Hujung bulan May, kami geng berjimba akhirnya ke Sungai Lembing. Plan dari awal tahun, tapi masing2 busy dan penghujung May barulah semua orang dapat berkumpul. Nani bertolak sengsorang dari Kuala Terengganu, aku, Kak dan Fathi dari KL pada petang Jumaat tu. Manakala Izza akan datang petang Sabtu, sesudah selesai segala urusan beliau.
Since kami bertiga ambik half day leave, konon nak gerak dari Putrajaya pukul 2 petang, tapi delay berejam. Around 3.30 pm baru kitorang keluar dari Putrajaya menghala ke timur. Awal2 tu traffic smooth je, tapi bila dah masuk Ampang jalan dah start jem. Dengan hujan lebat yang amat, perjalanan jadi makin perlahan. Bila dah lepas Gombak, keadaan dah smooth.
Waktu kitorang berhenti kat R&R Temerloh untuk prayer break, jam dah pukul 6 lebih. Lepas dah settle urusan, tapau burger A&W, kitorang kembali ke kereta nak sambung perjalanan. Masa nak keluar dari parking, kereta macam berat. Kitorang turun balik pusing keliling kot2 tayar pancit, tapi semua tayar okay. Bila gerak, kereta ada sound yang pelik, terus berhenti kat Shell sebelah tu. Masing2 bukan tahu sangat pasal kereta, lepas check sana sini tak tahu apa nak check pun sebenarnya kitorang decided to proceed.
Everything went smooth and just before azan Maghrib, aku perasan speed drop. Aku fikir Kak perlahankan kereta sebab azan Maghrib, tapi bukan. Kereta makin berat dan bila Kak kata RPM makin naik, aku suruh dia berhenti kat tepi. Malangnya, lepas tu gear tak engage. Aku call LPT Helpline dan mintak peronda datang. Menunggu peronda sampai dah ambik masa sejam. Sebelum tu aku dah call Nani bagitau kitorang lambat, dia dah pun sampai kat homestay.
Masa peronda tu kata mungkin clutch plate rosak, kitorang semua pelik. Aku fikir kereta auto takde clutch plate, rupanya ada jugak. Memang tak boleh buat apa, kereta kena tow jugak. Peronda call towing dan lepas tu dorang tinggalkan kitorang kat situ. Sejam lebih kitorang tunggu baru towing sampai. Itu pun jenuh aku dengan Kak bergilir2 call LPT Helpline nak tanya status.
Kitorang dalam kereta yang berada atas tow truck. Brader tow truck ni muka takde perasaan. Bila dia tanya kemain lagi kitorang jawab dengan intonasi sepenuh perasaan, tapi dia tanya dan jawab soalan kitorang senada je, betul2 takde perasaan.
Kereta di towing ke exit Gambang, kat situ dah menunggu mekanik yang Kak call masa kitorang mintak tolong dengan brader peronda. Perjalanan kitorang masih jauh, nak bermalam kat Gambang kitorang turut kesiankan Nani sengsorang kat Sungai Lembing. Last2 kitorang merayu pakcik mekanik hantar kitorang ke Sungai Lembing.
Kitorang sampai kat Sungai Lembing dah nearly midnight. Nani dah setia tunggu kitorang kat depan pagar. Lepas bawak masuk semua barang, kitorang selesaikan apa yang patut sebelum makan dan bersedia nak tidur. Lewat jugak kitorang tidur, sibuk bercerita pasal insiden tadi. Since kitorang sampai lewat, plan esok bergantung pada keadaan.
* * * * * * *
Bangun pagi masa nak solat Subuh, air takde. Sudahnya kitorang bahagi air yang ada sikit sorang untuk wuduk. Since mata masih mengantuk dan air pulak takde, masing2 tarik selimut. Bila dah terang barulah sorang demi sorang bangun. Itu pun masih berbaring atas tilam. Bila air dah ada, barulah masing2 ambik turn mandi dan bersiap. Plan asal kitorang nak ke air terjun pelangi cancel. Kitorang singgah breakfast kat medan selera tempat parking bas. Murah dan sedap makanannya.
Kemudiannya kami ke sini, Muzium Sungai Lembing. Entrance fee cuma RM2 seorang untuk warganegara Malaysia.
Kat dalam muzium ni ada story board pasal perlombongan bijih timah yang cukup terkenal di Sungai Lembing pada waktu dahulu. Sehinggakan Sungai Lembing digelar El Dorado of the east dek kerana ada penempatan Inggeris kat situ. Pahang Consolidated Company Limited PCCL adalah syarikat yang bertanggungjawab menjalankan perlombongan di Sungai Lembing. Pekerja di lombong tersebut terdiri daripada Melayu, Cina dan Inggeris.
Serbuk bijih timah yang dipamerkan di muzium ni.
Pelbagai jenis batuan turut dipamerkan. Baru aku tahu bentuk quartz memang biji2 macam tu.
Dan ini adalah model lombong bawah tanah. Bertingkat2 dan jauh ke dasar bumi rupanya.
Dalam muzium ni jugak ada paparan video tentang sejarah perlombongan di Sungai Lembing. Tapi bagi aku, tayangan video tu so and so je, tak cukup umphh. Okay lah dari langsung tak ada.
Muzium Sungai Lembing ni terletak atas bukit mengadap ke Sungai Kenau. Muzium ini dahulunya adalah banglo kediaman pengurus besar lombong bijih. Bukit tinggi belah kanan tu adalah Bukit Panorama yang jadi tumpuan pengunjung di waktu pagi.
Keluar dari muzium ni, kitorang ke muzium bawah tanah atau tapak lombong yang tak jauh dari muzium ni. Tapi bila kitorang sampai kat entrance tu, brader tu suruh kitorang datang lepas pukul 2.00 petang. Staff dia baru je keluar lunch sebab pagi tadi electric takde. Masa kitorang sampai tu, TNB baru je lepas settle kan problem. Ramai jugak yang sampai sekali dengan kitorang. Dah kena halau, kitorang decide balik ke homestay dan datang balik lepas solat.
footnote: ramai yang tak tahu nak buat apa bila berlaku insiden, kan? Lebih2 lagi kalau driving sengsorang. Okay, kalau insiden terjadi kat highway, korang boleh call peronda. Dorang akan datang dan assist korang. Kalau korang guna LPT, boleh call helpline @ 09-5479111 atau guna je box SOS yang ada kat tepi highway tu. Untuk memudahkan urusan bantuan, adalah lebih baik korang perhatikan dan pastikan lokasi korang based on papan tanda kilometer kat tepi highway. Every 100 meter ada kayu penanda tu. Kalau PLUS highway call je 1800-88-000. Highway lain aku tak simpan nombor, tapi kalau gugel korang boleh jumpa punya. Cuma nasihat aku, kalau terjadi apa2 insiden, sila jangan panik. Kalau boleh berhenti kat kawasan yang agak selamat, seeloknya jangan kawasan selekoh, bahaya.
No comments:
Post a Comment