Thursday, July 30, 2015

trip pasrah | dari senggigi ke sembalun

Janji manis dengan Mas Ari nak bertolak ke Sembalun pukul 9.00 pagi. Tapiii... pukul 9.00 tu kitorang baru terhegeh2 nak keluar bilik. Sampai kat bawah, Mas Ari dengan Mas Yan dah sampai. Tapi kitorang breakfast dulu, baru bertolak ke Sembalun.

On the way, macam2 cerita keluar. Mas Ari boleh tahan peramahnya, cuma Mas Yan agak pendiam. Tapi sesekali menyampuk jugak. Kalau tak silap aku, kitorang dibawak melalui Lombok Tengah, berbeza dengan laluan masa aku datang 2 tahun lepas


Gerai jual nanas yang banyak kat tepi jalan masa lalu area kampung ni. Aku snap gambar dari dalam kereta.

Sungguh aku tak sangka bila Mas Ari berhenti kat salah satu gerai jual nanas tepi jalan dan beli nanas. Semuanya gara2 aku yang asyiklah duk ulang betapa aku suka nanas Lombok. Kecil tapi manis, pulak tu kalau makan banyak pun tak terasa gatal lidah. 


Perjalanan kitorang terganggu kat sini sekejap. Kebun sayur dan sawah padi di lereng bukit. 


Pit stop kitorang yang ketiga adalah gerai jual durian tepi jalan. Lepas beli 2 biji durian, perjalanan kitorang bersambung. 

Tak jauh dari tempat kitorang beli durian tadi, laluan makin sunyi dan mendaki. Kiri kanan penuh dengan pokok yang tinggi menjulang. Kalau suruh aku lalu ikut laluan tu malam2, memang aku tarik gear reverse. Lalu siang hari pun terasa gelapnya, lagikan pulak kalau tengah malam. Lepas pada laluan hutan tadi, kitorang disajikan pemandangan indah dan udara makin dingin.


Sewaktu di selekoh, view indah ni dah mulai kelihatan. Orang pun ramai yang berhenti kat situ. 

Bila dah jumpa ruang tempat yang sesuai, Mas Yan berhentikan kereta dan kitorang tak sabar2 terus keluar. Dari dalam kereta kitorang duk wahhh sana, wahhh sini. Haruslah tak sabar nak menembak walaupun skill dan hasil ke laut. Elok je keluar kereta, udara dingin menyapa kulit. 


Diselimuti kabus, bukit belah kiri tempat kitorang parking kereta. 


Umpama kampung rahsia. Desa Sembalun yang dipagari bukit bukau. Indah memukau.


Di sebelah kiri.


Sebelah kanan yang ditutupi kabus.


Ramai yang panjat bukit tu nak bergambar. Teringin jugak nak ikut serta, tapi memikirkan lepas ni pun ada aktiviti panjat memanjat, niat disimpan kemas2. 


Ya, orang memang ramai. Aku rasa kat sini antara port popular untuk dorang lepak2 dan berhibur cara dorang. 


Kabus dah semakin berkurang, tapi dingin tetap terasa. 

Turun dari kawasan tadi, kitorang dah start jumpa rumah penduduk dan ladang sayur di kiri kanan jalan. Dan kemudiannya kitorang nampak deretan gerai yang menjual hasil ladang. 


Singgah membeli strawberry di salah satu gerai tepi jalan tu. Kitorang mintak izin nak ambik gambar kebunnya. 


Di daerah ini, bukit bukau mencorak landskap indah.

  
View seperti inilah yang menjadi hiasan desa Sembalun ini. Kebun sayur dan sawah padi yang dipagari bukit bukau. 

Kitorang dibawa ke rumah guide yang akan bawak kitorang ke Bukit Pergasingan. Lepas loading barang2 dalam kereta, kitorang dihantar ke entrance Bukit Pergasingan. Rumah guide kitorang ni, lokasinya adalah teramat2 familiar. Mengundang pelbagai rasa.


Di sinilah tempat kitorang memulakan langkah mendaki Rinjani 2 tahun lepas. Cuma dulu kalau tak silap aku, bawah pokok tu ada pangkin. Tapi pangkin tu dah tak ada. Laluan kitorang masa ke Rinjani dulu ikut lorong belah kiri gambar ni, laluan sebelah kedai ni. 

Rumah guide kitorang untuk ke Bukit Pergasingan ni betul2 berdepan dengan kedai ni. Kebetulan masa tengah loading barang dalam kereta, ada group bule baru turun dari Rinjani. Rindu nak ke Rinjani dan takutnya dengan cabaran yang bakal ditempuh di perjalanan sama banyak. Hanya Allah yang tahu rasa itu. 


Monday, July 27, 2015

trip pasrah | lombok - edisi pengenalan

headnote: entry ni adalah kisah perjalanan aku ke Lombok June lepas sebelum Ramadhan menjenguk. Aku takde buat specific itinerary. Aku buat rough plan, selebihnya depends pada situasi. Kepada yang bertanya pasal iti, sorry sebab aku takde iti. Apa yang aku kongsi kat sini adalah perjalanan yang telah aku tempuhi. Kalau korang rasa nak copy untuk jadikan guideline korang, silakan.


Aku ke Lombok lagi. Kononnya nak merepeat kisah lalu, tapi takde maknanya bila plan hancur berderai. Aku bagi nama Trip Pasrah sebab banyak benda yang menyebabkan aku pasrah kali ni. Asalnya nak pergi berlima dan aku nak repeat daki Rinjani bila aku gagal 2 tahun lepas. Aku dah arrange semua atas permintaan dorang, in fact cuma tak sempat bayar booking aje lagi. Kemudian bila Fathi tarik diri, aku masih lagi bersemangat. Dan bila kemudiannya sorang lagi tarik diri, aku dah start goyang. Masa ni yang confirm dengan tiket flight cuma aku dan Izza aje. 

Plan dah mula berubah2, aku cancel booking dengan Mas Aziz dan rasa macam nak tutup buku terus pun ada. Kiranya pasrah lah kalau2 trip ni kena cancel. Seminggu sebelum pergi, baru dapat kata putus yang hanya aku dan Izza je yang akan pergi. Dalam masa seminggu tu aku rombak plan asal, email, message dan whatsapp ke sana sini mintak quotation. Tahu je lah bila buat last minute, tak semua orang respond. Aku bagi tau Izza yang kita plan untuk first few days je, lepas tu kita redah sampai sudah. Mujur Izza setuju. 

Kitorang akhirnya setuju untuk ambik pakej dengan Mas Azhari, itu je yang termurah yang kitorang dapat lepas bertanya ke sana sini. Aku pasrah bila kena cancel plan daki Rinjani dan diganti dengan Bukit Pergasingan. Disebabkan kitorang cuma berdua, semua kos jadi tinggi. Pasrah jugak bila poket makin rabak. 

Pakej yang kitorang ambik ni termasuk transport dari airport ke Senggigi, hotel penginapan di Senggigi, transport ke Bukit Pergasingan, mendaki dan bermalam di Bukit Pergasingan, Air Terjun Sendang Giler, Air Terjun Tiu Kelep, Masjid Lama Bayan Beleq, Pantai Tebing, Bukit Malimbu dan transport ke Senggigi. Total all in IDR 3,908,000 untuk dua orang. Yang termurah kitorang dapat antara yang respond. Untuk ke Bukit Pergasingan sahaja rata2 mintak IDR 2.1 juta ke atas untuk seorang.

Untuk trip kali ni, aku tak ambik direct flight ke Lombok tapi transit di Jakarta dan seterusnya ke Lombok dengan Lion Air. Sebabnya, ini tiket termurah yang kitorang dapat untuk hari tersebut. Flight kitorang pukul 3.30 petang, so around 1.20 petang aku baru keluar rumah ke KLIA. Lepas parking kereta kat Block A, aku turun ke bawah untuk ERL. Aku sampai kat KLIA2 dalam 2.15 camtu. Lepas check in, kitorang pi surau then baru boarding. Ni first time aku fly via KLIA2 sejak dibuka last year.

Flight kitorang delay nearly 1 hour. Aku rasa ada passenger sakit sebab aku dengar FA duk explain pasal kena ada surat doctor bagai. Lama lepas tu baru aku nampak ground staff bawak naik form dan lepas mamat tu isi, baru flight ready to depart. Flight penuh dengan warga Indonesia.

Masa tengah lining up, hujan mula turun. Aku memang risau kalau hujan ni. Weather quiet bad jugaklah, sepanjang flight berdebar je aku rasa. Bila dah approach ruang udara Jakarta, baruah nampak terang sikit. Lega sikit dalam hati. 


Flight safely landed at Soekarno-Hatta International Airport. 

Eh, kalau ke Indonesia sekarang ni memang dah takde arrival/departure card erk? Immigration relax je tak bagi dan tak mintak pun, huhu. Tunggu baggage lama giler, aku dah rengsa sebab lepas ni nak kena ambik shuttle bus ke Terminal 3 untuk connecting flight ke Lombok. Menggagau jugak nak carik tempat shuttle bus, mujur ada yang baik hati tolong tunjukkan. 

Pukul 7.20 malam dah start boarding. Memang penuh dengan Indonesians. Dah lah tu, seat kitorang was taken dan FA tu belasah je suruh kitorang duduk kat mana kosong. Sudahnya kat bahagian belakang kitorang dapat seat. Rengsa dan cuak bercampur baur. Asal female FA lalu je, dorang duk bahankan dan gelak kuat2. Bertambah2 rasa tak selesa aku kat dalam tu.

Flight landed kat Lombok International Airport sedikit awal dari ETA, 10.45 pm local time. Tunggu baggage lama giler. Aku rasa hari ni memang hari baggage sangkut kot. Memang kesabaran teruji bila tunggu baggage. Dah dapat baggage, kitorang terus keluar. Mas Azhari dah tunggu kat pintu keluar, dari jauh dah nampak dia pegang kertas tulis nama aku.

Dari airport kitorang dihantar ke Grand Senggigi Hotel. Lepas dapat bilik dan letak barang, kitorang turun ke lobi cari makan. Lapar kot, seharian kitorang tak makan. Bersembang dengan local guest kat hotel tu masa makan. Ternyata Upin Ipin punya pengaruh besar hingga ke Lombok. Dah habis makan, kitorang mintak diri untuk naik.


Bilik kitorang yang best, luas dan kemas. Bilik air juga luas dan aku suka. Hotel ni masih baru, so bau perabot baru tu tetap ada dan tak mengganggu deria bau pun. 

Lepas bersihkan diri, selesaikan apa yang tertunggak, berbungkus dalam selimut atas tilam yang empuk adalah perkara yang paling best. Bilik best, badan penat, tido pun lena hingga ke pagi.


Thursday, July 23, 2015

destinasi | mendaki bukit panorama

Lebih kurang pukul 5 pagi kitorang bangun, bersiap apa yang patut dan keluar untuk misi pagi hari. Hanya kitorang berempat je yang gigih nak redah meredah, Fathi tak join dan tunggu kat bilik dengan mak Izza. Bila sampai kat kawasan kaki bukit, parking dah penuh. Dapatlah Nani menyelit parking kat depan sekolah. 

Masa kitorang start daki anak tangga tu, dah ramai yang mendaki. Semput jugak nak menyampai ke atas, berkali2 jugak aku berhenti mintak nyawa. Sampai kat puncak around 6.00 am, Kak dah sedia tunggu kat situ. Aku bentang kain batik tepi wakaf/gazebo lepas tentukan kiblat, ambik wuduk dengan air yang aku bawak dari bawah dan kitorang solat Subuh kat situ. Lepas semua dah selesaikan urusan, barulah kitorang bergerak mencari lokasi terbaik.


Bukan bintang di langit, tapi lampu dari rumah penduduk yang jelas dari atas Bukit Panorama ni.


Matahari baru nak muncul. Orang ramai giler kat atas ni, siap ada rombonan sekolah dan group yang bercamping lagi.


Kampung di atas awan... Penat menyelit celah2 orang ramai, aku pusing belakang untuk view yang ini. The other side tak menjadi tumpuan sangat.


Awan tebal pagi tu. Matahari baru nak muncul dan belah kiri tu sungai-tak-tahu-nama.


Awan tebal.


Matahari mula naik.






Matahari makin meninggi dan kabus masih lagi menyelimuti alam. Jelas kelihatan sungai-tak-tahu-nama dan Gua Charas. 




Matahari makin tinggi dan panas makin terasa.


View di sebelah sana bukit yang terlindung dek sunrise.

Bila matahari dah makin tinggi, masing2 atur langkah turun ke bawah. Nak berlama2 kat atas pun, bukan ada cafe nak melepak. Masa turun ni, ada jugak yang baru nak naik ke atas. 


Ada tangga lebar dan ada tangga yang standard saiz nya.


Ada part landai dan ada part yang menjunam. Harus berhati2 sebab ada antara pemegang tu yang dah rosak dan anak tangga pun ada yang rosak. 


Masa dalam perjalanan turun dari Bukit Panorama, spotted this. Pekan Sungai Lembing di bawah kabus pagi. 

Turun dari Bukit Panorama, kitorang cuak sekejap. Laluan yang kitorang lalu pagi tadi dah dipenuhi dengan gerai peniaga pasar pagi. Lepas bertanya kepada pakcik security sekolah tempat kitorang parking, rupa2nya boleh ikut laluan atas dan keluar ke simpang sebelah muzium. Kitorang menyinggah ke medan selera untuk tapau breakfast. Nasi lemak dan nasi minyak menjadi pilihan kitorang. Harganya murah, makanan pun sedap. Lupa dah nama kedai makan tu.

Balik ke homestay, kitorang ambik giliran mandi dan berkemas. Lepas semua dah selesai sarapan, tibalah masa untuk berpisah. Aku, Kak dan Fathi tumpang Izza manakala Nani balik bersendirian lagi. Izza dropkan kitorang di KL Sentral dan perjalanan kitorang bersambung dengan KLIA Transit ke Putrajaya. 

Short trip in a short time but memorable. Oh ya, kitorang menginap di Tiara Atsari Guest House. Bagi aku, pertama dan terakhir kot menginap kat sini, unless kalau dah takde choice. In fact, banyak je homestay, guest house, hotel area pekan Sungai Lembing. Tak perlu risau kalau bukan peak season. Menurut kata Nani yang uruskan pasal booking, hassle yang amat nak book bilik. Pastu rate yang diberitahu tak consistent. Pendek kata, indah khabar dari rupa. Aku tak larang dan aku jugak tak suruh korang stay situ. Apa pun, kitorang enjoy dengan trip ni. Cerita pasal bilik kitorang tutup kemas2, supaya tak ganggu mood nak bercuti. 


Saturday, July 11, 2015

destinasi | sg lembing part2

Pukul 2 lebih jugak baru kitorang keluar dari rumah. Biasalah, bila dah dapat baring2, dihembus aircond, nak bangun pun malas. Masa kitorang sampai kat situ, dah ramai yang melawat. Bayaran masuk adalah RM 15.90 seorang termasuk gst.

Masuk je, kitorang tunggu nak naik train untuk dibawa ke dalam terowong. Kalau nak jalan kaki pun boleh sebenarnya. Jarak perjalanan dengan train tu pendek je, lepas tu kena berjalan kaki jugak. Aku rasa macam ada ambik gambar train tu, tapi bila belek dalam kamera takde pulak. Takdelah bentuk train betul pun, macam open cubicle dan setiap cubicle tu muat 2 ke 3 orang, pastu koc atau cubicle tu boleh tambah kat belakang. 


Dari sini kitorang dah start kena berjalan kaki. Mula2 tu seriau jugak, maklumlah masuk dalam terowong.

Masa mula2 masuk tu udara agak panas. Masa aku tanya staff kat situ, dia kata kat luar ni je panas, dah masuk ke dalam sejuk. Bila dah jauh masuk ke dalam, udara makin sejuk. Terasa angin berhembus, jenuh kitorang cari kat mana lubang udara, tapi tak jumpa. Dalam ni ada signange, lampu dan at certain place ada staff yang jaga. So, kalau sorang2 pun takde lah takut sangat. 


Korang tahu ke info ni? Aku baru tahu...

Perjalanan laluan yang mula2 tu membawa kitorang ke penghujung terowong yang berpagar, tempat yang dinamakan lubang sejuta ringgit. Boleh tahan ngeri tengok lubang sejuta ringgit tu. Terus aku terbayang Gua Jomblang. Kalau nak tahu kenapa dipanggil lubang sejuta ringgit, korang tanya cik gugel lah, aku malas nak cerita kat sini. 


Replika pekerja lombong di lubang sejuta ringgit. Lubang ni luas yang amat, bila pandang ke atas memang tinggi. Kat sini kawasan ni dipagar, memang tak dibenarkan masuk ke dalam.

Dari situ kitorang kena berpatah balik ke persimpangan yang mula2 tadi dan ambik haluan bertentangan pulak. Sepanjang jalan ada lubang/terowong tempat bijih digali. Dan kebanyakan lubang/terowong tu ditutup, mungkin untuk elakkan perkara buruk terjadi.


Laluan ni pun dipagar sebenarnya. Cuma mampu ambik gambar aje.


Bila baca ni, aku terfikir betapa bagusnya pemikiran Mr Vincent Baker. Kalaulah pemimpin kita berpandangan dan berfikir macam gitu, kan ke aman negara? Eh, Malaysia masih aman lah... 


Gambar ni sebenarnya rail lift untuk angkut barang masa aktiviti perlombongan dulu. Tapi aku tak berjaya nak ambik gambar dengan jelas. 

Dalam terowong ni bukan hanya ada laluan/bekas aktiviti perlombongan, tapi banyak jugak info2 yang ditampal kat dinding. Selain dari tu, ada jugak permainan yang korang boleh cuba. Impression aku masa sebelum masuk ke dalam ni dengan lepas keluar dari terowong ni berbeza. Pergilah, dan korang akan enjoy, insya Allah.


Track rail kat bahagian luar.


Siapa sangka, lubang kecil yang kelihatan tu sebenarnya menyimpan sejuta kisah dan khazanah di dalamnya. Korang boleh masuk ikut laluan ni kalau jalan kaki instead of ambik train.


Sesekali harus jugak menjejak sejarah di tanah air sendiri.

Keluar dari Terowong Sungai Lembing, kitorang ambik keputusan nak pusing2 jalan kampung. Lagipun hari masih terang. Kitorang ada lalu kawasan kesan runtuhan aktiviti perlombongan, nampak tiang2 yang masih tinggal. Tak jauh dari situ kitorang berhenti tepi jalan bila nampak banyak kereta parking kat situ.


Kitorang jumpa Jambatan Gantung Kolong Pahat, Sungai Lembing. Kat sini ada few jambatan gantung macam ni, dan ini antara yang dikenali. Kami semua menyeberang ke sebelah sana. 


View di sebelah kanan sewaktu melintasi jambatan. Air agak cetek, mungkin sebab sekarang musim kemarau.


Ni pulak view di sebelah kiri, airnya bewarna hijau. Tempat anak panah tu ada air terjun kecil dan ada budak2 tengah mandi dengan riang ria kat situ. Masa kitorang patah balik pun dorang still lagi berkubang kat situ.

Seberang sana ada perkampungan orang Cina, ada banyak perusahaan kuih tradisional dorang. Patutlah banyak kereta parking tepi jalan sebelum jambatan gantung tadi, dorang semua datang memborong kuih rupanya. Dah pusing ala kadar, sempat menyinggah tengok dorang buat kuih, kitorang berpatah balik. 

Masa balik kitorang singgah kat pekan Sungai Lembing dengan misi mencari pisang goreng dan abc. Tapi kecewa bila pisang goreng makcik tepi jalan tu dah habis, makcik tu pun tengah kemas barang nak tutup gerai. 


Pekan Sungai Lembing yang sunyi, tak banyak mana pun kenderaan. 

Dah takde pisang goreng, kitorang keluar dari kawasan kampung Sungai Lembing, masing2 mata melilau tengok kot2 ada gerai jual pisang goreng dan abc. Kitorang belasah je masuk simpang dan jumpa kedai jual abc. Pisang goreng takde tapi kitorang ganti dengan kuih dan abc. Rasanya aku ada ambik gambar, tapi bila check dalam kamera takde pulak. Abc makcik tu best, dan murah.

Izza dan mak sampai dah dekat nak Maghrib. Lepas Maghrib kitorang bergotong royong ber-bbq pulak. Malam ni kat homestay terlebih meriah sebab bukan takat kitorang je, tapi ada another group jugak. Bila dah berkumpul ramai2 maknanya waktu tidur pun jadi lewat. 


Thursday, July 9, 2015

destinasi | sg lembing part1

Hujung bulan May, kami geng berjimba akhirnya ke Sungai Lembing. Plan dari awal tahun, tapi masing2 busy dan penghujung May barulah semua orang dapat berkumpul. Nani bertolak sengsorang dari Kuala Terengganu, aku, Kak dan Fathi dari KL pada petang Jumaat tu. Manakala Izza akan datang petang Sabtu, sesudah selesai segala urusan beliau. 

Since kami bertiga ambik half day leave, konon nak gerak dari Putrajaya pukul 2 petang, tapi delay berejam. Around 3.30 pm baru kitorang keluar dari Putrajaya menghala ke timur. Awal2 tu traffic smooth je, tapi bila dah masuk Ampang jalan dah start jem. Dengan hujan lebat yang amat, perjalanan jadi makin perlahan. Bila dah lepas Gombak, keadaan dah smooth. 

Waktu kitorang berhenti kat R&R Temerloh untuk prayer break, jam dah pukul 6 lebih. Lepas dah settle urusan, tapau burger A&W, kitorang kembali ke kereta nak sambung perjalanan. Masa nak keluar dari parking, kereta macam berat. Kitorang turun balik pusing keliling kot2 tayar pancit, tapi semua tayar okay. Bila gerak, kereta ada sound yang pelik, terus berhenti kat Shell sebelah tu. Masing2 bukan tahu sangat pasal kereta, lepas check sana sini tak tahu apa nak check pun sebenarnya kitorang decided to proceed. 

Everything went smooth and just before azan Maghrib, aku perasan speed drop. Aku fikir Kak perlahankan kereta sebab azan Maghrib, tapi bukan. Kereta makin berat dan bila Kak kata RPM makin naik, aku suruh dia berhenti kat tepi. Malangnya, lepas tu gear tak engage. Aku call LPT Helpline dan mintak peronda datang. Menunggu peronda sampai dah ambik masa sejam. Sebelum tu aku dah call Nani bagitau kitorang lambat, dia dah pun sampai kat homestay.   

Masa peronda tu kata mungkin clutch plate rosak, kitorang semua pelik. Aku fikir kereta auto takde clutch plate, rupanya ada jugak. Memang tak boleh buat apa, kereta kena tow jugak. Peronda call towing dan lepas tu dorang tinggalkan kitorang kat situ. Sejam lebih kitorang tunggu baru towing sampai. Itu pun jenuh aku dengan Kak bergilir2 call LPT Helpline nak tanya status.


Kitorang dalam kereta yang berada atas tow truck. Brader tow truck ni muka takde perasaan. Bila dia tanya kemain lagi kitorang jawab dengan intonasi sepenuh perasaan, tapi dia tanya dan jawab soalan kitorang senada je, betul2 takde perasaan.

Kereta di towing ke exit Gambang, kat situ dah menunggu mekanik yang Kak call masa kitorang mintak tolong dengan brader peronda. Perjalanan kitorang masih jauh, nak bermalam kat Gambang kitorang turut kesiankan Nani sengsorang kat Sungai Lembing. Last2 kitorang merayu pakcik mekanik hantar kitorang ke Sungai Lembing. 

Kitorang sampai kat Sungai Lembing dah nearly midnight. Nani dah setia tunggu kitorang kat depan pagar. Lepas bawak masuk semua barang, kitorang selesaikan apa yang patut sebelum makan dan bersedia nak tidur. Lewat jugak kitorang tidur, sibuk bercerita pasal insiden tadi. Since kitorang sampai lewat, plan esok bergantung pada keadaan. 


*       *       *       *       *       *       *

Bangun pagi masa nak solat Subuh, air takde. Sudahnya kitorang bahagi air yang ada sikit sorang untuk wuduk. Since mata masih mengantuk dan air pulak takde, masing2 tarik selimut. Bila dah terang barulah sorang demi sorang bangun. Itu pun masih berbaring atas tilam. Bila air dah ada, barulah masing2 ambik turn mandi dan bersiap. Plan asal kitorang nak ke air terjun pelangi cancel. Kitorang singgah breakfast kat medan selera tempat parking bas. Murah dan sedap makanannya. 


Kemudiannya kami ke sini, Muzium Sungai Lembing. Entrance fee cuma RM2 seorang untuk warganegara Malaysia. 

Kat dalam muzium ni ada story board pasal perlombongan bijih timah yang cukup terkenal di Sungai Lembing pada waktu dahulu. Sehinggakan Sungai Lembing digelar El Dorado of the east dek kerana ada penempatan Inggeris kat situ. Pahang Consolidated Company Limited PCCL adalah syarikat yang bertanggungjawab menjalankan perlombongan di Sungai Lembing. Pekerja di lombong tersebut terdiri daripada Melayu, Cina dan Inggeris. 


Serbuk bijih timah yang dipamerkan di muzium ni. 


Pelbagai jenis batuan turut dipamerkan. Baru aku tahu bentuk quartz memang biji2 macam tu. 


Dan ini adalah model lombong bawah tanah. Bertingkat2 dan jauh ke dasar bumi rupanya.

Dalam muzium ni jugak ada paparan video tentang sejarah perlombongan di Sungai Lembing. Tapi bagi aku, tayangan video tu so and so je, tak cukup umphh. Okay lah dari langsung tak ada. 


Muzium Sungai Lembing ni terletak atas bukit mengadap ke Sungai Kenau. Muzium ini dahulunya adalah banglo kediaman pengurus besar lombong bijih. Bukit tinggi belah kanan tu adalah Bukit Panorama yang jadi tumpuan pengunjung di waktu pagi.

Keluar dari muzium ni, kitorang ke muzium bawah tanah atau tapak lombong yang tak jauh dari muzium ni. Tapi bila kitorang sampai kat entrance tu, brader tu suruh kitorang datang lepas pukul 2.00 petang. Staff dia baru je keluar lunch sebab pagi tadi electric takde. Masa kitorang sampai tu, TNB baru je lepas settle kan problem. Ramai jugak yang sampai sekali dengan kitorang. Dah kena halau, kitorang decide balik ke homestay dan datang balik lepas solat. 

footnote: ramai yang tak tahu nak buat apa bila berlaku insiden, kan? Lebih2 lagi kalau driving sengsorang. Okay, kalau insiden terjadi kat highway, korang boleh call peronda. Dorang akan datang dan assist korang. Kalau korang guna LPT, boleh call helpline @ 09-5479111 atau guna je box SOS yang ada kat tepi highway tu. Untuk memudahkan urusan bantuan, adalah lebih baik korang perhatikan dan pastikan lokasi korang based on papan tanda kilometer kat tepi highway. Every 100 meter ada kayu penanda tu. Kalau PLUS highway call je 1800-88-000. Highway lain aku tak simpan nombor, tapi kalau gugel korang boleh jumpa punya. Cuma nasihat aku, kalau terjadi apa2 insiden, sila jangan panik. Kalau boleh berhenti kat kawasan yang agak selamat, seeloknya jangan kawasan selekoh, bahaya.

  

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...