Showing posts with label Melaka. Show all posts
Showing posts with label Melaka. Show all posts

Sunday, March 11, 2012

suatu ketika

Sudah sekian lama aku berhajat nak bercerita tentang kisah sewaktu aku bergelar pelajar. Bukanlah kisah waktu zaman sekolah. Aku rasa kisah zaman sekolah hampir sama bagi semua orang. Ada yang nakal, baik, aktif, terkenal di sekolah dan tak kurang yang biasa2 aje. 

Sebenarnya kenangan sewaktu sekolah aku agak menarik, ada yang menyebabkan aku seolah berpatah arang berkerat rotan pun. Aku pernah melalui zaman suram dan juga zaman kegemilangan. Sepanjang 11 tahun bersekolah, aku melalui pengalaman di tiga buah sekolah. Satu di sekolah rendah dan dua di sekolah menengah. Yang paling best adalah sekolah terakhir, sebab di sinilah bakat aku dihargai. Insya Allah, kalau berkesempatan aku teringin nak coretkan kisah zaman sekolah kat sini.

Orait, kembali ke plan asal. Lepas abis SPM aku sempat masuk U kejap, ambik course yang aku tak minat. Baru separuh jalan aku dapat offer lain, dan aku benar2 excited masa ni. Masa kena interview kat bangunan MARA, aku ingat takde chance untuk aku dah. Rupanya rezeki aku dah tertulis, Alhamdulillah.

Julai 2000, bermulalah perjuangan aku yang sebenar. Dalam 50 orang yang terpilih daripada ribuan yang memohon dan diinterview, hanya enam roses yang terselit among the thorns. Kami dibahagikan kepada dua kelas dengan jumlah yang sama. Kampus ini terletak di Jasin, sebenarnya kami menumpang di kawasan IKM Jasin, Melaka. Dan turut tinggal di asrama yang sama dengan penuntut IKM. 

Disebabkan kami di dalam wilayah IKM, maka segala peraturan adalah hampir sama dengan mereka. Cuma uniform kami bewarna biru, berlainan dengan IKM yang beruniform coklat cair. Selama dua tahun kami bersama, suka dan duka diharung tanpa canggung. MARA Northrop-Rice Institute (MNRI) tempat kami menuntut ilmu dalam dunia aviation, seringkali disindir sebagai kilang beras. Sebenarnya Mr Rice adalah founder untuk Northrop Rice USA bertempat di Houston, USA. 

Banyak benda yang aku pelajari selama dua tahun. Dari zero knowledge tentang aviation, langsung tak tahu nama dan jenis kapal, berjaya jugak aku kuasai sikit demi sedikit, Alhamdulillah. Sebenarnya ilmu ni tak akan pernah habis. Makin banyak aku lalui, makin banyak pulak rasanya yang aku tak tahu. Its a never ending learning process. 

Jangan ingat kami yang perempuan ni dikecualikan dari kerja2 kasar dan berat. Semuanya kami lakukan sama rata, tanpa ada sebarang pengecualian gender. Parut kat jari aku ni masih jelas lagi sebab tersangkut kat firewall HS125, dek kerana kelam kabut nak lompat turun. Korang ada kenangan macam tu? Hanya insan terpilih je yang dapat, haha...


Ni kat dalam hangar, masa ni tengah practical. Kitorang ada 40% teori dan 60% praktikal, either on aircraft or at workshop, depends on the syllabus. Kapal yang aku duk bergambar tu Cessna 182F. Heli kat belakang tu Hughes 500. Oh, zaman ni gambar diambik dengan kamera berfilem. Kalau gambar tak lawa ke, kelabu asap ke, takde nya nak ambik banyak kali. 


Disebabkan space kitorang terhad, ingat lagi kami satu kelas pakat buat paint shop haram kat hujung block. Keliling kami pasang canvas dan jugak plastik, tak nak bagi tempias hujan masuk. Tempat ni memang berbumbung sebab asalnya tempat simpan barang2. Masa ni kami baru lepas settle painting propeller.  


Dan dalam banyak2 gambar selama dua tahun tu, inilah gambar yang paling aku suka. Aku pun tak ingat dah siapa yang tolong snapkan gambar ni. Patutnya kredit diberikan pada tukang ambik gambar nih. 

Gambar2 kat sini aku memang lupa waktu bila aku ambik. Betul2 tak ingat. Banyak jugaklah gambar kenangan selama dua tahun kat sini, tapi tak kan semuanya aku nak share kat sini, malas nak scan gambar2 tu semua. 

Sekarang MNRI dah jadi kenangan, sebab nama tu dah tak wujud lagi. Sekarang MNRI dikenali sebagai UniKL MIAT, semuanya bermula pada tahun 2003 selepas Northrop Rice USA tak lagi bersama2 MARA. Waktu tu aku dah abis study pun...

Kenangan paling best masa buat practical kat Transmile, pertengahan tahun 2002. Masa tu aku kerja shift malam. Yang bestnya sebab pilot Italian tu puji aku, 'good job, young lady!' katanya... haha. Kembang semangkuk masa tu. Sayang, masa kat situ aku langsung tak terfikir nak ambik gambar. Tak mungkin aku dapat kembali ke masa lalu.

footnote: ada sebabnya aku tercampak ke dunia aviation, disebabkan oleh seseorang. Dan aku juga buat lesen pilot pada tahun 2004. Lepas aku kena operate sebab appendiks, langsung aku tak terbang lagi. Masa tu pun banyak kenangan, dan kapal aku hampir2 crash kat Bukit Subang! Nantilah, ada masa mungkin aku akan berkongsi tapi gambar memang tak ada. Ralat sungguh!


Wednesday, July 13, 2011

weekend getaway part2

Bersambung di part2...

Malamnya aku benar2 lena didodoi sang ombak. Aku check out awal, dalam pukul 9 pagi aku dah siap serahkan kunci dan masukkan backpack ke dalam kereta.


Gambar terakhir KM Chalet sebelum aku meninggalkannya pagi itu. Bilik aku paling hujung, arah ke pantai.

Aku tidak terus pulang tetapi sebaliknya memandu menghala ke ALAM dan kemudian berpatah balik ke pangkal jalan persimpangan untuk ke jambatan Sungai Linggi yang merupakan sempadan antara Melaka dan Negeri Sembilan. Aku singgah semata2 untuk mengambil gambar, boleh gitu? Hahaha..


Saja je nak bagi nampak wajah kekasih hatiku masa ambil gambar ni, walaupun sedikit. Inilah Jambatan Sungai Linggi yang menghubungkan Negeri Sembilan dan Melaka. Masa aku berhenti ni ada satu keluarga dari Timur Tengah kot, turut berhenti dan mengambil gambar kat sini. Dan ada beberapa orang sedang memancing. 


Dari sini boleh nampak kapal besar berada di sebelah sana. Kat situ terletak Agensi Penguatkuasa Maritim, itulah sebabnya banyak kapal2 dagang berhenti kat situ.


Terdapat banyak bot2 nelayan ditambat di gigi air. Ada yang dah keluar untuk memancing dan menjala. Waktu ni hujan mula turun dan aku bergegas ke kereta. Elok aje aku masuk kereta, hujan turun dengan lebatnya.


Perjalanan aku teruskan dengan mengambil laluan ke Pasir Panjang. Sebaik aku nampak signboard tertulis Jeti Nelayan Pasir Panjang, lantas aku mengambil keputusan menghala ke arah itu. Inilah hasil dari pemerhatian lensa aku.


Aku sebenarnya takut air, sewaktu kaki ingin melangkah ke hujung jeti hatiku berbelah bahagi. Sama ada untuk meneruskan atau berpatah balik. Dan akhirnya aku decide to proceed since this would be my first and last visit at here.


Taken from jetty.

 
Perjalanan diteruskan dengan cuaca yang tidak stabil. Sekejap hujan, sekejap mendung dan sekejap matahari bersinar terang. Sewaktu melalui Pengkalan Kempas, aku berhenti di sini apabila melihat papan tanda menunjukkan Kompleks Sejarah Pengkalan Kempas. Di sini terletaknya Makam Syeikh Ahmad Majnun dan Batu Megalit. Untuk baca lebih lanjut, boleh klik kat sini.


Aku kat situ sekejap aje. Sebaik aku meneruskan perjalanan tak sampai pun satu kilometer, ada pulak road block lain kat tengah jalan. Terpaksalah aku bersabar menunggu seluruh anggota ni selamat menjalankan pemeriksaan melintas tanpa sebarang kecederaan.

Sebelum keluar ke highway, aku ambil keputusan untuk terus ke Pedas. Bukan ada apa pun, sekadar nak menghabiskan masa secara berhemah. Sempatlah aku beli durian sebiji and having brunch at a stall near roadside. Alhamdulillah, dapatlah makan daging salai masak lemak, errkk.. kenyang... hehe.

Aku tidak terus pulang ke rumah, tetapi melencong ke Nilai 3. Pasar borong yang terkenal di kalangan masyarakat Malaysia. Tujuan? Hahaha... aku konon2nya nak survey dulang untuk barang2 hantaran. Untuk aku?! Bukan.... adalah, tapi pastinya bukan untuk aku. Sambil2 tu sempat jugak aku beli lagi sebiji durian. Kat sini murah sikit.

Waktu aku sampai di Nilai 3, hujan baru lepas berhenti. Dan semasa aku nak balik, hujan kembali turun rintik2. Berlari2 anak jugaklah aku sewaktu nak ke kereta tu. Hasil survey yang tak seberapa, aku tak jumpa apa2 yang menarik. Biasa2 aje, tetapi harganya boleh tahan mahal. Bila tengok harga barang2 tu semua, boleh pulak aku terfikir tak payah kahwinlah membazir beli semua tu. Elok duit tu dijadikan mas kahwin aje. Orang kedekut macam aku ni memang susah nak keluarkan duit untuk barang2 yang tak berapa nak penting.


Balik ke rumah aku berkenduri durian. Ternyata durian yang aku beli kat Nilai 3 lagi sedap isinya dan berbaloi2. Tapi dua2 tu dah habis pun dimakan. Walaupun orang selalu kata, bila makan durian nanti panas. Tapi aku tidur malam elok je berselimut tebal, rasa lagi sejuk adalah sebab hujan malam tu, hehehe.



Monday, July 11, 2011

weekend getaway part1

Perancangan dah dibuat berbulan lamanya. Malahan beberapa kali tarikh diubah memandangkan ahli mesyuarat tingkap ada urusan lain. Maka, hujung minggu lepas telah dipilih sebagai hari untuk hang out ahli mesyuarat tingkap dan keluarga, kecuali aku yang masih single. Itu pun ada yang tak dapat join this holiday.

Urusan tempahan bilik diserahkan kepada aku. Since kami tiga keluarga sahaja, tak adalah susah mana pun untuk diuruskan. Cuma masing2 mempunyai keluarga besar. 

Pukul 11 pagi aku sudah keluar rumah, singgah di pejabat pos untuk menghantar surat dan seterusnya ke Mobil to top up fuel. Melepasi sahaja bangunan IPK Sepang, kereta berderet dan aku dah dapat agak. Ini mesti ada road block sebab bersih yang tak bersih. Aku singgah di Mobil dan isi angin tayar kereta. Malangnya semua pump kehabisan petrol dan aku cuak juga, maklumlah fuel tank aku dah tinggal dua bar. Mujurlah aku berjaya juga top up fuel di petrol pump berhampiran dan perjalanan lancar sebaik melepasi road block. 

Aku memandu dengan kelajuan yang sederhana, menikmati pemandangan di kira dan kanan lebuhraya dan jalan2 kampung. Berhenti untuk makan tengah hari di Tanjung Agas, tidak jauh dari Kuala Linggi. Alhamdulillah, perjalanan kali ini berjalan lancar dan aku tak sesat! 


 
Inilah bilik aku, boleh memuatkan tiga orang tetapi hanya dihuni aku seorang. Lengkap dengan aircond dan kipas, beserta dengan dressing table and television. But the channel reception for television is very poor. Ini merupakan bilik paling hujung dan aku dapat melihat pantai dari tingkap bilik. Alang2 dah bayar mahal, segala tuala, selimut dan kedua2 katil tersebut aku guna. 


Petangnya, sewaktu yang lain sibuk bermandi manda, aku sibuk menyusuri pantai. Dua buah kapal ni berada nun jauh di hujung sana.  


Percikan emas di permukaan air.


Bangunan hijau berbumbung merah itu merupakan dewan makan bagi chalet penginapan kami. Di belakangnya merupakan bilik kami. Kebetulan waktu ni ada kumpulan pelajar sedang menjalankan aktiviti di sini. Jadinya agak meriah dengan jumlah pengunjung yang ramai.   


Lama aku berada di sini, memerhatikan buih yang menyapa pantai. Sesekali aku turut bermain buih yang sentiasa datang dan pergi. 


Ramai jugak kaki pancing yang tidak melepaskan peluang mencuba nasib. And they got fish!


Dari pantai aku berjalan ke darat, menyusuri jalan kampung. Sudah menjadi kebiasaan aku, walaupun ke pantai aku memang tidak akan mandi tetapi aku berjalan menyusuri pantai dan melalui jalan kampung melewati rumah penduduk kampung. Menikmati suasana yang jarang dimiliki. 


Aku suka dengan rumah kayu ini, dengan beranda dan bertiang kayu. Ada pulak sampan kat bawah tangga, menarik.


Bot dengan bentuk yang agak pelik. Boleh pulak aku tak perasan couple tu, bila tengok balik gambar baru perasan. But I like this picture. 


Before sunset.


I loves this pic too!




 
Kalau lah udang ni besar, pasti aku dah tangkap. Dalam ni banyak anak udang dan anak ikan. Tapi bila air kembali pasang, rasanya mereka semua ni pasti boleh kembali ke lautan luas. 


Susah betul nak ambil gambar anak ketam ni. Cepat je masuk ke dalam batu bila aku bangun nak ambil gambar. Dah lah warna hitam, susah betul nak nampak bila kat celah2 batu tu. 


Bila nampak matahari ni terlindung di sebalik awan, aku merasa sungguh keciwa. Hasrat nak tengok sunset yang indah terkubur nampaknya. Namun apakan daya, semuanya kuasa Yang Maha Esa. 


Aku cukup hangin dengan perangai manusia yang stupid tak reti nak jaga kebersihan. Ada ke patut pampers anak ditinggalkan kat pantai? Mesti bila air pasang benda alah ni hanyut ke laut. Orang2 macam ni lah yang jadi perosak alam sekitar. Aku jumpa ni sewaktu dalam perjalanan nak balik ke bilik.


Malamnya kami makan di sini. Peliknya tiada seorang pun yang order ikan bakar. Pun begitu aku juga tak nampak sesiapa pun yang bakar ikan kat situ. Aku rasa hanyalah sekadar nama, saja nak bagi gempak. 



Tengah menyiapkan entry ni, baru aku teringat sesuatu. Aku terlupa untuk melawat Fort Supai yang terletak berhampiran dengan restoran terapung ini. Aduyaii... nak kembali ke sana bukanlah satu idea yang menarik buat masa sekarang.

Malam di Kuala Linggi tiada apa yang menarik. Selepas makan, dengan perut kenyang kami kembali ke bilik dengan agenda tersendiri.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...