Wednesday, April 27, 2016

trip sumut | hutaginjang dan taman eden

Entry adalah sambungan dari trip sumut | air panas sipolohon.


Dalam masing2 duk bergelak ketawa, tetiba Echah tersedar bag dia takde. Bila check dalam kereta memang takde dan last dia ingat bag tu dia letak kat tempat air panas. Yovie patah balik dan suasana happy tadi terus bertukar sunyi. Masing2 resah gelisah sebab dalam tu ada passport selain duit dan kad atm! Aku rasa macam jauh betul nak sampai, padahal Yovie tekan minyak rapat kot. 

Bila sampai depan hotel, Yovie dengan Echah je yang masuk, kitorang tunggu dalam kereta dengan penuh rengsa. Bila nampak Echah keluar dengan senyum lebar, masing2 tarik nafas lega. Doa orang bermusafir, takde siapa pun yang nampak bag tu kat situ. Tapi selamat jugaklah Rp 10k Chah kena pau dekat budak kat situ. Yang penting segala isi beg tu selamat, Alhamdulillah.

Perjalanan kami yang seterusnya adalah tersangatlah jauh. Penat bersembang kitorang tido, membiarkan Yovie drive sorang2. Semua terjaga bila dah menghampiri lokasi tujuan. Itu pun sebab keadaan jalan dah semakin sempit dan tak rata. Masa tempat first Yovie stop, view tak jelas sebab jerebu. Masing2 pun tak turun dari dalam kereta. Yovie kemudiannya bergerak lebih ke atas dan parking kat situ.


Turun dari kereta, masing2 berkejar memburu view indah ini. Kalau tak kerana jerebu, harus jelas kelihatan danau hujung sana.


Ada kampung di sebalik bukit bukau.


Bunga ni cantik dan bersaiz kecik. Tapi tak banyak, satu dua je yang tumbuh liar.


Hutaginjang ni terletak di kawasan tanah tinggi.


Sisi lain danau dari puncak Hutaginjang.

Kat hujung tu ada tempat berehat, siap bangku dan berbumbung mengadap danau. Masing2 beli pop mi dan air kat kedai tepi tu. Makan berjemaah kat bangku, lama jugak kami melepak kat sini. Sambil2 kunyah roasted peanut yang dibeli dengan nenek kat situ. Tak tahan kot lepak lelama kat sini, mata makin berat dan rasa nak tumbang je, hihi.

Masa kami nak balik, kawasan kat tempat parking tu dah mula meriah. Ada peniaga yang sedang set up gerai jualan. Aku rasa petang2 mesti ramai yang melepak kat atas ni. Turun dari tanah tinggi Hutaginjang kami dibawa ke taman pulak. Jauh perjalanannya.


Kami ke Taman Eden 100. Dari tempat parking kami trekking masuk ke dalam hutan. Takde lah hutan pun sebenarnya.


Semata2 kerana air terjun ni. Airnya sejuk yang amat, geram rasa nak berendam. Masa kami datang ni musim kemarau, kalau musim hujan lagi besar air terjunnya. 


Sungai yang mengalir dari air terjun banyak batu, penyebab kenapa air terjun ni sejuk teramat mungkin. Tapi batu2 ni best, tak sakitkan kaki.

Taman Eden ni luas, ada bayaran untuk masuk tapi aku lupa nak tanya. Kat sini juga disediakan tapak perkhemahan untuk mereka2 yang teringin nak bercamping. Kebetulan masa kitorang datang ni, ada group student yang bercamping. Meriah betul. Ada kebun limau dan strawberry, kalau nak beli pun boleh. Tapi strawberry nya kecik2, dan kebetulan masa kitorang sampai tu buah yang masak dah habis.

Taman Eden bukanlah penutup program hari tu. Ada lagi destinasi yang berikutnya. Aku sambung di next entry.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...