Wednesday, October 31, 2012

day 3 | hoi an

Awal2 pagi lagi aku dah terjaga. Bangun dan bersiap seadanya. Dalam 7.30 pagi aku keluar cari meeting point, time ni dah terang benderang, macam pukul 9 pagi. Sengaja aku keluar awal sebab aku tak tahu tempat tu, dan jugak sebab aku jalan kaki. Kalau ada rezeki aku joinlah tour tu, kalau tak aku merayau je kat town sementara nak ke Da Nang. 

Dalam 40 minit menapak sambil mata duk melilau kiri kanan kiri mencari tempat tu, sambil2 menepis godaan motor dan cyclo, akhirnya aku berjaya! Teruja sangat sebabnya masa aku refer dekat map macam susah je nak jumpa tempat tu. Since aku sampai awal dari waktu yang dijanjikan, dan aku nampak kat sebelah tu ada handicraft village. Daripada aku jadi patung cendana kat sini, better aku cuci mata kat tempat tu. Dorang memang mesra, tapi bila tengok harga yang terpampang, terus aku rasa seram sejuk. Lepas ushar apa yang patut aku terus blah, tak mau lah berlama2.

Bila aku kembali ke tempat pertemuan tu, dah ada 3 guys which I think they are from the free tour. And yes, ramalanku benar belaka! Lepas dah kenal2 tu aku pun teruslah point out masalah problem yang aku alami. Dah tersurat rezeki aku dapat join tour ni, Alhamdulillah. Lepas call sana call sini, tak sampai pun 5 minit, sorang lelaki sampai dengan motor. Quang akan bawak aku dengan motor and the rest will be cycling. Kami ber-12 6 traveller termasuk aku, 4 students yang terlibat dan 2 orang staff dari your local booking bergerak ke jeti lepas semua dah ready dengan basikal masing2 kecuali aku dan Quang. 

Just nice masa kami sampai kat jeti tu, feri dari seberang sana baru je sampai. Sebenarnya bila incoming feri dah nak sampai, feri yang ada kat jeti kena bergerak. So, takkan ada dua feri dalam satu masa. Lepas dah loading basikal, motor, penumpang dan segala bagai barang2 feri pun get ready to depart. Diorang panggil feri, tapi bagi aku ini cumalah multipurpose boat yang saiznya sedikit besar dari boat biasa. Bot nelayan laut dalam lagi besar saiznya dari feri diorang ni.


Keadaan dalam feri ni agak bising sebab bunyi enjin, lebih kurang macam nilah keadaannya. Budak lelaki dalam video ni memang tengok aku pelik je start dari aku on kamera sampailah feri ni selamat sampai ke destinasi. Atau memang aku nampak pelik? Papelah, haih!


Another ferry yang sempat aku snap. Muatan kat dalam tu tak penuh sangat. 


Bot nelayan, tapi sayang aku tak nampak sesiapa pun dayung sampan bulat sewaktu dalam perjalanan. Yang ini pun cuma diikat pada bot. 


Lebih kurang 20 minit perjalanan dengan feri, kami tiba di jeti Kim Bong Village. Destinasi pertama adalah tempat pembuatan bot. Sejujurnya, walaupun di negeri kelahiran aku memang terkenal dengan boat makingnya, tapi aku tak pernah ke sana. Mungkin jugak kerana jarak yang agak jauh dengan tempat tinggal kami. 


Seterusnya kami ke carpentry workshop. Hasil ukiran ni kemas dan cantik, lama aku termenung kat sini. Sekadar merenung, tapi tak beli pun. Kat kampung ni sebenarnya banyak bengkel macam ni, cuma yang ini antara yang paling terkenal gitu.


Lepas tu kami ke sini, rumah yang aku dah lupa namanya. Rumah ni dihuni oleh keluarga besar yang merantau dari utara Vietnam kalau tak silap aku. Kat rumah ni ada list keturunan nenek moyang diorang. Dalam ni jugak ada tokong. Sebelah kiri gambar ni ada kubur ahli keluarga diorang. 


Melintasi kawasan ni. Sempat berhenti sekejap kat sini sebab Rebecca nak ambil gambar kerbau tengah berkubang. Sesekali jumpa kerbau, excited nak bergambar. Masa ni on the way nak ke rumah penduduk kampung yang buat rice paper.


Beras akan direndam dulu semalaman sebelum dikisar. Gambar kiri tu pengisar lama, dulu2 time aku kecik2 aku pernah nampak pengisar ni kat rumah jiran aku. Agaknya sekarang dah tak ada kot. Gambar kanan tu pulak pengisar moden, tu kata diorang bukan kata aku. Tapi lagi advance lah kalau nak dibandingkan dengan yang sebelah kiri tu. 


Gambar atas kiri: Mak cik tuan rumah tengah buat rice paper. Bawah tu periuk kukus yang ditutup dengan kain rasanya, adunan beras yang dikisar diratakan atas tu, tutup kejap. Agak2 dah masak ratakan pulak second layer, pastu tutup lagi. Dalam 2 minit cenggitu boleh angkat dan sejukkan. Sekam padi digunakan sebagai bahan api. Gambar kanan: Nenek yang usianya 80 tahun ni potong rice paper secara manual, laju je nenek ni potong, saiznya sama pulak tu. Gambar kecik kat bawah belah kiri tu kalau potong guna mesin. Rice paper ni dah jadi mee, lebih kurang macam koay teow kalau kat Malaysia. 

Next kami ke rumah penduduk kampung yang usahakan sleeping mat. Ini persinggahan terakhir kami sebelum kembali ke Hoi An town. Kalau kat Malaysia aku tahulah camaner tikar mengkuang dibuat, sebab dulu2 mak selalu buat dan aku rajin tolong tengok. Tapi tikar diorang ni ala2 menenun pun ada, bukan dari mengkuang tapi dari spesies cane grass macam dalam gambar kat atas ni. Nampak macam senang, tapi bila aku try susah jugak, terkial2 aku dibuatnya. Tikar ni ada 2 jenis, untuk kematian plain color dan untuk lain2 occasion boleh dibuat colorful.  


Dan kami kembali ke jeti sebelum ini, bersedia untuk kembali ke seberang sana. Yang korang nampak tu feri baru sampai dan mereka2 tu tengah unloading. 


Dari jauh dah boleh nampak deretan rumah lama di bandar Hoi An. Oh ya, masa balik ni aku duduk kat bahagian luar, sekali dengan barang2.  


Closer look. Tanda 'P' yang terpampang tu untuk parking bot. Jangan korang nak mandai2 parking kereta pulak kat situ. 




Bila tengok bot2 ni semua, aku rasa mungkin ada boat tour. Cuma mungkin aku je yang tak perasan. 

Kami kembali ke tempat berkumpul pada paginya. Lepas fill up borang, sembang2 kejap dan around 12.20 aku tinggalkan mereka. Petang ni aku akan bertolak ke Da Nang. selain dari sewa basikal untuk kes aku sewa motor, VND50,000 untuk tambang feri dan sedikit sumbangan kepada penduduk kampung, yang lain2nya adalah free. Tapi korang boleh donate untuk group ni, kalau tak nak donate pun takpe. Tapi aku rasa sumbangkanlah walau sedikit. Aku pernah search, paling murah tour yang sama macam ni dalam $17 per person. Members group ni adalah student universiti di sekitar Hoi An dan Da Nang, main purpose diorang nak practice their English. Bagi aku, usaha mereka2 ni memang bagus. Kalau korang nak tahu lebih detail pasal tour ni, klik je kat sini.   


Gambar kiri, lorong yang perlu dilalui dari main road nak ke homestay yang aku stay. Gambar kanan, homestay yang aku duduk dan kat pintu tu Linh, host aku. Mamat yang nampak belakang tu datang nak repair paip. 

Hampir pukul 3 baru aku bergerak ke stesen bas. Linh dah call kan motor dan siap pesan berkali2 suruh aku bayar VND 20,000 je untuk tambang bas. Sebabnya foreigner selalu kena ketuk berganda2. Kelakarnya, lepas hulur duit tambang dekat konduktor bas, aku terus pandang keluar tingkap. Pastu pura2 tidur tak nak kantoi. Tapi bila dah lebih sejam dalam bas dan penumpang turun dan naik silih berganti, aku dah gelabah. Bila tanya minah sebelah aku, dia tak faham pulak. Last2 tanya jugak dekat akak konduktor tu, katanya tak lama dah. Fuhhh! Cuak jugak aku dibuatnya, manalah tahu kot2 tetiba sampai ke north Vietnam. Dah lah esok aku balik KL, tak ke haru kalau betul2 terjadi. 

footnote: pak cik tu gatai! Tak padan dengan tangan sakit, ada hati nak pegang2 pipi aku pulak... hishh! Menyesal singgah kedai dia. Nasib baik hari last, kalau tak memang kita aku bakor je. 


Sunday, October 21, 2012

day 2 | last part

Bila dah balik ke bilik dan rehatkan badan, rasa malas lah pulak nak keluar. Penat, mengantuk dan paling teruk rasa malas teramat2lah kuat auranya. Hati aku berbelah bahagi sama ada nak keluar atau tak. Sememangnya aku kepenatan dan dalam pada itu sempat aku bersms dengan organizer untuk free tour esok hari. Aku cuma ada malam ni sahaja di Hoi An sebab esok petang aku dah nak ke Da Nang. Aku jadi lemah bila teringatkan jarak antara homestay dengan town yang jauh dan aku cuma mampu menapak je. Time ni mulalah terasa kesal sebab tak belajar berbasikal dari awal. Kalau tak...... sungguh, perkataan kalau ni memang menyakitkan hati dan perasaan, haih!

Setelah didarab dan bahagi, dicampur pulak dengan kuasa dua sebelum ditolak dengan punca kuasa tiga nasib baik tak melalut ke kuasa 7 aku akhirnya decide, 'okay, this is the last night I'm in Hoi An, just forget about tired and laziness, enjoy Hoi An till I am really flat. Let's enjoy!' and around 6++ aku keluar. Walaupun baru pukul 6 lebih, tapi macam dah pukul 8 malam kat Sepang!

Aku memang sentiasa bawak torchlight kalau keluar malam2. Manalah tahu kot2 diperlukan, adalah bantuan. Macam biasa, aku cuma mampu memandang sepi basikal yang setia menanti sebelum melangkah keluar. 


Apa perasaan korang bila tengok gambar ni? Seram? Cuak? Atau biasa2 je, takde papelah dengan bangunan tu... Agak2 boleh teka tak bangunan ni tempat apa? Aku sengaja berpatah balik semata2 nak ambik gambar ni, at first aku sendiri terkejut dan rasa seram bila tengok. Inilah hospital yang pada siangnya kami parking motor kat sini. Agak2 kalau macam ni rupa hospital waktu malam kat Malaysia ni, ada tak orang nak datang, especially untuk kes2 kecemasan?

Kat tengah2 town memang meriah dengan orang ramai. Waktu malam ni yang banyaknya orang berjalan kaki dan berbasikal. Susah nak tengok orang bermotorsikal. Aku singgah ke sebuah kedai, belek2 t-shirt sambil berbual dengan akak kedai. Last2 aku sambar 6 helai t-shirt dan lepas jenuh mengayat aku dapatlah jugak diskaun $1. Akak tu kata harga yang dia bagi tu memang dah cukup murah. Tapi sebab aku orang Asia jugak dan murah dengan senyuman, maka dia pun bagilah diskaun tu. $1 je untuk senyuman aku, aduhaii... murah bebenor. Okaylah dari langsung tak ada, syukur Alhamdulillah. 

Lepas tu aku berjalan ke heart of the city, nak tengok lantern. Konon2 nak test laluan lain, tak pasal2 aku sesat. Jenuh cari jalan keluar tak jumpa2, aku akhirnya patah balik dan tadaa!! Berjalan waktu siang dengan malam banyak bezanya. Tambah pulak kat tempat asing. 

Orait, jom layan gambar! Hoi An memang meriah dengan cahaya lantern.




Perahu tersusun kat tepi jeti. Cantik disimbah cahaya lantern di waktu malam. 






Di tepi sungai menghala ke arah Japanese Bridge ada banyak gerai2 yang hanya dibuka pada waktu malam. Menariknya meja dan bangku rendah2 dan comel je. Siang hari memang tak ada. 


Pasar malam di seberang jambatan. Kalau perasan aku ada mention pasal tempat ni dalam previous entry. 


Sebelum balik sempat aku layan cahaya lantern puas2. Bila nak balik barulah terasa kepenatan yang amat sangat. Kaki pun dah lenguh semacam, tangkapan pun tak meriah mana sebab poket aku tak menarik sangat pun. 

Aku tanya pak cik cyclo kat tepi jambatan tu. Masing2 tak pandai cakap English, tanya mamat yang keje kat restoran seberang jalan tu pun dia tak tahu jugak. Hampeh, sebabnya restoran dia ramai mat saleh masuk tapi pekerja tak tahu berbahasa Inggeris pulak. 

Sudahnya aku keluarkan map dan tunjuk kat mana homestay aku since dia tak tahu bila aku tunjukkan alamat. Mahal jugak naik cyclo ni, tapi bila fikirkan pak cik tu guna tenaga tuanya nak kayuh, malam pulak tu, jadi aku pejam mata jelah. Tak mengapalah, sesekali berkongsi rezeki dengan mereka2 yang lebih memerlukan. Kawan pak cik cyclo tu dengan jayanya meneka aku dari Malaysia. Pertama kali orang dapat teka dengan tepat! Bangganya aku... sudah! perasaan riak sudah mari... 

Alhamdulillah, pak cik tu hantar aku sampai depan pagar. Host aku sekeluarga dah tidur masa aku balik. Lepas mandi dan tunaikan kewajipan aku kemas bag. Packing mana yang patut sebab esok aku dah nak ke Da Nang. Cuma aku tak pasti lagi pasal program sebelah paginya. Tak mengapalah, yang penting malam ni aku tidur dan berehat sebaiknya. 


And this lovely girl is Truong, and her mother. Truong was kind enough showing me around the ancient town and bring me to her mother's workplace. I have a very great evening with them, talking and sharing some stories. And Truong is great accompanying too!


Wednesday, October 17, 2012

day 2 | hoi an part2

Lepas dah recharge tenaga, latihan kawad kaki diteruskan. Yang sebenarnya, untuk aktiviti hari ni aku boleh dikatakan follow je ke mana sahaja Truong bawak. Katanya kita tak perlu rushing, relax and steady je sebab confirm boleh habiskan 5 tempat tu dalam masa tak sampai sehari. Tapi memang pun, sebabnya aku asyiklah lalu ikut laluan yang sama!


Tempat ketiga yang dituju, Phuc Kien Assembly Hall. Tak lama pun aku kat sini. Lepas pusing sana pusing sini kami pun blah. Kebetulan masa ni ramai pelancong dari China dan dorang duk worship, busuk giler bau colok yang dorang bakar. Sakit hidung aku dibuatnya, tu antara sebab tak lama aku kat dalam tu. Lebihnya aku melepak kat luar.

Dari jalan yang sama, kami menyinggah ke alamat bernombor 129 Tran Phu. Aku sebenarnya main singgah je, tak plan pun nak ke mana2. Bila kebetulan refer dalam map ada tempat yang boleh disinggah, kami singgah je. Tempat tu okay ke tak, memang tak terfikir pun. Memang redah sampai sudah.

Tempat yang kami singgah ni adalah antara rumah lama yang masih kekal dan boleh dilawati di sini. Old House of Duc An, dan kami bertemu dengan pemilik yang merupakan generasi ke 6 rumah ni. Masa kami sampai ni, ada satu group tengah buat wedding photo-shoot. Lupa pulak aku nak photo-shoot dorang. 
   

Konsep rumah Vietnam ni memang bukaan kecil tapi memanjang ke belakang. Kurus, macam orang2 Vietnam jugak yang kebanyakannya kurus2 belaka. Sebahagian dari bahagian tengah rumah ada ruang terbuka yang aku namakan open roof biasanya dijadikan taman, sejuk je. Dan bahagian belakang adalah family area.  


Deretan bangunan lama di Hoi An ancient city. Bentuk dan color lebih kurang sama je semuanya.  


Walaupun matahari panas terik, tapi suasananya aman damai. Aku suka!

Tempat terakhir dalam 5 tempat yang kitorang boleh masuk dengan tiket yang dibeli tu memang dah kami reserve untuk ke Hoi An Art Craft Manufacturing Workshop. Pukul 3.15 ada performance, so dalam pukul 3 tu kami dah mencari tempat tu. Jenuh kami berpusing, tak jugak jumpa tempat yang dicari. Last2 bila masa dah makin suntuk, aku suruh Truong tanya orang. Local to local talk is better, haha. 

Finally, we did manage to find the place. Masa kami sampai tu performance dah start! Minah yang jaga tu suruh kami masuk tengok performance tu dulu, kupon masuk tu bagi kemudian. 


Tarian tanglung ni panjang sebenarnya, tapi ni yang dah hujung2. Suka aku tengok, sebab ada unsur2 lawak. Kalau korang perasan muziknya macam pengaruh China pun ada. 


Dah habis menari, jom kita bergambar! Kebetulan masa ni memang ada rombongan dari Thailand, dorang ada anti-corruption conference kalau tak silap. Dah alang2 menyelam, terus minum airlah gamaknya. Performance ni banyak jugak sebenarnya, ada nyanyi2, main alat muzik dan tarian ni kira closinglah. Lepas dah habis baru aku serahkan kupon dan jelajah dalam kawasan ni. 


Sungguh tekun akak ni menyulam, aku tak tahu nak panggil sulam ke jahit. Kat atas kain tu dilukis dengan pensil gambar apa yang nak dihasilkan. Pastu dengan menggunakan benang jahit yang biasa tu, akak ni menyulam aka jahit dengan benang. Aku rasa macam susah sebab tak ada guidance. Kalau cross-stitch yang selalu aku buat tu lagi senang sebab dah ada pattern. Follow je, tapi yang ni atas kreativiti sendiri. Yang dah siap ada dipamerkan untuk dijual. Prepare duit je. 


Tanglung tu jugak yang menarik perhatian aku!


Kreativiti dorang ni agak menarik jugak. Ukiran ni dari buluh yang ditransformkan menjadi pak cik hensem berjanggut. 


Lama aku kat dalam ni. Macam2 hasil kesenian yang korang boleh tengok kat sini. Inilah Hoi An Art Craft Manufacturing Workshop yang jenuh kami cari. Tempatnya agak tersorok, patutlah susah nak jumpa! Alasan semata... hehe.


Nampak tu? Kalau ada motor yang melintasi garis ni, memang tak pasal2 kena halau. Tak percaya sudah, tapi aku nampak ada orang kena halau, haha. Nak lagi sahih, korang try lah bawak motor kat sini. Tetiba je nanti ada polis keluar.


Selain pakaian, kat ancient city ni berlambak kedai kasut. Aku berkenan jugaklah, tapi poket aku tak izinkan. So tak adalah aku membelinya. Tapi sekarang dah teringat2, haih! Kacau sungguh!

Hari dah hampir gelap. So, we decided to end our tour in the city and proceed to the outskirt. Dia nak bawak aku jumpa mak dia. 


Ingat lagi tak tempat ni? Aku lalu lagi sekali masa dalam perjalanan nak ke rumah Truong. 

Lepas dia tunjukkan rumahnya, dia bawak aku ke workshop tempat emaknya bekerja. Lama jugak aku kat situ. Bersembang macam2. Truong yang jadi penterjemah antara kami. Mak dia siap jemput aku dinner dengan family dia, tapi aku terpaksa tolak dengan baik. 


Masa ni aku dalam perjalanan pulang, dihantar Truong. Nak mintak dia tunggu sunset dengan aku kat sini tak logiklah pulak. Kesian dekat dia, dah seharian temankan aku berjalan meredah panas terik. 


Anak itik orang pulang petang. Seronoknya kalau time ni aku pandai berbasikal, boleh aku cycling tengok sunset kat jambatan tadi. 

Bila dah balik, badan memang terasa penatnya. Malas pulak nak keluar malam. Hajatnya nak melihat Hoi An di waktu malam. Kata orang cahaya lantern memang penarik Hoi An di waktu malam. Badan penat, tapi esok dah nak ke Da Nang. Hati aku berbelah bagi antara nak pergi dengan tidak.


Saturday, October 6, 2012

jalan kaki yang pertama

Selama ni aku selalu je terlepas event kat Putrajaya. Memang teringin bebenor nak join night marathon, charity walk, dan macam2 lagilah. Last month my friend ajak join this charity walk. Lepas check schedule dan aku memang free, so pucuk dicita ulam mendatanglah kiranya. 

Tapi malangnya, tetiba pulak this weekend ada kelas. Patutnya Sabtu free dan exam hari ahad, tapi exam postponed to the next Sunday and class which supposed to be on the next weekend were bring forward to this weekend. Even the event will start at 6pm, but t-shirt collection is available from 1.00 to 4.30pm. Luckily, my friend's collected the t-shirt for me and right after class I drove to Putrajaya. Sudahlah jalan biasa yang aku selalu ambik nak ke dataran tu tutup pulak, kecoh betullah. Terpaksalah aku ikut laluan alternatif. 


Masa ni kitorang tengah tunggu 4 orang brother dengan paraglider land bawak turun setiap sorang beras, jagung, gandum dan jagung, simbolik makanan ruji masyarakat dunia. Tapi masa ni angin kuat, bukan aku je yang cuak bila payung sorang glider tu hampir kuncup ditiup angin. Cuak weh! Last2 diorang landing sebelah Wisma Tani instead of depan main stage. 


Lepas brother2 paraglider bawak turun makanan tu, YM Tunku Zarith Sofia selaku tetamu kehormat dan VIP lain masukkan dalam bekas, treler ni pulak lalu. Konon2 utk bring the foods into the containerlah gamaknya.  


Semua orang dah ready nak berjalan2. Masing2 tengah countdown ramai2. 


Belon dah lepas beterbangan, maka bermulalah acara.

Walkathon ni ada dua option, sama ada pilih untuk jalan 3km atau 5km. Tapi aku nampak ramai yang pilih untuk jalan 5km. Orang kelainan upaya (OKU) pun ramai yang join this walkathon. Yang sihat walafiat memang ramailah. 


Dah hampir separuh perjalanan dah ni. PICC dah nampak jelas kat depan mata. Kami bermula depan Palace of Justice, pastu u-turn depan PICC dan finishing point depan Palace of Justice tu jugak. 


Masa ni aku dah u-turn. Kami ni sibuk ambik gambar, banyak sangat pit stop. Bukannya betul2 concentrate berjalan. Maklumlah, kalau nak diharapkan saja2 datang sini ambik gambar, memang tidaklah. Kiranya sambil menyelam minum airlah ni. 

  
Sempat lagi layan sunset. Bukan kami berdua je, ramai lagi yang join sekali. 



Finally, lepas berjalan sejauh 5km dengan masa lebih kurang 1 jam 15 minit dicampur dengan berhenti ambil gambar di sana sini. Alhamdulillah, tak terasa 5km tu.


Muka2 kepenatan selepas berjalan kaki beramai2 berlatar belakangkan Palace of Justice. Kami rehat sekejap sebelum kembali ke pangkal jalan pulang.


Aku termiss HOPE, rasanya ada banyak lagi yang aku tak perasan. Maklumlah orang ramai, ini pun kalau nak tunggu tak ada orang baru nak tangkap gambar, memang tak dapatlah. 

Secara keseluruhannya, aku amat berpuas hati dengan event hari ni. My first walk, World Hunger Relief 2012 Charity Walk. Walaupun ini adalah jalan kaki aku yang pertama, Alhamdulillah aku berjaya habiskan. Kalau lari, rasanya aku cepat pancit. Insya Allah, kalau ada peluang aku nak join lagi. Night marathon mesti best, dapat menikmati pemandangan Putrajaya waktu malam. 

footnote: kisah perjalanan di Vietnam terbengkalai buat sementara, akan disambung bila idea dan mood datang menyerang. Maaf kalau ada yang tertunggu2 mode perasan, haha


Wednesday, October 3, 2012

day 2 | hoi an part1

Lepas Subuh pagi tu aku sambung tidur balik, malas nak ke mana2. Lagipun aku memang janji nak jumpa Truong, dia akan sampai dalam pukul 9.00 lebih. Itu yang kitorang janji masa bersms malam tu. Lepas bersiap seadanya tak perlu nak mekap bagai sebab aku bukanlah orangnya aku keluar lepas Truong hantar sms dia tunggu aku dekat main road, simpang nak masuk ke homestay.

First time aku jumpa Truong face to face, sebelum ni kitorang bermessage kat CS. Sebenarnya aku request couch, tapi memandangkan masa tu family dia ada problem so couch is not available. Tapi katanya dia boleh bawak aku jalan2 kat Hoi An town on Saturday since dia free on that day. Pucuk dicita ulam mendatang, sebabnya aku tak mengharap sangat untuk couch surf tu.

Lepas parking motor kat Hospital Hoi An satu2nya hospital kerajaan kat Hoi An kami pun menapak. Asalnya dia berhasrat nak ajak aku cycling around the town, tapi memandangkan aku masih lagi gagal untuk berbasikal maka jalan kaki adalah pilihan yang terbaik. Nampaknya aku kena berguru dengan WakJan camana nak cepat pandai cycling nih, haha.

Kebetulan masa aku datang ni cuaca di Hoi An panas terik, tak hujan. Syukur Alhamdulillah walaupun hari2 aku bermandi peluh.

 
Walaupun aku berhasrat nak ke Central Market ni, tapi pasar ni bukanlah destinasi pertama. 


Belah kanan dalam gambar kat atas tadi, korang boleh jumpa booth tiket ni. Untuk masuk dan melawat museum and other places kat town ni kena beli tiket. Untuk foreigner VND90,000 dan local people cuma bayar VND45,000. Dengan tiket tu korang cuma boleh melawat 5 tempat je. 


Korang akan sentiasa jumpa signage macam ni. Tapi kalau takde signage begini pun, memang susah jugak nak nampak kereta kat jalan. 


Dengan tiket yang dibeli, destinasi pertama dalam senarai yang diterjah adalah Japanese Bridge ni. Gambar ni dari sebelah sana, bukan dari main entrance. 


Lepas Japanese Bridge tadi, korang akan masuk ke kawasan perkampungan Jepun ni. Haa... jangan terpedaya sebab nama ni aku sesuka hati je bagi. Since lalu ikut jambatan tadi jumpa kawasan ni, so aku namakan sebegitu. Tapi aku memang suka kat tempat ni, redup dan harmoni je. 


Japanese Bridge ni taklah panjang pun, pendek aje. Dalam bridge, kat tengah2 tu ada tempat dorang worship. Bolehlah dikatakan sebagai mini temple. Korang boleh klik sini untuk lebih info pasal jambatan ni.


Selain Japanese Bridge yang mana korang kena present tiket yang dibeli sebelum dibenarkan lalu, untuk ke seberang sana boleh jugak lalu ikut jambatan kayu ni. Dalam sungai tu ada fishing net, berderet sepanjang sungai. Jalan yang korang nampak seberang sungai sana tu, setiap malam ada night market.


Jambatan yang aku tak-tahu-nama dan berhias tanglung ni akan bawak korang ke seberang sana. Tempat diadakan night market setiap malam. Ohh, aku ternampak sesuatu yang sungguh tak disangka kat bawah jambatan ni. Nasib baik aku nampak dari jauh, kalau tak........ fuhhh lap peluh kat dahi! 


Taman kat sebelah kanan ni masa aku lalu ada group mak cik2 duk jual daging panggang ala2 sate kat Malaysia, minuman dan makanan. Kalau sebelah malam pulak memang ada show kat sini.


Lepas tu, kami ke sini. Ni tempat kedua dalam list tiket yang kami masuk. 


Ni pulak alat yang digunakan untuk tangkap udang dan masih digunakan sehingga ke hari ini. Aku yang datang dari jauh ni logiklah tengok benda alah ni for the first time. Truong yang sahih dan confirm lahir dan besar kat Hoi An ni pun tak pernah tengok. First time katanya.


Kemudian kami ke central market. Pasar ni ada banyak section, ada bahagian jual makanan dan minuman macam kat atas ni, pakaian, barangan basah dan lain2. Pendek kata tak semua benda korang nak ada kat sini, hahaha.

Lepas rehat kejap, penjelajahan untuk hari kedua diteruskan. Ada lagi 3 tempat yang belum dikunjungi. Rugilah dah bayar mahal2 tak masuk pulak. Lagi 3 tempat tu akan disambung dalam next entry.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...