Tuesday, July 23, 2019

entry tertunggak | ke surabaya akhirnya

headnote: trip ni dah setahun lebih berlalu, hujung April tahun lepas. Kiranya kombinasi trip terlanjur berjanji + trip birthday. Trip ini jugak merupakan trip pertama aku lepas hibernate almost a year, after losing my brother. 


Selepas 2 kali tiket ke Surabaya hangus rentung, kali ketiga barulah aku berjodoh dengan Surabaya. Kali pertama konon2 nak bawak mak dan Sarah, tapi sebab ada hal keluarga yang tak dapat dielakkan, trip cancel. Kali kedua dengan Izza dan kebetulan tarikh tu aku baru lepas kehilangan adik. Sudahnya aku back off dan Izza proceed solo. Ingatkan dah takde harapan dah, rupanya ada rezeki nak bersua dengan Surabaya.

Trip kali ni aku tak keseorangan walaupun kebiasaannya birthday trip aku menyolo, free and easy. Since this is overdue trip, I'm not going to write in details. After all, siapa je yang belum pernah ke Surabaya. Rasanya hampir semua dah ke sana, aku je yang selalu tertinggal flight.


Day 1: 26 April 2018

Kitorang sampai di Juanda dah petang dan antara orang terakhir keluar kat arrival. Keluar dari arrival, mata aku melilau kot2 ternampak ada orang pegang kertas nama aku. Tapi langsung takde. Sudah, kerisauan dah mula muncul. Maklumlah, bila bawak orang tua haru kot kalau tetiba plan bertukar. Tapi bila tetiba ada orang approach dan sebut nama aku, lega terus. Untuk trip ni aku deal dengan Wong Kong. First time jumpa walau namanya dah popular. WK pass kitorang kat Pak Bachtiar, our designated driver for this journey.

Dari airport kami terus ke Bromo, singgah dinner kat hentian mana ntah, on the way ke Bromo. Tiba kat Bromo dah malam, lepas dapat kunci dan prepare for tomorrow, off we go to bed. Tidur pun kejap je sebelum bangun balik before Subuh. 


Day 2: 27 April 2018

Sebelum Subuh kami dah bangun, mandi dan bersiap2. Kitorang belum siap, driver jeep dah menunggu. Gelabah jugaklah. And the jeep was nicely fit for five of us, 4 kat belakang & 1 kat depan with the driver. Perjalanan dari homestay ke Penanjakan terasa jauh, mungkin sebab masih gelap dan tak nampak view kat luar. 

Our driver doesn't help much. On paper, we should go to Penanjakan for sunrise. Lepas parked jeep tepi jalan, sebaris with others, dia suruh kitorang turun. Terpinga2 jugaklah and bila tanya arah mana, dia suruh kitorang jalan follow orang ramai je. Depan mata aku nampak Bukit Cinta, dan ada laluan bertangga yang cantik ke kanan dan another laluan di sebelah kiri. Bapak yang aku tanya kat tangga tu suruh aku naik yang kanan tu. So, mendakilah kami tangga yang tak berapa nak tinggi mana tu.

Dalam pada ragu2, kami dah sampai kat atas. Penuh dengan local dan definitely kawasan dekat tepi2 dah penuh. Aku tak kisah sangat dengan orang ramai, tapi aku cukup kisah bila bau rokok kuat giler. Sakit dan perit hidung tak usah cerita. Akhirnya dapatlah kami menyelit dan duduk kat bangku simen. Sebab terlampau padat, dorang decide nak turun ke bawah for Subuh dan aku berdua tinggal kat atas. Lama giler tunggu dorang naik. Rupa2nya dorang pekena kopi panas dengan gorpis kat bawah. Punyalah aku risau takut2 dorang tak jumpa cari kami, aduhaiiii..... 😂 😂

So, layan je lah gambar2 yang sempat aku capture. Ini je yang mampu dalam usaha menyelit dan menghindari penampakan yang jelas.













Sejujurnya, aku tak berpuas hati. Rasa ralat pun ada jugak. Mungkin jugak mood aku spoiled dengan bau-bauan yang menyengat hidung, maka nak menikmati pemandangan pun dah tak seronok. Bila dah start panas, kami turun ke bawah. 


Deretan jeep di pinggir jalan.

Dari Bukit Cinta kami melalui kawasan padang pasir menuju ke parkiran Gunung Bromo. Bila dah terang ni barulah jelas kelihatan pemandangan depan mata. Awal pagi tadi sewaktu ke Bukit Cinta gelap gelita, cuma nampak lampu jeep berbalam2 di dalam kabus. 


Barisan kuda bersama pemiliknya. We managed to walk and ignore the offer. We are not in hurry, leisurely takes our own sweet time walking toward the crater.


Gunung Batok kat sebelah ni memanggil2, aduhaiii...


Dah habis laluan berpasir, jom naik tangga pulak. Nampak senang, tapi seksa dan kena extra careful sebab kat tangga ni banyak pasir.


Kawah Bromo yang sentiasa mengeluarkan asap, sesekali ada bunyi2 kecil kedengaran. 


I can't get enough of this view, though. Bottom right kelihatan mereka2 yang ingin mendaki dan meninggalkan kawah Bromo. 


Punya lama kitorang melilau kat sini, cari driver kitorang yang menghilangkan diri. Puas bertanya pada driver lain, dah jenuh bergambar, baru dia munculkan diri.


Kami ke pasir berbisik. Kalau tak silap, khemah nun di hujung sana lokasi shooting. 





Dari pasir berbisik ke Bukit Teletubbies kat sini aku dah tak tertarik dan seterusnya kembali ke homestay. 


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...