, panas tetap terasa. Aku risau sebab sebelum larian ni aku langsung takde exercise. Last adalah masa aku berlari untuk kampung run. Lepas tu aku menternak lemak dengan jayanya. Alhamdulillah, kaki aku behave malam tadi. Cuma aku takde lah nak paksa diri beria, asalkan tak jadi yang terakhir aku sudah cukup berpuas hati. 

Pendapat peribadi aku, organizer tahun ni agak kelam kabut. Ini takde kena mengena dengan kelewatan aku. Tempat nak ambik snack pack jauh giler, dah lah takde signage. Bila aku tanya volunteer masa ambik medal, dia kata kat hujung. Jalan straight je. Tapi nan hado nya. Dah lah kawasan tu gelap, patut kena letak spotlight. Entah lah, dengan khemah air kat hujung sini, khemah snack pack kat hujung sana, memang berterabur. Kalau sebelum ni elok je, lepas dapat medal, depan sikit dah jumpa khemah untuk snack pack. Goodies bag pun takde :(

Snack pack pulak macam tak practical lah kali ni. Dorang bagi pisang sebijik dengan bihun yang dah sejuk dan keras. Aku tengok berlambak dorang buang dan tinggalkan merata kat kawasan lapang. Air kena pegi ambik kat khemah lain pulak. Leceh lah. Bihun tu tak patut pun, seharusnya bagi je roti macam biasa. Yang penting air, sebab masing2 dahaga akulah tu

Sebab dah kelam kabut dan frust, aku langsung tak ambik gambar kat tempat kejadian. Aku terus drive balik, singgah McD Kota Warisan tapau milo ais. Kecewa lagi bila minum tak rasa milo, dah lah cair, tak rasa manis langsung. Dengan kecewa berganda aku balik ke rumah. Nak singgah 7E pun dah takde hati.


Bib number dan medal.


Macam tahun lepas, medal tahun ni kecik cinonet jugak. Besar 2 jari je kot, bayar fee boleh tahan jugak mahalnya.


Wednesday, April 13, 2016

trip sumut | air panas sipolohon



Pagi ni aku agak kesiangan, lena sangat tidur sebab dapat tilam empuk. Kitorang selesaikan yang wajib dulu, pastu baru ambik turn untuk mandi. Sementara tunggu turn, pegi ambik pakaian kat ampaian belakang, masih basah rupanya. Agaknya sebab terdedah dengan embun semalaman. Sempatlah ambik gambar kolam air panas yang kitorang duk berendam semalam tu.


Inilah rupa kolamnya, ada dua bahagian. Yang belah belakang tu lebih dalam dan lebih panas airnya. 

Nampak tak bukit yang ada jalur2 putih antara bangunan dalam gambar atas tu? Yang putih tu jalur air panas mengalir, dorang alirkan ke kolam2 mandian. Sebenarnya, barisan hotel yang kitorang menginap ni memang banyak tempat pemandian air panas macam ni. 

Lepas semua dah settle, backpack dah loading masuk dalam kereta, Yovie bawak kitorang ke belakang hotel. Nak ke belakang sana kena lalu sebelah kolam ni, ada laluan kecik antara bilik mandi. Bila dah tengok terkesima rama2 kejap, sebabnya kalau tengok dari luar dari arah jalan raya macam takde apa2 pun kat belakang tu. 


Tempat air panas mengalir membentuk corak cenggini, color ada macam2 bukan hijau je.


Inilah yang aku nampak masa mula2 tu. Kabus tu kejap ada kejap hilang. Lorong/longkang kecik tu tempat owner ni buat aliran supaya air tu terus masuk dalam kolam tadahan dorang.


Masa kabus ni datang, memang tak jelas apa yang ada.


Tapi bila kabus dah hilang, macam ginilah rupa keadaannya.


Dalam aliran yang terbentuk sendiri dan dekat dengan punca air panas keluar, ada rumbu rumbai macam ni. Cantik je rumbu2 ni bergerak bila air mengalir.


Amacam? Cantik kan? Aku nak menapak lebih2 ke dalam tu tak beranilah pulak, kalau air sejuk boleh je redah.


Punca air panas membuak2 keluar, di sebalik batu besar.


Dalam kolam bersebelahan dengan punca air panas tadi ada bentuk cantik ni. Aku memang clueless macam mana semua ni terbentuk, macam dalam lautan.


Air ni memang nampak biru. Kalau bukan air panas ni, confirm dah jadi tempat berendam nih. Geram tengok color air tu.


Tempat air panas yang mengalir membentuk lekuk dan warna yang indah. Ada tempat warna oren, tapi bila check gambar takde lah pulak.

Lama jugak kami kat belakang hotel ni. Sakanlah masing2 duk bergambar. Walaupun matahari dah mula naik, dan suhu kat situ pun boleh tahan panasnya, masing2 gigih bertahan. Sampailah Yovie panggil dan bagi isyarat nak beredar. Disebabkan barang2 semua dah masuk dalam kereta, kitorang terus je lah proceed ke destinasi seterusnya. Dah jauh kitorang tinggalkan tempat ni bila tiba2 kami terpaksa patah balik. Masing2 berdebar dan suasana dalam kereta yang ceria dengan gelak tawa terus senyap. Apakah?

Bersambung...


Sunday, April 10, 2016

trip sumut | pemandian air soda dan air panas

Entry ini sambungan dari trip sumut | dari air terjun ke danau.


Dari danau kami dibawa ke arah Tarutung dan malam ni kitorang akan bermalam kat sana. Harap2 masih ada bilik kosong untuk kami. Perkara pertama bila sampai, Yovie pastikan ada bilik untuk kitorang menginap malam nanti. Since ada bilik kosong, kitorang unloading barang dari dalam kereta ke dalam bilik. 

Kami takde chance nak melepak lama2 dalam bilik, apatah lagi nak lelapkan mata. Lepas selesaikan hajat dan urusan yang tertangguh, kitorang dah siap2 nak keluar. Yovie nak bawak kitorang ke tempat yang agak special. Kitorang keluar dari kawasan pekan dan masuk kawasan kampung dengan sawah padi yang luas terbentang. Dalam sawah padi tu ada satu kawasan yang jadi tumpuan ramai orang, dan kat situlah tujuan kami.


Pemandian air soda di Desa Parbubu. Nampak tak buih2 kecik yang muncul tu?

Masa kat hotel aku memang plan nak mandi, bukan senang nak mandi air soda ni. Tapi bila sampai dan tengok kemain ramai yang berendam, aku terus cancel. Pulak tu kolam memang ada satu je. Walaupun besar tapi bercampur dengan lelaki perempuan, memang aku tak selesa. Sebagai ganti, aku rendamkan kamera bagi pihak aku dengan bantuan Yovie, along dan Echah.


Buih2 soda ni keluar dari dalam tanah, tapi tak secara menyeluruh. Ada tempat yang takde buih ni keluar, dan tempat yang keluar tu pulak, ada yang banyak dan ada yang sikit.


Kat dasar ni banyak batu2 dan ginilah keadaannya masa buih2 tu keluar. Jangan tanya aku sama ada air tu rasa soda ke tak sebab aku tak sampai hati nak rasa.


Rendam tangan kejap je pun dah penuh dengan buih2 macam gini. Sementara ada yang mandi, kitorang yang tak nak basah ni cuma rendam kaki dan tangan ajelah.


Kolam pemandian tu opposite papan tanda ni, seberang jalan. Masa kami datang ni masih lagi free, tapi tak tahu lah kot2 lepas ni dah ada bayaran. 


Sawah padi yang terbentang luas, berhampiran dengan kolam pemandian air soda.


Bangunan apa ntah, aku dah lupa. Yang menarik sebab bumbungnya. Bentuknya tak jauh beza dengan bumbung Minangkabau, tapi kedudukan bumbung tu yang membezakannya. 

Kami singgah makan sebelum balik ke hotel. Dah sampai hotel, aku dengan Zilla mandi kat kolam air panas kat hotel. Lepas tu Echah dengan Syaza datang. Kolam air panas dengan bilik cuma beberapa langkah je. Even though kitorang tamu hotel, nak mandi air panas tetap kena bayar Rp 5000 sorang. Walaupun kolam tu bercampur jugak, tapi sebab malam tak ramai sangat orang. So, takde lah segan sangat.

Dah lega dapat mandi air panas, aku balik mandi air tak panas pulak. Siap bilas basuh pakaian nak hilangkan bau belerang. Tidur malam tu memang terlebih lena, pulak tu dengan bunyi air mengalir kat luar bilik memang irama tambahan.


Friday, April 8, 2016

trip sumut | dari air terjun ke danau

Entry ini bersambung dari trip sumut | horas medan.


Kami tinggalkan Air Terjun Ponot dan perjalanan balik tetap lalu jalan masa datang tadi, jalan berliku di lereng bukit. Masa balik ni Yovie berhentikan kereta kat tepi jalan, agak lapang sikit kawasan tu walaupun tepi cerun. Aku malas nak keluar, so aku just pass kamera kat siapa ntah suruh ambikkan gambar.


Lukisan alam dari tempat kitorang berhenti sekejap.

Kalau masa datang pagi tadi aku membuta, masa balik ni mata aku dah celik seceliknya. Kitorang lalu kawasan Inalum Indonesia Asahan Aluminium. Luas dan cantik kawasannya, ada kuarters lagi. 


Kawasan Inalum yang kitorang lalu. Kebetulan masa kami lalu, dorang tengah potong rumput. Aku suka giler bau rumput dipotong pagi2, refreshing. 

Nak ke destinasi seterusnya, kitorang dibawak lalu tengah pekan. Alang2 dah tengah hari dan perut masing2 memang tunggu masa nak diisi, kitorang singgah makan dulu. Yovie bawak kitorang makan kat kedai opposite barisan pasar. Sedap masakannya, ada unsur2 masakan Padang. 


Sotong dan tauhu pedas.


Udang goreng cili ni pun sedap. Pedas menyengat, mujur perut aku tak meragam. 

Perut dah kenyang, hati dah happy, mata pun mula memberat. Tapi tak syok lah kalau nak tido. Yovie bawak kitorang pi jamu mata pulak. Dari pekan tempat kitorang singgah makan tu tak jauh dah. Dekat area banyak sawah padi, kitorang masuk jalan kecik. Kiri kanan view memang cun dengan sawah yang berteres2. Kat hujung sana, kat tempat banyak kuburan Kristian Yovie berhentikan kereta. Lalu celah2 kubur pulak tu, haish!


Danau Toba dari Bukit Tarabunga. Perhatikan teluk kat bawah yang cantik menawan tu.


Cuaca agak suram, berjerebu. Kata Yovie ada kebakaran besar di Medan. Kalau cuaca cantik, mesti lagi cantik pemandangan ni. 


Belah sana danau. Kat teluk yang kelihatan kelam tu ada hotel eksklusif, hanya boleh melalui jalan air je kalau nak menginap di sana.


Bunga-bunga cinta.

Bila mata dah leka dengan pemandangan indah, terus lupa dengan kuburan yang bersepah. Tapi jangan tak tahu, kat atas bukit ni sering jadi tumpuan orang bercamping. Boleh nampak kesan tapak khemah dan bekas unggun api. Mesti feeling dia lain macam bercamping kat kawasan macam ni. 

Ingat lagi teluk yang cantik kat atas tadi? Yovie nak bawak kitorang turun ke bawah. Tengok dari atas macam ada tempat nak melepak dan bersantai, macam ramai je pengunjung. Tapi apa pun, kita check out apa yang ada kat bawah sana. Nak ke sana, seksa yang amat. Dah lah jalan berliku2 menurun bukit, sempit pulak tu. Kalau berselisih, pandai2 lah adjust dan masing2 haruslah bertolak ansur. 


Asalnya burung putih tu bertenggek kat kayu tu, tapi tak lama lepas tu semua terbang pergi. 

Tepi tasik ni berpasir macam pasir pantai. Tengah2 panas tu gigih kitorang capture apa yang berkenan di mata. Ada group nelayan yang menjala ikan, group yang mancing kat tepi danau pun ramai. Tengah kitorang melepak, tetiba nampak sekumpulan kerbau keluar dari hutan hujung sana. Rupa2nya tuan dia panggil makan. Tapi tak lama lepas tu masing2 beratur masuk dalam tasik. Berlari kitorang semua nak capture momen tu.


Aku speku yang sekor ni abang long kawasan. Yang lain dah ambik tempat berendam, dia still berdiri ambil usyar keliling. Ushar kitoranglah tu, takut mengganggu ketenteraman dorang.


Agak2 keadaan terkawal, peminat pun tahu batasan, barulah abang long kawasan ni bergerak. 


Rupa2nya tempat abang long kat depan sekali! Memang betullah abang long kawasan. 


Pakcik ni tebar jala, pastu dia kacau2 sekeliling dengan kayu nak suruh ikan masuk jala. Sekali dia angkat jala tu dapatlah dua tiga ekor.

Ralit duk perhatikan pakcik nelayan ni sementara tunggu Yovie terjaga. Kesian dia tak tidur dari malam tadi, dapat port cantik lenalah. Kitorang pun sebenarnya tahan ngantuk jugak tapi gigih berusaha untuk tidak tidur.

Bila Yovie bangun tak lama lepas tu, kami tak tunggu lama. Kitorang tinggalkan danau yang makin meriah dengan pengunjung. Mungkin ramai yang datang melepak belah petang agaknya. Dan sekali lagi kena mendaki laluan yang sempit dan berliku sebelum sampai simpang tempat kitorang masuk antara rumah penduduk kampung tadi.


Tuesday, April 5, 2016

trip sumut | horas medan

Trip sumut Sumatera Utara kali ni aku join Zilla. Makanya aku cuma bawak badan dan duit je, the rest dah tentu2 Zilla yang settlekan. Flight kitorang agak berdrama queen sikit hari berlepas tu. Dari pukul 8.00 malam, anjak ke pukul 10.00++ malam. Then flight kitorang delay ke pukul 12.30 midnight. Jenuh melepak kat airport, sebabnya pukul 6.00 pm aku dah sampai KLIA2. 

Jauh giler nak menapak ke Gate Q3, first time kot aku dapat gate yang jauh. Kitorang yang last agaknya, bila sampai tengok dah penuh orang. Sempat isi air dalam botol, then dah dipanggil untuk boarding. Alhamdulillah, flight landed 10 minutes ahead of ETA. 

Everything was fine until we go through the immigration process. The officer insisted to have our return flight, semuanya dengan Zilla, tapi macam mana nak panggil sebab Zilla dah terlepas ke depan. Kitorang memang takde detail flight itinerary this time. Jenuh nak explain kat officer kerek tu, macamlah kitorang teringin sangat nak overstay. This time aku rasa macam leceh giler kot proses kat immigration, selalu tak macam ni. So, aku suggest sesiapa yang nak ke Indonesia lepas ni sila prepare your return ticket. 

Dah settle segala drama kat immigration, kitorang keluar through customs and off we go. Yovie dah menunggu. Bila semua dah ready, Yovie drive keluar dari airport. Entah ke mana2 Yovie bawak, dari aku jaga, pastu tido, then jaga balik. I don't dare to ask, lebih2 lagi bila laluan agak scary. Aku cuma mampu pandang je, tak berani nak bersuara.


Yovie akhirnya berhenti kat sini dalam 3.00 pagi camtu. Dia nak rehat dan minum kopi, tak tahan mengantuk agaknya. Kitorang keluar kejap, luruskan kaki pastu masuk balik dalam kereta.

Masa Yovie dah masuk balik dalam kereta dan nak teruskan perjalanan, aku dah mamai pun. Pastu lena sepanjang jalan kot. Terjaga bila Yovie berhentikan kereta dan bagitau dah sampai. Dalam mamai2 dan pening tu, masing2 keluar dari kereta dan sebaik ditunjukkan objek depan mata, semua duk wow!


Air Terjun Si Gura Gura yang laju mengalir ke bawah. Tengoklah jalan berliku kat sebelah tu, confirm pening layan lap. Kat bukit tu ada 2 lagi air terjun, tapi tak sebesar Si Gura Gura.


Kasi close up sikit cemana rupa air terjunnya.

Kawasan tempat kitorang berhenti ni tepi jalan je. Ada tempat untuk tengok air terjun ni. Tapi awas, monyet kat sini aggressive, dah lah besar2 pulak tu. Mujur ada Yovie, takat kitorang halau ni dia boleh buat taktau je. Lagi dekat dia datang adalah. Berterabur kitorang lari bila dia datang menyergah.

Dari situ Yovie bawak kitorang lalu jalan berliku sebelum lalu tepi bukit. Dah habis jalan berliku tu, kena redah laluan berlubang2. Badan masing2 memang goyang habis, haha. Sampailah kat penghujung jalan yang tak rata tu, mata dah terpandang sesuatu belah kanan. Elok je Yovie parking kereta, masing2 menyerbu keluar.


Air Terjun Ponot kelihatan gagah dari kejauhan.


Lagi dekat. Air terjun ni bertingkat2 sebelum jatuh ke bawah.

Aku berjalan naik ke atas, lebih dekat dengan air terjun. Memang cantik, hati dah tertawan. Tapi melangkah memang kena hati2, sebab laluan licin. Embun pagi, percikan air terjun dan gerimis yang sesekali muncul memang bersatu pagi tu. Tapi sayang betul kat bahagian atas tu, sampah merata2. 


Belah kanan Si Ponot, ada banyak punca air terjun yang kecik2 macam ni.


Geram je tengok air terjun ni. Dah lah pagi ni tak jumpa air lagi. 

Tapi kan... aku selalu terfikir, cemana agaknya kat bahagian atas sana? Aku selalu tengok air terjun, dan kebanyakannya datang dari atas bukit dan keluar macam tu aje. Aku selalu terbayang imaginasi yang entah apa2, dari mana punca air dari tempat yang setinggi itu. Tapi walau apa pun, semuanya terhasil dari kekuasaan Allah. Masa hujan rintik2 bertukar menjadi kasar, aku bergegas turun ke bawah. Tapi tak lama pun rintik kasar tu. Sudahnya aku melepak je kat bawah, malas dah nak mendaki naik ke atas lagi.


Kat bahagian bawah ni banyak batu dan sungai ni nanti akan bersambung kat bawah sana dengan Sungai Asahan. Jangan tak tahu, kat Medan ni pun ada jugak tempat nama Asahan.


Menara kabel dari puncak bukit bersebelahan dengan air terjun Ponot.

Kawasan Asahan ni Air Terjun Si Gura Gura dan Air Terjun Ponot adalah kawasan pembangkit listrik. In fact sebelum sampai ke air terjun Ponot ni korang akan melalui kawasan yang berpagar dan penuh dengan kabel dan switches. Bukan empangan, tapi aku tak reti nak explain. Aku rasa macam ada ambik gambar, tapi bila tengok balik takde lah pulak.


Di sebalik pagar tinggi ni adalah Sungai Asahan yang deras. Air terjun Ponot tadi bersambung kat sini lah, dari belah kanan tu. Kata Yovie, kat sini memang dorang buat water rafting. Tengok pada arus ni, aku tarik gear reverse awal2 lagi dah. Cuak seh!

Bersambung...


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...