Showing posts with label Phnom Penh. Show all posts
Showing posts with label Phnom Penh. Show all posts

Sunday, July 22, 2012

edisi khas | phnom penh

Dalam edisi khas ni, aku nak berkongsi dengan semua tentang guesthouse yang aku duduk sepanjang aku di Phnom Penh. Setelah searching sana sini, akhirnya aku jumpa review yang menarik di tripadvisor tentang guesthouse ni. Tapi dalam hostelworld aku tak jumpa pulak pasal guesthouse yang ini. 


Europe Guesthouse ni baru lagi beroperasi. Tengoklah wayar letrik yang berserabut kat depan bangunan ni. Tapi Alhamdulillah, sepanjang aku kat sini tak ada apa yang buruk terjadi. Untuk lebih lanjut pasal guesthouse ni, boleh klik di sini


Aku booking single room without window. Masa aku booking ni aku dapat $10 per night, tapi aku tengok dekat website guesthouse rates dah naik. Ada meja tepi, meja tulis dan kerusi, almari pakaian dan cable tv. Aku cuma dapat channel TV1 aje untuk tv Malaysia. Tapi malam aku mesti layan Korea, sebab ada 2 channel yang aku boleh tonton kat sini. 


Ensuite bathroom. Hot shower available, tapi aku lebih prefer air sejuk sebab bilik aku berkipas tanpa aircond. 


Bilik aku kat tingkat 2. Tak ada elevator tapi yang ada cuma tangga sahaja. Apa salahnya sesekali berexercise turun naik tangga. Aku cukup suka dengan design tangga ni.

Overall, aku happy stay kat guesthouse ni. Owner, Seng and his staff, Lin memang ramah dan helpful. They both provide great hospitality and feels like at home. Diorang jugak recommended lokasi restoran halal dan vegetarian restaurant which is just a short walk from this place. Lokasi yang strategik bagi aku, sebab boleh jalan kaki je kalau nak ke pasar malam, riverside, post office, Central Market, National Museum dan Royal Palace. Even aku berjaya jalan kaki ke Monument Independent malangnya ditutup untuk kerja2 baikpulih. Memang berbaloi2 dengan hanya $10 semalam, aku dapat conquer sengsorang. 


Di sinilah tempat aku menjamu selera. Alamat adalah seperti di atas. 


Dalam banyak2 menu yang aku makan, aku betul2 suka dengan nasi goreng seafood ni. Sebabnya nasi goreng ni mewah dengan sotong dan udang. Teh dalam teko putih kat atas tu memang akan dihidangkan tanpa perlu di order. Sudu dan garfu diorang akan letak dalam bekas biru tu yang berisi air panas. 

Corat coret:

Bersedialah untuk menghidu bau2an yang tidak menyenangkan di sekitar Phnom Penh, terutamanya bila korang melalui di antara bangunan2. Aku pernah terserempak dengan mereka2 yang membuang di dinding bangunan mahupun pagar. Pendek kata bau hancing di mana saja.

Pengalaman yang aku tak pernah jumpa kat Malaysia masa perjalanan balik dari Kampong Cham ke Phnom Penh. Bas berhenti kat tepi jalan yang agak semak. Aku pelik juga asalnya, sebab siapalah nak turun kat tempat yang tak ada rumah orang. Rupa2nya sesi membuang secara berjemaah kat tepi jalan! Semua orang kat dalam bas boleh tengok free show. Masa diorang naik bas, seboleh mungkin aku mengelak dari tersentuh dengan mereka2 tu, geli!

Bila aku ke mana2, mesti orang akan cakap Khmer dengan aku. Bila aku kata aku bukan Cambodian, macam2 diorang teka. Tapi paling top Philippine dengan Thailand. Agaknya kalau aku pandai cakap Khmer mesti dapat beli barang murah2. 

Walking alone in Phnom Penh at night is safe. Tak ada orang ganggu kecuali driver tuk-tuk, motodup atau cyclo yang offer service mereka. Bagusnya mereka2 ni tak memaksa.   


Saturday, July 21, 2012

day 4 | pnh - kul

Hari terakhir untuk perjalanan singkat di bumi Kemboja ini bakal berakhir. Rasa macam baru semalam je aku sampai sini, dah nak balik Kolumpo dah. Since aku akan ke airport dalam pukul 2.00 sebab flight aku pukul 4.40 petang dan check out pukul 12 tengah hari, pagi tu sebelum keluar aku dah angkut beg turun bawah dan terus check out. Aku risau kalau tak sempat balik before 12.00 to check out. Seng, owner guesthouse tanya kalau2 aku nak tuk-tuk ke airport dan dia akan arrangekan for $5 instead of $7. Of course lah aku nak sebab dah boleh save $2! 

Lepas dah settle aku berjalan ke post office, nak pos poskad untuk diri sendiri. Kaki aku yang melecet tu aku dah letak plaster, so bolehlah aku berjalan. Sakit sikit2 tu sekadar di angin lalu je, haha..


Wayar letrik yang berserabut ni memang fenomena biasa kat sini. Kalau akulah electrician yang disuruh betulkan, memang awal2 lagi aku dah mengaku kalah, surrender sebelum berjuang. Kadang2 korang boleh nampak plastik sampah yang tersangkut celah2 wayar letrik ni. Bagi aku itu adalah situasi yang amat bahaya.  


Dari guesthouse ke pejabat pos ni tak jauh mana pun. Lepas melalui Psar Chas di sebelah kiri dan tapak pasar malam di sebelah kanan, jalan lagi ke depan dan tadaa!! Korang boleh nampak bangunan pejabat pos ni. Poskad ke Malaysia hanya perlukan setem 2,000 Riel dan ambik masa 16 hari untuk sampai ke tangan aku. Biarlah lambat dari aku langsung tak terima.

Bila dah settle urusan kat post office, aku berpatah balik ikut jalan tadi dan singgah kat Psar Chas. Pasar ni bukak siang hari, malam cuma gerai depan yang jual buah je bukak. Mostly pasar ni jadi tumpuan locals. Bila aku masuk je, mesti diorang menyapa aku dalam bahasa Khmer. Sudahnya aku cuma kata 'no, thanks' sambil gelengkan kepala.  


Next destination adalah Central Market ni. Dari tempat aku melintas boleh nampak deretan gerai bunga kat depan tu. 


Salah satu laluan yang menghala ke main dome ini nama yang aku bagi. Ada 4 laluan utama di mana titik pertemuan adalah dalam dome tu. 


Inillah rupa dalam dome tu. Dari dalam gambar ni, laluan/lorong belah kiri dan depan dimonopoli oleh penjual pakaian. Laluan kanan ada barangan electric/electronic dan pakaian. Belah belakang ni ada sederet perkhidmatan manicure pedicure, toiletries, segala bagai bahan cucian. Pendek kata untuk barang2 keperluan rumah.  


Aku pusing sana tinjau sini, alih2 aku jumpa benda alah ni. Kat sini tertulis pasal sejarah bangunan ni, siapa yang merekabentuk pelan, financial bagai. Eh, tetiba pulak aku faham bahasa Perancis ni, bahasa Khmer tak tahu pulak!

Sewaktu aku berpusing2 dalam bangunan Central Market ni sambil2 nak buang masa, ada peristiwa yang bila difikirkan kelakar pun ada, bengang campur bengkek pun ya jugak. Tapi bila ingat balik, aku gelak sorang2. 

Alkisahnya aku nampak si penjual serangga goreng dan hasil dagangannya. Aku pergi dekat dia dan nicely asked permission nak ambik gambar. Malangnya aku kena marah pulak. 'Free photo, NO! You buy!' Hamboih, garang dan eksyen sungguh. Aku terus blah, hilang mood dengan sedikit bengang, pastu aku gelak sorang2. Padahal kalau aku nak curik2 ambik gambar boleh je. Tapi aku ni beretika orangnya, ahaks! Takat jual cengkerik goreng tu, orang lain berlambak lagi jual. Tak ada pulak nak eksyen cenggitu. Yang pasti cik kak tu memang tolak tuah, kalau tak mesti dia glemer masuk blog aku blog aku ni glemer ke? Perasan aih!.

Dah tak ada apa lagi nak diukur dan dibelek kat situ lepas aku nampak sorang cik kak ni bergayut kat telefon sambik korek hidung, hilang selera aku nak membelek kain baju, maka aku teruskan langkah ke Independent Monument. Tengok dalam map boleh tahan jauhnya, memang jauh pun.


Tempat tujuan aku dalam proses pembaikpulihan. Penat je aku berjalan jauh2, dengan susah payah menepis segala undangan pak cik tuk-tuk dan motodup. Jenuh aku explain aku orang Malaysia bila diorang bersoal siasat dan berteka-teki dari mana aku muncul. Sudahnya aku berpatah balik dan menuju ke National Museum. 



Aku buat lintas hormat kat depan Royal Palace sebelum ke National Museum. Waktu aku buat lintas hormat ni Royal Palace ditutup dan akan dibuka balik pada pukul 2.00 petang untuk tujuan lawatan. Tapi aku memang tak berhasrat pun nak masuk ke dalam.  


Entrance ke National Museum. Bayar tiket masuk $3 kat bawah khemah biru belah kiri ni. Jangan buat2 lupa sebab nanti diorang ambik keratan tiket sebelum masuk ke dalam.


Aku cuma tertarik dengan bumbungnya sahaja. Dalam ni yang banyaknya adalah patung2 tuhan diorang.  Aku rasa hampir 80% terdiri dari patung2, dan selebihnya artifak ini adalah pandangan peribadi, tiada kaitan dengan jumlah sebenar yang mungkin berbeza. Even kat dalam muzium pun diorang worship. Ada mak cik tu senyum kat aku, so aku pun balaslah. Tup2 dia datang bawak bunga suruh aku worship patung tu. Oh tidak! But nicely aku bagitau dia aku Muslim dan tak worship tuhan diorang. 


Ini Silver Pagoda kot, aku tak singgah pun. Just ambik gambar dari seberang jalan. 

Masa balik dari sini, aku lalu lagi sekali Street 130, nak cari restoran halal sebelah hotel IndoChine aku baca dalam blog Zilla, katanya ada kat situ. Malam sebelum tu aku dah lalu tapi tak jumpa. So, aku agak bila siang senang sikit nak cari. Tapi langsung aku tak nampak. Hotel IndoChine tu aku jumpa. Sudahnya aku ke restoran biasa. Dahaga punya pasal aku order 2 gelas iced lemon tea. Memang menyegarkan, tambahan pulak diorang guna limau nipis, bukan limau kasturi. 

Perut dah kenyang, mata pun dah sakit sebab satu famili dari Malaysia yang kecoh dan penuh drama aku pun say good bye dekat owner kedai yang ramah dan baik hati, kadang2 guna bahasa Melayu, kadang2 english bila bercakap dengan aku. Aku balik ke guesthouse, lepak dan sembang dengan Seng dan Lin sebelum ke airport pada pukul 2.00 petang. 


Dalam perjalanan ke airport, hujan turun dengan tiba2. Semua driver motor dan tuk-tuk berhenti tepi jalan pakai baju hujan. Ada jugak yang beli baju hujan baru tetiba aku tengok banyaklah pulak penjual baju hujan kat tepi jalan, padahal dua tiga hari lepas aku lalu kosong je


Alhamdulillah, flight balik seperti yang dijadualkan. Elok je aku sampai airport, hujan dah berhenti. 


Suka aku tengok pemandangan Cambodia dari atas. Petak2 sawah lebih banyak dari rumah kediaman. Kediaman pulak lebih banyak tertumpu di sepanjang jalan utama, maknanya pembangunan belum mendapat tempat di sana.

Sampai di LCCT dah malam. Syukurlah perjalanan kali ini berjalan lancar dan dipermudahkan Allah. Soalan yang sering diaju bila aku balik adalah 'best tak?' Bagi aku, semua tempat di bumi Allah ini indah dan menarik. Setiap kali aku berkunjung ke tempat baru, masing2 ada keistimewaan yang aku tak reti nak ceritakan pada orang. Ada pengalaman baru yang dilalui, ilmu baru yang diperolehi. Tapi yang pasti pandangan aku dan mereka2 di luar sana berbeza. 

footnote: selamat menyambut Ramadhan buat semua. Mudah2an Ramadhan kali ini memberi lebih makna dan keberkatan buat kita semua, insya Allah. Di kesempatan ini aku jugak nak mintak maaf kalau ada yang tersinggung dengan tulisan aku. 


Friday, July 13, 2012

day 2 | phnom penh part3

Lepas keluar dari S-21 aku terus ke tempat Nak driver tuk-tuk menunggu. Masa ni dia dah bagi hint nak hantar aku terus ke guesthouse. Eh, baru setengah hari dah nak stop, kata full day tour. Aku suruh jugak dia bawak aku pergi Boeung Kak Lake walaupun aku tahu tasik ni dah tak wujud lagi dah.

Time dulu2 cerita sejarahlah pulak Boeung Kak Lake adalah tumpuan backpackers, lokasinya pun tak jauh dari Phnom Penh International Airport. Kat area tu jugak agak ramai komuniti Muslim. But since last few years aku tak pasti bila exact date government Cambodia nak develop tempat tu. Tasik ditimbus, penduduk kena pindah, memang isu tu jadi besar dan menimbulkan kemarahan penduduk setempatlah. Kalau tak silap aku isu pasal tu tak settle lagi to this date. Details pasal isu ni memang aku tak tahu sangat pun. Bila aku tengok dalam map ada masjid, so aku insist Nak pergi sana.  

   
Masa berhenti kat persimpangan, aku sempat capture mamat ni tengah kerja. Dia and the geng duk ratakan tar guna cangkul di bawah panas terik. Kerja bawah panas tu normal lah, even aku pun sometimes do the same thing. But the tools used tu yang uncommon. Atau kat Malaysia still ada yang guna cangkul untuk kerja2 cenggini dan aku je yang tak perasan?


Pokok kemboja memang banyak ditanam, rata2nya sedang lebat berbunga. Dah nama pun negara Kemboja. Cuma aku tak dapat pastikan sama ada diorang panggil pokok kemboja jugak atau ada nama lain.


Belakang stesen keretapi sekarang ni telah dihentikan perkhidmatan, sampai bila tak pasti inilah letaknya Boeung Kak Lake. Tasik dah ditambak dan Nak bagitahu aku cuma boleh tengok dari luar aje, tak boleh masuk ke kawasan tu. Entah macam mana aku terlupa nak ambik gambar. Kadang2 aku boleh tak terfikir pun to capture pics. 


Masjid yang dalam pembinaan ini dibiayai oleh Sheik Eisa bin Nasser, businessman dari Emirates. Buat masa sekarang tempat untuk bersolat sementara masjid ni siap dibina terletak belah kanan dari signboard ni. Sekali tengok macam gudang pun ada pun aku boleh terlupa nak ambik gambar

Kat kawasan ni aku namakan sebagai Muslim area, ada banyak kedai makan halal. Sempat aku singgah di restoran Thai Muslim Restaurant. Mulanya aku ingat nak tapau burger Zuki dan makan dalam perjalanan. Lepas dah order baru aku terfikir nak makan kat situ aje. Sudahnya lunch yang dah lewat aku burger daging dan iced lemon tea. Patutnya aku order tomyam! Nampaknya lepas ni kena terjah negara jiran belah utara lah pulak. 

Lagi sekali lepas makan Nak nak hantar aku balik ke guesthouse. Tapi aku suruh jugak dia bawak aku ke Wat Phnom lepas aku kata it's a day tour, not half day. Lagipun aku keluar guesthouse pagi tadi dah agak lewat.  
       

Disebabkan tiket masuk $1 dan aku kedekut yang amat, aku cuma ambik gambar dari luar aje. Lagipun dengan kaki aku yang melecet dan jalan pun tak berapa nak betul, tak adanya aku nak menapak daki anak tangga tu semua. 


Royal Palace ni besar, jenuh nak berjalan masuk ke dalam. Aku lupa berapa harga tiket masuk. Aku tak masuk pun, kaki sakit satu hal. Sakit hati dengan Nak satu hal. Masa dia turunkan aku kat sini, boleh dia suruh aku jalan kaki balik guesthouse. Tak habis2 dia kata 5 minit je jalan kaki. Aku memang naik angin masa ni dan aku tak nak bayar kalau dia tinggalkan aku. Akhirnya dia tunggu jugak dengan muka mencuka. Aku punya cuka dia tak tahu camana.


Berdepan dengan gambar atas tu adalah taman ni. Cantik! Burung merpati memang banyak dan jinak pulak tu. Ada pulak yang jual jagung dan makanan untuk burung, $1 untuk sepeket kecik. Tak adanya aku nak bazirkan duit, dah lah poket makin kering. 


Ini National Museum, pun aku ambik gambar dari jauh. Tak jauh pun dengan Royal Palace tu. Lepas ambik gambar ni aku suruh Nak hantar balik guesthouse. Senyum meleret lah dia, panas je hati aku. Lepas sampai guesthouse dan aku dah bayar $14 seperti dijanjikan, boleh plak offer aku untuk esok. Kalau ginilah cara kau layan aku, memang tak adanya aku nak ambik dengan kau lagi, serik!

Konon petang tu aku nak tengok sunset kat riverside, tapi hampeh je. Aku malas betul nak keluar bila dah balik bilik. Malam je baru aku keluar pergi pasar malam. Aku kena jugak pergi sebab nak beli selipar dan singgah beli plaster kat farmasi sebab kaki aku dah teruk sangat. Mana taknya, kasut tu aku baru beli, first time pakai terus lasak. Tak reti nak warm up dulu. Hujan renyai2 masa aku keluar tu, aku redah je tapi aku memang bawak payung dalam daypack. Just in case kalau tetiba hujan lebat. 


Hiasan ni dibuat dari beads, cantik! Gerai makcik ni kat tepi entrance pasar malam ni. Sempat aku sembang dengan dia, katanya dia dah 4 kali ke Kuala Lumpur. Dahsyat tu, aku baru sekali ke Phnom Penh. Tak mampu aku nak ulang alik berkali2. Sekali ni pun poket dan kontang. 

Aku booking tiket bas dengan guesthouse untuk perjalanan esoknya, hari ke 3 di Phnom Penh. Nasib aku agak baik sebab kaunter bas masih bukak dan tiket untuk esok pun ada. So, the next day will begin with the new experience which I'm never expect to do.   


Tuesday, July 10, 2012

day 2 | phnom penh part2

Dah rabak poket yang dah sedia nipis, perjalanan diteruskan ke Toul Sleng Genocide Museum, atau lebih dikenali sebagai S-21. Dalam hati aku berdoa agar semuanya baik2 sahaja, sebab aku sebenarnya tak sepenuh hati nak ke sini. Aku fikir dah alang2 aku kat sini, eloklah aku terjah aje. So that, sebelum tu aku nak citer sikit pasal sejarah tempat ni walaupun aku tak suka sejarah

Bangunan ini asalnya sekolah, tempat anak bangsa mencari ilmu untuk bekalan di kemudian hari. Tapi malangnya, sekolah ini dijadikan security office 21 sewaktu Democratic Kampuchea di bawah arahan Pol Pot. Kemudian dipanggil S-21. Actually ada lagi 2 part security offices ni. Office S-21 di Tuol Sleng sekolah ni kiranya cam main officelah kot, S-21 Kor terletak di Ta Khmao dan S-21 Khor letaknya di Prey Sor, barat Phnom Penh. S-21 khor dipertanggungjawabkan untuk hasilkan bekalan pertanian kepada seluruh kompleks S-21. Jangan tanya kenapa nombor 21, bukan nombor lain sebab aku pun tak tahu. 

S-21 diubah fungsinya dari bangunan sekolah menjadi pusat tahanan, soal siasat, penyeksaan dan tempat pembunuhan tahanan setelah pengakuan mereka diterima dan direkodkan. Jom bayar entrance fee's $2 kat kaunter masuk, lepas tu kita jelajah jelajahlah sangat bangunan ni sama2. 


Ini Blok A, satu dari empat bangunan keseluruhannya dan semuanya setinggi 3 tingkat. Aku tak naik pun ke tingkat atas, langsung tak rasa nak naik. Even dalam bilik yang dah ditransformkan sebagai sel tahanan ni pun aku tak masuk. Just jenguk ikut pintu sahaja. Bila dah sampai hujung bangunan, aku proceed to the next building which is B. 


Blok A belah kanan dalam gambar ni dan Blok B belah kiri. Di sinilah 14 mayat mangsa terakhir yang diseksa dan dibunuh oleh staff S-21 sebelum mereka melarikan diri dikebumikan setelah ditemui oleh United Front for the National Salvation of Kampuchea pada 1979. Salah seorangnya adalah wanita, walau bagaimanapun mereka tidak dapat dikenal pasti dek kerana mayat mereka dah terurai pun. 

Tiang kayu ni pulak dahulunya digunakan untuk latihan fizikal students tetapi dijadikan alat seksaan sewaktu sesi soal siasat dijalankan. Tangan tahanan akan diikat dan digantung upside down few times sehingga mangsa unconscious. Kemudian kepala mangsa akan diselam dalam barrel dalam gambar di atas yang berisi air kotor sehingga mangsa kembali sedar sebelum meneruskan sesi soal siasat. Kejam? Aku rasa lebih dari kejam, dah tak tau nak guna perkataan apa lagi untuk gambarkan kekejaman tu.

Building B ground floor tempat gambar2 mangsa dipamerkan, turut dipamerkan adalah gambar berwajah ala suci Pol Pot. Aku cuma browse around dan tak berniat pun nak ambik gambar. Tingkat 2 ditutup, hanya untuk staff sahaja manakala tingkat 3 adalah plan pembangunan dengan kerjasama negara lain. Kat sini aku tak concentrate sangat, just tengok gitu2 aje. 

Lepas tu aku ke Blok D, aku skip dulu Blok C. Blok D ni aku masuk ground floor dari arah kedai souvenir kalau korang pernah ke sini mesti korang perasan kedai tu kat hujung blok. Ada gambar2 mangsa, pastu patung tempat diorang worship untuk mangsa tahanan, senjata antaranya adalah alat2 pertanian yang digunakan semasa proses seksaan. Bila aku keluar belah hujung sana memang akan nampak Blok C yang aku skip dan dekat je jaraknya. Aku berkira2, kalau aku naik ke tingkat 2 dan 3, lepas tu aku akan turun kat sini jugak dan proceed ke Blok C pulak sebagai closing. 


Sambil tu aku decided untuk ambil gambar ni dulu sebelum teruskan ke tingkat 2 dan 3. Dawai tu dipasang untuk elakkan mangsa tahanan daripada terjun bangunan untuk bunuh diri. Masa aku fokuskan kamera dan nak click, bulu roma aku meremang semacam. Before ni tak ada pulak aku rasa apa2, bercakap pun tidak! Memang tak ada sesiapa pun aku nak buat kawan bercakap. Lepas aku ambik gambar ni kepala aku pulak terasa kembang dan berat semacam. Arghh.... sudah! 

Aku baca Ayatul Kursi, habis sekali bacaan, kurang sikit berat kepala aku. Lepas bacaan yang ketiga, dah tak ada bulu roma meremang, kepala pun dah lega. So aku cepat2 angkat kaki, tak adanya aku nak explore neither another floor nor the next building. Sudahlah aku sengsorang, kalau terjadi pape macam manalah agaknya. Tak nak ambik risiko aku jalan cepat2 untuk keluar. Aku dah tak peduli pasal orang lain yang sibuk nak bergambar dengan survivor. Yang aku nampak cuma jalan nak keluar aje.

Aku tak ralat walaupun tak habis explore. Lebih baik aku angkat kaki dari ambik risiko. Sudahlah kat tempat orang, walaupun warna kulit hampir sama, tapi pegangan agama teramatlah jauh jurang perbezaannya. Dibuatnya aku collapse kat situ siapa nak tolong? Kalau takat collapse, lepas renjis2 air kat muka dah sedar okay jugak. Dibuatnya aku meracau ntah apa2, cakap Khmer ke, tak ke naya. Nauzubillah, mintak dijauhkan Allah benda2 tu semua. 

Hari kedua belum berakhir. Tetiba aku rasa panjang pulak, padahal malas nak menaip. Nanti2 lah aku sambung balik, bila dah ada kerajinan nak menaip.  


Sunday, July 8, 2012

day 2 | phnom penh part1

Hari kedua di Phnom Penh, aku masih tak tahu ke mana nak dituju. Natijahnya, lama betul aku termenung dalam bilik padahal layan tv channel korea memikir ke mana arah tujuan hari ini. Sejujurnya, aku seolah2 tiada keberanian untuk ke Killing Field mahupun ke S-21. 

9.30 pagi aku keluar dengan perasaan yang masih berbolak balik. Nak dengan tak nak sama banyak, sama berat. Masa keluar tu, pemandu tuk-tuk dengan pemandu moto dah setia menunggu, nak offer service diorang. Jenuh aku bargain, last2 driver tuk-tuk yang pick up aku kat airport semalam setuju bagi $14 sehari. Gasoline di Cambodia mahal, katanya memang mahal pun kalau nak compare dengan Malaysia.  

Akhirnya aku mintak Nak driver tuk-tuk yang aku tak pasti ejaan namanya betul atau tidak bawak aku ke Killing Field, destinasi tumpuan yang letaknya 15km dari barat daya Phnom Penh.  


Di sebelah kanan merupakan sebuah sekolah di antara deretan rumah kedai. Tiga orang untuk sebuah motor adalah perkara biasa, mungkin sebab saiz diorang yang slim so tak adalah terseksa sangat. Kalau tak mahu semput yang duduk kat tengah2 tu. 


Kanak2 berbogel kat tepi jalan juga pemandangan biasa. Tuk-tuk dan cyclo, selain jadi punca pendapatan bagi pemiliknya, juga merupakan tempat tinggal mereka. Dalam pukul 10 malam ke atas, kalau berjalan di antara bangunan memang korang boleh nampak mereka2 ni dah bersiap sedia nak tidur. Golongan homeless kat sini agak ramai jumlahnya. I was wondering about something, but forget it because I won't get the answer, haha.  


Setelah perjalanan yang cukup lama bagi aku, destinasi pertama berjaya dijejaki. Kebetulan masa aku sampai ni, group makcik pakcik yang satu flight dengan aku dah nak balik. Masuk je ikut entrance belah kanan, ada kaunter untuk tiket masuk dan jugak sewa audio, $5 for both.


Since aku pilih Bahasa Melayu, pamphlet yang diberi pun in Bahasa jugak. Cintailah bahasa kita walau di mana saja, peringatan untuk diri sendiri. Dalam map ni, tempat yang bertanda dengan nombor tu ada peristiwa yang berlaku betul ke ayat aku ni?, korang faham sendirilah apa yang aku maksudkan. Korang just need to press the appropriate number at the stop, and the audio will play about the insiden.  


The audio player, pamphlet, admission ticket with the background of the Memorial Stupa. 


Tempat ini asalnya merupakan jirat Cina dan bersebelahan dengan kebun. Antara jirat yang masih kelihatan hingga ke hari ini. 


Stupa peringatan setinggi 17 tingkat ini adalah simbolik bagi memperingati tarikh 17 April 1975, tahun di mana Pol Pot dan Khmer Rouge memasuki Phnom Penh menyimpan ratusan tengkorak mangsa dari pelbagai bangsa dan agama termasuklah Muslim, barangkali turut tersimpan kat dalam ni. Tempat ni merupakan satu antara ratusan padang pembunuhan di seluruh Kampuchea Demokratik sekarang dikenali sebagai Kemboja atau Cambodia dan ada lagi yang masih belum ditemui.

Aku turut singgah di muzium tapi tak menunggu untuk tayangan video. Sekadar tengok, baca dan cuba untuk menghayati apa yang dipaparkan dalam ruang pameran. Aku tak mengambil masa yang lama untuk untuk habiskan tour, bila sorang2 memang laju je lah jalannya.  


Tuk-tuk yang setia menanti pelanggan dan sawah padi yang terbentang. Di sebelah kanan selepas keluar dari Killing Field. Masa aku ambik gambar ni ada budak datang mintak sedekah. '$1 please', 'take picture, please' adalah antara dialog budak2 kat sini. Dan aku dengan hati keringnya berjaya meng'avoid'kan poket aku dari bocor. Lagipun poket aku memang kering pun.
   

On the way nak balik. Selagi boleh sumbat memang diorang sumbat. Bukan setakat barang, orang pun sama. Tak ada pulak polis nak saman, rilek jer.



On the way nak menyinggah ke Pasar Rusia, aku nampak kebun sayur di atas tasik. Jenuh aku duk perati barulah perasan, kangkung rupa2nya. Tempat yang korang nampak air tu adalah laluan sampan diorang. Kayu yang pacak2 tu aku rasa sempadan kot, tak sempat nak interviewlah.


Russian Market, besar dan macam2 ada. Tapi aku tak tawaf semua pun. Masa ni kaki aku dah start sakit dan pedih, sebab melecet. Seksa sungguh rasanya, tapi aku gagah jugak menapak. Dalam pada tak survey seluruh pelusuk, sempat jugak aku sambar 3 pasang Cambodian Silk. Automatik aku dah tak nak ke O'Russey Market padahal aku dah pesan dekat Nak nak singgah situ on the way balik nanti

Selepas Russian Market, perjalanan diteruskan. Masa ni aku masih lagi bertahan tanpa sebarang makanan kecuali air. Kalau berjalan aku memang boleh lupa pasal makan, yang aku betul2 perlukan adalah air.


Friday, July 6, 2012

day 1 | kul - pnh

Seminggu sebelum ke Phnom Penh, adalah aku jenguk sana sini cari info. Tapi sehingga ke tarikh nak fly off pun aku masih tak ada exact plan. Kecuali aku dah book guesthouse untuk 3 malam. Flight aku pukul 3.00 petang, pagi tu sempatlah aku masuk kerja dulu half day sebab aku kedekut cuti. Aku gerak dari rumah dah hampir pukul 1.00, lewat dari sepatutnya. 

Elok lepas parking dan turun ke bawah, bas ke LCCT dah ada. Dalam 10 minit lepas tu bas bertolak ke LCCT. Sampai LCCT just nice, masa aku beratur nak drop baggage ada announcement mintak penumpang ke Phnom Penh move to a new counter to speed up the process. Alhamdulillah, flight was smooth without any problem except bumpy during the flight. Itu normal kalau fly petang2. 

Aku sempat ambik map kat kaunter tuk-tuk. Mamat tu jenuh mengayat aku suruh ambik tuk-tuk dengan dia. Ada insuranlah, selamatlah, katanya bukan kata aku. Aku dah memang nak ambik tuk-tuk kat luar airport je, boleh save $2. Namun sungguh tak kusangka, cempedak dah jadi nangka. Elok je aku melangkah keluar, aku nampak someone pegang kertas bertulis nama aku dengan nama guesthouse! Aku dah hangin tapi sabar je lah sebab aku dah email diorang bagitau aku tak nak pick-up service sebab diorang charge $7 jugak.  


Driver tuk-tuk tu tinggalkan tuk-tuk dia di seberang jalan sana. So dia suruh aku tunggu sebelah sini sementara dia ambik tuk-tuk. Masa ni aku still takde idea dan risau macam mana nak cross jalan sepanjang aku di Phnom Penh ni.


On the way ke guesthouse. Mamat baju putih depan aku tu duduk sebaris dengan aku dalam flight. Masa kami berselisih tuk-tuk, dia senyum dan tundukkan kepala. Masa kat traffic light pulak, sempat aku main mata dengan mamat kereta hitam. Baru jejak Phnom Penh dah gatal main2 mata pulak, hahaha.


Di salah satu persimpangan lampu isyarat on the way ke guesthouse. Even lampu dah merah, diorang masih selamba je lalu, tapi the incoming traffic pandai je mengelak. 

Setelah perjalanan yang agak memenatkan, sebab aku rasa tuk-tuk tu slow giller kot. Aku sampai dengan selamatnya di guesthouse. First thing aku tanya kenapa provide tuk-tuk untuk pick-up aku sedangkan aku tak nak pun. Tapi disebabkan receptionist tu peramah dan mintak maaf atas kesilapan dia which is later aku found out his miscommunication due to his english aku pun cool balik. $2 yang aku berangan nak simpan tu terbang camtu aje, dah tak ada rezeki aku nampaknya. 

Bilik okay, selesa dan berbaloi untuk $10 semalam. Nanti aku akan buat entry lain lepas dah siap posting pasal trip ni sekali dengan restoran halal. Bila? Aku tak janji tapi aku akan cuba siapkan dalam masa yang singkat. 

Malam aku keluar ke night market yang berdepan dengan riverfront. Jalan kaki kejap je dah sampai. Lin mamat reception tu dah tunjukkan dalam map arah ke pasar malam dan jugak restoran halal. 
  

Pasar malam ni cuma diadakan tiga kali seminggu, Jumaat, Sabtu dan Ahad sahaja. Siang hari tempat ni kosong, yang ada cuma khemah. Malam ni aku dah berjaya melintas jalan di Phnom Penh. Just jalan je, tapi pandai2 lah. Nanti kenderaan yang datang akan mengelak dari langgar korang. Insya Allah, selamat punyalah. 


Gerai jual makanan ni letaknya belah belakang dari pintu masuk. Senang cerita belakang stage yang diorang duk perform. Menariknya, diorang beli makanan dan makan bersila atas tikar yang memang dah dibentang ni. Memang tak ada kerusi meja pun. 


Ini stage yang diorang perform tu. Kalau dari pintu masuk tu memang dah boleh nampaklah stage ni. Bukan setakat makan diorang duduk bersila, tengok konsert pun diorang bersila. Ada yang mencangkung, siap ada yang bawak bangku plastic pun ada. Jenuhlah nak angkut ke mana je. Teringat zaman kecik2 dulu, tengok wayang pacak kat padang. Siap bawak tikar, bentang duduk satu family. Kenangan sungguh!

Aku tak beli apa pun, lepas dah habis pusing aku balik ikut laluan lain. Nak singgah di restoran halal on the way balik ke guesthouse. First day aku di Phnom Penh berjalan lancar walaupun ada sedikit ralat di awal ketibaan. Alhamdulillah, tidur pun lena sampai ke pagi. 

footnote: insiden di pagi Jumaat telah berjaya membuktikan aku telah kehilangan rasa itu. Jikalau sebelum ini aku fikir aku tak mampu nak hadapinya, tapi ternyata aku berjaya. Dia benar2 menjadi orang asing dan aku tak rasa apa2 dah. Malahan dada aku lebih lapang dan gembira!


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...