Showing posts with label Hatyai. Show all posts
Showing posts with label Hatyai. Show all posts

Sunday, April 1, 2018

trip birthday | surat thani ke hatyai

Entry ini sambungan dari trip birthday | selamat tinggal khao sok.


Train aku delay sejam lebih, merasalah melangut berjam2 kat train station sambil perhati orang sekeliling. Bukan train aku je delay, train lain pun banyak jugak yang delay. Memang ketara muka2 kerengsaan menunggu train tak kunjung tiba. 


Bila masuk tengah malam, aku memang berlegar kat kawasan Platform 1 ni je. Walaupun terang dan orang ramai, kawasan sini lebih selamat.


Train ke mana ntah yang ini, train baru dan electronic display lagi.

Masa train aku sampai, tak sangka punya panjang dan banyak gerabak. The worst part, my car was far to the other end. Berlari2 aku, padahal ada lagi yang lagi lambat dari aku. Seat was okay, selesalah jugak. Lagipun kejap je perjalanan aku dari Surat Thani ke Hatyai. 


Subuh tu aku dah tak boleh nak pejam dah, padahal aku tido2 ayam je sepanjang perjalanan dari Surat Thani. Sunrise cantik giler, sipi2 je aku dapat capture. 







Bila train sampai ke Hatyai Junction, aku terus turun dan berjalan keluar. Akhirnya aku masuk ke Ladda guesthouse dan on bila auntie tu kata THB 300. Aku malas dah nak menapak cari tempat lain. Dah masuk baru perasan aku pernah stay hotel ni last 2 years, cuma bezanya bilik lain. Lepas mandi terus rasa segar, bersiap2 aku keluar untuk breakfast.


Konon2 dah last day, aku nak makan besar. Tak sangka aku betul2 terkena kali ni, memang besar berlubang poket aku untuk brunch yang rasanya so-so aje, total hangus THB 320. Terkejut aku masa mintak bil, serve me right sebab masa order tak tanya harga.

Bengang pasal makan, aku tersilap masukkan kad masa kat ATM CIMB Thai. 3 kali wrong password, mujur tak kena telan. Masa aku nak simpan balik kad baru perasan aku silap kad. Lepas withdraw duit aku ke Davis Tour, beli tiket balik ke KL. Ingat nak singgah shopping mall, tapi masih tutup. Robinson yang kat sebelah guesthouse pun tutup lagi. Sementara tunggu Robinson bukak, aku naik ke bilik. 

Dah dapat apa yang aku nak kat Robinson, aku balik tidur. Aku bangun bila alarm berbunyi; mandi, packing dan check out. Lepas dah confirm tiket, aku tinggalkan backpack dan menuju ke 7E, nak tapau cha-yen. Sekali habis daa... Nampaknya jodoh aku dengan cha-yen dalam trip kali ni tak kesampaian. 

Jalan jem, lama giler nak sampai ke border. Driver ni bawak ikut Sadao, somewhere around Danok meriah giler dengan street food and mostly peniaga Muslim. Lepas berjaya melepasi border, perjalanan ke ibu kota berjalan lancar. Berakhirlah trip birthday yang terpaksa dipendekkan because of family matter. 

End of trip @ day 7.

footnote: birthday trip itu merupakan trip terakhir aku tahun lepas. Aku cancel few upcoming trip lepas kehilangan adik yang menyebabkan aku hilang semangat dan kekuatan. Itu juga jawapan kenapa blog aku bersawang. Dan sekarang aku masih berusaha untuk kembali bangkit.


Thursday, March 3, 2016

thai 2015 | singgah di hatyai dan pulang ke malaya



Lena betul tidur malam dengan dendangan irama rel keretapi. Aku terjaga pagi tu, suasana kat luar masih gelap. Dapatlah tengok gelagat peniaga awal pagi bila keretapi berhenti kat stesen2 tertentu. Tak lama lepas tu dah mula ada penjaja naik dan mulakan jualan.


Aku bukak tingkap besar2, best dapat udara pagi. Lagipun serangga yang banyak malam tadi dah tak ada.


Sunrise.








Matahari dah makin tinggi, suasana kat luar semakin terang.


Tapi aku masih lagi berselimut dengan selesa. Malas nak bangun. 

Sesekali je aku jenguk kepala kat tingkap sebab nak ambik gambar, selebihnya aku baring sambil tengok luar. Makcik yang duk katil atas aku dah lama menumpang kat seat orang lain. Dia duk kat atas bukan nampak apa pun, itu yang dia turun gamaknya. Lagipun dah ada yang lipat katil jadikan seat balik. Bagusnya, dorang tak kan kacau kalau kita masih berkurung.

Matahari dah tinggi baru aku keluar. Pegi toilet kat hujung koc, cuci muka dan settlekan apa yang patut. Lepas tu baru aku bagi staff tu lipat katil. Makcik jiran aku tu pun dah turun kat mana ntah. Sambil2 menunggu ke destinasi tu, sempatlah aku terlelap sekali lagi. Bila train menghampiri Stesen Pak Khlong, terus mata aku melilau. Cuba recall memori awal tahun aritu. 


Sawah padi menghijau. Selepas Stesen Pak Khlong dah ni, bermakna makin hampir dengan Hatyai Junction.

Kitorang sampai kat Hatyai Junction before 10.00am. Lagi few minutes nak sampai, staff kat koc kitorang bagitau Hatyai Junction next. Aku yang memang dah aware cepat2 kejutkan dorang yang terlena. Masa ni Kak Wan pun dah datang ke koc kitorang, takut terlepas katanya. Kami turun bila train berhenti. Kat sini lama jugak train berhenti, separuh koc dibuka dan dipasang kepala baru. Sebahagian akan ke Yala dan sebahagian lagi akan ke Sungai Kolok, berdasarkan destinasi yang dorang lekatkan kat badan koc.

Kembali ke Hatyai rasa macam balik kampung, perasaan lega yang tak boleh nak digambarkan. Kitorang berjalan dan singgah bertanya bilik kosong kat guesthouse tepi stesen tu je. Guesthouse kedua ada kosong untuk kami berempat, cukuplah sekadar nak rehat sekejap dan mandi sebelum keluar balik.

Kitorang keluar lepas dah selesaikan solat, malas nak patah balik karang. Singgah ke ATM nak keluarkan duit, pastu ke Davis Tours nak confirmkan tiket bas yang kitorang beli online. Dorang suruh kitorang datang setengah jam awal. Kemudian kitorang ke kedai nasi ayam untuk lunch. Ramai betul orang Malaysia tengah menjamu selera. Bila aku nak update blog baru perasan takde gambar langsung masa kat Hatyai ni. 

Dah kenyang kitorang tawaf Robinson, tengah sale tapi satu apa pun aku tak berkenan. Last2 keluar dengan tangan kosong, kepala pun dah start pening. Kitorang berpisah dengan Along, dia balik dengan train pukul 4.30 petang. Dia balik ke bilik, kitorang cari tuk tuk ke floating market.

Kat pasar tu boleh pulak terserempak dengan Dyl dan Aten. Terus kitorang bergabung dan ajak balik sekali dengan kitorang, sebabnya dorang tak charter tuk tuk. Since tadi masih lagi kekenyangan, aku cuma tapau cucur udang dan minum air kelapa, pastu tak tau nak makan apa dah. Agak2 dah lewat, kitorang bergegas ke tempat parking, risau kalau2 tersangkut dalam jem.

  
Tuk tuk yang kitorang charter. Ini je gambar yang aku ambik, itu pun sebab takut tak jumpa masa nak balik.

Brader tuk tuk ni baik, lepas turunkan Dyl dan Aten dekat area Lee Garden dia hantarkan kitorang sampai ke depan guesthouse. Kitorang dah lewat masa sampai kat bilik, aku suruh diorang pergi dulu dan bawak passport dengan tiket bas yang aku dah print. Dan aku menyusul lepas tu sengsorang.

Bas keluar lambat jugak dari Hatyai. Balik kali ni, selain dari dapat mineral water sorang satu, blanket pun disediakan. Tidur pun lenalah ni. Tapi menunggu turn nak stamping passport punyalah lama, lebih setengah jam. Orang punyalah ramai, sampaikan yang berbaris tunggu turn sampai keluar dari bangunan. Immigration Sadao bangunan baru dah, kebetulan esoknya hari perasmian. 

Masa bas berhenti untuk dinner, aku tak turun. Sebelum tu aku dah habiskan cucur udang dari floating market, belek handphone dan tidur. 


Day 11: 28 Dec 2015

Lebih kurang 5.30 pagi kitorang sampai kat TBS. Berpisah dengan Izza kat TBS, aku dengan Kak Wan ke ERL sebelah tu. Mahal giler tiket dari TBS ke KLIA, RM 26 sehala. Harga baru start dari Januari haritu sure lagi mencanak. Aku tak fahamlah dengan fare system dorang ni, tambang lagi murah kalau aku turun either Putrajaya Sentral atau Salak Tinggi, pastu beli tiket lain ke KLIA instead of single journey macam tu. Patutnya single journey lah yang lagi murah. 

Sampai KLIA, aku terus ke parking. Tak rajin nak merayau2 dah. Sekali bila aku tekan alarm baru perasan kereta aku tak lock! Fuhh, berpeluh2 aku. Alhamdulillah, mujur takde apa2 yang hilang, semua ada kat tempatnya. Takde siapa tahu pun aku tinggal kereta unlock, hihi.

footnote: balik dari trip dah lebih 2 bulan, citer baru habis. Bercinta kot nak menaip dan susun gambar. Padahal trip kali ni aku takde lah nak ambik gambar sangat, saja bagi kamera rehat.


Monday, February 29, 2016

thai 2015 | dari chatuchak, bangkok ke hatyai

Entry ini adalah sambungan dari thai 2015 | ke kota tua, ayutthaya.


Pagi ni masing2 kesiangan, penat sangat tersangkut dalam jem semalam agaknya. Padahal masing2 masuk tido awal. Lepas cuci muka dan gosok gigi, aku naik ke tingkat atas. Ambik barang2 dalam bilik dorang. Sudu aku boleh hilang pulak, takpe lah. Nanti2 adalah alasan nak beli yang baru. Turun bawah, aku mandi dan packing barang2. 

Bila semua dah ada, aku bagitau dorang nak tinggalkan backpack kat Hua Lamphong je instead of tinggal kat hostel. Karang takde lah nak menyinggah ke hostel, risau kalau terlambat. Mau terkejar2 dibuatnya. Dari hostel kami berjalan ke stesen MRT dan ambik train ke Hua Lamphong. 

Kat Hua Lamphong Railway Station ada tempat tinggalkan luggage. Kalau korang membelakangi kaunter tiket, tempatnya belah kanan hujung dekat dengan pintu. Tapi rasanya pintu hujung tu tak bukak. Agak mahal jugak tinggalkan backpack kat sini, tapi rather than nak pikul ke mana2, pasrah ajelah. Backpack dorang charge THB 70 each, pastu aku ada bag kain macam bag ikea tapi keciklah, dorang charge THB 30. Lepas settle pasal backpack, kitorang bergegas turun ke MRT bawah tu dan turun kat Station Chatuchak Park. 

Sampai kat Chatuchak, orang memang dah sesak. Dari station MRT pun dah ramai orang, belum lagi campur dengan yang baru turun dari BTS, bas segala. Kitorang berlima pecah dua, dan janji nak jumpa kat station pukul 1.15pm. Aku, Ecah dengan Kak Wan bergerak sama2. Ecah belanja aiskrim kelapa, sambil makan tu mata melilau dan tengok design t-shirt kat kedai sebelah boleh tahan jugak. Lepas makan terus terjah kedai tu, cantik2 designnya cantik kat mata akulah dan kain pun berkualiti. 

Kami tak sempat nak tawaf semua, terjah yang mana berkenan je. Aku jadi time keeper, kalau tak harus ada yang tertinggal train. Itu pun kami dah terlewat. Masa kitorang sampai kat stesen MRT, Izza dan along dah ada kat situ. Lepas beli tiket dan masa on the way turun ke bawah, train baru je lepas. Mujur 3 minit lepas tu sampai another train. Aku suka betul dengan MRT kat Thailand ni, frequency memang tip top, on time pulak tu. Kalau nak bandingkan dengan negara sendiri, hurmmmm.....

Sampai kat train station, Ecah terus bergegas ke surau dan kitorang jalan slow2 kat belakang. Bila perasan platform train Ecah dengan masa yang ada, cepat2 aku berkejar ke surau mintak resit simpan bag dengan Ecah. Lama giler mamat tu cari bag, aku dah rengsa menunggu. Sedang elok aku sampai kat train, Ecah pun sampai dan aku pass backpack dia. Bila Ecah dah selamat naik train aku ke surau. Sekali lagi aku berkejar ke train cari Ecah bila Kak Wan perasan seluar Ecah ada dengan dia. Penuh drama berkejaran kat train station hari ni.

Lepas settle solat, aku dengan Kak Wan ke kedai makan seberang jalan, nak tapau nasi. Since Izza dengan along tak ke mana2, aku mintak dorang tolong ambikkan bag. Masa sampai kat kedai tu, lauk pauk dah habis. Jadinya kitorang mintak gorengkan telur dadar dan telur asin separuh, dengan sambal belacan. Kedai hujung sana ada goreng2 tapi queue punyalah panjang. Confirm tertinggal ketapi.

Dah settle semua kitorang berjalan ke platform. Kat display board ada tertulis train kitorang delay, so takde lah nak berkejar lagi. Train dah sampai, tapi dorang tengah prepare tu yang jadi delay. Koc kitorang hujung kat depan sana. Bila dah clear baru kitorang naik.


Seat Izza belah kiri dan aku belah kanan.


Upper bed yang masih terbukak. Dorang tutup just before the train left the station.

Bila train dah start bergerak tinggalkan landasan, Izza pindah duk depan aku since seat tu masih kosong. Melayan dia bersembang sambil2 aku makan bekal, kelaparan kot. Tak lama kemudian Kak Wan datang join sekali, gigih dia berjalan dari koc hujung ke koc kami. Bila penumpang seat depan aku naik kat station mana ntah, masing2 balik ke tempat asal. Dan aku pulak layan perasaan sengsorang. Bersembang bahasa ayam itik dengan makcik depan kejap, pastu masing2 diam.


Matahari turun belah kiri, tak lama lepas tu baru aku nampak warna senja ni belah aku pulak. Start dari ni aku gigih capture gambar.











Pukul 7.00 malam baru staff ketapi tu siapkan tilam. Nak tunggu turn memang lama jugaklah. Masa tengah menunggu ni, kitorang lalu kat satu kawasan yang cantik, ada macam tasik kat tengah2 dan kelilingnya penuh cahaya lampu. Aku tak sempat nak capture gambar, nama tempat pun tak sempat nak baca.

Bila tilam aku dah ready, aku cepat2 letak barang dan duduk. Makcik depan aku dah start bebel2 dah, muka macam tak puas hati bila aku letak barang2 aku kat katil bawah. Dah aku beli lower bed, takkan aku nak panjat naik duk kat upper bed pulak. Aku buat tak tahu je, duduk atas katil terus tarik langsir. Selamat.

Bila dah sunyi, semua orang dah berkurung baru aku keluar ke tandas. Best betul dapat baring dan malam ni aku akan tidur lena dengan dendangan rel keretapi. Awal2 tu aku bukak tingkap sikit, tapi bila banyak sangat serangga terbang masuk, terus aku tutup tingkap. Dah malam takde lah panas. Tapi selimut adalah sangat best, rasa macam nak ambik bawak balik je, haha.


Sunday, March 15, 2015

trip redah | #5: dugaan belum berakhir


Balik ke bilik, masing2 ambik giliran untuk mandi. Since aku akan lama dalam bilik air, aku turun guna bilik air kat tingkat bawah. Elok je kitorang keluar rumah, terserempak dengan makcik owner. Terus pulangkan kunci dan say good bye tanpa jumpa the lady boutique hotel. Kitorang terus ke tempat yang kitorang turun dari songtheaw semalamnya untuk ke stesen keretapi. 


On the way tu, ada banyak stall yang jual macam2. Sempatlah Izza singgah beli handbag mengkuang.

Masa bertanya dekat driver songtheaw, dia nak charge kitorang THB 50 sorang untuk ke stesen keretapi. Tapi bila kitorang insist nak THB 20, dia suruh kitorang naik. Rupa2nya dia hantarkan kitorang kat tempat macam hentian songtheaw. Masa tu pakcik yang bawak songtheaw tu melepak bawah pangkin seberang jalan. Lepas tanya kitorang nak ke mana, boleh pulak dia sambung melepak. Aku tengok jam awal lagi, so aku relax je. Tapi bila dorang bagitau dah nearly 10.30am, baru aku gelabah. Rupa2nya jam aku lambat dekat setengah jam tanpa disedari. 

Around 10.30am, pakcik songtheaw dah start gerak. Dalam hati berdoa mudah2an sempat catch train pukul 10.48am. Tapiii.... pakcik songtheaw bawak macam makan angin. Aku rasa paling laju pun adalah dalam 20km/j. Selain kami bertiga, ada 2 orang penumpang lain yang relax je. Masing2 dah rengsa. Elok dia berhentikan kitorang kat tepi railway track tu, laju je dorang berdua tu berlari ke stesen. Aku je lenggang kangkung kat belakang. Sekali train baru je berlepas 10 minit yang lalu. Next train pukul 12.00 tengah hari. 

Masa kat situ, ada sorang pakcik ni boleh bercakap melayu sikit2. Dia jadik translator antara kitorang dengan staff kat kaunter. Masa ni jugak staff yang semalam tu datang dan bagitau next train pukul 12.00 camtu. Waktu off duty dia berniaga kat gerai tepi stesen ketapi ni. 

"Dah makan?" Pakcik yang reti cakap melayu tu tanya.

"Belum."

"Depan tu ada kedai makan, ada ayam."

"Muslim ke?" 

"Bukan. Tapi takde babi, ada ayam. Bawah pokok sana," gigih pakcik tu tunjukkan kedai tu kat kitorang. Gigih jugaklah kitorang buat2 berminat. Pakcik tu pergi dengan isterinya dengan janji palsu yang kitorang akan pergi makan kat situ. Train yang patutnya pukul 12 delay almost half an hour jugak. 


Inilah Stesen Ban Nakok Tai yang tak macam stesen keretapi pun. Macam pondok tunggu bas pun ada. 


Aku beranikan diri berdiri kat hujung koc keretapi semata2 nak ambik gambar ni. Sebenarnya, syok jugak layan view kat belakang keretapi walaupun cuak. 


Kali ni banyak kali train yang kitorang naik berselisih dengan another train. So, masa tu lebih lama sebab most of the time train kitorang kena bagi laluan kat train lain. Satu yang aku perasan, tak ramai penumpang train during weekend compared to weekdays.

Kitorang sampai dah nak dekat pukul 4.00 petang. Masa tengah deal dengan driver songtheaw nak ke floating market, kitorang nampak kelibat kawan Izza. Kitorang berjanji nak ke floating market sekali, tapi train kitorang lambat dan dorang nak balik dengan train petang tu jugak, memang tak dapatlah. Sempatlah bergossip riang sebelum kitorang ambik songtheaw ke Khlong Hae Floating Market. Dari harga THB 600, kitorang mintak kurang ke THB 500. Baru beberapa meter, driver berhenti tepi jalan. Rupa2nya dia pass kitorang kat another driver yang boleh berbahasa melayu.

  
Barisan perahu yang berniaga di floating market dari atas jambatan. Aku tak nak citer banyak sebab aku pasti most people dah ke sini. Aku je yang terlambat, tertinggal keretapi katanya. 


Majoriti peniaga kat sini adalah Muslim. Aku perasan ada sorang peniaga Chinese. 

Kat bahagian atas ada tandas dan surau. Dua2 kitorang tak jenguk masuk. Ingat nak ke tandas, sekali tengok queue panjang, terus cancel. Kat atas tu ada banyak gerai yang jual pakaian dan souvenir, yang jual makanan pun ada. Kalau ada yang tak berkenan nak makan kat floating area tu, boleh beli dan makan kat atas. 

Balik tu, kitorang memang mintak brader songtheaw turunkan kitorang kat depan Sri Maju. Lepas letak bag, kitorang keluar. Uncle Sri Maju suggest suruh kitorang ke depan sekolah, berjalan je sampai ke hujung jalan. Ada sambutan CNY katanya. On the way tu ada banyak kedai makan Muslim. Izza tunjuk kat kitorang kedai nasi ayam best. Next time kalau ke sini, boleh singgah.


Lantern kat tapak sambutan CNY.

Ada banyak stalls dan sebahagian besarnya jual makanan. Ada banyak jugak stall makanan peniaga Muslim. Kalau ikutkan nafsu, memang nak beli. Tapi bila fikirkan yang perut dah kenyang, jamu mata ajelah. 


Pau comel. Erk, yang ini diragui status halalnya sebab yang berniaga tu Chinese.

Bas kami on time, pukul 7.00 malam dah ready nak tinggalkan Hatyai. Dalam town agak jammed, tapi bila dah keluar dari town, jalan dah clear. Bas tak lalu ikut Padang Besar, tapi lalu ikut border Sadao - Bukit Kayu Hitam. Mata makin memberat bila dah top up perut masa bas berhenti rehat. Elok ambik posisi best nak tidur, sekali bas berhenti somewhere area Changlun. Belt putus pulak. Lama menunggu mekanik datang, sebelum bas akhirnya dapat menyambung perjalanan. 

Around 4.++am bas berhenti kat Ipoh, HQ Sri Maju. Aku ambik chance ke toilet dan keheningan pagi dicemari dengan bunyi ketang ketung mekanik repair apa yang patut. Pukul 5.00 pagi baru bas bergerak ke Kuala Lumpur. 

   
Selamat pagi, KL!

Bas selamat sampai kat Puduraya pukul 7 pagi. Lepas hi hi bye bye dengan Izza, kitorang ke toilet untuk cuci muka. Pudu Sentral, nama cukup gah. Konon dah upgrade, banyak improvement tapi kebersihan failed! Masuk tandas kena bayar, aku tak kisah pasal bayar tu. Tapi biarlah tandas tu bersih. Aku rasa cukup susah nak educate orang Malaysia untuk jaga kebersihan.

Dari Pudu kitorang ambik LRT dan tukar ke ERL di Bandar Tasik Selatan. Kereta yang aku tinggalkan kat Putrajaya Sentral setia menunggu, Alhamdulillah. Aku parked kat parking berbumbung, masuk malam Rabu dan ambik kereta pagi Ahad, charge cuma RM 18.00. Aku lupa nak check rate untuk parking. Berakhirlah trip redah kami ke utara tanah air. Dari awal hingga sudah trip kami kali ini diuji dengan transportation. Serik? Rasanya tak kot...


Monday, March 2, 2015

trip redah | #2: diduga lagi

Ini adalah kesinambungan dari trip redah | #1: dugaan tak diduga.

Hari baru di Hatyai. Plan nak keluar awal untuk catch train paling awal kena cantas. Sebabnya aku baru teringat yang kitorang takde tiket nak balik ke KL lagi. So, around 9am kitorang keluar dan terus check out. First kitorang ke office Konsortium, sebab itu yang kitorang nampak semalam tapi dah tutup. Office dorang seberang jalan dengan Lee Garden Plaza dan sebaris dengan Restoran Hamid. 

Tiket bas Konsortium ke KL untuk Sabtu dan Ahad penuh. Kitorang tanya direction ke company lain. Gigih nak cuba nasib walaupun staff Konsortium tu siap cakap 'I think other company also same...'. Kitorang singgah kat satu travel agent ni masa on the way tu, tiket habis katanya. Tak jauh dari situ baru nampak syarikat Sri Maju dan Allisan kat laluan bertentangan. 

Sejujurnya, masa kitorang masuk dalam office Sri Maju, aku dah bersedia untuk the worst scenario. Tapi bila uncle tu kata dia ada lagi 3 seat kosong, perkataan tapi kat belakang tu aku dah tak peduli. Rasa macam nak lompat bintang kat situ jugak! Patutnya sujud syukur, tapi aku nak lompat bintang pulak, sungguh keji rasanya. Tapi uncle tu sebab lagi satu seat tu kat belakang sikit. Kitorang ambik je, lagipun bas yang sama.

Dah dapat tiket, baru kitorang cari jalan nak ke stesen ketapi. Ada satu uncle songtheaw tu mintak THB 100 nak hantar kitorang. Kitorang tak nak. Masa tengah belek2 map, ada orang tegur dalam Bahasa Melayu. Pak cik songtheaw jugak, dia tunjukkan arah. Dekat je katanya. Dia ada offer songtheaw, tapi bila aku kata nak bermalam kat sana, dia faham dan tak push.

Masa on the way ke stesen ketapi tu lah baru aku perasan Restoran Maliam yang kitorang dinner semalam satu arah nak ke stesen ketapi. Singgah brunch kat situ sebelum kitorang kembali menapak ke stesen ketapi.


Stesen Keretapi Hatyai. Pening aku, ejaan Hatyai ni ada macam2 versi. Tak tau yang mana satu yang betul. Oh, pedulikkan jam besar tu. Memang situ je kedudukan jarumnya, tak gerak2.


Hatyai Junction. Aku lupa nak keluarkan ubat gigi colgate, kalau tak boleh buat iklan ubat gigi percuma kat sini. Masa ni orang tak ramai mana pun, biasa2 je.


Time ni dah lengang sikit selepas geng2 abang askar sampai. Keretapi yang dorang naik pun dah dibahagi 2. Separuh dah bergerak ke Yala, separuh lagi masih tertinggal. Oh ya, kat stesen ketapi ni ada banyak peniaga makanan Muslim, tak perlu risau takut kelaparan. Prayer room pun ada disediakan.


Tiket train kami ke Pak Khlong. Dalam pukul 11 camtu, staff ketapi suruh kitorang tukar tiket baru kat kaunter. Ketapi yang patutnya kitorang naik kemalangan, so kena tunggu next train. Our next train scheduled at 13:50. Since lama lagi masa nak tunggu, kitorang decide pegi cuci mata kat tempat yang jadi tumpuan rakyat Malaysia.

Dari stesen keretapi kitorang menapak ke Kim Yong Market. Baru masuk 2 lorong, aku dah pening. Kaki kemain lagi lenguh. Rupa2nya dorang pun sama, penat katanya. Kitorang patah balik ke stesen keretapi dan lepak minum chaiyen kat The Train Coffee sementara tunggu keretapi sampai. Lega dapat minum ais di tengah hari yang panas berdenting. 

Train kitorang lambat, dalam pukul 2 lebih baru bergerak meninggalkan stesen Hatyai Junction. Train agak penuh, tapi bila dah makin jauh, penumpang makin kurang. Orang yang berniaga jugak makin susut. Sempatlah aku melayan mata, menidurkan diri. Aku teruja bila train akhirnya berhenti di Stesen Phattalung. 


Bukit Ok Thalu yang jelas kelihatan dari Stesen Keretapi Phattalung. Aku sempat buat plan nak hiking bukit ni mampu plan tapi tak mampu nak laksanakan. Bulatan merah yang aku tandakan tu adalah lubang kat bukit yang boleh see thru. Tak faham? Buat2 faham je lah, aku malas nak citer sebab aku gagal mengintai dari lubang tu. 


Dari apa yang cik gugel map bagitau, stesen Pak Khlong adalah selepas stesen ni. Masa ni hati dah berdebar2. Dalam tak sabar ada rasa cuak. 

Info dari cik gugel adalah terlalu sedikit dan tak berapa nak lengkap. Asalnya aku memang takde plan nak ke sini. Thanks to Izza yang share pasal tempat ni. Dalam masa yang limited, aku cuba cari info dan selebihnya kitorang redah. Tak buat sebarang booking. Bila Izza tanya kalau takde bilik macam mana? Selamba aku jawab 'kita tidur kat masjid'. Padahal aku sendiri pun tak pasti ada masjid ke tak dekat kawasan tu.  

Owh, tetiba aku rasa cam malas nak sambung menaip. Plus, rasa macam panjanglah pulak aku membebel. Aku sambung next entry lah, tu pun kena tunggu seru baru aku buat exercise jari jemari yang dah makin gemoks nih.


Tuesday, February 24, 2015

trip redah | #1: dugaan tak diduga

Plan nya dah bertahun, tapi asyiklah postponed sampai sudah. Dari berdua akhirnya jadi bertiga bila Izza sudi join kitorang. Konon nak redah je cari tiket Rabu malam tu, tapi bila Izza offer nak belikan tiket few days before that, kitorang setuju. Rupa2nya ramai bebenor orang nak ke utara tanah air sempena cuti panjang ni. Instead of getting direct bus, we only managed to get the ticket to Kangar.

Pukul 9 malam baru aku keluar rumah, ambik member dan terus ke Putrajaya Sentral. Aku parking kete kat situ dan ambik ERL ke Bandar Tasik Selatan, kemudian bertukar ke LRT dan turun di Plaza Rakyat. Kami sampai kat Hentian Puduraya just after 11pm, gara2 aku yang terlalu confident dengan LRT line.  

Bas kitorang patutnya depart dari Pudu pukul 11.30, tapi bila dah bertukar hari baru pun bayang bas masih tak kunjung tiba. Masing2 kerengasaan. Dengan bermacam bau yang ada, ditambah dengan asap rokok, asap kenderaan, bunyi enjin, memang complete set pencemaranlah.


Kami-kami yang sepatutnya naik bas kat Terminal 14. Ni dah kurang sesaknya, sebahagian dah naik bas.

Pukul 1 pagi, tak tahan menunggu yang tak pasti, kitorang call brother bas. Jawapannya, tunggu kat situ. Kejap lagi bas datang. Bertabahlah kitorang menunggu. Pukul 2 pagi, bayang bas masih tak muncul. Kitorang call lagi sekali. Jawapannya, bas on the way. Dalam setengah jam lepas tu, dia suruh kitorang tunggu kat depan. Masa ni hati masing2 dah berbunga2, masing2 duk fikir bas memang betul2 on the way dah ni. Tapi semua tu hanyalah janji manisnya sahaja. 

Yang aku impress, hampir semua penumpang cool je. Takde yang nak marah2 naik angin semua. Kecuali 2 orang mat saleh yang aku rasa anak dan bapak European yang tak puas hati. Dorang pegi mengadu kat polis yang station kat situ, sekali dorang yang kena halau, which I think is not right. Lepas tu aku dah tak nampak dorang dah. Lepas ding dong sana, ding dong sini, akhirnya bas kitorang muncul pukul 6 pagi! Lebih haru adalah bas sekolah, bukan bas ekspress seperti yang dijanjikan. Sayang, aku lupa nak ambik gambar tiket bas. Yang pasti tiket bas color purple kebiruan kalau tak silap company Kejora


Traffic slow sebelum terowong. Masa ni kitorang memang berserah dah.

Bas berhenti kat banyak tempat turunkan penumpang. Somewhere kat area Kulim, kitorang kena tukar ke bas persiaran pulak. Bas ni much better than bas sekolah yang sebelumnya. Kitorang sampai kat Kangar dah hampir 6 petang. Mujurlah Shidi, kawan Izza sudi hantarkan kitorang ke Padang Besar. Masalah pulak bila transport nak masuk ke Hatyai dah tak ada. Pak cik teksi kat stesen bas/teksi Padang Besar suggest suruh kitorang ke area Masjid lama. Kat situ ada orang yang boleh arrangekan transport untuk ke town. Lokasi: sebelum sampai ke roundabout kecik nak ke border, ada Maybank belah kiri. Ambik simpang kiri sebelum Maybank dan korang boleh nampak masjid lama. Pak cik yang uruskan transport tu kat sebelah kedai makan, sebelum lorong ke masjid. Situ ada banyak parking.

Lepas discuss lebih kurang, ambik kira risiko dan faktor yang kitorang sebenarnya takde tiket nak balik, akhirnya kitorang sepakat ambik prebet sapu ke Hatyai. Kata pak cik yang arrangekan tu, harganya RM 130. Tapi bila dah naik prebet sapu tu, brother tu kata THB 1300. Pulak! Nak tak nak, redha je lah. Brother tu pulak tak habis2 nak merungut yang dia bagi kat kitorang cukup murah. Hari ni dia charge penumpang lain antara THB 1500 ke THB 1800 sebab public holiday. Disebabkan Pak Halim pak cik yang arrangekan tu dia bagi murah. 

Kat Immigration belah Thailand, another drama happen. Kitorang tak nampak sign kat mana nak ambik Arrival/Departure Card. Ada pak cik tua yang bukak meja kat sebelah kaunter jual sekeping RM 1, duk push kitorang. Aku tanya kat officer yang berkumpul ramai2 depan tu, dan dorang tunjuk kat pak cik tu. Pulak! Dalam pada menyumpah seranah dalam hati, kitorang terpaksa merelakan jugak. Kat kaunter immigration untuk stamping passport, kitorang kena pow sorang seringgit, Izza je selamat terlepas. Sumpah seranah bersambung dalam hati. Lepas tu baru kitorang tahu, Arrival/Departure Card tu mintak kat kaunter immigration tu je. Haish! Inilah makanan untuk orang yang main redah je. Erk, masa aku cross border dari Poipet - Aranyaprathet, ada officer yang bagi card tu sebelum naik ke tingkat atas. Free of charge!  

Brother tu bawak kitorang ikut jalan kampung, kalau ikut jalan biasa jem katanya. Pasrah je lah, janji selamat sampai. Kitorang diturunkan kat depan Lee Garden Plaza. Dari situ kitorang berjalan cari hotel. First guesthouse yang kitorang approach, Nam Huat Guesthouse. Ada bilik kosong, kitorang agree bila dia kata THB 800 semalam. Malas dah nak cari tempat lain. Ambik, sekali bilik kitorang kat tingkat 5! 

Lepas letak barang, kitorang turun nak cari dinner. Dah lebih 24 jam kitorang tak ambik proper meal. Minum pun sikit2 je, punyalah nak control tak nak bagi terkucil. Area Lee Garden tu banyak stall Muslim, tapi takde tempat duduk kosong. Apa pun, kitorang buat kunjungan hormat pegi jumpa best friend dulu. Since orang masih ramai, nak makan pun takde tempat, kitorang decide pegi jalan2 dulu. Mana tahu terjumpa tempat lain yang tak ramai orang. 


Kitorang nampak restoran ni. Letaknya kat jalan yang nak ke Hatyai Railway Station. Restoran ni kat belah kiri, dan korang boleh nampak stesen ketapi tu betul2 kat hujung jalan. Malam tu aku tak perasan, bila siang baru perasan. Pekerja restoran tu boleh bercakap bahasa Melayu slang Pattani. 

Balik ke bilik, masing2 hanyut. Bila dah dapat free wifi, semua duk update apa yang patut. Kali ni aku tak roaming, dan tak beli simkad.  


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...