Tuesday, February 24, 2015

trip redah | #1: dugaan tak diduga

Plan nya dah bertahun, tapi asyiklah postponed sampai sudah. Dari berdua akhirnya jadi bertiga bila Izza sudi join kitorang. Konon nak redah je cari tiket Rabu malam tu, tapi bila Izza offer nak belikan tiket few days before that, kitorang setuju. Rupa2nya ramai bebenor orang nak ke utara tanah air sempena cuti panjang ni. Instead of getting direct bus, we only managed to get the ticket to Kangar.

Pukul 9 malam baru aku keluar rumah, ambik member dan terus ke Putrajaya Sentral. Aku parking kete kat situ dan ambik ERL ke Bandar Tasik Selatan, kemudian bertukar ke LRT dan turun di Plaza Rakyat. Kami sampai kat Hentian Puduraya just after 11pm, gara2 aku yang terlalu confident dengan LRT line.  

Bas kitorang patutnya depart dari Pudu pukul 11.30, tapi bila dah bertukar hari baru pun bayang bas masih tak kunjung tiba. Masing2 kerengasaan. Dengan bermacam bau yang ada, ditambah dengan asap rokok, asap kenderaan, bunyi enjin, memang complete set pencemaranlah.


Kami-kami yang sepatutnya naik bas kat Terminal 14. Ni dah kurang sesaknya, sebahagian dah naik bas.

Pukul 1 pagi, tak tahan menunggu yang tak pasti, kitorang call brother bas. Jawapannya, tunggu kat situ. Kejap lagi bas datang. Bertabahlah kitorang menunggu. Pukul 2 pagi, bayang bas masih tak muncul. Kitorang call lagi sekali. Jawapannya, bas on the way. Dalam setengah jam lepas tu, dia suruh kitorang tunggu kat depan. Masa ni hati masing2 dah berbunga2, masing2 duk fikir bas memang betul2 on the way dah ni. Tapi semua tu hanyalah janji manisnya sahaja. 

Yang aku impress, hampir semua penumpang cool je. Takde yang nak marah2 naik angin semua. Kecuali 2 orang mat saleh yang aku rasa anak dan bapak European yang tak puas hati. Dorang pegi mengadu kat polis yang station kat situ, sekali dorang yang kena halau, which I think is not right. Lepas tu aku dah tak nampak dorang dah. Lepas ding dong sana, ding dong sini, akhirnya bas kitorang muncul pukul 6 pagi! Lebih haru adalah bas sekolah, bukan bas ekspress seperti yang dijanjikan. Sayang, aku lupa nak ambik gambar tiket bas. Yang pasti tiket bas color purple kebiruan kalau tak silap company Kejora


Traffic slow sebelum terowong. Masa ni kitorang memang berserah dah.

Bas berhenti kat banyak tempat turunkan penumpang. Somewhere kat area Kulim, kitorang kena tukar ke bas persiaran pulak. Bas ni much better than bas sekolah yang sebelumnya. Kitorang sampai kat Kangar dah hampir 6 petang. Mujurlah Shidi, kawan Izza sudi hantarkan kitorang ke Padang Besar. Masalah pulak bila transport nak masuk ke Hatyai dah tak ada. Pak cik teksi kat stesen bas/teksi Padang Besar suggest suruh kitorang ke area Masjid lama. Kat situ ada orang yang boleh arrangekan transport untuk ke town. Lokasi: sebelum sampai ke roundabout kecik nak ke border, ada Maybank belah kiri. Ambik simpang kiri sebelum Maybank dan korang boleh nampak masjid lama. Pak cik yang uruskan transport tu kat sebelah kedai makan, sebelum lorong ke masjid. Situ ada banyak parking.

Lepas discuss lebih kurang, ambik kira risiko dan faktor yang kitorang sebenarnya takde tiket nak balik, akhirnya kitorang sepakat ambik prebet sapu ke Hatyai. Kata pak cik yang arrangekan tu, harganya RM 130. Tapi bila dah naik prebet sapu tu, brother tu kata THB 1300. Pulak! Nak tak nak, redha je lah. Brother tu pulak tak habis2 nak merungut yang dia bagi kat kitorang cukup murah. Hari ni dia charge penumpang lain antara THB 1500 ke THB 1800 sebab public holiday. Disebabkan Pak Halim pak cik yang arrangekan tu dia bagi murah. 

Kat Immigration belah Thailand, another drama happen. Kitorang tak nampak sign kat mana nak ambik Arrival/Departure Card. Ada pak cik tua yang bukak meja kat sebelah kaunter jual sekeping RM 1, duk push kitorang. Aku tanya kat officer yang berkumpul ramai2 depan tu, dan dorang tunjuk kat pak cik tu. Pulak! Dalam pada menyumpah seranah dalam hati, kitorang terpaksa merelakan jugak. Kat kaunter immigration untuk stamping passport, kitorang kena pow sorang seringgit, Izza je selamat terlepas. Sumpah seranah bersambung dalam hati. Lepas tu baru kitorang tahu, Arrival/Departure Card tu mintak kat kaunter immigration tu je. Haish! Inilah makanan untuk orang yang main redah je. Erk, masa aku cross border dari Poipet - Aranyaprathet, ada officer yang bagi card tu sebelum naik ke tingkat atas. Free of charge!  

Brother tu bawak kitorang ikut jalan kampung, kalau ikut jalan biasa jem katanya. Pasrah je lah, janji selamat sampai. Kitorang diturunkan kat depan Lee Garden Plaza. Dari situ kitorang berjalan cari hotel. First guesthouse yang kitorang approach, Nam Huat Guesthouse. Ada bilik kosong, kitorang agree bila dia kata THB 800 semalam. Malas dah nak cari tempat lain. Ambik, sekali bilik kitorang kat tingkat 5! 

Lepas letak barang, kitorang turun nak cari dinner. Dah lebih 24 jam kitorang tak ambik proper meal. Minum pun sikit2 je, punyalah nak control tak nak bagi terkucil. Area Lee Garden tu banyak stall Muslim, tapi takde tempat duduk kosong. Apa pun, kitorang buat kunjungan hormat pegi jumpa best friend dulu. Since orang masih ramai, nak makan pun takde tempat, kitorang decide pegi jalan2 dulu. Mana tahu terjumpa tempat lain yang tak ramai orang. 


Kitorang nampak restoran ni. Letaknya kat jalan yang nak ke Hatyai Railway Station. Restoran ni kat belah kiri, dan korang boleh nampak stesen ketapi tu betul2 kat hujung jalan. Malam tu aku tak perasan, bila siang baru perasan. Pekerja restoran tu boleh bercakap bahasa Melayu slang Pattani. 

Balik ke bilik, masing2 hanyut. Bila dah dapat free wifi, semua duk update apa yang patut. Kali ni aku tak roaming, dan tak beli simkad.  


Thursday, February 12, 2015

T_T #1

Mood keboringan. 
Tensen. 
Tak tau nak buat apa. 

Belek2 folder gambar. 
Rewind memori lama. 
Skodeng belog orang. 
Intai instagram member. 

Tetiba mata rasa pedih. 
Hati rasa sakit. 
Badan dah start sakit2. 
Sendi dah sengal2. 

Tu tandanya tuan empunya diri perlukan terapi minda, terapi jiwa. 
Kerana kekangan, segala terapi kena hold dulu. 
Until further notice katanya.



Januari 2009.
Trip pertama, cubaan pertama. 
Pengalaman baru.
Ujian baru.
Pelajaran baru tanpa guru.
Manusia itu topengnya bermacam.

Serik?
Perkataan itu tak pernah wujud.
Menjadi permulaan, bukan penamat.
Langkah pertama sudah, langkah seterusnya menyusul.

Minda sedang berbalah.
Hati sedang memujuk.
Terhasillah T_T #1 Throwback Thursday #1.
Happy Thursday, guys!


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...