Sunday, March 11, 2012

suatu ketika

Sudah sekian lama aku berhajat nak bercerita tentang kisah sewaktu aku bergelar pelajar. Bukanlah kisah waktu zaman sekolah. Aku rasa kisah zaman sekolah hampir sama bagi semua orang. Ada yang nakal, baik, aktif, terkenal di sekolah dan tak kurang yang biasa2 aje. 

Sebenarnya kenangan sewaktu sekolah aku agak menarik, ada yang menyebabkan aku seolah berpatah arang berkerat rotan pun. Aku pernah melalui zaman suram dan juga zaman kegemilangan. Sepanjang 11 tahun bersekolah, aku melalui pengalaman di tiga buah sekolah. Satu di sekolah rendah dan dua di sekolah menengah. Yang paling best adalah sekolah terakhir, sebab di sinilah bakat aku dihargai. Insya Allah, kalau berkesempatan aku teringin nak coretkan kisah zaman sekolah kat sini.

Orait, kembali ke plan asal. Lepas abis SPM aku sempat masuk U kejap, ambik course yang aku tak minat. Baru separuh jalan aku dapat offer lain, dan aku benar2 excited masa ni. Masa kena interview kat bangunan MARA, aku ingat takde chance untuk aku dah. Rupanya rezeki aku dah tertulis, Alhamdulillah.

Julai 2000, bermulalah perjuangan aku yang sebenar. Dalam 50 orang yang terpilih daripada ribuan yang memohon dan diinterview, hanya enam roses yang terselit among the thorns. Kami dibahagikan kepada dua kelas dengan jumlah yang sama. Kampus ini terletak di Jasin, sebenarnya kami menumpang di kawasan IKM Jasin, Melaka. Dan turut tinggal di asrama yang sama dengan penuntut IKM. 

Disebabkan kami di dalam wilayah IKM, maka segala peraturan adalah hampir sama dengan mereka. Cuma uniform kami bewarna biru, berlainan dengan IKM yang beruniform coklat cair. Selama dua tahun kami bersama, suka dan duka diharung tanpa canggung. MARA Northrop-Rice Institute (MNRI) tempat kami menuntut ilmu dalam dunia aviation, seringkali disindir sebagai kilang beras. Sebenarnya Mr Rice adalah founder untuk Northrop Rice USA bertempat di Houston, USA. 

Banyak benda yang aku pelajari selama dua tahun. Dari zero knowledge tentang aviation, langsung tak tahu nama dan jenis kapal, berjaya jugak aku kuasai sikit demi sedikit, Alhamdulillah. Sebenarnya ilmu ni tak akan pernah habis. Makin banyak aku lalui, makin banyak pulak rasanya yang aku tak tahu. Its a never ending learning process. 

Jangan ingat kami yang perempuan ni dikecualikan dari kerja2 kasar dan berat. Semuanya kami lakukan sama rata, tanpa ada sebarang pengecualian gender. Parut kat jari aku ni masih jelas lagi sebab tersangkut kat firewall HS125, dek kerana kelam kabut nak lompat turun. Korang ada kenangan macam tu? Hanya insan terpilih je yang dapat, haha...


Ni kat dalam hangar, masa ni tengah practical. Kitorang ada 40% teori dan 60% praktikal, either on aircraft or at workshop, depends on the syllabus. Kapal yang aku duk bergambar tu Cessna 182F. Heli kat belakang tu Hughes 500. Oh, zaman ni gambar diambik dengan kamera berfilem. Kalau gambar tak lawa ke, kelabu asap ke, takde nya nak ambik banyak kali. 


Disebabkan space kitorang terhad, ingat lagi kami satu kelas pakat buat paint shop haram kat hujung block. Keliling kami pasang canvas dan jugak plastik, tak nak bagi tempias hujan masuk. Tempat ni memang berbumbung sebab asalnya tempat simpan barang2. Masa ni kami baru lepas settle painting propeller.  


Dan dalam banyak2 gambar selama dua tahun tu, inilah gambar yang paling aku suka. Aku pun tak ingat dah siapa yang tolong snapkan gambar ni. Patutnya kredit diberikan pada tukang ambik gambar nih. 

Gambar2 kat sini aku memang lupa waktu bila aku ambik. Betul2 tak ingat. Banyak jugaklah gambar kenangan selama dua tahun kat sini, tapi tak kan semuanya aku nak share kat sini, malas nak scan gambar2 tu semua. 

Sekarang MNRI dah jadi kenangan, sebab nama tu dah tak wujud lagi. Sekarang MNRI dikenali sebagai UniKL MIAT, semuanya bermula pada tahun 2003 selepas Northrop Rice USA tak lagi bersama2 MARA. Waktu tu aku dah abis study pun...

Kenangan paling best masa buat practical kat Transmile, pertengahan tahun 2002. Masa tu aku kerja shift malam. Yang bestnya sebab pilot Italian tu puji aku, 'good job, young lady!' katanya... haha. Kembang semangkuk masa tu. Sayang, masa kat situ aku langsung tak terfikir nak ambik gambar. Tak mungkin aku dapat kembali ke masa lalu.

footnote: ada sebabnya aku tercampak ke dunia aviation, disebabkan oleh seseorang. Dan aku juga buat lesen pilot pada tahun 2004. Lepas aku kena operate sebab appendiks, langsung aku tak terbang lagi. Masa tu pun banyak kenangan, dan kapal aku hampir2 crash kat Bukit Subang! Nantilah, ada masa mungkin aku akan berkongsi tapi gambar memang tak ada. Ralat sungguh!


11 comments:

  1. hmmm, tak sabar nak baca kisah hidup lampau tuan empunya blog.

    jarang sangat orang pompuan dalam bidang aviation engineering ni kan ? pernah buat kerja dalam kawasan Airod Subang suatu ketika dulu, kat situ langsung tak tengok pun sorang staff wanita dalam bidang teknikal ni ...

    ReplyDelete
  2. thanks wak jan...

    takde lah menarik sangat pun pasal tuan empunya blog nih. Insya Allah, kalau ada kelapangan nanti saya sambung.

    10 thn lepas mmg kurang perempuan dlm aviation ni, but nowadays dah ramai dah.. :)

    ReplyDelete
  3. hi anne...

    tak sangka ya awk pun sama aliran dgn sy jugak...rasanya awk lagi mencabar...

    sy mula tersedar masa 3rd year dekat u..nk patah balik, mmg xmungkinlah...

    nice to know u my dear...

    ReplyDelete
  4. thanks salsabila...

    dunia aviation ni mmg best, tapi ntah kenapa lately saya dah semacam hilang passionate. maybe sebab frust yang tak terubat kot.. hehe..

    :D

    ReplyDelete
  5. anne,

    sy pun rase macam tu...sy xtau kenape...sy rase nak give up...tp kdg2 sy rase sy coward....sy mmg minat sgt dgn aviation, tp situasi skrg bt sy tersepit...

    ReplyDelete
  6. salsabila... erk.. sebenarnya i xtau nak panggil u dgn nama apa... :D

    betul, sebab minatlah kita ada dlm dunia ni. i mean, aviationlah.. tp bila kdg2 kita dikecewakan dengan keadaan, itu yg frust sgt & rasa nak get off. Kalau sesekali je kecewa takpe, tp klau berterusan mmg dah hilang rasa tu...

    bg i lah kan, tak salah rasanya klau kita nak cuba buat benda lain pulak. at least we know something yg other people don't even dare to know. bukan pengecut, tp kita tak hanya pandang 1 pintu je, sbb sekeliling kita ada byk lagi pintu lain yang kita boleh masuk.

    rasa macam nak jumpa je dgn u, lepak2, sembang2.. hehe :D

    ReplyDelete
  7. Salaam.. kami sedang buat pameran untuk MARA di MINAS 2014 - www.minas.my

    sedang mencari bahan untuk segmen IKM-MNRI, so kalo sudi boleh share gambar2 esp gambar hangar .. gambar2 ni akan digunakan dalam papan cerita mengenai IKM-MNRI.. sejarah nya..


    mohon balas dan email saya idzuansamad@gmail.com

    terima kasih.

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum anne..
    kak yana baru terbaca ni.
    Kebetulan tgh cari bali sejarah MNRI-MIAT-UniKL MIAT.

    All Your Best Anne.
    Semua orang ada impian hidup. Moga ia nyata dalam masa terdekat.
    Ameen

    ReplyDelete
  9. Good sharing..
    I am also one of MNRI... batch03

    ReplyDelete
  10. Waaa... Abam n hakak senior... Thanks... Masa ni saya fresh lg... Xtau pape...

    ReplyDelete
  11. mnri damm good memory

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...